Cara Kami II (^_^)

10:08:00 pm Yana Yani 0 Comments

Selepas melalui pengalaman "kelaparan" sepanjang perjalanan menuju ke kampung tercinta, kami akhirnya selamat sampai ke kampung halaman. Syukur Alhamdulillah!

Kami singgah dulu di kedai runcit Atuk. Nampak aje cikai, tapi jangan main-main. Sumber utama penduduk kampung di sini untuk membeli barangan keperluan harian tau!


Masa sampai tu ternampak Syafie tengah bakar ikan dekat tepi kedai Atuk sambil diperhati oleh kuda. Eh silap, Abang De! (Hehe, jangan marah!)



Mak pula baru aje siap masak ikan patin tempoyak. Bau dia, walawei! Sukar untuk digambarkan. Menyesal pula makan KFC tadi.

Nak sumbat lagi dah tak boleh dah, perut sudah penuh! Tengok ajelah jawabnya!

Orang lain time raya macam ini makan lemang ketupat, kami makan patin masak tempoyak dengan talapia bakar. Korang ada? Tak ada kan? Hehe

Lepas makan-makan, kami pun berangkat ke rumah Atuk yang sekarang dihuni oleh Ucu dan isteri. Ucu merupakan adik Mak yang paling kecil. Aku dan Ucu sebaya.

Selepas kematian Nenek, Atuk tak pernah lagi ke rumah itu. Terlalu banyak kenangan beliau dengan arwah Nenek. Atuk lebih banyak habiskan masa di kedai beliau. Makan dan tidur semua dekat situ.


Rumah ini walaupun bukan rumah asal adalah tempat di mana aku dan Angah di lahirkan. Rumah ini telah menyimpan banyak kenangan kerana kami banyak menghabiskan zaman kanak-kanak kami di sini.

Malam itu aku dan Encik suami tidur awal. Tak larat rasanya nak buka mata walau aku perasan ada saudara-mara yang datang berkunjung ke rumah Ucu ini. Nak buat macam mana, penat!

Pagi tu bangun kami bersiap untuk balik ke Klang Selangor. Satu malam aje dekat kampung kali ini. Tak rasa puas pun sebenarnya tapi terpaksa juga balik sebab ada banyak urusan lain dan yang paling penting nak elakkan jam!

Afif paksa Aisy pandang kamera

Mak dengan Ucu

Ayah De buli Aisy! 

Afif salam Tok Yang sebelum berangkat pulang
Kami berangkat pulang agak awal sebab nak singgah ke Jeram Besu yang terletak di bandar Raub. Aku akan ceritakan dengan lebih details tentang Jeram Besu dalam entry yang lain.

Dalam perjalanan balik tu sempat juga ambil gambar Gua Bama yang terletak di Mukim Telang untuk tatapan pembaca blog aku ini.

For your information, Gua Bama ini merupakan gua batu kapur dan agak popular dengan cerita-cerita mistik di kalangan penduduk setempat.


Alhamdulillah perjalanan balik ke Klang Selangor smooth aje. Kami singgah sekejab di hentian rehat Bentong.

Memang di sini adalah tempat yang biasa kami berhenti untuk solat dan makan bila nak balik ke Klang.



Lepas makan dan rehat sekejab, kami berangkat pulang.

So, macam itulah cara kami sambut Aidiladha kali ini. Agak simple tapi itulah cara kami! Yang penting dapat berkumpul yang entah bila berpeluang lagi untuk lakukan perkara yang sama.

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...