Apakah Rasa Radioaktif Iodin? (^_^)
Apakah Rasa Radioaktif Iodin? | Masa aku mula-mula disarankan membuat rawatan radioaktif iodin (ROI) untuk penyakit hipertiroid yang telah aku hidapi sejak 18 tahun yang dulu, aku concern pasal rasa dia. Lebih-lebih lagi bila aku dimaklumkan bahawa aku perlu minum radioaktif iodin tu. Tapi tak ada seorang pun yang boleh bagi jawapan yang tepat tentang rasa dia.So semalam adalah the moment of truth, aku dah selamat menjalani rawatan yang buat aku tak sedap perut sejak dikhabarkan mengenai tarikh rawatan. Kalau korang tanya pada aku apakah rasa radioaktif iodin tu? Aku dengar jujur akan jawab tak ada rasa langsung! Tasteless! Lebih kurang macam minum air kosong aje sebenarnya.
Kita pun hanya perlu minum seteguk sahaja, tapi sebenarnya depend pada doses yang disarankan oleh doktor. Macam aku memang seteguk aje. Minum dia pun perlu ada teknik atau prosedur sebab korang minum radioactive. In fact seminggu sebelum tarikh korang dijadualkan menjalani rawatan, korang dah kena pantang.
Sebelum korang minum radioactive tu, korang akan berjumpa doktor. Doktor tu akan memberi tips atau panduan setelah korang menjalani rawatan. Contohnya macam apa yang boleh dan yang tak boleh dibuat sepanjang tempoh lapan hari korang kena duduk berasingan dari orang lain.
Doktor yang aku jumpa semalam menerangkan bahawa selepas aku menjalani rawatan ni akan ada tiga kemungkinan yang akan berlaku pada aku. Yang pertama dia kata hormon tiroid aku tu mungkin degil dan aku perlu menjalani lebih dari sekali rawatan radioaktif iodin selepas enam bulan dari rawatan yang pertama. Yang kedua dia kata paling kerap berlaku. Hormon tiroid aku gagal untuk produce sebarang hormon dan aku perlu makan ubat hormon tiroid seumur hidup.
Pun begitu dia dia kata ubat hormon tiroid seperti Thyroxine tidak mempunyai kesan sampingan lain berbandingan dengan Carbimazole yang boleh mengundang masalah jantung. Yang terakhir iaitu yang paling jarang berlaku iaitu hormon itu berjaya dibunuh sepenuhnya dan aku berjaya bebas dari penyakit hipertiroid ataupun hipotiroid. Maknanya kalau rawatan itu berjaya, aku tak perlu makan ubat lagi.
Ini semua hanya akan diketahui setelah ujian darah dilakukan empat bulan dari sekarang. Aku memang berharap aku akan sembuh sepenuhnya. Buat masa sekarang aku perlu berjauhan dari orang lain terutamanya Afif dan Aisyah. Ini semuanya bagi mengelakkan diorang terdedah kepada radiasi.
Tapi doktor ada kata kalau nak bagi kesan radiasi tu hilang dari badan, aku perlu banyak minum air dan mandi. Dia kata kata radiasi tu boleh hilang melalui air kencing. Malam tadi malam pertama tanpa gelak tawa Afif dan Aisyah. Susah rasanya. Aku memang tak pernah berjauhan dari diorang. Nak pergi mana pun aku bawa, tak pernah tinggal. Pendek kata, keseronokkan aku hanya apabila diorang seronok.
Semalam aku banyak dapat SMS dari Mak dan Angah mengatakan yang Aisyah asyik sebut nama aku aje. Rasa macam hancur hati ni. Teringat dekat dia. Rindu pun ye juga. Nak tunggu sampai lapan hari tu rasa macam lama sangat. Sabarlah wahai hati.
Entri lain yang berkaitan:
1. Radioaktif Iodin: Selamat Ke?
2. Apakah Rasa Radioaktif Iodin?
3. Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)
4. Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin
ya Allah dugaan besar utk yana....sampai mcm tu sekali ye yana...tang berpisah dgn anak2 tu paling perit...sehari tak jumpe pun dah rindu ini kan plak sampai berhari2..... takpe laa demi kesihatan ....yana byk2 berdoa okey...kami kawan2 doa agar yana cepat sembuh.....dan segala rawatan berjalan lancar dan berjaya......
ReplyDeletetake care ye yana...ape2 hal update kami nanti....
saya secara jujurnya tak rasa hebat sangat dugaan yang saya tempuhi ni
Deletesaya [pernah nampak ada yang lagi teruk
apalah nak dibandingkan dengan saya, piece of cake kata orang =)
tak apa, ALLAH sayang pada saya
Semoga cepat sembuh ye. Orang rumah pun dah ada tanda2 penyakit ni..
ReplyDeletepenyakit ni memang cukup mudah kena sebenarnya
Deleteapapun terima kasih ye
Aduhai sedih pulak baca part last. Kita doakan semoga cepat sempuh.yelah sebagai mak ni itulah kegembiraan kira bila tengok anak happy kan
ReplyDeleteterima kasih cik lekit
Deletetak apalah, demi untuk kesihatan yang baik
saya gagahkan juga
walau terpaksa berjauhan dari mereka yang saya sayang
Ya Allah..
ReplyDeletemcm teruk je sakitnya Yani.. x pernh dgr lg ni..
sampai kena berpisah dgn org sekeliling..
bc ulang kali syart tu..cam x caya..
tabh ye yani..
kita doa rawatan ni berjaya..
maaf, sakit mcm mna penyakit ni?
sebenarnya tak teruk, biasa aje
Deleteyang teruk bila orang yang mempunyai penyakit serupa tak membuat rawatan
yang sepatutnya
saya okay aje, saya tak rasa sakit langsung
tak perlu risau =)
terima kasih kerna mendoakan saya
Ayahanda bunda pernah menjalani pembedahan tyroid ni...ada pembengkakan kat leher...lama dah ..tahun 2007 dulu.. baru2 ni ayahanda ada masaalah ...doktor dapati selepas pembedahan dulu ayahanda tak terus makan ubat...so doc bagi ubat..
ReplyDeletekenapa dia tak makan ubat lepas pembedahan
Deletesepatutnya kena terus makan ubat sebab nak kekalkan hormon tiroid
benda ni boleh membawa kematian kalau diabaikan
mama mengerti apa yang dirasa saat ni, sabar lah dear,.. mama harap segalanya akan pulih.. sabar dan terus berdoa..
ReplyDeleteterima kasih mama
Deleterasa sedih pula baca komen mama
sabar ye..terharu sangat baca entri yana yani ni..semoga sembu sepenuhnya..saya masih kabur mengenai penyakit yang yana yani hidapi ni
ReplyDeletesaya tak ada apa-apa secara jujurnya
Deletecuma kesan berjauhan dari anak-anak memang memberi impact pada saya
saya tak ada apa-apa, percayalah
Bila diceritakan...macam bahaya jer ubat tu. Tapi untuk kesihatan jangka masa panjang, kenalah bersabar. Pengorbanan yang sedikit untuk kebahagiaan berpanjangan.
ReplyDeleteSemoga ianya berkesan dan berjaya. Banyak2kan berdoa ya!
radioactive iodine adalah rawatan paling selamat untuk penyakit ni
Deletehampir 90% pesakit hyperthyroid di USA menjalani rawatan ni
ianya juga paling effective sebab pesakit boleh sembuh sepenuhnya
apapun terima kasih untuk kata-kata peransang tu
Moga segalanya beransur baik. Memang susah hati kalau terpaksa berjauhan dengan anak-anak tapi anggap ajelah masa 8 hari tu akan pantas berlalu. Kalau lagi kita membilang hari, memang lagi lama rasanya jarum jam tu nak bergerak.
ReplyDeleteApa-apa pun, take care ya!
terima kasih MD
Deletememang itulah yang saya cuba buat
'rasa susah berjauhan dari mereka sebab tak pernah
tapi memikirkan masa depan mereka, saya gagahkan juga
tapi besok dah boleh jumpa, syukur alhamdulillah =)
Sabar ye sis... Kathy doakan yg terbaik untuk sis..
ReplyDeleteSabarlah yana , demi untuk sihat, ada perkara perlu dikorbankan . semoga yana tabah melaluinya dan semoga cepat sembuh ... aaamin.
ReplyDeletetulah harga untuk kesihatan yang saya perlu bayar
Deleteapapun terima kasih vee
K nurul doakan semoga semuanya baik2 saja... lama juga tu nak berpisah ngan orang sekeliling terutamanya ank2.. Afif & Aisyah pasti rindu kat mamanya ni...
ReplyDeleteterima kasih kak
Deletetulah kan, dengar macam kejab
tapi kita yang menanggung ni rasa terseksa lama
hari-hari saya tipon diorang, cuba tak menangis
tapi menangis juga, sedih rasanya
Itu je ke cara nak rawat thyroid? Tak de operation yea? Sedih baca entri2 yana lately... moga Allah berikan kesembuhan pada yana... saya doakan yea... take care dear...
ReplyDeletekalau tanya saya, saya tak akan pilih operation
Deletetak sanggup kena toreh leher
lagipun doktor memang dah sarankan radioactive iodine ni berbanding operation
operation ada risiko macam boleh hilang peti suara
apapun, terima kaish banyak-banyak ye kak
Ya Allah... besar dugaan tu... semoga awak diberi kesihatan yang baik...
ReplyDeleteberbanding orang lain yang lagi teruk
Deleteapalah sangat dugaan yang saya terima
apapun terima kasih bebanyak
semoga Yana tabah hadapi dugaan ni ye..semoga cepat sembuh sepenuhnya AMinnn
ReplyDeleteterima kasih kak
Deletememang itulah harapan saya, amin
Semoga cepat sembuh Yana.. aamiin ya Rabbal alaamiin.
ReplyDeleteterima kasih en khir
Deleteamin
Sebelum munculnya bunga yg cantik.....bukan ke pokok tu kena melalui pelbagai proses....sama jer mcm awak ni YY...insyaallaah lepas ni awak akan sembuh sepenuhnya ...sabar ye...
ReplyDeletesayta menangis baca komen OKje ni
Deleteperumpaan yang buat saya rasa kuat semula menghadapi hari mendatang
saya yakin saya buat keputusan yang betul
terima kasih OKje
Minum radioactive... ermm... ngeri dengar kan... tapi nak buat macam mana... itu adalah salah satu dari usaha kan... kita berusaha dan berdoa... selebihnya serahkan kepadaNYA...
ReplyDeleterawatan ni tak seteruk bunyi dia, ia paling selamat dan paling effective
Deleteinsya ALLAH saya akan sembuh
terima kasih
Moga cepat smbuh...
ReplyDeleteAllah tahu yg terbaik..
saya percaya bab tu
Deleteapapun terima kasih ye
Kesian penghidap thyroid disease, kena kerap ambil darah & makan ubat setiap hari.
ReplyDeletenak buat camne doktor
Deletetakdir saya dah tertulis begitu =)
Kak...nak tanya. kan lepas minum RAI kita kene isolated. xboleh masak. cutlery pon kene asing. Siang, saya duduk rumah sorang2. Dah tu, camane nak makan. Nak kene order food delivery ke apa? Akak dulu macamana ya?
ReplyDeletePs:saya dihalau dari rumah. abg suruh hoapitalized je. Tapi dos saya sikit. Mana hospital(ikn) nak layan. Sedih
-ida
Allahukakbar. sedihnya akak dengar cite kau dik
Deletedik email akak adik dekat blues.fren@gmail.com
nanti kite boleh share in details ye
akak cuba guide semampu yang akak boleh.
email ye, akak tunggu
Kuatnya akak melawan penyakit yg dah 19 thn dihidapi ni. Hmm, sy yg batuk dah sebulan ni pun tak pergi2 klinik. Takut sungguh dgn yg namanya pusat rawatan -_-
ReplyDeletesebenarnya tiroid kalau ikut rawatan yang betul, tak serious
Deletecumanya bila orang dengar cite akak
orang akan kata akak tak usahalah, tak apalah
tu yang kadang jadi jiwa kacau tau
sedangkan diorang tak tahu betapa sukarnya menghadap sakit ni
selama hampir 2 dekad. bukan sikit punya masa tu
hospital dah rumah kedua akak jah wei. akak dah redha
lagipun sonok cuci mata. doktor ramai handsome! haha
Emmmmm, part doktor hensem tu suka dengar. Hahaha, sepupu sy kalau pergi hospital mst cerita. Ada doc tu, hensem weyh. Siap snap gambar curi2. Tak menahan betul perangai.
ReplyDeleteHahah, sy yg jarang pergi klinik mmg tak jumpa la kan.
hehe..tu aje pencetus untuk akak cekalkan hati ke hospital
Deletekalau tak memang bercinta jah wei!
dapat cuci mata sekali sekala, syok juga
tapi jangan di follow perangai akak ko ni! haha
Saya skrg pun sedang dikuarantin.. Baru hari kedua minum iodin.. Walau baru sahaja mendirikan rumahtangga..suami get ready study radiasi dr radioaktif.. Semua barang2 yg digunakan perlu berasingan even toilet sekalipun..takut effect kpd org lain.. Syukur alhamdulillah..dpt sokongan dr suami, kedua2 belah keluarga..hopefully ni for the last medicine..x larat nak mkn ubat..
ReplyDeleteToilet tak perlu diasingkan.
DeleteBoleh dikongsi cuma perlu gunakan air yang banyak selepas menggunakan
Harap rawatan saudari berjaya ye. Saya pun alhamdulillah
Walah tak dapat pulih sepenuhnya, saya bersyukur sebab saya rasa sihat berbanding dulu
Itulah nikmat paling seronok bila mendapat sokongan keluarga terutama sekali suami kan
Suami dah tahu sakit sebelum kahwin ye? Suami saya pun camtu
Apapun jaga diri elok2 ye. Minum air banyak2 tau
Moga cepat sembuh =)
As salam sis...adik saya pun akan menjalani rawatan ni..sy nk tnya..pesakit kena kuarantin?..maksudnya tak boleh jumpa lgsung orang langsung ...or camne ye?..terima kasih sis..semoga sis terus sihat dan positif...Allah ade untuk kita semua
ReplyDeletewalaikumussalam. memang kena kuarantin.
Deletetapi takdelah sampai tak boleh jumpa orang langsung. boleh aje.
tapi perlu jauhkan diri.
saya dah share details dalam email yang dihantar sebelum ni =)
Assalamualaikum Yana.. Ya saya tau ape yang awk rasa.. Sebab sekarang ni saya dalam tempoh kuarantin, ade lagi dua hari je lagi baru bole dekat dgn org
ReplyDeletewaalaikumussalam, stress kan. lagi nampak orang kesayangan tapi tak boleh peluk or cium. sengsara jiwa. hope treatment berhasil ye ;)
DeleteSis tak perlu pantang susu semua tu ke? Pelik eh, sebab saya kena. Nak makan apa pun kena pastikan memang tak ada susu. Pendek kata, banyak benda tak bole makan. Roti biskut mee yang ada produk tenusu semua saya terpaksa pantang.
ReplyDeleteMungkin lain orang, lain kot. Ikut dos ke, kurang pasti pasal tu.
ReplyDeletesalam sis, skrg dah tahun 2021, apa cerita sakit tiroid cik ? saya pun ada masalah tiroid, jenis hiper 😅
ReplyDeleteonce kita buat rawatan radioaktif iodin ni, kita akan jadi hypotiroid seumur hidup. tapi saya, alhamdulillah, sihat. kena makan ubat je lah. better sikit dari hiper dulu
Delete