Radioaktif Iodin: Selamat Ke? (^_^)
Radioaktif Iodin: Selamat Ke? | Mungkin ada yang pembaca setia blog aku ni yang mengetahui bahawa aku adalah seorang penghidap hipertiroid sejak aku berusia 13 tahun. Kalau korang nak tahu, hipertiroid ni merupakan satu penyakit di mana hormon pada kalenjar tiroid dihasilkan terlalu banyak ataupun overactive.Disebabkan keadaan itu, ia menyebabkan pesakit macam aku akan mengalami degupan jantung yang amat cepat dan mudah penat. Selama belasan tahun aku makan pelbagai jenis ubat. Jujurnya aku tak pernah percaya apa-apa supplement selain ubat yang diberikan oleh doktor. Aku percaya apa yang diberikan adalah yang terbaik buat aku.
Selama ni aku hanya telan ubat jenis Carbimazole. Biasanya aku on off makan ubat tu atas nasihat doktor. Macam sekarang aku hanya makan 20mg iaitu empat biji untuk sekali makan dalam sehari. Satu biji bersamaan 5mg.
Tapi bila lama tak makan ubat, jantung akan jadi sangat laju dan menyebabkan aku cepat penat. Biasanya aku diberikan tambahan ubat jenis Propranolol. Hanya ketika merancang mengandung aku diberikan Propylthiouracil (PTU) menggantikan Carbimazole sehinggalah aku habis pantang. Malahan aku breastfeed pun makan PTU.
Anyway siapa kata pesakit hipertiroid tak boleh ada anak? Alhamdulillah, rezeki ALLAH nak bagi. Aku dah ada sepasang anak pun (^_^)
Sekarang ni aku dah masuk 18 tahun disahkan sebagai seorang pesakit hipertiroid. Untuk pengetahuan korang juga, penyakit ni sebenarnya agak common dan boleh dirawat. Tapi kalau kita gagal mengikut rawatan, ianya boleh menyebabkan kematian. Jarang berlaku, tapi memang ada yang mati disebabkan penyakit ni. So jangan pandang remeh penyakit ni.
Pada quarter ketiga tahun lepas aku hampir kena tiroid storm disebabkan kealpaan aku sendiri dan juga mungkin sedikit kesilapan pihak yang memberikan aku bekalan ubat. Disebabkan tu aku disahkan bahawa aku tidak lagi boleh meneruskan rawatan melalui ubat-ubatan. Aku disarankan membuat pilihan sama ada menelan radioaktif iodin atau pembedahan.
Tapi mana-mana sahaja treatment yang aku pilih, aku tetap masih perlu meneruskan makan ubat. Hasil perbincangan bersama Encik suami, aku setuju dengan rawatan radioaktif iodin. Buat masa sekarang aku belum lagi menerima tarikh sebenar untuk rawatan radioaktif iodin akan dijalankan. Aku masih lagi menunggu jabatan endocrine di HTAR menghubungi aku.
Dari apa yang diberitahu, rawatan itu hanya boleh dilakukan di HKL. Aku perlu minum radioaktif iodin tu seperti minum teh tarik. Hehe! Tapi rasa dia definitely bukan macam teh tarik. Ramai kata radioaktif iodin ni rasa dia tasteless. Ada yang kata macam minum air kosong aje. Tapi setakat ni tak ada sesiapa yang boleh bagi confirmation tentang rasa dia dengan tepat.
Kebanyakkan web yang membincangkan hal ni juga mengatakan yang rawatan ni adalah selamat dan telah digunakan diseluruh dunia. Ia merupakan satu rawatan paling murah dan effective untuk rawatan hipertiroid. One thing for sure selepas rawatan tu aku perlu berjauhan dari semua orang terutamanya kanak-kanak dan ibu mengandung selama lebih kurang lima hari.
Maksudnya dalam tempoh tu aku tak boleh dekat langsung dengan Afif dan Aisyah. Tak tahu camne nak hidup dalam tempoh lima hari tu tanpa celoteh diorang berdua. Aku juga perlu tidur seorang diri dan tak boleh menggunakan peralatan yang sama dengan orang lain. Maksudnya segala pinggan mangkuk, tandas, tuala etc perlu diasingkan.
Baju pun perlu dibasuh berasingan. Ini semua adalah satu langkah keselamatan am untuk prevent radiation exposure kepada orang lain. Apapun aku amat berharap bahawa semuanya akan back to normal. Aku telah berusaha, selebihnya terserah kepada DIA yang SATU.
P/S - Kadang terasa hati dengan mulut yang bercakap tanpa mengetahui keadaan yang sebenar. Betullah yang sebenarnya berdiam itu lebih baik.
Entri lain yang berkaitan:
1. Radioaktif Iodin: Selamat Ke?
2. Apakah Rasa Radioaktif Iodin?
3. Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)
4. Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin
Ni k nurul baru tahu perubatan tuk pesakit hyperthyroid...
ReplyDeleteSemoga selamat dan dipermudahkan ye Yana... :)
dapat ilmu bari hari ni kan =)
Deleteinsya ALLAH, terima kasih ye kak
Ooo sabar yer yana.. semoga urusan rawatan yana dipermudahkan...farah doakan Yana cepat sembuh..
ReplyDeleteinsya ALLAH, itu yang saya harapkan
Deletekalau mama tak baca entri ni, tentu sekali mama tak tahu apa yang ditanggung oleh yana.. apapun, mama doakan yana segera sembuh, ubat jangan skip makan.. semoga segala urusan yana dipermudahkan ye, amin amin,,
ReplyDeleteterima kasih mama ye
Deletesaya manusia biasa mama, kadang lupa juga makan ubat...hehe
ishhh serius sy tak tau pun yana de penyakit nih...thanks for sharing sekurg kurgnya sy tau ttg pykit nih srba sedikit...semoga urusan yana dipermudahkan
ReplyDeletesecara mata kasar memang saya nampak macam orang lain
Deleteorang tak tahu saya ada penyakit tu kalau saya tak cerita
anyway i am fine with it.
apapun mimi dah dapat ilmu baru kan =)
terima kasih ye
Saya pernah dengar ttg rawatan ni satu masa tak lama dulu, tp kurang perhatianlah pulak Yana. Saya tahu ttg penyakit ini pun disebabkan ada rakan saudara saya yg mengidap penyakit ni. Tp dia di JB. In shaa Allah, saya yakit perubatan tu tak menjejaskan kesihatan lain atau pun memburukkan apa2 kpd Yana. Semoga dipermudahkan & selamat segalanya ye... aamiin.
ReplyDeletesaya dah lama tahu cuma tak begitu peka macamana ia akan dilakukan
Deletebayangkan doktor yang saya tanya pun gagal memberikan jawapan yang baik
kena jumpa specialist baru jawapan diberikan kepada persoalan saya.
anyway saya memang yakin ia adalah yang terbaik buat saya
Semoga di permudah segalanya untuk sis..
ReplyDeleteterima kasih kak =)
DeleteAdakah salah satu penyakit tyroid??? Kalau ya.. Boleh cuba amalkan vco a.k.a minyak kelapa dara... Kita usaha... Allah penyebuhnya... Tiada kesan smpingan sbb natural remdy... Kesan mmg lmbt tapi dgn amalan yg konsisten insha Allah dengan izin Allah...
ReplyDeletethyroid ni ada dua jenis aje cikgu maria
Deletesatu hyperthyroid, satu lagi hypothyroid
hyperthyroid ni disebabkan hormon thyroid terlebih produce
hypothyroid pula hormon thyroid gagal produce
terima kasih tuk suggestion tu
saya akan cuba buat treatment radioactive iodine ni dulu
kalau gagal baru saya mencuba yang lain
Awak ni sangat positif YY ...... Suka dengan semangat awak tu...
ReplyDeleteGitulah ...redho dengan bahagian kita yg telah Allah takdirkan...apa yg patut kita lakukan adalah berusaha untuk merawat
positif tu perlu OKje
Deletelagipun semua ni adalah rahsia ALLAH
adalah sebab kenapa saya perlu melalui semua ni
ohh..baru lah tahu..tadi akak baca entri yg terkini
ReplyDeletetahu dah kan =)
Deletesaya di sahkan kanser tairoid n saya nak tau ape2 je tentangnya ada tak sesape blh share..
ReplyDeletekanser tiroid? saya ada kawan yang penah buat operation
Deletekemudian beliau disarankan minum ROI kerana sel kanser masih ada
rasanya lebih molek bertanya kepada yang lebih pakar
Hai dik....kes adik sama ngan akak....akak dah lakukan pembedahan buang tiroid...baru semlm akak kuar ward utk minum iodin kali ke 2....rawatan ni bagus...tiroid yg pergi keparu- paru akak dah hilang setelah di scan oleh dr...cuma yg tinggal hanyaalah 2 or 3 titik di leher yg degil ....utk rawatan seterusnya 6 bln dri skrg....pesan akak benda ini boleh baik usah risau dan semua kejadian ni allah yg bagi....yg penting skrg ni akak amalkan bnyk surah ....insyà alah allah maha mendengar....
DeleteBetul kak, berdiam tu mmg lebih baik. Hmm, semangat positif yang akak bawak ni buat saya rasa dekat jea dgn akak walaupun tak pernah mengenali.
ReplyDeletekan jah...tulah yang akak buat selama ni
Deleteberkongsi pasal sakit pun di blog aje
sebab jiwa tak cukup kuat nak tampung umpat keji orang
positif tu perlu jah. kalau negatif aje, susah nak hadap ari mendatang =)
salam sis...sis mengidap tiroid yg berkaitan dengan leher ke mata ya?saya ada maslah tiroid kat mata,mmg x boleh buat pembedahan dan doc syorkan sy minum radio iodine...saya nak tanya penyakit sis masih ada atau dah ok.
ReplyDeletesalam...saya bahagian leher
Deletesebelum saya dikehendaki buat rawatan ROI
saya dah dimaklumkan bahawa akan ada tiga kemungkinan
pertama, tiroid masih degil dan perlu rawatan susulan
kedua, sembuh sepenuhnya. tapi ia jarang berlaku
ketiga, hormon tiorid berjaya dikurangkan
dan saya bertukar dari hipertiroid ke hipotiroid
yang ketiga adalah tujuan utama rawatan ROI
macam kes saudari, obviously berbeza
saya nasihatkan rujuk pada yang lebih arif
tanya doktor seberapa banyak nak tahu
mereka biasanya helpful. tapi kita perlu rajin bertanya
sediakan kertas soalan kalau perlu =)