Hisap Jari: Tabiat Buruk? (^_^)
Kalau sesiapa yang dah mula mengikuti Diari Seorang Mama (DSM) sejak dari mula, pasti perasan anak dara cilik YY mempunyai tabiat suka menghisap jari.Aisyah memang menghisap jari sejak dia berusia tiga bulan. Tapi secara jujurnya YY kurang mengingati dengan tepat bila dia mula menghisap jari.
Berdasarkan gambar yang YY jumpa adalah ketika dia berusia tiga bulan.
Ada orang kata YY tak bedung Aisyah ketika dia di dalam pantang, sebab tu dia hisap jari. Ada yang kata YY tak tegas dalam mendidik anak dengan hanya membiarkan Aisyah menghisap jari.
Mungkin betul, mungkin juga tidak.
YY perasan Aisyah hanya menghisap jari dalam keadaan tertentu. Contohnya ketika dia nak tidur atau dia rasa tak selesa dengan keadaan persekitaran atau kesihatan dia sendiri.
Aisyah sejak dari dia dilahirkan adalah seorang anak yang cukup mudah dijaga. Mungkin dia tahu kesukaran Mama dia berpantang di rumah sendirian.
Kebetulan ketika YY bersalinkan Aisyah, Mak YY jatuh sakit. Berbekalkan pengalaman yang sedikit ketika bersalinkan Afif, YY gunakan ketika dalam pantangkan Aisyah.
Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan YY sepanjang tempoh berpantang.
Mungkin juga disebabkan itu merupakan faktor yang mempengaruhi tabiat menghisap jari yang dikatakan buruk bagi sesetengah orang.
Mak YY pula berpendapat bahawa ianya adalah faktor keturunan. Menurut Mak YY, dia sendiri menghisap jari sehingga dia bertunang dengan Abah YY.
Ambil masa untuk dia menghentikan tabiat menghisap jari tapi dia telah berjaya berhenti sama sekali menghisap jari pada hari dia menjadi tunangan Abah (^_^)
Berbeza dengan kanak-kanak yang mempunyai tabiat menghisap puting atau bantal busuk, menghisap jari mengambil masa yang lama untuk dibuang "ketagihan" tu.
Untuk menghilangkan ketagihan tu, ada yang mencadangkan YY melakukan perkara yang agak kejam pada pandangan YY seperti meletakkan garam, julap atau cili.
Pada YY ianya satu penyeksaan. YY tak sanggup melakukannya.
Berdasarkan apa yang YY lihat, memang ramai yang menghisap jari terbawa sehingga mereka besar. Paling unik kebanyakkan mereka adalah perempuan.
Contohnya macam sepupu Encik suami, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menghisap jari ketika tidur. Anak jiran sebelah rumah Mak YY juga menghisap jari walau dah berusia 20-an.
Even peniaga kedai runcit berbangsa India di taman perumahan Mak YY bercerita anak dia juga menghisap jari walau sudah menginjak ke alam remaja.
Tapi kesemua mereka mengatakan sebagai parent tak perlu risau kerana tabiat itu akan hilang dengan sendiri apabila mereka mula merasai perasaan malu.
Menurut sumber, bayi yang menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia membuatkan mereka selesa. Mereka kata tak perlu risau.
Tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah pertumbuhan gigi dan gusi kecuali ianya berterusan menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association.
Kajian juga mengatakan bahawa 99 peratus kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum mencecah umur empat tahun.
Sejauh mana kebenaran kajian itu, YY kurang pasti. Tapi apabila membaca yang perbuatan ini sebenarnya adalah NORMAL, ianya membuat YY rasa lega.
YY sendiri sebagai seorang Mama tidak begitu risau dengan keadaan ini. Cuma mata yang memandang merasai kerisauan itu melebihi YY.
Selama mana Aisyah akan menghisap jari, biarlah masa yang menentukan. Yang pasti tiada ibubapa di dalam dunia ni yang mahukan kecelaan pada anak-anak mereka.
Cara pendidikan yang mungkin berbeza (^_^)
P/S - Besok kami ke MELAKA! (^_^)
alah comelnya isap jari sayang ni....
ReplyDeletekecil, comellah kot =)
Deletesama macam anak buah anum
ReplyDeletehehe
hehe..sama ye
Deleteboleh kawan dengan aisyah ni
normal la kot..setiap bayi kan unik..hehe..
ReplyDeleteanak saya dulu pon isap jari..tapi saya kerap tegah..
doktor kata normal
Deletesaya cuba, tapi tak berhasil
sebab tu orang kata saya tak cukup tegas =)
Sedap yer isap jari tu...hehehe...
ReplyDeleteAnak saudara saya masih hisap jari even dah besar panjang. Skang tak tau dah benti ke belum. Tapi memang nampak ketara jari dia. Nampak mcm kecik sket ☺
sebab sedaplah kot dia hisap jari
Deleteramai juga yang saya kenal dah besar pun masih hisap jari
Kalau mengikut keluarga kakak baby yg suka hisap jari mudah dijaga, tak mudah menangis, tak cerewet tapi agak pendiam. Sebab itu biasa kami biarkan aje (besar sikit barulah pantau) sebab mudah jaga anak macam ni apa lagi kalau pergi rumah org.. dah tak payah puting pun ye juga.. senang.
ReplyDeletetapi betullah kak, aisyah ni mudah nak jaga
Deletedia pun sebenarnya agak pendiam dengan orang yang dia baru kenal
betul juga kan, mak saya kata, lagi comel hisap jari dari puting =)
Takpelah..nmpk comel jg aisyah hisap jari.
ReplyDeletekecil kak, comellah =)
DeleteMak bapa lawa,confirm afif dan aisyah lawa juga beso nanti. Yeah,seronok nak ke melaka,watpe 2 sis? Jalan²?
Deletehehe...akak ni ada-ada aje tau
Deleteplannya camtulah kak, jalan-jalan
tapi tak tahu jadi ke idak, cuaca cam tak berapa best ni
Oh, suka nyonyot jari ye si Aisyah ni! Biar jelah YY kalau tak mendatangkan kemudaratan. Usia macam ni bila ambil gambar Aisyah tengah nyonyot jari tu cam comel sangat alahai. Rasa nak peluk-peluk je tau. Cute je muka, bulat mata tu! Geram betul! Saya yang nak peluk bukan anak saya si Adik, so bolehkan, kan, kan, kan?
ReplyDeleteAdik pulak suka gulung rambutnya kalau mengantuk nak tidur. Bukan main berpusar lagi rambut dikerjakannya. Kadang tu saya suka kacau nak gulung rambut Adik dengan jari saya. Mengekek-ngekek dia ketawa sebab cam gelihati pulak! Saya ada anak-anak saudara (5 beradik) yang memang suka hisap jari ni. Si kakak tu dah sampai keras ibu jari dek kerana aktiviti menghisap yang melampau ^_^
Tapi Aisyah, ibu jari keras takpa, jangan jari manis. Susah nak sarung cincin nanti. Mahu tak dapat cincin walau sebentuk pun tau sebab tak muat. Hehehe.
ramai yang kata normal, saya pun tak menghalang
Deleteatau mungkin lebih tepat, tak tegas =)
hehe...kalau besan to be nak peluk tak ada hal, tapi kalau adik, "tak mo, tak mo"
aisyah suka cakap "tak mo" =)
pula gulung rambut, pelik juga tu =)
tak apalah, comel juga kalau gitu
hehe...sampai cincin pun dah sebut ni, mama aisyah pula yang rasa seram ni =)
saya suka tengok budak hisap jari. nampak comel. memang macam mintak kena cubit je. hehe..
ReplyDeletebenda tu normal saya rasa. saya setuju dgn pendapat mak kak yana, mak sepupu, mak kepada anak jiran sebelah rumah mak kak yana, peruncit India tu dengan American Dental Association tu of course.
bila mereka mengenal perasaan malu tu kelak, tabiat itu akan berhenti dengan sendirinya. walaupun ambil masa. as a mother, maybe bila Aisy dah besar panjang tahu nak mengeja membaca; kak yana boleh encourage dia untuk hentikan tabiat tu perlahan-lahan. inshaAllah berhasil.. ^_^
budak hisap jari memanglah comel
Deletecuba kalau dia dah besa, idaklah nampak comel kan...hehe
insya ALLAH, akak yakin dia kana berhenti
cuma bila aje tak tahu, buat masa sekarang, memang biar aje =)
memang tak lah..
Deletenampak pelik lagi ada lah..
hehe ^_^
hehe...sebab tu biasanya orang yang dah besa
Deletebila hisap jari, dia akan buat time tidur
atau ketika berada di tempat tersembunyi =)
jangan risau..anak akak si adrien tu pun menghisap jari juga,sampai sekarang pun kata kawan akak anak yg menghisap jari ni mudah dijaga tak banyak kerenahnya.. anak kawan akak tu dah darjah 2,masih hisap jari ketika nak tido atau ketika tgk tv..selagi tak memudaratkan mereka biarlah...
ReplyDeleteoh nak bercuti ke melaka ye...selamat bercuti ye
yeke adrien hisap jari? awat tak pernah tahu...hehe
Deletetapi aisyah memang tak banyak karenah, lasak ajelah..hehe
memang saya biarkan aje=)
plan nya gitulah, tengoklah camne nanti
cam nak kena cancel aje
Xpelah aisyah, kwn aunty sampai bsr hisap jari.. tp sembunyi2.. ank sdare aunty pun mcm tu, skrg ambik kos medic d jordan, hsp jari smpai skrg.. cerdik orgnye.. mgkn org yg hsp jr ni cerdik kot.. n indpndent
ReplyDeletehehe...ramai bila dah besar stil hisap jari
Deletediorang akan lakukan secara sembunyi
malu gamaknya
saya tak pasti bab cerdik dan independent tu, anak saya baru nak masuk 3 tahun
kecil diana, memanglah comel
ReplyDeletecer dah besar...hehe
tapi betul, dia tidur malam memang senyap kecuali kalau dia nak susu =)
normal kot bagi sy kalau budak2 macam aisyah hisap jari. sepupu2 sy semua macam tu kak. bila diaorang dah start ke tadika ataupun sekolah, automatically diaorang stop. insyaAllah, nanti aisyah akan berhenti sendiri hisap jari. :)
ReplyDeletememang kebanyakkan yang ditanya mengatakan hisap jari tu normal
Deleteakak pun tak adalah risau sangat sangat
cuma orang ajelah yang tengok susah hati...hehe
ank sy bru nk mula ni.puncanya bila lambat bagi dia nyot nyotula la nak masukkan ibu jari dlm mulut..
ReplyDeletenormal ja kot..xnak la pikir negatif...
kalau masih muda cam anak QR
Deletebelum terlambat nak dipisahkan
kalau dah macam aisyah ni yang susah =)
my anak buah juga dah mula hisap jari dan usianya baru masuk 3 bulan . Kalau nak halang baby hisap jari boleh gantikan dengan putinglah . Tapi klu tabiat tu sampai besar , tak yah bimbang sbb mrk blh berhenti sendiri bila mrk rasa malu n rasa benda tu dah x perlu . guna psikologi jer nak berhentikan mrk ni ...
ReplyDeletedulu pernah bagi puting, tapi dia tak mahu
Deletemak saya kata, dari bagi puting, elok bagi jari je =)
Saya pernah tengok rencana kat tv ttg parenting. Tapi citer org putihlah. Dia org ckp kanak2 hisap jari ni tak apa. Ia sebahagian proses membina keyakinan diri mereka. Waktu kanak2 hisap jari tu, minda dia bergerak & paling aktif menyerap tingkah laku persekitarannya. Betullah tu rasanya.. :)
ReplyDeletehehe...saya pun rasa camtu juga
Deleteada juga tanya doktor, diorang kata tak ada masalah besar
Bila baca entry ni, teringat pula pengalaman masa mengadungkan Irfan dan kali pertama scan perut... Masa doktor tunjuk muka, nampak Irfan sedang syok hisap ibu jari, tangan lagi satu pula letak bawah kepala... Yang lagi kelakar, kaki dia siap bersilang lagi.... Amboi santai habis Irfan duk lepak dalam perut masa tu.. kikiki
ReplyDeleteJadi dah memang sedari dalam perut lagi bayi suka hisap jari, perangai tu terbawa bawa hingga mereka lahir... Itu antara yg saya tahu dari pembacaan... Usah peduli apa orang kata sbb benda ni normal :)
Tapi kan, Irfan masa kecil dulu suka juga hisap ibu jari.... Sehingga lah satu ketika ibu jari dia kena jangkitan kuman... Tak dapat diselamatkan jadi kena buang semua kuku.... Lepas tu dia terus tak hisap jari.... Kalau adik2 dia nak hisap pun, Irfan yang tukang ingatkan dan cerita yg kuku dia pernah kena cabut gara2 suka sgt hisap jari....
saya juga terbaca benda yang sama
Deletesaya tak berapa risau sangat sebab doktor pun kata normal
yeke? semua kuku? atau ibu jari tu aje
kesiannya dia, tu yang dia teringat n pesan pada adik-adik dia =)
Kalau boleh sedari kecik prevent anak dari isap jari..
ReplyDelete1. Tak hygienic
- senang spread penyakit.
2. Boleh ganggu pertumbuhan gigi yang normal.
pada waktu sekarang dah agak lewat nak prevent
Deleteada juga tanya doktor
diorang kata tak ada masalah
YY, tanya doktor gigi ke?
DeleteSaya bukan doktor gigi, tapi saya dah attend kursus yang disampaikan oleh doktor gigi. And mmg depa x encourage ni:)
bukan doktor gigi, doktor perubatan je
Deletenaksud saya okay tu bukan part gigi
tapi dari segi ketagihan dia tu
doktor tu kata kalau itu boleh buat doa tenang, tak apa
Masa saya kecil pun saya kena juga kes macam ni. =) Tak silap sampai umur 6 tahun aje. Lepas tu Alhamdulillah dah tak ada dah rasa nak buat cam tu.
ReplyDeleteInsha-Allah.. nanti lama-lama tabiat ni pun akan hilang dari anak akak juga.
ni insya ALLAH aisyah ni bila sekolah dia akan berhenti sendiri
Deletemak saya cakap sebab masa dalam perut kita dulu, baby dah hisap ibu jari dia. jadi bila lahir ni, tabiat hisap jari tu masih ada la
ReplyDeletesaya ada terbaca benda yang sama tak lama dulu =)
Deletekak, baca ni. dari blog kak farah. :)
ReplyDeletehttp://www.bubblynotes.com/2014/11/menghentikan-tabiat-menghisap-ibu-jari.html
dah baca =)
Deleteterimah kasih ye farhana, susah-susah aje =)
Rasanya ia bukanlah satu masalah besar... cuma pastikan jarinya sentiasa bersih dgn kuku yg tidak panjang.
ReplyDeletesaya ada tanya doktor
Deletediorang oun kata bend ayang hampir sama
Anak buah saya ada 2 orang jenis hisap jari macam aisyah ni. Lama, sampai ke sekolah rendah pun diorang masih lagi buat gitu. Bagi saya rasanya ok kot tabiat gini, sebab diornag ni mmg senang dijaga.. tak banyak karenah bila hisap jari tu
ReplyDeletebab tak banayka kerenah tu saya setuju sebab aisyah gitu orangnya
Deletecuma dia lasak sikit aje =)
Tak pe kasi chance Aisy hisap jari . Tapi bila nak bersanding esok kena pastikan dia takkan hisap jari lagi dah haha....
ReplyDeletemasa tu beso dah OKje
Deletetahu rasa malau dah tu...hehe
Normal je... Sepupu sy smpai habis belajar nk masuk u pun dok isap jari lagi..
ReplyDeletetulah, saya juga dengar kata doktor ianya normal
DeleteAnak saya yang 4 tahun tu, dia akan hisap jari bila dia rasa tak selesa dengan keadaan oada waktu. Contohnya, orang ramai duk tengok dia, kena tegur dengan mama dia ni..
ReplyDeleteyang ni hanya bila dia nak tidur
Deleteatau dia rasa tak selesa =)
hihi,cute je,,
ReplyDeletecam asya lak habis dia gentel telinga bila nk tdo..smpai naik isi lebih..
sama mcm ank kwn lya.. mmg dari kecik smpai sekarang 6thn.. still isap jari.. kwn baik lya snri pon sekarang dh kawen.. umur 29thn, tp bila tdo still xlepas habit ni
hehe...bila baca rasa kelakar sebenarnya
Deletesecara jujurnya setiap di antara kita mempunyai tabiat tersendiri
sama ada kita perasan ataupun tidak
tapi tu tak menjadikan kita sebagai seorang yang gagal
tapi sebenarnya unik =)
assalammualaikum yy...
ReplyDeleteSesaje nak kongsikan pengalaman...saya sampai skang isap jari lg... umur... eeerrr dah 35thn.. ...anak dah 2.. kadang2 anak pun pelik tgk mama die isap jari... hehehe... sampaikan bawak kete pun kadang2 saya isap jari jugak... tapi depan orang tak la.. hehehe... pada saye nak berenti senang jer .. lagi dah besar lagi senang berenti sbb kite dah leh pikir sendiri... terpulang pada kite nak berenti ke tak nak... saye pernah berenti 2 tahun... dan caranya mudah saje... saya cakap dengan mak... "mak besok x nak isap jari lagi".. mak kate "bagus la tu".. esok terus x isap langsung dah... mase tu lepas spm... tapi lepas 2 tahun.. saye saje main2 ckp ngan mak.. "mak nak isap jari balik la" mak kate "isap la"... dari hari tu sampai sekarang saye masih isap jari... Pada saye isap jari bukan satu ketagihan tapi memberikan saya ketenangan yg x leh digambarkan dengan kata2...
walaikumsalam ms/mr anonymous =)
Deleteterima kasih atas perkongsian ni
secara jujur tak ada apa yang pelik dengan habit ni cuma mata yang melihat aje
lagipun kan mudah bercakap...
saya tak ada pengalaman hisap jari sebab saya ada habit lain..hehe
cuma saya pasti setiap seorang manusia mempunyai habit tersendiri
yang mungkin disedari ataupun tidak
itu yang sebenarnya menjadikan setiap di antara kita unik =)
harap2 bia dh masuk sekolah akan hilang tabiat tu. Bagi sis JM better hisap jari dari hisap botol ye dok
ReplyDeleteaisyah ni jari hisap
Deletebotol pun hisap...hehe