Blog Review | Blog Sal
Alhamdulillah hari ini YY masih lagi bernafas dan mampu untuk meneruskan review blog ke lapan yang tersenarai dalam carta Top Pengomen yang gorgeous sepanjang September lalu di blog Diari Seorang Mama (DSM).Sebenarnya bila bercerita tentang blogger yang sorang ni, dia buat YY teringat pada adik yang paling rapat dengan YY. YY pernah ceritakan tentang Angah di sini. Ada banyak persamaan antara mereka berdua terutama dari segi umur dan beberapa perkara lain. Bezanya blogger yang ni sangat meminati sukan bola sepak.
Blogger yang YY maksud tak lain dan tak bukan adalah SalbiahM atau lebih dikenali sebagai Sal dikalangan blogger lain.
Klik banner untuk ke Blog Sal |
YY difahamkan bahawa Adik Sal kita ni meminati bunga. Tapi satu-satunya bunga yang boleh dilihat di blog beliau adalah pada header blog. Walau header dia kelihatan simple tapi sangat menarik pandangan mata YY. Lagipun YY ni apa sahaja berkaitan bunga memang buat YY semacam. Hehe!
Blog dia sekali pandang agak ringkas dan tidak mempunyaI banyak gadget ataupun widget yang berkeliaran sekaligus merupakan antara faktor utama blog dia agak ringan. Tapi mungkin boleh dikuruskan lagi. Cuma satu yang YY tak berapa berkenaan adalah blog ini tidak meletakkan gadjet Blog Archive.
YY kebiasaannya memang menggunakan gadget tersebut untuk melihat post lama sesebuah blog. Sejujurnya agak tak convenience nak cari post lama blog yang diberi nama Blog Sal ni. Even kalau Sal tak berapa berkenaan dengan gadget tersebut, Sal perlu mempertimbangkan untuk letak Recent Post atau Popular Post untuk memudahkan pengunjung blog menghantar skuad mengebom (^_^)
Blogger SalbiahM |
Other than that, dah awesome! Especially gaya penulisan Sal yang santai dan buat kita ingin baca sehingga ke noktah terakhir. Serius memang seronok baca. Macam baru-baru ni cerita tentang percutian dia di Melbourne memang buat YY terasa seperti berada di sana. Dengan gambar-gambar yang cantik menambahkan keseronokkan membaca pengalaman sepanjang dia di sana.
Bagi sesiapa yang belum berkenalan dengan gadis yang mempunyai senyuman menawan ni, silalah berbuat demikian. Tak rugi mengenali Sal yang juga berkerja di salah sebuah syarikat penerbitan yang terkemuka di Malaysia ni. Dia juga ada skuad pengebom tersendiri tau (^_^)
YY rasa sampai di sini sahaja blog review untuk kali ini. YY minta maaf khususnya buat Sal sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini ada menyinggung hati dan perasaan Sal. Sorry ye (^_^)
Tinggal lagi dua buah blog yang masih belum YY review. YY ada sehingga Jumaat nanti untuk lunaskan janji YY. Blog siapa pula lepas ni ye? Tungguuu...
P/S - Takziah buat blogger +Qaseh Vee yang kehilangan ibunda tercinta pada Sabtu lepas. Semoga arwah ibunda Vee ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamin.
Blog sal ni yan lom terjah lagi..
ReplyDeletenanti terjah tau kak yan =)
Deleteterbaik
ReplyDeletejom terjah
anum cipta rekod ni
Deleteni panjang juga komen ni =)
Yes agree, Kak Sal perlu pertimbangakan nak letak blog archive.. I nak terjah entry lama pun susah.. :)
ReplyDeletekan...susah betul nak tengok post lama dia
Deletenak mengebom pun jadi lama sebab strategik kena lain
hehe
ramai jugak yang suggest benda sama..akan dipertimbangkan...hihi
Deleteserius memang agak tak convenience yunk =)
DeleteAlahai... comelnya tuan punya blog :)
ReplyDeleteSemoga ukhuwah anda berdua berpanjangan...
hehe...ada unsur kenakalan di situ =)
Deleteaamin BM! insya allah. itulah harapannya
Dik Sal! Siapa yang tak tahu. Ni geng-geng yang kena sedia Neslo kalau datang ni. Tak kiralah kita ke rumahnya atau dia ke rumah kita. Sal ni bab mengarang story bola memang hebat. Tercengang-cengang saya membacanya tau sebab sepatah apa pun saya tak faham tapi kukuatkan juga semangat habiskan membaca sampai ke huruf yang terakhir. Hahaha!
ReplyDeleteAmboi, bukan main bodek Sal ni mesti ada makna. Nak ajak gubah bunga sama-samalah tu @_@
hahaha..amboi-amboi kak MD, tu baru baca saya tulis pasal bola, belum baca yang YY tulis..kak YY ni lagi terer sebenarnya, saja tak nak tunjuk.
Deleteboleh aje menggubah bunga sama-sama
Padanlah sekarang Sal bukan main ngam ngan akak 13 tahun ni yerk. Tengah pakat gubah bunga rupa-rupanya. Nanti kalau terlebih gubah, hantarlah satu ke rumah akak. Kang korang berdua suka betul Neslo kat rumah akak kan!
DeleteNi mana tuan rumah ni senyap aje? Takkanlah komputer pejabat pun tenat. Nampak sangat tuan rumah ni tengah sibuk mengunyah di pejabat tau. Kalau tidak, dah tentu dia reply berjemaah juga. Dia bukan boleh kalau orang bawa squad datang, cepat jerk nak membalas serangan ~_^
Mehlah tuan rumah... jomlah kita reply komen sama-sama. Nak Coke tak? Nak? Nak?
ni kira kes membalas dendamlah ye
Deleteeleh...tak heren pun. lagi baguih kalau buat selalu
idaklah saya kena reply komen bebanyak
senang sikit kerja...hehe
saya coke tak heran sangat...neslo ais mana neslo ais
ada neslo ais...confirm okay aje! hehe
sal...kalau ko cite dia dah pening pasal bola
kalau akak cite lagilah dia pening
moralnya tak payah citelah
kan jadi bahan aje...bukan boleh dia tu...hehe
kaknoor pun jarang jenjalan blog Sal lepas ni boleh lah ronda2 hatta blog YY pun akak jarang kesini sorry ya, ni pun sbb td ke blog MD, lepas itu te gok ada yg menjawab semua komen2 do blog MD itulah terus kaknoor terbang kesini nk te gok siapa kah gerangan yg berani tu hehee jgn marah ya YY akak main2 je hehe
ReplyDeletehehe..tkpelah kak noor, kita masing-masing ada komitmen sendiri kan..kalau sesekali jalan-jalan tu tegur je, walaupun kat blog orang lain
DeleteBesan saya ni KakNoor memang sengaja tau tumpang populariti. Dia kalau takda kerja jerk memang suka alahai tolong saya :) Tak padan dengan usia tak cukup baligh, berani betul dia masuk rumah masa saya takda!
DeleteErrkk...Sal! Jangan marah yerk. Akak tahu ini entri khas untuk Sal tapi akak nak lepaskan batuk di tangga jerk ni @_@
Hah, tuan rumah! Marahlah kalau berani. Huahahah! Mana air Coke ni tak berhidang lagi? Air beli pun lambat hidang. Habislah kalau bakal menantu ikut perangai mamanya!
hehe...saje saya nak gurau2 manja dengan MD tu
Deletealahai tak ape kak noor, saya faham
saya pun kadang gitu...hehe
alahai tak marah pun MD wei
lain kali buat la lagi...
tengok, dah kurang dah kena komen
suka i...u!
Jap lg mau terjah sal :-)
ReplyDeletedah terjah belum aida =)
DeleteCik Sal ni rajin juga ke blog bunda...rajin nlogwalking..
ReplyDeleteDik Sal memang rajin, Bunda. Tuan rumah ni pun rajin juga. Tapi itulah kalau rajinnya lambat mai, mulalah lama dia bertapa tak keluar-keluar rumah!
DeleteNanti saya datang rumah Bunda yerk. Saya pun rajin juga ^_^
saya aje belum sampai rumah bunda...hehe
Deletesat ye bunda, nanti sampai
laa...kata bakal besan
Deletemaka harus berlama-lama...silap haribulan
lupa terus jalan pulang! hehe
Wahhh...glamer blog cik sal kita.Dan YY walaupun dalam sibuk..sempat jugak buat review...tahniahhhh
ReplyDeletesaya idaklah sibuk sangat sebenarnya cikgu
Deletekalau sibuk pun awal bulan sampai tengah bulan
biasa hujung bulan saya senang sikit..hehe
hahaha..mana ada kak DR, saya menyinggah je, tapi bila dah makin lama blog yang di-follow, makin banyak yang terlepas pandang.kadang-kadang baca je, pastu klik iklan, takde idea nk komen
ReplyDeleteok..I is terharu disamakan dengan adik kak YY yang cantik dan pandai masak tu..hihi.tapi takpe, kita sendiri tahu apa persamaan kitorang ek. Syhhhhh...diam-diam sudah
ReplyDeleteAlahai, Sal! Nak terharu apanya.... Buat-buat biasa ajelah. Kak YY ni memang suka review blog kawan-kawan. Maklumlah, dia dah takda idea nak update blog sebenarnya. Hahahaa...
DeleteKak YY oh Kak YY! Review blog kita sekali lagi boleh? Kita teringinlah nak tolong reply komen dalam blog ni. Macam best jerk. Macam hebat jerk ^_^
serius sal..
Deletekalau sebut kamu ni memang buat akak teringat adik akak
kamu pun pandai masakkan...cantik pun ye juga
pendek kata banyak similarity nyer =)
eh berapa banyak kali nak review blog u MD
Deletelahai...berapa kali nak kata ni
sumpah i tak kisah u...lagi suka
jimat masa i nak reply! hehe
i bukan takde idea...idea sikit punya banyak ni
takde kelengkapan aje
tu yang gunakan blog review ni
kang tak update blog...rindu plak
siap berwhatsapp tanya khabar kan...hehe
thanks kak, review blog saya.Nanti saya take note.don't worry. saya open minded punya worang..
ReplyDeleteSal, walaupun sangat menghargai tuan rumah berusia 13 tahun ni, janganlah kerja update kisah bunga pulak semata nak ambil hati dia yerk! Bernanah nanti akak nak komen; tak tahu nak komen apa. Kalau Sal tak mahu blog Sal jadi macam ni kena hack, janganlah sesekali tulis pasal bunga panjang berjela ya ~_^
DeleteEh, dah habis dah kita tolong komen! Alahai cepat pulak habisnya. Ingatkan bolehlah tolong balas komen sampai pukul 4.30 petang nanti.
DeleteOkey, I balik dulu yerk tuan rumah! Kalau rumah tu berselerak minta maaflah. Seronok pulak kuak lentang kat rumah orang ni @_@
akak buat mana yang mampu aje sal
Deleteitu semua hanya pandangan peribadi akak aje
lain orang mungkin lain pandangan =)
apapun you're most welcome
eh kat atas tu ad juga komen yang u tingal MD
makan gaji buta apa ni
main skip2 komen plak
alang-alang nak komen...komen semualah!
cepat betul nak baliknya...menci tau
lain kali datang lagi ye =)
Alah, DR...kita-kita ni hati keras kejung. Tak kecil hati punya kalau orang tak datang komen. Kalau orang nak buat kotak komen tu hak dia pun kita tak kisah. Ya tak, Sal?
ReplyDeleteYa tak, tuan rumah?
Kahkahkahkahkah........... #sesekaligelakjahat
tahniah utk ciksal yg kecil molek sudah direview blognya., hehe2
ReplyDeletehehe...sudah selesai wak =)
DeleteHi Cik Sal.. Awak memang comel pun. Macam gula2.. :D
ReplyDeletekalau camtu boleh makan lah kan
Deletehehe
Comell Cik Sal..dah lama juga follow beliau...hihi..
ReplyDeletesalam perkenalan ya... singgah follow # 373 :)
terima kasih singgah sini ye
Deletenanti saya balas kunjungan =)
nanti akak terjah...
ReplyDeleteterjah ye kak =)
Deletesamalah kita diana wei...
ReplyDeletekadang ada juga blog terlepas pandang
eh kita samalah sal
kadang baca, tapi tak tahu nak komen apa...hehe
ni bukan kecil hati tahap dewa ke
sampai datang dengan niat membalas dendam
eleh...chill lah MD...i ok aje what! =)
blog gadis pecinta bola sepak. hehehehehe.
ReplyDeletekita berdua pun sama pencinta bola kan kak
Deletebezanya bukan gadis aje...hehe
Dah lama gak tak singgah blog sal.
ReplyDeletekena anto skuad ngebom kalau gitu =)
DeleteOh Sal.....yezza setuju dgn awak YY...Sal mmg mrmpunyai gaya penulisan yg santai. Kekadang kelako pun ada. Mmg tak percaya minah ni suka bola.
ReplyDeleteOrang kampung mak ni...
kan OKje! dia memang pandai menggarap
Deletesebab tu ramai suka baca bebelan dia =)
yeke? tak tahu plak
hehehhehe....kenai sgt dgn sal nih.....sempoi jer org nyerrr....
ReplyDeletetak kenal tak patut...hehe
Deleteselalu jgk ke blog sal ...
ReplyDeletesamalah kita pun =)
Deleteaiza terus blogwalking ke blog beliau.. ;)
ReplyDeletebaguih! =)
Deleteahaksss...blog Sal pun kena review eh...best woo baca blog Sal ni itu sbb suka BOOmmm!
ReplyDeletehehe...sis JM pun suka bom juga apa...hehe
Delete