Afif Dah Sedia Ke Sekolah! (^_^)
Persiapan kelengkapan persekolahan Afif telah kami sediakan walau agak lewat berbanding parents lain. Mujur juga sekolah ditangguhkan, ada juga tempoh bertenang (^_^)Based pada semua tu dan juga betapa tak sabarnya Afif nak bersekolah, YY boleh katakan yang Afif sudah bersedia untuk ke sekolah! Dia nampak seronok untuk melangkah ke alam baru (^_^)
Beberapa hari terakhir sebelum menjelang sesi persekolahan 2015, YY adalah manusia paling sibuk bagi memastikan keperluan Afif cukup.
Terasa macam diri sendiri pula yang nak bersekolah. Hehe!
Peralatan tulis Afif ketika di tadika dulu kami belikan yang paling mahal dan berjenama. Tapi hanya bertahan beberapa bulan, lepas tu arwah! Entah ke mana perginya.
Bila ditanya, dia hanya jawab, "Entahlah!" So terpaksalah belikan yang baru.
Berbekalkan pengalaman yang itu, kali ini kami belikan yang agak murah. Kalau hilang dan perlu digantikan pun, tidaklah terasa sangat dak? (^_^)
Afif pula tak kisah langsung betapa murahnya peralatan tulis dia. Janji dia dah ada beg yang dia berkenan. Atau mungkin juga pada usia ni dia belum pandai memilih (^_^)
Peralatan tulis Afif walaupun murah, setiap satunya YY labelkan. Bukan apa, manalah tahu ada kawan Afif yang guna benda yang sama. Tidaklah tertukar atau jadi bahan rebutan.
Pada masa yang sama dok ingatkan Afif yang dia perlu jaga semua peralatan tulis dia.
Buku tulis yang mana dah ada di tangan, semua YY dah siap balut kecuali buku latihan sebab tak tahu subjek apa yang perlu diletakkan pada buku tersebut.
Yang mana buku yang diterima rosak pun YY dah baikpulih. Hopefully buku tu semua mampu bertahan sampai hujung tahun (^_^)
Baju sekolah YY dah siap basuh dan dah siap gosok pun. Rutin yang ni pastinya berterusan untuk setiap minggu bermula minggu ni sehingga hujung tahun nanti.
Minta-mintalah baju Afif ni sentiasa bersih dari mula ke sekolah sampai balik ke sekolah! YY ada pesan juga pasal ni dekat dia, dia hanya jawab, "Okay!"
Kasut Afif yang dipakai ketika sesi suai kenal hari tu terlalu kotor. Bila ditanya, dia kata kawan dia pijak. Tak pasal-pasal hari tu dia dapat ceramah free!
Jenuh nak basuh kasut putih bila kotor. YY nak sental pun terpaksa gunakan seluruh tenaga sampai terasa macam nak tercabut lengan ni. Nak kapur pun YY terasa susah.
Nampak sangat tak pernah buat semua ni. Tapi YY memang tak nafikan. Dulu sekolah YY tak pakai kasut putih, YY pakai kasut hitam sebab YY pengawas sekolah.
So tak pernah melalui azab kena sental kasut. Ni dah ada anak, kena sental kasut anak pula. Terasa macam nak basuh dalam mesin basuh aje! Hehe!
Apa yang boleh dirumuskan dari cerita di atas, Afif dah sedia ke sekolah!
Gambar dekat bawah ni adalah gambar yang YY snap di pagi Sabtu, sehari selepas sambutan birthday Acu dia. Sebelum dia nak makan lebihan pizza malam tu, dia minta YY snap gambar dia.
"Mama, cepat ambil gambar Afif nak makan pizza ni" kata dia sambil dok buat gaya.
"Kenapa pula?" tanya YY yang pelik bila dia suruh ambil gambar.
"Lah! Kan Mama nak letak dekat blog! Nanti Mama ceritalah dekat kawan-kawan Mama. Mama cakaplah Afif suka makan pizza!" kata dia panjang lebar.
Lately hampir kesemua benda yang dia lakukan dia minta snap dan letakkan dalam blog (^_^)
Anyway tak sangka anak yang ditunggu kelahirannya ni sudah melangkah ke satu fasa baru kehidupan. Cepat betul masa berlalu.
Terasa macam baru semalam dengar esak tangis dia ketika dilahirkan. Sekarang dia dah petah berkata-kata. Boleh tak nak suruh dia kecil balik? (^_^)
Oh ya, masa korang baca entry ni YY dan MyChintaHati sedang sibuk menguruskan persekolahan Afif. YY cuti agak lama sampai kena perli dengan MyChintaHati.
Dia kata, "Ni anaknya yang nak sekolah ke Mamanya nak sekolah ni?"
Oh lelaki yang bergelar Papa, sesungguhnya kamu tak akan faham perasan hati seorang insan bernama Mama ni. Sebak, excited semua ada! (^_^)
Semoga Afif tak lupa apa yang Mama lakukan ni.
Hehhehe good hari pertama sekolah afif!
ReplyDeletehehe...alhamdulillah dia ok je time ari pertama sekolah =)
DeleteMamanya terharu sangat2 bila anak nak pergi sekolah dah,,anak YY dah besar kan
ReplyDeleteye mar...nanti bila aisyah mar nak ke sekolah
Deletemesti mar pun rasa benda yang sama juga tau
tu lah, cepat betul beso nya =)
Assalamualaikum
ReplyDeletesinggah sebentar disini
sory sangat2 anum baru masuk kerja hari ini
bz day
waalaikumsalam anum
Deletesaya pun belum berpeluang berkunjung ke blog sesapa lagi ni
belajar rajin rajin afif :D
ReplyDeleteinsya ALLAH, terima kasih =)
DeleteHehehehhehe..ye kan sis? Kekadang suami ni kurang alert perasaan seorang ibu macam kita. Kathy semalam pun tengok Alia berbaris terasa sebak sampai mengalir air mata. Hehehe. Anak nak pegi sekolah je pun,bukan nak berperang. Kathy lak yg over.
ReplyDeletetulah, dia kata kita over
Deletetapi dia tak tahu betapa sayangnya kita pada anak
hehe...saya tak menangis tunjuk, dalam hati aje =)
Wah! Satu persatu peralatan dilabel nama Afif... Punyalah sayang... :)
ReplyDeleteTeringat lak dulu... Sebab takut tertukar atau kena curi, siap ukir lagi nama kat pensil tu...hehe
hehe...bukan apa BM, takut tertukar
Deletetu yang gigihkan juga melabel walau penat tuhan ajelah yang tahu
cadang nak ukir juga, tapi leceh nak buat gitu
cara mudah, paste aje =)
Selamat bersekolah untuk anak2nya... semua pun maklum kalau mak bapak lah yg kadang terlebih excited pasal anak nak masuk sekolah... anak2 sendiri kadang seram sejuk jer
ReplyDeletehehe...betullah NA
Deletesaya pun melebih semacam aje, anak relax je
entah apa-apa mama sorang ni =)
Nasib baek la ade wanita. kalau tidak kelang kabut juga kalau papanye yg nk buat.. #PENGSAN
ReplyDeletehehe...betul juga dak
Deletekalau lelaki rasanya tak terfikir benda gini =)
Kak yana!
ReplyDeleteRindu.hehehe.
sy nak khatamkan semua post2 yang sy dah ketinggalan sangat2 ni.
lamanya tak blogwalking.
Sampai tak tau anak buah sy sorang ni dah start sekolah.
selamat bersekolah afif. Belajar rajin2 tau.
nanti boleh ajar mama dan adik aisyah pula
farhana! hehe...akak pun rindu =)
Deleteakak pun berhutang dengan ko juga ni ana
nanti ada masa akak jengah ye =)
afif dah sonok sekolah sekarang ni
Seronoknya ke sekolah... Bab tampal nama kat pensel tu.... terfikir plak kenapa dulu sha tak buat camtu... patutlah asyik hilang je ! hahaha yepp hureyyy.... dah sekolah ~
ReplyDeletedah masuk bulan kedua sekolah ni, memang sonok sangat dia
Deleteakak dari zaman akak sekolah akak buat gitu
sekarang turunkan pula pada anak =)
rajinnya buat label.. kekadang geram jga barang2 hak milik kta hilang,kawan pinjam2 sampai hancur.
ReplyDeletebeli murah2 tapi berkualiti ya kak.. hehehe..nanti rajin2 la cek tengok apa yg dia bawa balik,hasil belian di kedai buku..
hehehe.. bagi dia diari satu kak,suruh dia tulis apa yg dia nak dalam tu..
idaklah rajin sebenarnya, lebih kepada terpaksa
Deleteitupun dah dua bulan sekolah ni, entah berapa banyak dah hilang
mujur stock banyak, ni pun nak kena replenish stock
dia rajin melukis, menulis dia blum pandai sgt
hihihi... uishh ayt papa dia...
ReplyDeletelawak afif ni semuanya nk di snap
menikam kalbu kan ayat tu...hehe
Deletedia tahu mama dia blogger, tu yang semua benda nak snap
Biasalah tu, YY. Alat tulis memang sentiasa 'missing in action'. Tak dapat dikesan asal kejadian. Abang pun macam tu juga dari Tahun 1 sampailah Tahun 2. Tak berubah. Rasanya Tahun 3 ni pun akan ada juga insiden kehilangan harta benda ni. Saya dah 'menabung' alat tulis banyak-banyak, boleh buka kedai kecil kat rumah ni :)
ReplyDeleteNama panjang macam Afif ni senangnya buat cop aje. Lepas tu cop je kat buku tulis dan sebagainya. Takdalah penat tangan nak menulis namanya. Bab kasut putih tu, janganlah menangis hiba. Mak yang di sini ada 5 pasang kasut untuk dibasuh. Memang sepanjang 2 tahun lepas, menangis mendayu-dayu dalam bilik air tapi takda siapa pun yang peduli. Hahaha....
Welcome to the club! Lepas ni memang rutin kita bertambah banyak lagi tapi takpa, kita happykan *_*
biasa ye MD? sekarang dah masuk bulan kedua, saya faham
Deletemaksud biasa yang MD katakan tu...hehe
dalam tempoh seminggu, dah tiga botol gam habis.
tak tahulah dia makan ke apa. yang pasti agak terbako ati ni...hehe
memang saya pakai cop untuk buku latihan, tak larat wei nak menulis
memula permintaan saya tak diendahkan mychintahati
tapi at last dia beli juga...hehe
senang sikit main cop-cop, sonok pun ye juga...hehe
dah bulan kedua ni, bukan kasut aje MD wei
baju pun memang buat mama dia menangis sesorang dalam bilik air =)
Selamat bersekolah dgn semangat dan keceriaan.. semoga berjaya dlm pelajaran dgn cemerlang... aamiin.. :)
ReplyDeleteterima kasih KK
Deleteafif dah masuk bulan kedua ni memang nampak seronok aje
Yy.
ReplyDeleteComel2 je brg sek. budak2 bukan faham mahal murah. Yg pnting dia suka.
hehe...saya yang pilih
Deletelantak ler comel ke idak, janji ada..hehe
Teringat terus kat SA dulu.....semua completelah mcm Afif ni jugak, tapi lama kelamaan, persediaan anak yg bawah bawah dah mula kurang hihi....emaknya dah semakin malas haha....
ReplyDeletehehe..anak sulung dia punya level excited tu
Deletelain sikit dak OKje
insya ALLAH, mudahan berterusanlah semangat saya ni
singgah sini.. bestnya afif dh ada lengkap peralatan nk skolah. semoga pandai membawa diri di skolah, dpt kawan2 baru
ReplyDeletecomplete semua peralatan dia, alhamdulillah
Deletedia pun takat ni sonok aje nak ke sekolah =)
anyway, mekacih ye singgah sini
Alahai..seronoknya fasa ni kan. Tak sabar saya nak rasa.. tunggu lagi 2 tahun.. gigih YY labelkan semua alat tulis Afif ni. Kagum saya. Nampak tersusun dan kemas je. Mesti Afif pum bakal jadi insan yang suka mengemas dan bersusun atur macam mamanya nanti.. betul, alat tulis budak2 ni tak yah mahal2 sangat, nati kot hilang juga. Bayangkan tahun lepas pada awl tahun pensel dan pensel warna naim ada dalam 1 beg besar.. sekai dengan akak saya bagi.. tapi menjelang hujung tahun ada dalam 1 pencil box je.entah ke mana ghaibnya
ReplyDeletetulah, excited lebih mengalahkan anak cikgu AN =)
Deletesaya ni nak kata jenis tidy sangat tu idak juga, cuma membayangkan
apa yang perlu ada dan tak ada aje...hehe
kan cikgu AN, semua gambo dekat atas tu dah arwah dah
kecuali beberapa barang
Boleh tahan nama penuh Afif ni.. Standart nama zaman skrg lah ni...
ReplyDeleteKena rendam la dulu gayanya... Kasut sekolah elok basuh dgn sabun cap kapak je...
hehe...nama tu papa dia yang bagi
Deletememang zaman sekarang semua nama panjang kan =)
saya tak rendam, sental aje! hehe
Singgah di sani lagi..
ReplyDeleteterima kasih papaglamz, terharu saya =)
Deletesalah satu moment indah dlm hidup ialah sibuk myediakan smua kelengkapan anak bsekolah.. lg2 ini thn pertamanya
ReplyDeletehehe...setuju sangat lya!
Deletelagilah ni anak sulung, level excited tu memang lebih sikit =)
rajin YY melabelkan peralatan tu . my anak buah, klu bab pencil warna n segala makhluk dlm pansil box tu , satu bln pn kadang dah hilang ... zmn sis sek ren dulu pakai kasut plastik je ...
ReplyDeletenak kata rajin idak juga, lebih kepada terpaksa aje ni
Deletelagipun pada usia ni afif belum pandai jaga barang lagi
tu yang tekad labelkan
lelaki memang takkan faham apa yg isteri dia rasa kan..huhuhu ke dorang buat2 tak faham sebab dorang taknak nampak sangat apa yg dorang rasa..pada hal dalam hati tu sedih dan bangga tengok anak masuk sekolah kan...hehehe
ReplyDeletehehe...saya rasa diorang buat tak pahamlah kak
Deletesebab saya perhati suami saya punya semangat tengok anak bersiap
cuma tak begitu ketara kalau tak tengok bebetul...hehe
kalau sekolah rendah, mungkin awal sangat kot nak dedahkan
ReplyDeletebebenda camni, bagi dia masuk sekolah menengah
kalau betul dia minat bab gini =)