Nikmat Hujan Bagi Afif Dan Aisyah (^_^)
Petang sebelum kita melangkah ke 2015, di kawasan YY hujan turun dengan agak lebat. Hujan pada waktu itu memang sudah boleh diagak berdasarkan keadaan yang sama sejak beberapa bulan lalu.Teringat diri sendiri yang pernah merungut dengan keadaan cuaca yang terlalu panas pada suku pertama tahun lepas. Menjelang suku akhir hujung tahun, cuaca berubah pun merungut.
Lately YY mula belajar bahawa merungut tidak mendatangkan sebarang manfaat.
Anyway hari tu YY tidak bekerja sebab nak kena mengambil keputusan ujian darah di HTAR Klang untuk penyakit Hyperthyroid yang telah YY hidapi sejak YY berusia 13 tahun .
Balik dari hospital dalam keadaan hujan lebat tu, YY terus singgah rumah Mak nak fetched Afif dan Aisyah yang YY tinggalkan seketika dengan dia.
Sampai depan pintu pagar rumah Mak, YY nampak kelibat Afif dan Aisyah yang tengah seronok menikmati air hujan yang jatuh membasahi diorang berdua.
Ramai pakar kanak-kanak yang menyarankan parents untuk membenarkan anak-anak bermain benda-benda yang kelaziman dilarang oleh parents seperti bermain pasir dan air hujan.
Permainan seperti ini dapat merangsang perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Malahan ianya sesuatu yang amat menyeronokkan walau untuk orang dewasa sekalipun.
Kalau tak percaya, cuba korang buat. Dancing in the rain. Sumpah seronok! (^_^)
"Papa boleh tak Afif nak main air hujan?" tanya Afif bila nampak kelibat YY dan MyChintaHati.
Dah masak kuyup, baru minta izin. Pandai sungguh! (^_^)
Dapat aje permission dari MyChintaHati, apa lagi bertambah seronok dan bahagialah diorang meneruskan agenda diorang pada petang tu.
Hanya berbekalkan kamera cap ayam, YY snap segala aksi spontan Afif dan Aisyah yang hanyut dalam keseronokkan mereka menikmati titisan air hujan.
Gelagat pasangan dua beradik ni buat YY teringat memori zaman kanak-kanak pada tiap kali hujan. Apa yang mereka lakukan pada hari tu hampir sama dengan yang YY pernah lakukan.
Bezanya dahulu tanah berpasir bukan bersimen atau tar. Itu yang menambahkan lagi keseronokkan apabila berlari dalam lopak air yang berpasir (^_^)
YY rasa seronok betul merakamkan segala aksi dua beradik ni apabila diorang tidak langsung melepaskan peluang yang bukan selalu boleh diperolehi.
Gelak tawa mereka bermain air hujan sehingga kini masih YY dengari. Nikmat betul titisan hujan bagi Afif dan Aisyah pada waktu tu.
Pada masa yang sama YY terbayangkan anak orang lain yang terjejas akibat banjir yang luarbiasa pada tahun lepas. Mungkin nikmat hujan berbeza sama sekali bagi mereka.
Teringat kata-kata Ustaz Kazim Elias dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam di TV1 yang YY tonton semalam. YY memang suka dengar ceramah dia.
Dia menasihatkan supaya jangan membandingkan diri kita dengan orang yang lebih atas dari kita atau bahasa mudah lebih senang dari kita. Bila kita buat gitu, kita tak reti bersyukur.
Kita asyik nak lagi, dan lagi, dan lagi. Dia suruh kita sentiasa pandang ke bawah. Maksudnya pandang pada orang hak yang lebih susah dari kita.
Bila kita pandang orang susah, kita akan lebih menyedari bahawa kita sebenarnya lebih kaya atau mewah dari segala segi berbanding orang lain.
Gambar dekat atas ni buat YY tersenyum seketika melihat mereka berdua beradik berusaha menolak dan menarik Acu mereka ke arah titisan hujan. Moment ni buat YY rasa blessed (^_^)
Anyway, hari ni hari jadi Anis a.k.a Acu pada Afif dan Aisyah. HAPPY BIRTHDAY ACU! Moga panjang umur dan sentiasa berada di dalam rahmat ALLAH. Sayang kamu! (^_^)
Well, rasanya itu ajelah bebelan YY.
Sebelum tu nak tanya apakah moral yang korang perolehi dari cerita hari ni? Selain dari menari dalam hujan tu satu keseronokkan, apa lagi yang korang boleh pelajari?
Yes, BERSYUKUR! Belajarlah untuk bersyukur dengan setiap apa yang kita perolehi. Bila kita bersyukur kita akan lebih positif melalui hari mendatang (^_^)
Lagi satu, tak usah larang anak nak bermain hujan, pasir, lumpur, rumput atau apa sahaja yang sewaktu dengannya. Ini semua satu bentuk pelajaran bagi mereka (^_^)
Till we meet again. Assalamualaikum (^_^)
Happynya mereka main air hujan... Mama tak join sekali ke?
ReplyDeleteBetul sgt tu YY...
Masa kat Terengganu, kesian kat anak2 yang kena kurung bila musim hujan...
Bila mereka minta nak main hujan, memang saya akan benarkan...
Ala, mereka bukan main lama pun...
Bila dah rasa sejuk, pandai pula masuk sendiri dalam bilik air dan sambung main air dalam bilik air pulak...
cadang nak join juga tapi malu dengan mychintahati,
Deletebelum ditambah dengan mak abah plus orang keliling
nanti dikatanya tak betul pula...hehe
saya pun bagi aje nur, maklumlah teringat zaman kita jadi budak dulu
betullah tu, diorang memang tahu masuk sendiri kalau dah sejuk =)
hehe btl2....sy dulu2 suka sgt mandi hujan..ajak kwn mi2 mandi sm.hahaha
ReplyDeletesamalah dengan saya pun
Deletediorang tak demam ke YY main ujan? biasanya main sebab suka2 demam, kalau sebab musibah jarang demam,...
ReplyDeletekalau nak kasi main hujan ni
Deletejangan bagi hak yang gerimis aje
memang biasa orang tak tahan, kalau yang hujan lebat ni
insya ALLAH tak ada apa-apa, anak-anak saya okay aje takat ni
seronoknya mandi hujan...
ReplyDeletememang seronok kan =)
Deletesenang hatu sungguh budak berdua tu dapat main hujann :D
ReplyDeletememang diorang, sonok aje
Deletemama nyer pun tergugat keimanan...hehe
Salam Jumaat, YY *_* Kita dah sampai kat pintu dapur dah ni....
ReplyDeleteSeronokkan main air hujan ni. Budak-budak sekarang tak merasa nikmat 'dancing in the rain' macam budak-budak dulu. Saya sebenarnya pelik juga. Kalau jenis budak yang dok seronok main air hujan bagai, jarang pulak kena demam. Cuba jenis yang tak boleh kena hujan langsung, kena setitik pun terus demam!
Tula kan.. anak sedara saya memang lasak. pantang hujan nak main.. baru bunyi guruh dia dh mntak izin.. aduss
Deletesalam jumaat kak ton
Deleteawat lalu ikut dapur, pintu depan kan ada =)
satu hal sebab tempat kediaman tak sesuai
kalau zaman kita dulu kawasan kampung, sape nak melarang
budak sekarang pergerakkan terbatas sebab ada aje yang melarang =)
tapi ada betulnya tau kak ton, budak dah biasa memang jarang demam
ye ke QA
Deletetapi sebenarnya bagus juga dia main hujan
untuk pembelajaran dia =)
pelajaran paling baik ialah alam sekitar.. betul tak ek?..
ReplyDeletehttp://syidamenulis.blogspot.com/
yup! tetap sekali
Deletehehe...tulah kan
ReplyDeletediorang pun lagi satu sengaja nak buli acu diorang =)
tapi betul kalai main hujan, reramai lagi meriah
Betul tu, masa musim panas air kena catu kat Selangor hari tu, kita merungut...lepas tu tuhan turunkan hujan lebat selalu, kita merungut jugak...Mmg kita kena muhasabah diri...:)
ReplyDeleteTentang benarkan anak anak explore tu, saya amat amat bersetuju!
Terlalu mengekang itu tak boleh, ini tak boleh, perkembangan sahsiah akan terbantut..
Kita benarkan mereka dengan berpantau, Insya Allah takde apa apa...
Wife saya pun ada hyperthyroid, detected first masa pregnant kan anak bongsu kami, tahun 2013 yang lepas...Saya boleh bagitau macam2 tentang penyakit tu pada wife saya..tapi elok juga kalau wife saya boleh borak2 dengan awak kan, utk dapat tahu dari perspektif sebagai pesakit..:)
manusia kan doktor, ada aje yang tak puas hati
Deletekena muhasabah diri sungguh bab gini kan
of course lah, doktor kan doktor...hehe
parents nowadays tak menyedari sebenarnya larangan itu merugikan
yeke? dia kira baru lagi kena tu
saya dah hampir 2 dekad kena, dah kira expertlah juga...hehe
boleh doktor, tak ada masalah. my pleasure =)
Hujan rahmat...
ReplyDeletebetul MKL, hujan itu rahmat =)
Deleteanak2 mmg suka main hujan kan... sama macam anak saya baru ni, rasa sikit je..bila seronok habis basah kuyup dia sorang main hujan...
ReplyDeletebudak mana yang tak suka
Deletelagilah kalau dapat peluang, bertambah seronoklah diorang =)
Seronoknya diorang main hujan! Expression mereka tu yg precious :)
ReplyDeletetulah kan kak
Deletesebab tu orang kata kalau ambil gambar, aksi spontan ni yang bagus
nampak naturally, bukan dibuat-buat =)
Lupa pula akak nak tanya, YY selalu checkup utk hypertiroid berapa bulan sekali? Akak pun ada hypertiroid gak tp selalu mengelat jumpa dr huhuhu
ReplyDeletesaya sekarang jumpa enam bulan sekali
Deletetapi saya baru aje lepas buat radioactive iodine, so kena pergi juga HKL
akak makan ubat ke? akak jangan memain tau
mungkin nampak tak serius, tapi ianya bahaya tau
biasalah kak..,manusia mmg jenis suka merungut..sama la macam saya juga.. hehehe..
ReplyDeletewaktu panas rungut,hujan pun rngut....
berilah peluang kt budak2 utk rasa ap yg pernah kita rasa,kiranya kongsi pengalaman.seronok apa.. heheh..biasalah budak2 kan..,tak kan nak terkurung dalam rmah ja
yelah kan, akak pun samalah
Deletesekarang ni rasa cam dah sedar, tak reti bersyukur betul aku ni!
yup betul tu! diorang belajar melalui sifat explore diorang tu
satu kerugian kalau kita melarang, cuma kita joiin sekali
memang seronok sebab akak pun buat gitu...hehe
Yep, jom kita beristiqamah.. saya pun ada niat yang sama, nak kurangkan mengeluh, tambahkan bersyukur dan kurangkan benda2 yang lara.. haha.. itu sayalah, antaranya nak kurangkan masa menghadap internet..
ReplyDeletesaya setuju pasal bagi anak pelbagai pengalaman ni.. tapi ada masa risau juga kot anak demam nanti.. hihi.. payah juga
bagus niat tu cikgu AN, teruskan
Deleteinsya ALLAH dipermudahkan nanti =)
hehe...insya ALLAH tak ada apa kalau dalam hujan yang lebat
lepas tu terus dimandikan lagi, tak ada apa...insya ALLAH =)
Kathy dl pn sk jg main hujan,tapi pandai pulak nak larang anak² mandi hujan. Hehehehe..seronok tengok afif dan aisyah ni..
ReplyDeleteP/s: happy birthday acu..
sekali sekala bagi bebudak main hujan tak mengapa kak
Deleteinsya ALLAH tak ada apa-apa =)
tulah, diorang buat saya nak join juga...hehe
p/s-terima kasih, nanti saya sampailkan pada dia
Wahh.. mmg nikmat tu.. Klu saya pun nikmat juga mcm tu hehee.. best.. :) :)
ReplyDeletekan KK...hehe
Deletebukan selalu dapat peluang dak =)
Asal anak bahagia. Tetapi waspada kemudharatan ke atas anak...
ReplyDeleteterima kasih atas nasihat tu pakmail
Deleteinsya ALLAH tak ada apa-apa =)
Bestnya dapat main hujan.
ReplyDeleteMamanya tak join sekali ka?
hehe...jadi tukang tengok aje
DeleteSeronok main hujan nih! Memang dulu2 saja jer cari pasal untuk dapat main hujan...hehe
ReplyDeleteKalau tak kecut jari2 tu...tak akan naik! Jenuhlah mak terjerit2...
kan BM! saya dulu pun selalu sgt main hujan
Deletedah tua ni aje rasa malu pula nak main hujan..wahaha
:)
ReplyDeleteManusia ni susah nak bersyukur kan.
kadang2 mulut merungut itu ini.
Kita lupa, masih ada yang lagi susah dari kita.
Dari kecil parents ajar sy dan adik beradik bersyukur dengan apa yang ada.
kalauntak dapat apa yang kita nak, maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Tunyang sy cuba tanamkan dalam diri sy
hehe..terima kasih farhana kerana memahami entry
Deleteyang cuba disampaikan =)
tu lah kan, manusia memang susah nak bersyukur
suka buat perbanding walhal itu yang terbaik buat mereka
Wahhhhh seram ni.....lepas baca entri ada pop kuiz haha....
ReplyDeleteDarah macamana? Ok tak?
Betu tu YY...mmg best main hujan, tp takut ar nak main hujan takut ada guruh! Huhu....
Kanak kanak kat Pantai Timur bukan hujan lagi dah...
darah apa? keputusan ujian darah tu?
Deleteokay kak, alhamdulillah
insya ALLAH dalam hujan lebat kebiasaannya tak ada guruh
Kat KLni mmg x blh nk bg main.. Hujanasid.. Kena sikit dh demam.. Huhu
ReplyDeletehujan asid memang biasa nya ada di kawasan kota
Deletememang bahaya =)
nostalgia sungguh ni..
ReplyDeletetringat zaman kecik dlu mandi hujan ramai2 dgn kawan2.. syoknya..
asya xpernah mndi hujan sbb dia sensitif.. msti trs demam..
hehe...kan lya
Deletedulu time kecik mesti sonok giler kalau dapat main hujan
biasa yang buat demam tu hujan renyai-renyai
seronoknya dapat main hujan...dah lama tak bermain hujan macam tu
ReplyDeletehehe...samalah kite kak =)
Delete