Tiga Tahun Dalam Dunia Blog
Berdasarkan entry pertama yang YY published di Diari Seorang Mama (DSM) pada 19 Julai 2012, YY secara rasminya sudah tiga tahun bergiat aktif dalam dunia blog.
Blog ini diwujudkan bagi menggantikan journal dunia realiti YY. Atas dorongan dan bantuan ex-colleague YY, Fiza Ismail maka DSM adalah seperti apa yang korang lihat sekarang.
Of course restu MyChintaHati adalah faktor kelangsungan DSM (^_^)
Di DSM, YY banyak menulis mengenai anak-anak. Ianya sebagai satu kenangan buat mereka dan salah satu cara membuktikan betapa kasih dan sayangnya YY pada mereka berdua.
Manalah tahu umur yang dipinjam ini tidak panjang. Sekurang-kurangnya ada blog untuk mereka rujuk segala perjalanan yang mereka pernah tempuhi bersama YY dan MyChintaHati.
YY juga banyak menulis mengenai pandangan peribadi YY mengenai apa-apa sahaja isu di sekitar dunia kecil YY. Pandangan yang biasanya tidak pernah dizahirkan di dunia realiti (^_^)
Tapi peliknya, bebelan YY mengenai masakan merupakan rating tertinggi di DSM. Padahal empunya blog tak pandai masak pun. Mungkin kena banyak lagi cerita merapu pasal masakan (^_^)
Mungkin juga disebabkan entry tersebut, DSM kini perolehi lebih daripada 1000 pembaca setiap hari. Satu pencapaian yang sangat YY banggakan (^_^)
Dunia blog juga merupakan medium untuk YY perolehi ramai kenalan dari pelbagai latar belakang kehidupan. Sesuatu yang tak mungkin diperolehi di dunia realiti.
Percaya tak kalau YY katakan bahawa YY di dunia realiti adalah seorang yang pendiam? (^_^)
Yang pasti, DSM tak akan bernyawa tanpa pembaca setia. Korang semua adalah penggerak DSM sama ada yang memilih untuk menjadi silent reader atau meninggalkan jejak.
Mereka yang tersenarai di bawah ini adalah yang aktif meninggalkan jejak sepanjang Julai yang lepas. YY kurang post entry sepanjang Julai disebabkan Hari Raya dan sibuk dengan Photobook.
Tapi ada juga yang sudi mengomen di entry lama. TERIMA KASIH di atas masa yang diluangkan. Sebagai tanda penghargaan, blog mereka YY dah senaraikan di bahagian side bar DSM (^_^)
Seperti yang pernah YY janjikan sebelum ini, YY akan berikan small token buat 20 nama yang meninggalkan komen sepanjang 1 Ogos 2014 sehingga 31 Julai 2015.
Sempena genapnya tiga tahun usia DSM, maka YY tambah lagi 10 nama menjadikan 30 nama yang aktif meninggalkan komen sepanjang tempoh di atas layak mendapat small token tu.
Semua yang tersenarai di bawah layak mendapat small token tu. Blog mereka juga YY sudah senaraikan di dalam blog list yang boleh dilihat di sini.
Kalau dilihat pada harga, murah aje token yang ingin diberikan. Yang pasti ianya adalah simbolik bersempena parent in law YY yang mendapat panggilan ke Tanah Suci.
Insya ALLAH, mereka berdua akan berlepas pada 17 Ogos nanti. Tolong doakan selamat perjalanan pergi dan balik mereka ye (^_^)
Insya ALLAH, mereka berdua akan berlepas pada 17 Ogos nanti. Tolong doakan selamat perjalanan pergi dan balik mereka ye (^_^)
YY rasa itu sahaja bebelan YY bagi permulaan Ogos ini. Insya ALLAH DSM akan kembali aktif seperti biasa disebabkan Photobook sudah pun 90% siap (^_^)
Semoga ketemu di lain entry. Assalamualaikum (^_^)
P/S - YY dah ada alamat kesemua nama di atas kecuali Nurbijen. Once semua alamat dah diperolehi, kesemua token akan dihantar. YY akan maklumkan kemudian.
tahniah...dah 3 tahun...
ReplyDeleteterima kasih =)
Deletesorry yer...blog Fida tengah upgrade..t dah settle...fida open balik...
Deletehehe...tak apa fida. tapi lain kali tak usah buat gitu
Deletejatuh trafik blog. saya kalau upgrade pun saya tak letak private =)
hanya pendapat saya =)
wahh.. tahniah, semoga terus success yer :)
ReplyDeleteamin. terima kasih =)
Deleteapapun tahniah kerana berjaya bertahan selama 3 tahun.. ada jugak nama terselit tu walau paling hujung hahahhaa.. thanks sudi terima saya sebagai kawan even saya kadang2 bukanlah seorang yang baik sangat. Susah nak control apa yang saya cakap... orang kata cakap main lepas je. tapi masih sudi berkawan dengan saya
ReplyDeletehehe...terima kasih untuk suria juga kerana menyokong saya selama ni
Deletebaik tak baik tu belakang cerita suria =)
saya pun ada ramai kawan gitu. kalau tak suka apa yang dia cakapkan, saya diamkan aje
dah sejuk kang, saya pot pet balik...hehe
Tiga tahun ya, YY. Terasa sekejap aje. Macam dah banyak benar yang kita menceceh dalam blog tapi bila tengok balik, baru 3 tahun. Ingatkan dah otai sangat. Hahaha... Eh, saya macam biasa, muda lagi... baru 2 tahun lebih sikit ~_^ Pangkat adik blogger ni dengan YY, jangan ketip mulut nak marah pulak ya!
ReplyDeleteOh, ya...lepas ni kalau nak komen panjang-panjang kena minta izin dulukan. Nanti tak pasal-pasal kena bayar caj berserta GST 6%. Den tak mampu lagi sebab blog tak menjana pendapatan pun. Hehehe!
eh...kira otai dari awak MD wei! hehe
Deletepart ni nak kata awak tu muda tak apa, kasi can
tapi kalau umur saya masih lagi 13 tahun...hehe =)
hehe...takut kena caj rupanya =)
saya pun belum penah dapat sesen pun. tapi yang pastinya, saya seronok =)
aida listed ~ alhamdulillah :)
ReplyDeletemoga terus YY menghasilkan entry yg menarik ekk.
aida da 6 thn 3 bulan blogging rupanyer bila cek hi hi hi...
rezeki aida tu =)
Deleteinsya allah saya akan cuba
wah, lamanya! kira aida lagi otai ni =)
congrats YY....:)
ReplyDeleteterima kasih kak =)
Deletealhamdulillah...tahniah yy..moga terus kan menulis..:-))
ReplyDeleteterima kasih kak =)
Deletetahniah :))
ReplyDeleteterima kasih
Deletedah 3 tahun ye?? lama tu.. tahniah.. tahniah!
ReplyDeleteyup! tiga tahun sudah =)
Deleteterima kasih
rasa nak gelak guling-guling pula
ReplyDeleteincome memang tak ada langsung
tapi jemputan ke event ada banyak jugalah =)
Tahniah, ramai juga berminat nak buat donat tu hehehe
ReplyDeletehehe...terima kasih
Deletetulah, trafik sentiasa naik tuk donat tu =)
Tahniah, YY. DSM dah tiga tahun usianya :)
ReplyDeleteAkak dah e-mail add pada YY dah.
terima kasih kak
Deleteye saya dah dapat alamat aka. terima kasih sekali lagi =)
alhamdulillah...lama juga tu dah 3 tahun,akak pun lama jugak hehehe, blog lama dulu ramai jg follower, blog baru ni biar privasi sikit hehehe sebab banyak citer pasal anak2 je
ReplyDeletekategori baru lagi kak sebenarnya
Deletebanyak benda nak kena belajar =)
saya kenal akak pun dari blog lama dulu lah =)
alhamdulillah...
ReplyDeletelya lak mula bblog thn 2009...dh msk thn ke-6..
moga ikatan psahabatan kt kekal slamanya..amin
lama dah lya dalam dunia blog ye
Deletekira senior saya ni =)
amin...mudah-mudahan =)
tak terasa kan cepat betul masa berlalu..3thn tuh...pahit manis dalam dunia blog ni dah byk dh dirasa kan....moga YY terus berjaya dalam dunia blog ni...hehehe
ReplyDeletenak kata pahit sangat tu, dak juga
Deletecuma banyak benda saya belajar dalam tempoh tu
sebelum ni tak tahu sangat, tapi alhamdulillah
rakan blogger pun best2 belaka. banyak belajar dari pengalaman orang lain =)
apapun, terima kasih ye
Wah.. Tersenarai juga diri ku ini yg malas nak BW skrg. Tqvm ye?
ReplyDeletemestilah akak tak ada. kalau takde, pelik tu
Deletesupporter kuat DSM ni =)
preview skit kak photobook tu.hihihi.
ReplyDeletebtw, sy memang suka baca blog.
tapi sangat susah nak stay satu-satu blog.
sy jenis yg agak selektif bila baca blog orang.
sy suka blog yg ada isi.
sebab tu sy disini. :)
ada moral setiap entry yg akak hasilkan.
kipidap kak!
sy support dari jauh. :)
ala...kena preview ke? hehe
Deletetouching akak baca komen ko ana.
terima kasih sebab trus menyokong akak
tak akan ke mana blog ni tanpa pembaca seperti ana
terima kasih ye
1k pageview sehari dah boleh apply iklan innity . klu letak google ads pu dah byk rm masuk ni ...
ReplyDeletetak pandailah nak apply vee
Deletegoogle ads plak tak lepas...hehe
Tahniah yana. Happy blog anniversary untuk blog DSM. Banyak tu PV ☺
ReplyDeleteterima kasih fiza
Deletesikit kalau bandingkan dengan fiza =)
Tahiah YY...dah 3 tahun usia blog ni rupanya...kalau page view cecah 1000 sehari byk tu..sis JM pun dalam 500++ je...Tahniah...bebelan berinformasi x pe..bukan bebelan kosong
ReplyDeletealhamdulillah JM
Deleteangka tu pun disebabkan dah ada pembaca setia =)
moga angka tu buat saya lebih bersemangat =)
ehh...sis JM pun termasuk dalam list utk terima small token tu...terima kasih!!!!!
ReplyDeletesaya dah hantar tau JM
Deletedapat tak? risau tak dapat sebab ada yang kata tak dapat