Resepi Kek Coklat Moist Bakar

4:52:00 pm Yana Yani 95 Comments

Resepi Kek Coklat Moist Bakar | Lama juga tak berupdate blog ni ye. Sibuk dua tiga menjak ni. Lagipun tak ada benda sangat nak diceritakan. Tapi ada banyak benda nak share. Hehe!

YY bukan seorang yang hebat di dapur. Tapi kalau dah namanya perempuan, nak tak nak mesti perlu ke dapur kan. Macam tulah juga YY ni. Kalau boleh nak goyang kaki aje. Hehe! Semenjak dapat oven ni, boleh kata rajin jugalah YY dok buat macam-macam kek dengan biskut. Orang kata "batak". Maklumlah, barang baru! Hehe!

Hari ni YY nak share resepi kek coklat moist yang dibakar menggunakan oven. Kebanyakkan resipi yang YY jumpa untuk buat kek ni adalah kukus. Tapi hari ni kita kasi BAKAR! Untuk bahan yang digunakan di bawah ni, korang perlukan loyang bersaiz 8" x 8". YY juga ada peralatan menyukat bahan bagi memudahkan kerja sukatan.

Orang yang tak pandai masak macam YY, peralatan ni perlu! Boleh juga berangan jadi macam Anna Olson time dok baking. Hehe!

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

So meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek coklat moist versi bakar ni. Untuk bahan yang perlu di ayak korang perlukan

- 2 cawan tepung superfine. Boleh guna tepung gandum kalau tak ada.
- 3/4 cawan serbuk koko
- 2 tsp soda bikarbonat
- 2 tsp baking powder

Sila rujuk gambar in case ada yang tak kenal bahan-bahan yang disebut di atas ye (^_^)

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Satukan semua bahan-bahan tadi dalam satu bekas, diayak dan letak ke tepi. Time ni dah boleh ready panaskan oven ye dik non. Suhu berbeza pada setiap oven, cam YY punya oven 180C.

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Bahan untuk mixer pula adalah

- 2 cawan gula kastor
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak (boleh gunakan butter yang dicairkan)
- 1 cawan air suam
- 1 tbsp coklat emulco
- 3 biji telur gred A

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Untuk kes malas, campak aje semua bahan tu dalam bekas. Lepas tu gunakan mixer atau apa sahaja alatan yang boleh pastikan kesemua bahan tu sebati campuran dia.

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Lepas dah pastikan semua campuran dah sebati, masukkan sedikit demi sedikit campuran bahan yang diayak tadi. Kalau rasa malas, nak masuk semua serentak pun boleh juga. Tapi kalau berterabur dapur korang, bukan salah YY okay!

Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Lepas tu korang boleh letakkan di dalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak masak ataupun butter. Masukkan dalam oven bukan dalam mulut ye. Belum masak lagi ni!

Bakar antara 40 hingga ke 50 minit bergantung kepada suhu yang korang gunakan. Kebiasaannya kek bila dah naik bau, dah menandakan masak. Boleh cucuk gunakan lidi yang bersih. Bila lidi tu ditarik bersih, confirm masaklah tu.

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Inilah hasil kek coklat moist bakar yang sempat disnap. Tak sempat nak deco dah habis kena pulun dengan kami anak-beranak. Afif siap suruh YY meniaga lagi. Hehe!

Konon sedap sangat kek Mama dia buat (^_^)

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Untuk topping plak kan,YY guna hak paling simple.

- 1/3 cawan susu pekat
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan minyak masak

Satukan aje semua bahan tu dan dimasak atas api yang kecil. Letak sedikit susu cair mengikut kecairan yang kita inginkan. Once kek dah sejuk, bolehlah dituangkan ke atas kek. Rasa dia, perghhhh! Terbaik! (^_^)

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Bolehlah cuba pada sape nak cuba. Tak nak cuba pun ada aku kisah? Janji YY dah buat banyak kali kek ni. Antara faktor kenapa badan YY seperti dipam kebelakangan ni.

Ada sesape nak kongsi tips camne nak kurus tak? (^_^)

Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

95 comments:

  1. Sedapnya YY... Lama juga tak buat kek nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. coklat kan cikgu, sape tak suka =)
      cubalah...bahan pun mudah tu

      Delete
  2. Sedap ni.. Lamanya tak baking..

    ReplyDelete
  3. Haha.. buat kek tapi nak kurus ya.. jangan makan kek tu..buat je bagi orang lain makan, tipsnya... haha..

    Saya suka tgk anna olsen masak je..buat sendiri mmg malas.. oven hiasan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nice tips cikgu AN =)
      kan..cam best aje tengok dia baking
      tapi tengok ajelah best, nak buat tu cam nak pitam plak =)

      Delete
  4. kena banyak minum air putih dan rajinlah exercise klu jenis yg rajin makan ni..hehe..
    Jangan lupa detok selalu.. tip mudah ja nak kongsi..Makan kena lah jaga jugak klu x susah nak slim..heheheeee

    by day way.. sedap kek..suka sangat kek coklat ni..huhuu.. i ambik resepi.. cuba yg versi sis wat lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tips yang ni agak susah diamalkan...hehe
      nak control makan tu yang payah walau pada masa sama nak kurus...hehe
      entah apa-apa kan... =)

      cuba jangan tak cuba

      Delete
  5. Replies
    1. nama pun kek coklat, mestilah sedap
      hehe...komen riak dan takbur ni =)

      Delete
  6. Wahhhhhhh.....membaking nampak. OKje ni sama spesis gak dgn awak YY, tp sudu sukatan kat rumah ni mmg tak pernah beli hihi....lagii teruk!
    Ohhh senang je buat topping dia yek....
    Teringin gak nak menerai nanti...
    One fine day hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tiba time rajin OKje
      maklum nak membasikan oven baru, kang dia dah basi...peram aje lah =)
      saya tak beli juga, adik saya bagi! wahaha! kantoi!

      toping tu hak paling senang saya cuba,
      yang lelain cam payah, cubalah kalau tiba rajin ye =)

      Delete
  7. Rajinnyer semenjak ada oven baru ni.. Bukan batak kak yana, jakun je..
    Ahaks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang boleh tahanlah rajinnyer =)
      kalau boleh semua nak guna oven...hehe
      tak sama ke batak dengan jakun...hehe

      Delete
  8. Cantik, gebu dan menyelerakan kek YY tuh! Terliur akak dibuatnya dinihari begini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu belum sepenuh jiwa buat kak
      kalau sepenuh jiwa, mau kalah resipi rahsia! hehe

      Delete
    2. Hahahah tekstur kek kelas pertama! Akak bagi 5 bintang!

      Delete
    3. hehe...akak ni memuji lebih sangat la pula
      ni mula terasa macam di awang-awangan ni =)

      Delete
  9. bhn nya sama je dgn kek coklat moist kukus . kekadang sis bakar kadang kukus . sama je masaknya . sis lbh suka guna susu pekat manis gantikan gula kastor dan gunakan coklat yg dicairkan menggantikan serbuk koko ... suka ubah resepi ... heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? ingatkan lain...hehe
      saya dah cuba buat gantikkan susu manis tu, kurang sedaplah
      bab coklat plak, tak rajin nak cairkan
      saya maleh tahap KLCC punya tinggi...hehe

      Delete
  10. Fuhhh sedap ni.. lebih2 lagi klu baru keluar dari oven.. fuhhh..mmg best.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...
      anak-anak saya pun suka time panas tu
      bila sejuk diorang kuang layan...hehe

      Delete
  11. slurpp..sedapnya..
    feberet asya nih

    ReplyDelete
  12. Batak tu bukan ke nama kaum? Tapi 'batak' kat sini maksudnya macam jakun ya?

    Saya ni bila nampak orang tulis resepi lepas tu ada perkataan 'bakar' tetiba aje teringat kat jiran sebelah, YY. Silalah jangan ambil trademarknya itu *sambilmelututmerayuni* ~_^

    Kira YY rajin 'banyak sikit' daripada saya. Saya peralatan membaking ni complete ada tapi jangan ditanyalah ya bila kali terakhir menggunakannya. Rasanya ada yang tak pernah guna kot. Beli tepung kek pun silap haribulan sampai dah tamat tempoh satu kek pun tak muncul atas meja tau!

    Kalau dah seisi keluarga kata sedap, bolehlah buat side income jual kek coklat moist lepas ni. Saya tolong jadi pelanggan pertama tapi dengan syarat, beli satu percuma satu. Hahaha!

    P.S. Kalau tak nak update blog pun takpa. Tapi bila sesekali update tu, lebih afdal kalau cerita pasal Aisyah. Takdalah sia-sia I come here you know *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. batak dan jakun tu dua2 nama puak MD
      dah dari turun temurun dok guna terms tu nak menggambarkan yang betapa
      excitednya seseorang tu pada sesuatu perkata
      tapi saya tak maksudkan kaum mana2 =)

      sikit aje ye, ala...ingat banyak!
      baru nak berlagak!

      ala...belum berani nak meniaga, sendiri makan bolehlah
      kalau kak ton nak, boleh sangat saya buatkan
      tak payah bayar pun, free of charges!

      p/s - hehe...takde cite nak cite lah kak ton!

      Delete
  13. Replies
    1. tak sehebat kek buatan akak lah
      saya baru belajar

      Delete
  14. I'll try this cake by tomorrow jugak :)
    #excited

    ReplyDelete
  15. Nk try wt eah . Msty sdap nim ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. try jangan tak try
      mesti nak buat banyak kali nanti =)

      Delete
  16. assalam sis..salam perkenalan....dah try buat kek ni ....terbaikkkk.....terima kasih kerana berkongsi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      salam perkenalan =)
      senang dan yang pasti sedapkan? =)

      Delete
  17. Assalamualaikum. U guna suhu tu berapa eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      saya guna suhu 180 untuk 40 minit

      Delete
  18. Susu cair ideal tu bole tukar dgn bahan lain tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni nak maksudkan brand lain ke apa?
      kalau brand lain tak ada masalah
      kalau bahan lain saya kurang pasti
      buat kek ni nak kena pandai measure bahan
      idak dia tak jadi kek =)

      Delete
  19. Salam kak,
    terima kasih utk resipi ni..memang moist sgt kek ni.Saya buat untuk family day, nasib baik jadi..hehe ..Cuma masa utk bakar kek ni jd 1 jam 30 mnit utk oven sy..tp msih jdi.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      tak ada masalah...kalau ikut semua yang dinyatakan tu
      memang insya allah jadi =)
      akak pun dah berapa kali buat. sedap kan? mesti best dapat makan reramai =)
      mak ai!! lamanya masak. tapi yelah...lain oven lain tempoh dia
      mungkin next time boleh tinggikan sikit suhu tu

      Delete
  20. Kak, guna telur biasa ke ataupun kena guna gred A

    ReplyDelete
  21. Sis, thnx kek mmg sedap.. Tp toping sy buat slalu xmnjadi..nk msak atas api tu lebih krg brp lama ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, seronok dengar =)
      tak jadi macamana ye? berketul-ketul ke?
      kalau saya buat, koko tu saya ayak dulu pastu campur aje dengan semua bahan tu
      kacau aje sampai semua sebati. agak dah sebati, cam gambar tu...kira okay la tu =)

      Delete
    2. A'aa sis..jd berketul dan keras.. Then sy tambahkan susu pekatuntuk bg cair blk..
      Nak confirmkan bhnnya sis
      1/3cwn susu pekat
      1/2cwn serbuk koko
      1/2cwn minyak
      Btol ke sis? Takut sy silap..

      Delete
    3. betul. bahan tu
      tak ada salahnya

      Delete
  22. YY,, kalau tiada coklat emulco tu bole jdi jgk kak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coklat emulco tu bukan bahan asas buat kek
      takde pun mesti jadi punya =)
      benda tu kalau tak silap saya bertimdak lebih kurang cam pewarna
      nampak kek kita warna dia cantik sikit =)

      Delete
  23. nak tanya... kalau kek x nak naik tapi dah bubuh baking powder ikut resepi...agak2 pa punca dia ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak faktor kek tak naik

      - Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
      - Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
      - Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
      - Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok.
      - Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya.
      - Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan kek rosak.
      - Suhu ketuhar terlalu rendah.

      Delete
  24. Waa..sedapnye nampak..nk cuba la..sy ambik resepi nye ye..😊

    ReplyDelete
  25. Assalammualaiku...
    Nmpk menarik sgt kek tu..terpikat..hehe
    .nk tnye la..klu sy nk guna loyang 10×10,kene tmbah lg setengah adunan atau tmbah 1 adunan lg?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      sebenarnya ada orang buat lagi menarik..tu orang malas buat...hehe

      maafkan saya. saya kurang pasti. ini bukan kepakaran saya
      saya buat kek hanya suka-suka...kena tanya lebih arif
      apa yang saya tahu, penggunaan loyang yang kurang sesuai
      boleh sebabkan kek mendap dan tak naik sekata.
      biasanya untuk loyang yang lebih besar

      kalau terlalu kecil dari size sepatutnya pula, kek jadi merekah.
      kena pandai main measurement. saya memang tak berapa tahu
      sorry ye =)

      Delete
  26. salam, bleh tanya di mn akk bli set ukuran bancuhan tu..yg 1 cup =250ml dan lain2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      akak tak beli set tu, beli separately
      eh senang aje cari yunk wei! mana-mana pasaraya ada jual
      cari dekat section peralatan buat kek, mesti jumpa
      tapi kalau nak murah, beli dekat Mr. DIY

      Delete
  27. salam akak..hai..terliur tgk kek akak..mengidamnyeee nk kek ceklat..sekali jmpa blog akak..terus folo..hehe..nnt nak try buat..mcm sng..hrp2 menjadi la.. =}

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...camtu punya rupa pun kamu boleh terliur ke...hehe
      cubalah buat ye...memang senang dan insya allah jadi
      all the best ye

      Delete
  28. Kek coklat moist kukus memang my favorite. Yang bakar ni mesti lagi sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...rasanya sama aje
      beza cara pembuatan, maksud saya cara ia dimasak

      Delete
  29. Coklat emulco tu kalo xde boleh skip ke atau vanila boleh....kalo teknik kukus sy letak vanila 1ttp

    ReplyDelete
    Replies
    1. coklat emulco hanya bertindak sebagai pewarna.
      tak letak pun takpe

      as for esen vanila, terpulanglah
      lagipun ia bertindak sebagai pewangi pada kek
      kurangkan hanyir telur

      Delete
  30. Akak, apa beza susu cair and susu pekat? susu pekat tu susu sejat eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beza dik dari segi tekstur
      susu cair tu yang biasanya dilabel susu sejat atau krimer sejat
      ini pun sebenarnya berbeza
      tapi untuk kegunaan sendiri, akak pun hentam aje ;)

      susu pekat yang biasa orang guna buat air and kuih
      biasanya dilabel susu pekat manis atau krimer pekat manis

      Delete
  31. sedapsedapsedap!!! hehehe dah bnyk kali cuba mudah je nak buat x bnyk keje hihihi mekasih ye share resepi ni ^_^ share ler lgi resepi yg mudah2 sesuai tuk pmalas mcm sy ni kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni testimoni paling awesome! muah ciked ;)
      sebab mudah ler dok share
      bukan kategori rajin juga..haha
      banyak juga resipi mudah cuma empunya blog malas nak post. haha.
      tunggu mood rajin sampai
      apapun mekacih :)

      Delete
  32. Tumpang tanya, kena kek saya jadi kering and dia jadi macam piramid ditengah kek dan dia merekah? adakah 160C oven saya tu panas sangat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni bukan mahir sangat buat kek saudari
      tapi best pada apa yang saudari cite, kek tu merekah
      kebiasaan suhu buat kek adalah 180c dibakar antara 40 ke 50 minit
      tapi itu bergantung pada jenis oven
      perliu try n error
      dalam kes saudari ni kemungkinan size acuan tak sesuai
      suhu terlalu tinggi pun blh jadi faktor
      kek kering pula mungkin disebabkan kekurangan cecair atau terlebih tepung

      saya bukan mahir, ni semua berdasarkan pengalaman aje.

      Delete
    2. Saya guna loyang 7" x 7" x 2", tapi itupun baru pakai separuh dari sukatan yg diberikan diatas. Kena Pakai Loyang yg berapa tinggi? Saya baru cuba sekali lagi, kali ni tak kering sangat tapi, masih menjadi bukit ditengah dan merekah, dan lapisan atas dia keras, tapi kek dalam dia lembut.
      apa yg perlu saya perbaiki?
      terima kasih

      Delete
    3. maafkan saya saya tidak tahu bagaimana harus saya bantu
      seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya hanya amatur
      kemungkinan pengurangan bahan penyebab keadaan ini
      saya juga kurang pasti
      molek bertanya kepada yang lebih arif
      maaf ye, saya tak dapat bantu

      Delete
  33. Thank you YY utk kek yang cantik kemenjadiaanya ini. Sy cuba utk buka puasa arini.. Alhamdulillah..
    Kek merekah sb suhu tinggi. 5min yg pertama tu memang dah gelembung kek sy, terus adjust turunkan suhu. Alhamdulillah jadi cantik x gelembung bila masak. Sy modified utk suhu sy tukar kepada 150 darjah celcius, 55min masak cantik dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! buka posa dengan kek coklat! marvelous!
      glad kek jadi. biasa suhu oven mmg berbeza
      cam saya untuk kek memang kena 180C
      nanti dah rasa lagi puas hati ;)

      ni kek pertama saya buat masa ada oven ;)
      tak sangka ramai dapat manfaat

      Delete
  34. ermmm sedapnya tengok kek coklat..

    ReplyDelete
  35. tak pandai sangat buat kek tapi nampak macam mudah... mungkin boleh try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pandai sangat
      tapi ok jugalah kejadiannya..hehe

      Delete
  36. Terima kasih kakkk.. Coklat ni sedaaapppp sangat... Cuma sebeb kat kawasan saye susah nak cari coklat emelco.. soo sye tukar denga coklat paste..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cuba ye. senang kan
      emelco just act macam pewarna aje
      tak beri kesan pun kalau takde =)

      Delete
  37. boleh try buat ni. Thanks ye share resepi :)

    ReplyDelete
  38. tuk acuan bulat size 6 slices tu brpe degree ea tuk set masa sis? mmg klau pkai tpung naik sndri still kne pkai srbuk bikarbonat tu ke? mohon bantu sis :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab tu saya tak pasti pula saudari
      saya ni tak mahir bab kek ni
      saya buat sebab suka-suka aje.

      bab tepung naik sendiri tu, saya tak letak dah soda bikarbonat
      tapi ada setengah orang dia letak aje
      try n error lah saudari
      saya pun camtu juga =)

      Delete
  39. Thanx share..tgh buat kek coklat ni ...resepi buku..tapi dbl confirm kat internet.

    ReplyDelete
  40. Lama dah tak baking cake.last sekali buat kek permaisuri.Siap bagi dekat lecturer and kawan kolej lg.

    ReplyDelete
  41. Nmpk menarik sngtt.. And mudah.. Kebetulan mlm ni jugak perlu buat kek sbb ada family event esk, bolehlah try resepi ni... Thank you so much kak YY

    ReplyDelete
  42. Kalau letak minyak jagung boley ke ??

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...