Menghadiri Perkahwinan Ex-Colleague (^_^)
Sabtu lepas YY dan sekeluarga sepatutnya ke Melaka. Tapi disebabkan keadaan cuaca yang tak begitu sesuai untuk melakukan aktiviti seperti yang dirancang, maka ianya dibatalkan.Instead of ke Melaka, kami ke majlis perkahwinan ex-colleague YY ketika zaman anak dara dulu. Tapi YY bekerja di situ tak lama sebab bos tak suka dengan prestasi kerja YY.
Mungkin time tu stress untuk menjadi seorang isteri dah mula terasa, tu yang tak boleh delivered! Masa kerja situ, lagi enam bulan sebelum YY bergelar isteri.
Dua minggu sebelum bergelar isteri, YY dah diberhentikan kerja. Padanlah muka! YY sedar itu adalah kesilapan sendiri yang memberi pengajaran berguna buat YY (^_^)
Masa dapat undangan perkahwinan dari Erin ni, YY tak begitu menyangka sebab kami jarang berhubung walau dia ada dalam senarai kawan YY di Facebook.
Mendapat berita yang beliau akan berkahwin memang agak mengejutkan. Seolah baru semalam kami bertepuk tampar dan bergurau senda. Siapa menyangka masa berlalu dengan pantas.
Sebenarnya YY ada beritahu Erin yang YY tak dapat datang, siap minta alamat sebab cadang nak pos aje hadiah. Tapi bila dah cancel trip ke Melaka, hadiah pun tak sempat beli (^_^)
Masa kami sampai, majlis persandingan belum lagi bermula. So kami makan dulu sebab kebetulan time sampai, memang masing-masing tengah kelaparan.
Afif makan dengan cukup berselera siap bertambah sebab dia kata lauk dekat kenduri ni sedap. Jarang dapat peluang tengok Afif makan berselera macam tu. Siap bertambah!
Aisyah pula hari tu macam orang blur. Sepanjang hari dia tak senyum langsung tapi dia memandang orang yang berada di sekeliling seperti orang lain alien!
Pelik juga sebab selalunya dialah paling mudah tersenyum.
Tak lama selepas kami selesai makan, pengantin pun diarak masuk ke dalam dewan. Terus terpandang muka yang YY kenali dan yang hampir sekian lama tak jumpa.
Nampak kecerian wajah bergelar pengantin. Tapi Erin yang YY kenal memang seorang yang ceria kecuali ketika dia mengibarkan bendera bulanan. Hehe!
YY suka lagu yang dimainkan sepanjang majlis berlangsung yang lebih ke arah memuji ALLAH dan Rasul. Tak lupa doa yang dibaca yang cukup menusuk hingga ke kalbu.
YY rasa macam nak menangis ketika mengaminkan doa yang dibaca.
Sempat juga YY curi ambil gambar pengantin yang sedang bersanding. Lagipun meja kami tak begitu jauh dari pentas persandingan.
Tak lama lepas YY snap gambar di bawah, Erin baru perasan YY ada di majlis berkenaan. Sempat jugalah berlambai tangan.
Tapi pengantin sorang ni memang tak reti dok diam tau! Semua orang dia nak lambai time atas pelamin. Tapi tu kira macam melambangkan betapa cerianya dia pada hari berkenaan (^_^)
Masa dia berada dekat meja makan beradap, YY terus ajak Encik suami dan anak-anak jumpa pengantin. Nanti tak dapat peluang. Lagipun kami nak beransur pulang.
Sempatlah berborak kejab. Apapun Akak doakan Erin dan pasangan berbahagia hingga ke Jannah dan juga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin (^_^)
Sempat juga suruh bebudak ni posing atas pelamin sebelum beransur pulang. Aisyah pula masih lagi dengan riak wajah pandang orang semuanya pelik pada mata dia.
On the way nak keluar dari dewan tu, bebudak ni nampak ais krim yang sememangnya ada disediakan oleh keluarga pengantin. Ikutkan Papa dia, memang tak dapatlah.
Lagipun bebudak ni belum sepenuhnya baik dari batuk. Tapi Mama diorang pula yang kata, 'Kesianlah. Layankan ajelah" (^_^)
Masa makan ais krim pun Aisyah masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu senyum.
Kami singgah sekejab di Taman Tasik Shah Alam. Tapi disebabkan hujan sejak dari awal pagi, maka banyak permainan di situ yang tak boleh main disebabkan basah.
Padang juga digenangi air lopak yang buat mata rasa seram aje kalau dibuatnya Aisyah atau Afif main. Kalau dekat rumah tak apa lagi! Boleh terus mandi.
Ni nak masuk kereta dengan keadaan camtu, memang kena duduk atas bumbunglah diorang jawabnya! Afif bila YY kata gitu, dia gelak sikit punya besar.
Mesti dia membayangkan macamana keadaan dia bila kena duduk atas bumbung kereta (^_^)
Dekat sini nampaklah Aisyah ceria sikit. Tapi kami pun tak lama sebab tak berapa selesa nak bagi bebudak main dalam keadaan gitu.
Lagipun cuaca menunjukkan seolah mahu hujan semula.
Kami ke rumah parent YY selepas tu, menghabiskan saki baki petang di sana. Afif dan Aisyah aje yang masih terus berjalan mengikut Mak Ngah dan Acu diorang.
YY pula layan DVD cerita Underworld dengan Mak dan Abah. Encik suami pula pergi "belayar" mungkin kerana kepenatan (^_^)
Itu ajelah bebelan YY untuk hari ni. Moga berjumpa lagi di lain entry. Assalamualaikum (^_^)
terus teringin nak mkn nasi kenduri..aisyah makan aiskrim sampai hidung.
ReplyDeletehehe...dah dekat cuti sekolah ni,
Deletemesti banyak jemputan nanti
aritu dak aisyah cam blur sikit =)
tahniah pengantin
ReplyDeletemoga berbahagia ke jannah kan =)
DeleteSeronoknya bila pergi kenduri kawen tapi boleh makan dengan selesa macam tu. Tu sebab akak suka pergi awal kalau jemputan kahwin nie. Kita tak kelam kabut...hehehehe. Cantik pengantinnya....
ReplyDeletesaya rasa dia tak jemput ramai orang sebab dewan tu pun tak besar mana
Deletetime saya datang tu sebenarnya adalah waktu puncak
biasa orang hanya akan datang bila pengantin bersanding
maklumlah, nak tengok pengantin! hehe
Nape si comel tu YY...baru bangun tidur ke apa.... dahlah pakai baju cantik buat buat blur pulak hihi...
ReplyDeletePergi kenduri kawen pun best jugak......dapat makan nasi briyani hihi...Walaupun sekarang ni Nasi Briyani sekarang ni senang nak dapat tapi nasi briyani kat rumah org kawen kadang tu sedap lain macam haha berkat kot yek....
saya rasa dia nak tidur, time tu hujan sepanjang hari
Deletemasa kitorang sampai tu pun biasanya adalah waktu dia tidur
time balik, dalam kereta dia tidur =)
katering tu punya makanan memang sedaplah OKje
afif memang beria makan, jarang tau nampak dia makan camtu =)
ye laa yana, tgk afif mkn mcm sedap bebeno...ishh dah lame lieya tak pekena nasi kenduri kawin ineh...lieya pun suke nasi kenduri kawin...kalo kene ngan tekak mmg bertambah gak hahaahahah...wat muke tebal jek pi amik pinggan n tambah nasi lagi heheheehehe....dah le semua jenis buffet skrang kan, kalo berhidang tak le segan nak menambah hihihihi....
ReplyDeletecantik mempelai.... moga cepat2 bertige plak...tu laa yana, ade hikmah xdpt gi melaka...dpt jumpe kawan lama...moga korang terus keep in touch n tak tak putus hubungan...in sha Allah....
afif ni jenis susah nak makan tau lieya
Deletetapi kalau nampak dia tiba-tiba nak makan tu, memang rasa seronok
saya biasa layankan aje kalau dia nak tambah walau muka rasa tebal...hehe
tulah lieya, tak ke melaka, boleh jumpa pula kawan lama =)
insya ALLAH =)
Lain yg dirancang lain jadinya.
ReplyDeleteTapi ok juga perjalanan tak dirancang membawa kebahagiaan
Org yg menjemput gembira, yg dijemput gembira sama
Moga ukhuwah terjalin berpanjangan.
hehe...kita rancang kak, ALLAH tentukan
Deletebetullah tu sebab memang tak plan ke majlis dia
insya ALLAH kan, harap begitulah
Lecaknya taman permainan...
ReplyDeleteSedapnya dia makan aiskrim
hujan lebat sepanjang hari tu cikgu
Deletehehe...sape tak suka makan aiskrim ye dak?
Oh, tak jadi pergi Melaka rupanya ya! Nasib baik ada undangan perkahwinan. Adalah juga aktiviti luar rumah, ya tak? Napa si Aisyah langsung tak senyum? Bukan pertama kalikan dia senyum pada alien-alien semua....
ReplyDeleteSi Afif pulak mesti dah membayangkan keadaan dia yang dah macam Ultraman kalau kena duduk atas bumbung kereta. Itu yang gelak besar agaknya. Saya pun gelak bila membayangkannya. Hihihi...
Cantik kawan pengantin YY ni. Jenis tak duduk diam, jadi pengantin pun begitulah kekdahnyakan *_*
tak jadi! hujan lebat aritu
Deletebetul jugalah sebab kalau idak memang duduk rumah sepanjang ari jawabnya =)
dia mengantuk saya rasa, tu yang dia tak ada mood
hehe...saya rasalah MD
sebab bila saya kata duduk atas bumbung keta, besar gelak dia =)
pengantin semua cantik, maklumlah raja sehari =)
hehe...excited MD, excited =)
seronok ni dapat menghadiri kenduri kawin kawan lama..
ReplyDeleteoh tak jadi pergi melaka ye,tp takpe ada juga aktiviti gantian kan, akak weekend lepas duduk rumha je dengan anak..
oh singgah tasik shah alam,dulu selalu gak akak bawa anak2 ke situ sekarang ni setiap petang hujan,jadi tak kemana2 pun duduk rumah tengok tv je la..anak2 pun boring dibuatnya hehehe
tulah, saya memang plan nak ke majlis dia kak
Deletesuami pula ajak ke melaka sebab tu saya kata bagitau kawan tak jadi pergi
tapi nak jadikan cite tak jadi ke melaka, tu yang ke majlis dia =)
yeke? saya sekali sekala juga ke sini sebab situ selalu pack
orang seawal 3 petang dah penuh
kalau lewat lagi memang tak ada tempat nak parking =)
tahniah buat kawan YY tu..
ReplyDeleteaisyah makan eskrem sampai cecah hidung..hehe
harap dia baca komen mar ni =)
Deletedia mengantuk tu mar, sampai hidung pun makan aiskrim =)
Apa kena anak dara sorg tu. Hehehe..wah,takpelah..xke melaka pun boleh juga ke mjlis khwin kawan. Cantik mempelainya,padan gitu.
ReplyDeletemengantuk agaknya kak =)
Deletetulah kan, kita merancang, ALLAH tentukan =)
hehe...moga dia baca komen akak ni =)
Comelnya dia..ada eskrim kat idung. :D
ReplyDeletehehe...mengantuk punya pasal tu
Deletetahniah pengantin
ReplyDelete=)
Deletemesti ada sbb aisyah moody tu ... x pulak dia nak bercerita ya . oklah tu dia x buat perangai kat tpt org . sedap jer mkn ais krim sapai ke hidung ... heh heh . saya hujung minggu hadap lappy jer .
ReplyDeletedia mengantuk gamaknyer sebab lepas tu dia tidur
Deleteaisyah biasanya tak buat perangai,
senang sikit jaga dia sebenarnya
hehe...mengantuk sangat tu gamaknya
Semoga pengantin terus berbahagia selalu...
ReplyDeleteMesti seronok tgk Afif makan bertambah... Aunty jeles kat Afifi tau, dah lama aunty tak makan nasi kenduri.... huhuhu
Comel jer Aisyah dengan muka blur macam tu...
Yeay, dapat juga makan aiskrim... Hidung pun merasa ais krim jugak yer aisyah? hihihi
aminnn...itulah yang diharapkan =)
Deletemesti seronok mama dia yang tengok sebab susah nak nampak
afif makan bertambah. afif jenis susah makan
hehe...kesian dia, kat sini lagilah musim cuti sekolah
selalu sangat ada jemputan, tal tahu dapat penuhi ke idak =)
hehe...dia mengantuk gamaknya
tu yang buat muka blur gitu sampai hidung pun makan aiskrim =)
Lamanya tak makan nasi kenduri.
ReplyDeleteAisyah blur sampai ke akhirnya. Ok la daripada dia merengek jer. Gud girl Aisyah.
saya ni kerap juga dapat jemputan
Deletetulah, tapi kat taman tu dia dah mula ketawa
kebiasaannya dia memang tak merengek =)
hehe...blur punya pasal =)
ReplyDeleteTahniah buat pasangan pengantin.. semoga berbahagia hingga ke syurga... aamiin.. :)
ReplyDeleteaminnnn
Deletecantiknye sang perantin nie... :)
ReplyDeletesape aje jadi pengantin, mesti cantik =)
DeleteSelamat pengantin baru buat mereka. Dah lama tak makan nasi minyak ☺
ReplyDeletealhamdulillah saya baru aje dapat makan =)
Deleteamboi si kecik tu makan asicrem ke sampai kena hidung hihi... skang musim hujan... nak kemana2 pun fikir byk kalikan?
ReplyDeletehehe...sedap sangat gamaknya
Deletebetullah KM, memang tak selesa nak ke mana-mana
dalam keadaan cuaca tak menentu ni
berjumpa balik sahabat lama. mesti seronokkan..
ReplyDeletecantik kaler baju pengantin tu..
alahai..cutenya aisyah makan eskrem.. smpi ke hidung tu
seronok! cuma tak ada peluang nak bercerita panjang
Deletelagipun raja sehari kan, jadi tumpuan orang ajelah
dapat sekejab borak, jadilah!
hehe...sedap sangat agaknya sampai hidung pun kena =)
Mesti masa tengok kawan tu, YY akan terkenang... 'Slimnya...aku dulu pun macam tu jugak'... Jeleslah tu...haha!
ReplyDeleteSemoga kawan YY berbahagia menempuh alam rumahtangga.
hehe...idaklah BM
Deletesaya dulu chubby juga, idaklah slim gitu
cuba ada jugalah terasa cam nak jadi pengantin lagi...hehe
aminnnn =)
Cantik kalau pengantin Berpakaian muslimah secara proper. Ada nasi beriani..mmg menarik. Fevret saya tu.
ReplyDeletehehe...betullah tu
Deletesuka ye? tapi aritu punya katering memang sedap
Lah.. kenapa Aisy macam takde mood je.. Nasib baik dia tak mudah meragam kan kak yana.. saya kalau bawak anak buah memang tak dapat nak lama. Anak buah saya macam tak suka berada di tengah2 orang ramai ni. Mulalah menangis, sendu tak berlagu.. Dia tak blur tapi menangis je.. Haihhh...
ReplyDeleteaisyah bukan kategori mudah meragam
Deletecuma aritu akak rasa dia mengantuk
tu yang blur semacam...hehe
Tahniah kepaa pengantin semiga dapat membina sebuah keluarga bahagia ye amin
ReplyDeletehuhuuh..bila turn sis JM lak nih
insya ALLAH, adalah jodohnya nanti JM
Delete