Teguran Terbuka Buat Penganjur Giveaway atau Segmen
Malahan ia mampu meningkatkan trafik blog sepanjang tempoh penganjuran sepertimana yang diulas oleh saudara Hasrul Hassan dalam 10 Cara Blog Peribadi Tingkatkan Trafik Bulanan.
YY dah lama tak menyertai giveaway atau segmen. Tapi setakat hari ni YY dah menyertai lebih kurang 37 giveaways atau segmen dari rules hak yang paling mudah sehingga yang paling susah. Semua YY dah balun. 19 peratus daripadanya YY berjaya. Alhamdulillah.
Cuma malangnya penganjuran giveaway atau segmen ini berdasarkan pemerhatian YY, terlalu banyak kecacatannya sekiranya ia dilakukan tanpa perancangan yang teliti oleh penganjur itu sendiri. Disebabkan itu YY terpanggil untuk memberikan teguran ini kepada penganjur. Ini dilakukan berdasarkan kajian YY sendiri dan bukan dilakukan secara sembrono
Walaupun situasi seperti ini bukan dilakukan oleh semua penganjur, diulang, BUKAN SEMUA! Pun begitu ia tetap mencacatkan rentak atau keberkesanan giveaways atau segmen yang sepatutnya MUDAH dan memberi pulangan sama ada kepada penganjur mahupun peserta.
Kecacatan tu dah nampak ketika penganjur menyenaraikan syarat penyertaan yang kadang-kala tidak jelas atau mungkin main hentam aje janji ada syarat penyertaan. Paling common adalah meninggalkan link penyertaan. Apakah relevan meninggalkan link penyertaan sekiranya pihak penganjur tidak melakukan semakan sama ada peserta benar-benar mematuhi syarat?
Berdasarkan giveaway atau segmen yang YY pernah sertai, YY boleh kira dengan tangan berapa ramai penganjur yang melakukan semakan sedangkan link sudah terhidang! Malahan YY pernah melihat ada peserta yang menang tanpa mematuhi syarat. Sedangkan ada ramai yang jujur tak menang walau setakat hadiah saguhati.
Mungkin perkara di atas adalah kes terpencil, tapi hakikatnya memang wujud!
Paling menyakitkan hati sebagai peserta giveaway atau segmen apabila kita adalah salah seorang pemenang tapi kita tidak mengetahui kita adalah pemenang. By the time kita tahu, hadiah dah expired!
Pasal apa tak tahu? Pasal kita bukan dok hadap giveaway 24 jam semata nak tahu siapa pemenang. Kadang atas dasar sokongan, seorang blogger boleh menyertai berpuluh giveaway pada satu masa. Tak akan semua nak kena hadap kan?
Apa susahnya penganjur atau penaja hubungi pemenang dengan merujuk pada link penyertaan yang diberikan? Buat entry menyenaraikan peserta boleh pula, bagi tahu pemenang tak boleh? Paling kelakar, boleh pula keluarkan entry berbaur sarcasm kata orang tak nak hadiah. Adeh, sapelah yang tak nak hadiah wei! Awak yang tak berusaha hubungi pemenang.
Blogger Mialiana yang super-duper popular tu pun boleh mencemar duli memaklumkan yang pemenang dah diumumkan. Padahal sikit punya ramai menyertai giveaway yang dia anjurkan. Tu namanya orang yang benar telus dalam penganjuran. Lagipun nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau rasa susah, tak payah anjurkan giveaway atau segmen. Kan senang?
Tu belum kes tipu nak bagi hadiah sepertimana yang pernah dialami oleh rakan blogger lain. Kalau tujuan nak kejar followers aje, silaplah wei! Followers ramai belum tentu trafik blog tinggi! Kadang sebab dua tiga kerat blogger yang buat perangai camnilah yang mencacatkan kerancakkan komuniti blogger yang sepatutnya menyeronokkan.
Tu yang buat tawar hati nak join giveaway lately.
Entry ini ditulis sebagai satu peringatan buat diri sendiri juga. Lagipun setiap apa yang kita lakukan, kita membawa nama kita. Once orang dah hilang kepercayaan, chances untuk kita mendapatkan semula kepercayaan itu adalah hampir MUSTAHIL!
So kesimpulan daripada cerita di atas, kejujuran tu perlu baik dari segi penganjuran mahupun penyertaan. Lagipun dunia blogger kita ni kecil aje. Pi mai pi mai, tang tu juga.
yan salah seorang mangsa yang dapat hadiah tapi tak dapat sampai sekarang...aritu ada wassup dia . tanya dah pos belom..bukan apa..sekadar nak tahu aje..manalah tahu hadiah nya tersangkut dimana mana...hamba Allah ni siap kata hadoah dah sampul tinggal pos aje
ReplyDelete.tapi dekat 2 bulan dah...tak sampai..akhirnya yan anggap tak ada rezeki aje :-))
alahai ciannya kak yan
Deletesaya dengar ramai juga orang kena camni
memang kalau pandang sudut positif kita akan kata bukan rezeki kita
tapi pada yang sama, tetap rasa ralat kan
tak apa, ada ganjaran untuk orang sabar. insya ALLAH
sy pun pernah gak...menang GA...patut kena review...tp sampai sudah xde...kali kedua menang jugak..hadiah kad raya...smpai dh nk krismas xdpt kadnye....anggp je la xde rezeki kita...sy segan nk tya balik kt pengnjur hehehhe
Deletetu yang buat kita geram kan
Deletecamne lah berjanji nak bagi
pastu buat tak tahu aje...sabo ajelah!
Sampai hati depa wat lagu tu.. dah buat segmen tapi hadiah tak nak usaha berikan pada pemenang.. aduhh.. sakit hati sungguh kan
Deletetulah kan mummy..rasa cam kejam sangat
Deletecamni kita jadi nak marah kan
yy kotak komen blog yan dah mudah komen belom.
ReplyDeleteatau masih sama macam dulu
alamak kak...belum sempat singgah lagi
Deletenanti saya singgah ye kak...sorry =)
good sharing :)
ReplyDeletepernah jugak terjadi pada saya,hadiah tak sampai spt yang dijanjikan..bila tnye ,sponsor lari,so dia nak ganti..tapi sampai kesudah,xdenye...
ReplyDeletefollower je banyak,tapi tak rajin masuk blog kita setiap kali update entry tak guna jugak kan..pageview tinggi bukan bergantung pada follower..
alahai kesiannya
Deleteni lah yang buat hati rasa marah kan
memang bukan rezeki tapi sampai bila diorang nak buat gitu dak
tulah pasalnya...bajet popular gamaknya =)
sy pernah anjur beberapa GA sebelum ni...suka sy kongsikan apa yg sy buat sbagi penganjur.....
ReplyDelete1. Sy sndiri yg akan sediakan hadiah coz sy xnak carik penaja....nnti sian lak kengkawan kena byk klik2 utk like FB...follow insta dan blog penaja....kalau sy jd peserta pun sy jd mls nk join coz byk sgt nk kena klik....huhuuh
2. Setiap kali ada peserta yg join...sy akan check link yg di tinggalkan...kalau ok...then bru sy senaraikan sebagai peserta...dan sy akan tgglkan komen di entry GA blog peserta...mna2 link yg xleh detect....sy senaraikan jugak tp ada catatan dibelakang link tu....kalau sehingga tarikh tutup...link mmg xleh detect..then sy xmasukkan penyertaannya....kena berlaku adil pada pserta lain....
3. Kalau dah ada pemenang.....sy komen kt linkGA di blog pemenang utk maklumkan...kalau dah tamat tempoh pun....sy masih cuba hubungi pemenang...melalui emel atau melalui mana2 entry terkini beliau.....
Nak anjurkan GA atau segmen kenalah ikhlas....barulah kita rasa puas dgn apa yg kita buat....kena usaha lebih...coz kita kena bertggugjawab atas apa yg kita anjurkan.......alamakkkkk...pjgnya komen....syok lak rasa komen.....hahahahhaha
sekarang ni komen dia xmain arr pendek2 kan..:P
Deletemak ai...first time deanna komen sepanjang ni
Deletemeluahkan apa yang terbuku di hati lettew =)
kan bagus kalau semua penganjur buat cam deanna
nak cari sponsor tak apa, tapi kena pastikan mereka juga jujur
saya banyak kali juga jadi sponsor
cepat-cepat saya langsaikan sebab ianya melibatkan maruah saya sendiri
kita kena telus sebenarnya
kadang tak nafikan, ada juga peserta main kotor
sebab tu semakan tu perlu, barulah adil kan
apapun keep it up ye deanna
dunia blogger perlukan ramai orang macam deanna =)
yeke syida? lama saya tak BW ni =)
DeleteQA....kome nmpak ajer komen mike yerr....kah kah kah
DeleteYY...betul tu...sponsor pun kena ada rasa tggung jawab....sian kat pemenang kan...tertunggu2 hadiahnya.....hihihi...so far GA yg sy menang yang ada sponsor semuanya ok..kecuali ada 1 tu jer laa...hheheheh....
DeleteSya pon terkejut tgk komen sy pjg...hahhahahah
satu penulisan yg baik yana...moga2 blogger yg bakal menganjur giveaway baca laa tulisan yana nie...mane yg ok die diambil kira..... kdg2 mereka ni tak alert dgn isu2 remeh bile buat give away nih....
ReplyDeleteitu yang saya cuba sampaikan lieya
Deletebukan niat nak condemn sesapa
sebab tu saya pastikan dah lama tak sertai GA atau segmen
saya tak nak sesapa terasa
saya tulis berdasarkan pengalaman saya
Macam2 dunia blogger skrg ni YY...
ReplyDeleteAkak pun dah lama tak serta GA ni..
Byk benor syarat nya..
kan kak...tu yang kadang buat lemah semangat nak sertai
Deletehadiah kalau menarik tak apa
tapi syarat dia macam menang keta sebiji...hehe
Kathy pun da 2 kali menang novel tapi smpai skrg tak dpt walhal admin segmen da minta detail kathy. Hehehehe. Sabo aje lah. Tapi mmg serik nk join segmen lg skrg.
ReplyDeleteakak pun kena juga rupanya
Deletesakit hati kan kalau kena camni
kadang tertanya juga, camne boleh tergamak diorang buat camni
semoga berjaya..
ReplyDeletehehe
Deletekdg2 ada rules yg mcm amat payah gila nk ikut. kena itu ini last2 x join. hehehe.... prnah skali kena tipu konon nk post hadiah tu tp smpi skrg blm ad kabar berita. ari ni balas, bulan depan baru reply yg baru. hmm.... anggap je xde rezeki...
ReplyDeleteramai rupanya yang kena bab hadiah ni
Deleteakak tak penah kena camni
tapi kalau kena, mesti geram tak hingat
memang pandang sudut positif bukan rezeki
tapi sampai bila nak berfikiran gitu kan
boikot ajelah GA orang tu kalau dia buat lagi =)
Tu yang kekadang malas nak join. Pernah jer tak dapat hadiah GA padahal detail suma dah bagi. Tak kan lupa kot. Tak kan kita nak tanye hadia GA dah pos ke belum.
ReplyDeleteBukan GA jer, hadiah ukt pengomen tegar pon tak dapat2. Hurmmm...bukan giler hadiah pon. Dan bukan komen semata2 nak hadiah. Tapi kalau dah kata nak bagi tu, kena lah follow up sama ada dah dpt brg ker belum. Hurmmmm...
tulah kan, kita pun ada maruah kan
Deletetapi kalau fikir itu hak kita, tu yang jadi geram
saya memang dah lama tak join lepas kena sekali dulu
kalau nak join pun yang mana saya dah kenal
emm...betul juga kata fiza kan
kadang mungkin sebab postage, tu yang jadi isu
kena follow up baru orang rasa sejuk hati dak
awal2 libatkan diri dlm blog ni je terhegeh-hegeh join GA..Bila difikirkan balik, joinpunya join GA ukhuwah tak terjalin sgt pun.. hanya sekadar datang sekali lepas tu hilang baikxpayah join.
ReplyDeletehehe...saya pun dah lama tak join GA
Deleteni kalau nak join pun yang mana dah kenal aje
malas dah nak memandai
kekdg tertarik nak join ga.. tapi bila tgok byk sgt nk kena like follow terus rasa takyah lahhh.. haha
ReplyDeleteni satu sebab kenapa orang malas nak join
Deletekadang itu benda tu disebabkan dia ada ramai sponsor
dia pun tak boleh nak elak
cumanya kena teluslah kan, baru adil
Bagus sangat sis tegir mcm ni..biar semua baca... hhihi
ReplyDeletekadang GA & segmen yang dianjurkan sekadar melepas batuk di tangga ... dengan mcm2 syarat..kadang tak relevan... haha..
tu yg dah kurang minat nak join mana2 GA @ segmen sekarang... dah jarng sgt ikut.. dulu masa mula2 ber blog rajin juga... :):
saya bukan popular atie
Deletebelum tentu semua baca blogger cam saya tulis
saya tulis based pada pengalaman...
kalau boleh tak mau dah episod gini dalam dunia blogger
kita buat win win situation
barulah semua orang seronok kan
samalah kita. lama juga dah tak join GA
setuju sangat dengan entri ni.IbuNoey sendiri pernah terkena berkenaan dua hal ni:
ReplyDelete1. terpilih sebagai pemenang, dah bagi details tapi sampai ke hari ni hadiah tak dapat
2. hadiah dapat tapi tukar hadiah last minit dan hadiahnya memang macam totally tak ada kualiti langsung seperti yang dijanjikan.bukan nak berkira tapi biarlah jujur kan.
GA ni bukannya naikkan trafik sangat pun.ada orang tertentu yang follow blog masa join GA je.lepas tu bila dah menang, unfollow balik.tapi IbuNoey taklah kejam sampai unfollow balik ye.ahahaha.
maksudnya hampir semua penah kena bab tipu hadiah ni ye
Deletekira dah macam barah benda ni
cumanya ianya tak pernah disuarakan
tu satu hal tu kan, masa GA je follow pastu unfollow
bagus punya perangai...kalaulah blogger ni boleh macam IG
maksud saya boleh detect, memang buat dah...hehe
saya pun tak penha lagi unfollow orang yang saya dah follow
suka sgt dgn n3 YY...
ReplyDeletesatu lg....
bila giveway y memelukan kretiviti seperti slogan, gambar atau seumpamannya..pemilihan spatutnya bdasarkan kretiviti tu.. bukan guna random ke apa..kesian peserta berusaha fikir slogan,, cari gambar dan seumpamanya..
lainlah GA skadar tepek banner ga & link ga..oklah random tu
eh ada ke giveaway buat kreativiti p buat random
Deletehok aloh,,,cerdik beno penganjur tu
dah tu buat apa buat GA gitu...mau orang tak marah
memang tak adillah kalau gitu kan
Akak memang tak join giveaway kalau perlu like @ follow page tertentu, bg akk klu betul ikhlas tak perlu nak suruh follow sebab klu kita join kita pasti follow.
ReplyDeleteBab hadiah tu penganjur boleh kot hubungi pemenang melalui blog pemenang,komen je awak menang, bole bg detail bla..bla sbb kita bukan ngadap blog je kan pastu klu blog tu xde dlm bloglist tentu lmbt sikit nk tejah kan
Yana akk delete post tu bkn sbb yana tau, bukan langsung ok...xde kaitan pun dgn komen yana tu,akk setuju dgn komen yana tu,tp ada sbb lain yg buat akk delete tu maaf ye klu akk buat yana terasa
saya memula dulu tak join GA
Deletepastu ada orang nasihatkan join sebab bagus tuk branding
tapi lepas dah terkena, saya jadi tawar hati
maleh dah rasanya nak join GA
kalau ada pun mungkin sebab jemputan atau kawan blogger
yang saya dah kenal...serik!
hehe...saya tak terasa kak
don't worry, saya takut akak aje terasa sebab saya ni
kalau komen memang berdasarkan pendapat saya
kalau saya rasa baik, baiklah saya komen
kalau saya rasa salah, saya kata salah...gitu! hehe
don't worry kak ye...kita 0-0 tau =)
panjang lebar entry ni...hehe.tu lah, nak buat GA atau segmen, kena buat betul-betul..saya pun jarang join, melainkan kalau blogger yang memang dah rapat yang buat.
ReplyDeletetapi paling poyo blogger buat GA or segmen janji nak follow balik tapi x follow...hahaha.bukan kita hadap sangat follower tapi dah janji tu tepati jelah.kalau tak, jangan janji
panjang ye sal? rasanya macam biasa aje
Deletemungkin sebab kurang gambar. hehe
sebab tu pada akak, kejujuran tu perlu
kalau orang dah hilang kepercayaan, payahlah nak dapat balik
akak pun dah lama tak join
kang kalau ada yang kenal aje join...hehe
YY...nnti sy anjurkan GA join tauuuuuu...sy janji sy akan buat dgn sejujurnya...kalau xjujur...piat tinge.....kah kah kah
ReplyDeletetapi deanna memang biasa buat GA
Deleteyang level excellent kan
saya aje yang belum pernah berpeluang join
nanti war-war kan ye
all the best tau
Penah kena jugak ... Menang tp xdapat hadiah ... Malas nak layan tanggung ler nnt nnt ... Penganjur hilang terus pun ada jugak ...
ReplyDeletekalau kena camni, sakit hati kan
Deletetak apa, ALLAH tu adil
saya teringin nak buat GA sendiri. tak nak penaja.. nak keluar budget untuk hadiah sebab taknak ada penaja menipu nanti tapi sebab fikir komitment nak adakan GA ni bukan asal buat. Bila pemenang random jer pun tetap kita kena semak semua peserta. Kita sebagai penganjur kena jujur nak2 lagi yang ada penaja.. kalau yang menang tak penuhi syarat yang penaja benefit penaja tu mungkin tak dapat. So, pelaburan dia menaja jadi sia2.. Atas sebab2 tu saya jadi rasa berat tanggungjawab nak buat GA ni.. kita boleh tipu tapi tak semua orang rasa senang hati dengan menipu. kesimpulannya lepas nk nak jadi penaja jer hahaha
ReplyDeletesaya pun ada keinginan sama suria
Deletetapi memikirkan komitmen yang belum tentu mampu dilaksanakan
saya postpone hasrat tu, entah bila ada keberanian..hehe
memang responsibility sebagai pengajnur tu berat
saya pun lebih rela jadi sponsor aje...hehe
Saya memang jarang sangat join GA atau bersegmen ni. Sebabnya senang aje - saya memang berblogging tak mengejar pageviews mahupun followers (setakat nilah... akan datang tak tahulah kalau motif berblogging dah bertukar sebab ^_^) Saya ni suka merapu sebab itulah salah satu caranya - saya berblog. Orang baca ke tidak, tak kisah (tapi kalau takda orang baca, sedih gak hati ni...hehehe!)
ReplyDeleteSaya malas nak sertai GA sebab banyak peraturan yang saya tak mampu ikuti. Macam saya kata, saya berblog sebab suka menulis makanya saya memang tak aktif di mana-mana sosial media. Nak minta saya like instag, like twitter, like FB, jadi follower, like G+ dan itu ini memang susah bangatlah untuk saya. So kesimpulannya, tak payah join, wish good luck untuk kawan-kawan ajelah yang boleh ^_^
sebenarnya MD, bila kita jadi blogger
Deleteperkataan pageviews tu memang kita perlu
walau kita mungkin kata tak cari or tak kejar
tu jawapan cliche...hehe
satu hari nanti mungkin MD faham apa saya maksudkan
saya join pun atas dasar sokongan
dulu memang tak penah join
lepas tu saya cuba sehingga saya nampak apa yang saya ulas ni
tapi tak serik, cuma akan lebih selective
bagus Kak YY i loooike hahaha.. bersuara untuk kami2 skali..
ReplyDeletetahun ni tak buat GA lagi la.. bulan 12 insyallah hewhew.. and yes.. kalo buat dan ada pemenang
memang akan khabarkan kata dah menang.. betul.. kita bukan ngadap GA 24/7 jadi memang akan terlepas pandang..
hehe...dah lama pendam ni CT wei
Deleteni pun berapa lama terperap dalam draft
nak elakkan ada orang terasa...hehe
nanti buat GA bagitau
akak akan cuba sertai ye
Salam Jumaat sis... :)
ReplyDeletehari ni hari sabtu, baru dapat reply =)
Deletebengang mak kanns ., ;p
ReplyDeletebengang sesangat wak wei!
Deletedetail dan terperinci gud job!! YY
ReplyDeletemaka nya kaknoor tak rajin nk join GA segala ni biarlah sapa nk menang nk amik hadiah haha kaknoor sibuk kt dapur je
hehe...saya menyuarakan apa yang dah alam terbuku kak
Deletehopefully ada yang take note
Bagus entry ni..YY. Wa belum pernah join. Dan tak pernah lagi anjur apa2 GA.Tapi memang macam2 GA yang ada sekarang ni kan...
ReplyDeletepengalaman lepas beberapa kali join GA cikgu wa
Deleteidaklah memang tak buat entry gini...hehe
Alhamdulillah saya jumpa post ni, blh la dijadikan panduan utk GA yg akan dibuat x lama lg. Suka nak kenal2 rakan blogger & sharing benda2 yg kita suka :D Tq for sharing.
ReplyDeletemana yang baik jadikanlah pengajaran ye
Deletesaya pun bukannya orang yang sempurna
hanya meluahkan apa yang terbuku aje =)
Assalam YY...sis JM ingat salah masuk 'rumah' rupanya tuan rumah buatrenovation....cantiklah
ReplyDeletehehe..rumah yang sama
Deleterenovated aje..hehe
ahaa patutlah sis JM tgk blogger yang rajin menganjurkan GA or Segmen ni bilangan follower beribu mgkin sbb syarat utk join tu wajib FOLLOW Blog
ReplyDeletememang syarat buat GA, follow blog
Deletepasal tu mungkin follower diorang banyak giler
seronok sebenarnya join GA ni sbb kalau ada LUCK leh menanng hadiah yg di tawarkan BUT sis JM mmg malas nak join
ReplyDeletedari sudut positif memang best
Deletelagilah kalau penganjur tu jujur...tapi dapat yang sebaliknya
mau tak hangin! hehe
Sedangkan ada ramai yang jujur tak "memang" walau setakat hadiah saguhati. itu tak memang atau tak menang?
ReplyDeletehehe...mata eagle JM ni
Deleteok...dah amended...tima kasih =)
part ni mmg patut di tegur..penganjur perlu lah semak peserta yg join tu penuhi syarat ke tidak, buatnya yg menang tu x penuhi syarat mesti peserta lain tak puas hati
ReplyDeletetulah kan JM...pasal tu saya kata kena telus
Deleteahaaa yang ni mmg geram lah..klau menang x di maklumkan..so kalau penganjur buat lagi GA mmg x lah...mmg xkan join
ReplyDeletekan JM...saya dah kena dah
Deleteboleh pula perli2 bila kita tutntu hadiah...menci
nah!! sis JM cukup sokong entri ni..so kepada yang rajin dan suka anjur GA or Segmen sila lah 'do something' and jujur jgn sampai peserta x puas hati
ReplyDeletehehe...dah macam nak mengundi aje JM bercakap...hehe
Deletesebut asal follower ni kan YY..ada 2 org follower, gambar x senonoh di blog sis JM tu..ada x cara nk unfollow or buag sbb sakit matalah tgk...
ReplyDeleteboleh JM...
Deletemasuk aje blog, JM akan nampak dashboard kan
ada nampak jumlah pageviews, posts dengan followers kan
klik pada followers tu, pastu akan nampak senarai semua yang follow JM
klik gambar atau profile yang JM tak suka tu, pastu klik block this user
itu aje yang saya tahu...hope membantu
Just to share yg GA DLSL dah mula. Sekiranya ada kelemahan/kecacatan, silalah komen ya, YY & all. Kalau ada masa terluang, jom enter the GA... :D
ReplyDeleteyeke? terima kasih kerana memaklumkan
Deletenanti saya terjah ye
Salam singgah selasa.. :)
ReplyDeletehehe..salam selasa atie
Deleterupanya ada cerita camni juga ye, saya akan anjurkan GA juga tak lama lagi, insyaAllah saya take note semua kat sini
ReplyDeleteada. banyak sebenarnya
Deletemana yang elok tu jadikan lah panduan
hanya meluahkan apa yang saya alami
Aiza pun jarang-jarang menyertai segmen sekarang ini.. Sebabnya aiza tak dapat memenuhi syarat penaja yang meminta untuk like atau follow facebook atau instagram atau twitter..
ReplyDeleteSetakat yang aiza pernah join segmen memang ada hadiah yang tak sampai.. Bila aiza tanya, katanya dah hantar.. Akhirnya aiza senyap je la.. Malas nak cari gaduh disebabkan hal kecil begitu..
tu yang kadang saya pelik
Deletetak relevan juga dok suruh follow yang bukan2 tu
takde kena mengena dengan blog pun kan
oissh...senyap aje aiza?
kalau saya tu berangin juga kot dibuatnya...hehe
hmmm kan? sebab tu aida x berani buat giveaway.
ReplyDeleteditakuti jadik gini la. nanti rosak sillaturrahim sesama frens blogger.
tu la skit goodies utk top komen, YY.
inisiatif kecil sendirian berhad :)
boleh aida nak buat GA tu
Deletetapi pastikan semua dah dirancang rapi
insya ALLAH tak jadi camni kalau perancangan betul dibuat
ni saya marah yang mana buat hentam buat aje syarat
tak masuk akal kadang tu
betul tu YY. saya pun perasan gak pasal penganjuran GA ni ... ada tu memamg buat tak ikhlas, just utk dptkan followers jer.. sebab tu saya tak pernah join GA... Pernah join 1, 2 GA tapi elpas tu dah fedup... biarlah follower blog saya tak ramai, janji apa yang saya tulis dapat share dengan orang yang betul2 nak tahu a.k.a follower setia...
ReplyDeletedulu saya rajin juga
Deletesekarang pun naik malas sebab ada yang tak jujur
kalau join pun atas dasar jemputan aje lepas ni
Okje mmg dah pencen dah join GA ni hihi....dulu dulu adalah jugak join...
ReplyDeleteTp tak dinafikan cara nak membanyakkan follower salah satunya adalah join GA.
Okje rasa okje tak leh jadi penganjur GA, porak peranda kang jadinya hihi
saya akan join juga but depend dengan siapa
Deletetakut pisang berbuah dua kali...huhu
Menarik isu ni dan pendapat YY terhadap isu ni memang sesuai.. rasanya kalau nk buat giveaway memang kena komited dan ikhlas, bukan sewenang-wenangnya buat je..
ReplyDeletekomitmen tu satu hal, lagi satu tu kejujuran yang saya tekankan
Deletetak ke mana perjalanan kita kalau tak jujur dak
No komen...sebab saya memang xsertai sebarang segmen.
ReplyDeletehehe...tak ngape
Deletesaya pun hanya luahkan pendapat saya =)
Hahah, tersentap baca. Tapi takpe sbb bukan semua yg berperangai mcm tu kan kak. meh la join mekja punya GA. Semudah 1...2...3... jea. Hahah.
ReplyDeleteTetiba jea nak baut GA last year. Pstttt, rasanya ada hadiah yg kena dgn ur little princess Kak YY. kihkih
Mak yg masuk anak yg merasa. begitulah kita bila dah punya keluarga nanti kan. Kongsi, kongsi mahu bicara. kongsi harta dan juga..... teringat filem kongsi tu dok nyanyi lagu tuh. hakhak.
Bagus kak, bagus utk kesedaran entri ni :)) Motivasi tinggi. hee
memang bukan semua. cuma sebab diorang jadi tak rajin nak join GA
Deletekalau join pun atas dasar sokongan sesama blogger
ada buat ke? nak join! bagi link cepat!
cam best aje dengar bunyi hadiah tu =)
Hi sis :))
ReplyDeleteMeh join dkt sini
http://travellockmekja.blogspot.my/2015/12/tetiba.html
Hee, tapi jangan lah kecewa pulak lihat hadiah yg nak diberi.
Mekja jamin pada kualiti. Kkikii, xdk la orang dok nak mengeji nanti. Tak pasal-pasal kita sekali dapat dosa free.
ok yunk...nanti ada masa akak join ye
Deleteterima kasih menjemput =)