Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid (^_^)
Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid | Mungkin sebahagian pembaca blog ni dah tahu bahawa YY sudah hampir dua dekad disahkan sebagai seorang pesakit hipertiroid. Selama itu juga YY sudah biasa melalui pelbagai episod ujian darah, keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit sampingan disebabkan hipertiroid dan macam-macam lagi.Ketika mula menghidapi penyakit ini, YY sendiri tak faham keadaan diri YY yang ketika itu. Sering diejek ketika di sekolah kerana cengkung seperti seorang penagih dadah. Selera makan yang begitu tinggi juga menjadi bahan kutukan orang. Malahan YY cepat penat walau hanya melangkah beberapa tapak. YY dikatakan sebagai seorang perempuan lemah.
Tuhan aje tahu betapa sukarnya berperang dengan perasan sendiri ketika itu. Nak jelaskan pada orang, YY sendiri tak faham kenapa YY jadi begitu. Sudahnya hanya menjeruk rasa. Orang yang tak alami tak akan faham penyakit ini sebab secara mata kasar pesakit hyperthyroid tidak kelihatan seperti seorang yang sedang sakit. Sebab tu ramai yang memperlekehkan kami.
Menjalani kehidupan sebagai pesakit hipertiroid sebenarnya sukar jika tiada sokongan moral. Kami mengalami kesukaran untuk tidur, kekejangan otot dan banyak lagi. Penyakit ini juga mampu mencetuskan kepada penyakit lain seperti masalah jantung, osteoporosis, masalah penglihatan, penyakit kulit dan banyak lagi. Malah tanpa rawatan yang betul, ia mampu membawa kepada kematian.
Kitaran haid yang tidak betul juga menyebabkan ada doktor pernah mengatakan bahawa peluang untuk YY memiliki zuriat sendiri adalah sangat tipis. Bayangkan betapa hancur hati ni ketika itu.
Tapi ALLAH MAHA BERKUASA (^_^)
Ubat-ubatan seperti Carbimazole dan Propanolol adalah gula-gula harian YY selama ni. Tapi YY lebih banyak makan Carbimazole yang sebenarnya tidak elok diambil secara berterusan. Ia boleh menjadi mencetus kepada penyakit lain seperti radang pada hati.
YY pernah makan ubat jenis PTU yang lebih selamat diambil ketika mengandung ataupun breastfeed. Ramai doktor tidak mengalakkan pesakit hipertiroid untuk breastfeed. YY pernah cuba pelbagai supplement dari yang mahal sehingga yang paling murah. Tapi tiada satu pun memberi kesan. Tapi doktor mengalakkan pengambilan kalsium tambahan dan vitamin D.
Disebabkan kegagalan ubat untuk mengawal penyakit ini, doktor menyarankan YY menjalani rawatan radioaktif iodin. YY dah jalani rawatan pertama sekitar September tahun lalu. Kali ni YY perlu menjalani lagi kerana hormon tu masih lagi degil (^_^)
Kali ni YY dah well prepare berbanding kali pertama. Walau terpaksa melalui episod berjauhan dari orang tersayang selama lapan hari sekali lagi, YY dah agak bersedia kali ni. Tapi susahnya juga melalui tidur malam tanpa celoteh anak-anak yang sedang membesar. Rindu pastinya pada Afif dan Aisyah walau hanya untuk tempoh lapan hari.
Selama mana YY akan menghidap penyakit ni, YY tiada jawapan. Tapi YY nasihatkan kepada penghidap hipertiroid untuk tidak berhenti menjalani rawatan tanpa nasihat doktor. Pengakhiran buruk bakal menanti seperti thyroid storm yang boleh mengakibatkan kematian. Suka ataupun tidak, pesakit hipertiroid perlu terus mengambil ubatan seumur hidup kerana itulah kehidupan seorang pesakit hipertiroid.
Kepada pemerhati, jangan hanya menilai sekiranya korang tidak memahami. Ianya bukan semudah menyebut perkataan hipertiroid itu sendiri.
P/S - Doakan rawatan kali ini BERHASIL! (^_^)
Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
Sayu hati pulak kakak jadinya YY
ReplyDeleteDoa akak moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan
Kakak percaya YY seorg yg tabah dan kuat.
terima kasih kak zakie
Deleteinsya ALLAH saya cuba emnjadi setabah mungkin =)
semoga YY terus tabah menjalani kehidupan..memang seorang yang tabah
ReplyDeletesegan plak dikatakan begini
Deletetak teruk sangat mar...ada lagi lebih teruk
Akak pun hadap benda yang sama. Carbimazole is my friend too. Tapi dr tak describe ubat lain sebab akak ada ashtma sejak kecil. Setakat ni akak belum kena buat rawatan radioactive iodine lagi. Memang kena asingkan diri kan...sakit lak tu.
ReplyDeleteSabar ye YY. Ada hikmah di sebalik semua ni.
radioactive iodine tak sakitlah kak
Deletecuma kita perlu berjauhan dari orang sekurang2nya pada jarang 1 meter
ye saya percaya tu semua =)
Tabah ye YY. Orang hebat sentiasa diuji.
ReplyDeleteada orang lebi teruk QA
Deletesaya ni rasa sengsara sebab kena berjauhan dari orang je
Hmmmm. Semoga Kak YY tabah menjalani kehidupan. Dengan sokongan dari orang sekeliling, I'm sure akak kuat.
ReplyDeleteterima kasih pojie ye
Deletesalams YY,
ReplyDeleteKak mieja doakan YY akan sihat kembali(bebas dari TH)
take care dan semoga terus kuat semangat..
salam kak mieja
Deleteinsya ALLAH kak, terima kasih =)
akak pun baru jumpa blog ni dan baru je nak berkenalan dengan YY.Tak sangka begitu hebat penangan penyakit ni.Akak pun tak pasti apa jenis penyakit ni.Nak selongkar dulu blog YY
ReplyDeletehehe...sebenarnya tak teruk sangat kak
Deletecuma rawatan dia aje kedengaran agak ngeri =)
Tabahkan hati ye sis.. Dapatkanlah rawatan walau terpaksa berpisah sementara dengan anak². Cekalkan hati selalu. Moga Allah melindungi sis sekeluarga.
ReplyDeleteterima kasih kak
Deletemasa reply ni saya dah dalam keadaan okay
nak tunggu result aje nanti
yer betulll tabah kan hati... namanya jarang saya dengar tentang penyakit ni tapi sebenarnya dianya macam kencing manis juga... sekali kena seumur hidup kena makan ubat.... tidakkah kita semua patut bersyukur...
ReplyDeletebetullah tu NA
Deleteapa sahaja yang berlaku kita perlu bersyukur
sekurang2 nya buat kita sedar bahawa ada orang lebih susah dari kita
Macam yg pernah saya ceritakan,wife saya sendiri ada hyperthyroid..
ReplyDeleteDan saya sendiri rasa sedih, sebab saya seorang doktor, saya tak dapat detect wife saya ada hyperthyroid, sebab simptom2nya jenis yg bukan tipikal....until wife saya kena Thyroid Storm !
Saya ada coretkan cerita nya di sini..
http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2013/04/thyroid-disease-in-pregnancy-part-1.html
http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2013/04/thyroid-disease-in-pregnancy-part-2.html
http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2013/04/thyroid-disease-in-pregnancy-final-part.html
Andai awak sudi, whatsapp lah isteri saya...hihihi..
Saya nak dia dapatkan perspektif dari seorang pesakit hyperthyroid yang lain, yang sama sama ada anak kecil...:)
wife saya namanya Fiza : 013 3650783
saya dah baca dah semua yang disebutkan tu
Deletein fact dah contact juga wife doktor =)
Syafakillah.
ReplyDeleteget well soon kak.
Sy baru tahu sepupu sy pun macam akak jugak.
dah lama dia menghidap hyperthyroid.
semoga dipermudahkan semua urusan kak
terima kasih ye ana =)
DeleteMungkin doktor lebih memahami berbanding orang lain. Sebab dah jumpa patients dengan pelbagai masalah.
ReplyDeletemalangnya bukan semua doktor yang memahami
Deletesedih baca ni YY, menitik air mata, hati jadi sebak teramat. Bila lihat gambar YY pula, senyuman YY sangat ikhlas dan menawan menampakkan seorang yang sangat tabah. All the best YY, hana doakan semoga Allah ringankan dan kurangkan kesakitan YY, semoga rawatan kali ini berjaya atas bantuan Allah. Banyakkan berzikir juga ye YY.
ReplyDeletesaya pula yang sebak baca komen hana ni
Deletesebenarnya tak teruk sangat, cuma ada segelintir yang memperlekehkan
mungkin diroang tak rasa, maka diorang tak tahu
apapun terima kaish ye hana
tabahkan hati....
ReplyDeleteterima kasih MKL
Deletekuatkan semangat dan tabahkan diri demi anak-anak...semoga rawatan kali ni kalau tidak dapat menyembuhkan, sekurangnya dapat mengurangkan kesakitan YY...be strong sis!
ReplyDeletesebenarnya penyakit ni tak sakit
Deletedia datang tanpa kita sedar, malahan sakit sampingan tu
lebih kurang macam oenyakit lain
yang buat susah hati adalah rawatan dia =)
Take care akak...saya kagum akak seorang wanita yang sabar dan tabah...semoga Allah merahmati dan memberikan rezeki supaya sembuh dari penyakit ni...amin :)
ReplyDeleteterima kasih ye NA
Deleteada ramai lagi di luar sana yang lebih kuat dibanding akak
apalah sangat dugaan akak ni pun
cuma kena berjauhan dengan family aje buat sebak =)
Semoga segala-galanya selamat YY. Semoga sentiasa kuat dalam menghadapi ujian hidup ini. Allah s.w.t sentiasa bersama kita. =)
ReplyDeleteterima kasih faarihin =)
DeleteBrat mata mmndg..brt lagi bhu yg memikul... Insha Allah.. Ada hikmah YY dipilih Allah...
ReplyDeleteterima kasih cikgu maria
Deletesaya tak nafikan tu, ALLAH kan perancang terbaik =)
Get well soon kak YY. Moga tabah hadapi ujian. Baru saya faham apa itu hyperthyroid. Bersyukur ada keluarga yg memahami.
ReplyDeleteterima kasih budak
Deletealhmadulillah keluarga akak teramat supportive
ujian YY pada penyakit berbanding sis pada jodoh ... sis juga ada kakak yg bergantung hidup pada lbh krg 10 jenis pil setiap mlm utk kelangsungan hidup selepas disahkan ada tumor otak ketika usia 20an . lbh parah lagi dia harus membesarkan 2 org anaknya selepas suaminya meninggal dunia . mujurnya dia staff hospital yg x perlu bimbang ttg rawatan . dok wad sethn sekali mesti ada ... apa yg sis bolh katakan , tabah sabar usaha dan redha dgn ketentuan Nya . selagi ada usaha , insha Allah akan ada yg baik utk kita ... semoga dipermudahkan urusannya nanti ...
ReplyDeletesedih plak baca komen vee ni. yelah kan
Deletetiap manusia diberikan ujian yg berbeza
setiap ujian tu tak diberukan lbh dr apa yang mampu ditanggung
saya doakan vee tabah dengan ujian ni
in shaa allah YY
ReplyDeletetabahkan hati demi kesihatan ye.
smga dipermudahkan
walaupon sayu hati ..
take care yy
terima cik su, insya ALLAH saya mampu harungi =)
DeleteAgain? Ni baru habis tempoh berjauhan dengan Afif dan Aisy ke, YY? Harapnya kali ini ianya lebih berhasil. YY dah pernah melaluinya sekali tahun lepas, saya harap kali ni ianya tidak begitu 'menyiksakan' diri dan perasaan. Moga kali ni ada keputusan yang lebih baik berbanding dulu.
ReplyDeleteTak boleh nak membayangkan hidup bergantung dengan ubat selamanya.... Moga YY tabah buat kesekian kalinya. Yang membaca pun dah tension, inikan pulak pesakit itu sendiri!
seksa jgk MD tapi idaklah teruk macam sebelumnya sebab dah well prepared
Deletedari segi emosi tu sendiri. saya juga bharap rawatan kali ni berjaya
setakat ni saya dah tak makan ubat
mudahan sampai bebiler lah camni
Assalam YY....lama kita tak saling menjengahkan....boikot okje ke? Hihi.....
ReplyDeleteYa...okje mmg dah tau awak adalah pesakit hyperthyroid sejak awak cerita dulu. Kagum dgn semangat awak yg kuat tu YY.....Insyaallah jangan lupa berdoa dan terus berdoa ye
Walaikumsalam wbt OKje, idaklah saya ni memboikot sesapa
Deletesaya agak sibuk kebelakangan dengan macam-macam urusan
bukan OKje aje, semua kena! hehe!
insya ALLAH sampai nanti kalau semuanya dah stabil ye
apapun terima kasih ye OKje
sabar yer yana.. kuatkan semangat masa berjauhan dengan anak2.. pikir positif apa yg yana buat nie semua utk terus bersama mereka ok..
ReplyDeleteterima kasih farah, insya ALLAH saya ok je
Deleteapapun terima kaish untuk kata-kata perangsang tu
akak pun taktahu tentang penyakit ni sebenarnya..apapun akak doakan moga yana tabah dalam menghadapi ujian ini..Allah tahu yana mampu untuk hadapi penyakit ini,sebab itu Dia uji yana..kita pandang positif inshaAllah hasilnya juga positifkan...
ReplyDeletepenyakit ni sebenarnya agak common sekarang
Deletecuma ianya tak begitu diketahui umum sehingga berlaku pada diri sendiri atau ahli keluarga
saya ok je, insya ALLAH saya mampu harungi
apapun terima kasih ye kak
lya faham..
ReplyDeletesbb lya pom hidup sbg seorg y mpunyai masalah kesihatan y kronik..
apa pon, kta terus kuat n tabah dgn sokongan insan sekeliling y ikhlas n memahami kita
lya special case. lya lebih teruk dari saya.
Deletetapi lya HEBAT dan saya amat kagumi lya
ye betul tu, sokongan keluargalah kekuatan kita
YY, serius juga ye penyakit Hyperthyroid ni. Saya doakan YY akan terus sihat dan rawatan radioactive iodine tu akan memulihkan kesihatan YY. Take care okay?
ReplyDeletesebenarnya dia penyakit common, tidaklah serius sangat
Deletesekiranya kita mengambil langkah perubatan awal. ianya terkawal
cuma pesakit perlu makan ubat seumur hidup, itu sahaja
apapun terima kasih ye lyd
Semua ubat ada kesan sampingan :(
ReplyDeleteHarap penyakit YY akan lebih terkawal.
Jika hormon stable, insyaallah boleh off ubat.
betullah tu doktor, unfortunately
Deletesaya juga harap begitu
ubat memang boleh off kalau hormone stable
tapi pemantauan tu yang leceh
Sy jga pnghidap hypertiroid.kdg2 rsa letih nk hadapi smua ni.nmpk mcm biasa je pnyakit ni..hakikatnya ksan pnyakit ni pd diri kita hnya kita yg tau.kdg2 rsa ptus asa n rsa mlas nk bt rwatan.stiap bln kna amek drah..letih sgt..apa pon sy ttap bsyukur sbb wlaupon sy bpnyakit tp sy msih bebas utk ke mna2 tanpa perlu dok kt hspital..
ReplyDeletesaya faham sangat apa yang amy rasa sebab saya juga mengalami masalah serupa
Deleteorang memandang kita sebagai lemah. hakikatnya hanya orang yang alami
sahaja tahu betapa sukarnya itu nak melalui kehidupan dengan sakit yang mungkin tidak
bahaya tetapi memerlukan masa yang lama untuk pulih
tambahan pula penyakit ni pencetus kepada masalah kesihatan lain
tapi betul apa kata amy, at least kita boleh menjalani kehidupan seperti biasa
bertabah ye amy, ingat amy tak keseorangan dalam menghadapi masalah ni =)
Assalamualaikum Kak Yana, Isteri saya menghidapi hyperthyroid pada masa yang sama mengandung 4 bulan.Adakah ubat PTU dan propranolol akan menganggu pembentukan kandungan? Kami dah check up dengan Hospital Sungai Buloh dia naik dose ke 4biji PTU dan 2 biji propranolol.
ReplyDeletewalaikumussalam
Deletesebelum akak nak explain in detail, akak nak maklumkan yang akan bukan doktor
pendapat yang akak berikan hanya melalui pengalaman akak
untuk nasihat yang lebih baik, rujuk pakar
sebelum tu nak tahu, isteri memang sebelum mengandung ada hypertyhroid
atau hanya setelah disahkan mengandung ada hyperthyroid?
based pengalaman akak, PTU adalah ubat paling selamat untuk ibu mengandung.
macam akak 6 bulan sebelum merancang mengandung akak dah minta PTU dari doktor.
tak usah risau...dose tinggi diberikan mungkin disebabkan hormon tiroid terlalu tinggi
ini tak bagus untuk isteri dan baby yang dikandung
jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor.
PTU doses dia lagi rendah dari carbimazole.
harap maklum ni cukup. kalau rasa perlukan maklumat lagi, email akak ye.
email akak ada dekat bahagian side bar
Semoga sembuh dari penyakit ini suatu masa nanti ye kak. Sy nak telan panadol pun satu botol air. Nak kena mkn ubt banyak2 mcm ni. Tak tertelan rasanya.
ReplyDeleteaamiin dik. akak pun harap benda yang sama
Deletebuat masa sekarang berusaha aje mana yang boleh
memula dulu susah juga nak telan
tapi lama kelamaan dah get use with it =)
Salam yy, sy juge ada penyakit hypertiroid. Kena masa hamil. Mmg emosi tak terkawal, sampai mkn ubat halolperidol (request by doc psychology) / ptu / propanolol. Ssh utk difahami umum sbb bkn lah penyakit yg dpt dilihat dgn mata kasar.
ReplyDeletesalam fida. alahai. lama dah ke? saya kena sebelum saya kawin pun.
Deletemasa kena masih kategori bebudak lagi =)
halolperidol? saya tak pernah dengar nama ubat ni
fida ada masalah lain ye selain tiroid?
tapi memang ye kan...memang memula kena sangat teruk
but as time goes by, especially bila dah boleh manage
kita mampu juga harungi hari biasa macam orang lain
cuma masalah yang lain tu hanya kita yang alami aje faham
nampak baik, sebenarnya tak...hehe. hakikat yang harus diterima
Lepas 8 hari tu dh boleh dekatdengan budak2 tak?sbb sya akan minum air radioiodin bln november ni.
ReplyDeleteYe boleh. Sebab ROI tu akan hilang ketika kita berpeluh, mandi dan kencing. Sebab tu kita digalajkan banyak minum air dan mandi.
DeleteApa yang saya kongsikan hanya based pada pengalaman peribadi. Sekiranya ia bercanggah dengan pendapat doktor, saudari dinasihatkan mengikut nasihat doktor
Assalamualaikum kak, saya baru dapat tau saya mnghidap penyakit ni. Boleh x akk share mengenai penyakit ni? Pantang larangnya. Tolong bagi semangat kat saya sikit. Whatsapp saya ya, 019 3855 859. Tq kak YY.
ReplyDeletewalaikumussalam.
Deleteadik email akak ye dik. akak akan cuba bantu semampu akak
bila kita mula disahkan mempunyai penyakit ni
kita memang perlukan sokongan dan dorongan
Assalamualaikum YY
ReplyDeleteSaya dah 4 tahun disahkan mngidap hiper thyroid..period tak tentu kdg 3 bln x dtg..bila nk dtg sakit kepala bserta muntah x berhenti...jantung pn x brp nak elok...mata dah rabun...on Camazol jer & buat check up...rasa seksa tpi kena tempuh juga...badan rasa letih manjang selera mkn pn dah berkurang...badan dari 80++ dah tgl 60++...semoga semua pesakit thyroid akan terus tabah & ada alternatif untuk sembuh....Hidup mesti diteruskan
waalaikumussalam
Deletesimpati saya mendengar apa yang saudari alami
tapi based pada penceritaan ni, mungkin masih baru kena
once hormon dah stabil, period akan lebih teratur,
berat badan pun akan stabil
tapi harus diakui, once dah kena tiroid, even hormon stabil
kesan-kesan lain tetap kita perlu hadapi
nasihat saya, stay positif
saya akui, tak mudah. tapi insya allah, kita mampu harungi
bak kata saudari, hidup perlu diteruskan =)
Assalamualaikum, YY
ReplyDeleteHuhuhuh, sangat berguna perkongsian yang YY maklumkan. saya penghidap hyper sama dengan YY namun baru permulaan.sebab dari demam dapat tahu getar semakin kuat. Smoga YY sentiasa sihat dan kita cepat sembuh. Banyak yang masih tidak saya ketahui. mohon untuk melihat entry YY lagi selepas ini untuk penyakit Hyper
Assalam..sy baru jugak di sahkn ada sakit ni.dok bg ubat thymazole..tkt nk mkn sbb ank masih menyusu bdn..
ReplyDeletewaalaikumussalam
Deleteishh...jangan camtu puan
kalau tak makan, lagi bahaya.
penyakit tiroid boleh mati tau kalau tak dapat proper treatment
methimazole or thiamazole ni, setahu saya selamat untuk dimakan
carbimazole yang tak boleh
nasihat saya, lain kali bila doktor nak bagi ubat tu
tanya terus boleh ke tak ye
tolong jangan bahayakan diri puan