Autisme Dalam Kehidupan Afif (^_^)

12:25:00 am Yana Yani 0 Comments

Satu ketika dahulu, aku pernah dok suspek anak bujang bertuah aku ni ada autisme.

Mungkin disebabkan terlalu paranoid bila tengok perkembangan Afif agak berlainan kalau dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya dia.

Pada usia dua tahun dia masih belum mampu bertutur dengan jelas. Bila main pun dia akan menyusun barang mainan dia secara memanjang atau menegak.

Contohnya kalau dia main lori atau kereta, dia akan kumpulkan semua mainan tersebut. Lepas tu dia akan susun semua mainan tu dalam bentuk barisan.

Pernah dia susun daripada pintu depan rumah sampai ke bahagian dapur.


Jiwa seorang insan bernama Mama ni mula dok tak keruan lebih-lebih lagi bila kebelakangan ni ada banyak maklumat didedahkan mengenai autisme melalui pelbagai medium.

Berdasarkan analisa sendiri melalui maklumat yang diperolehi, sah Afif ada autisme! Sepanjang malam dok menangis membayangkan masa depan dia.

Aku tekad nak bawa dia berjumpa pakar. Hasil dari carian di Google, aku dapat tahu mengenai Klinik Pediatrik Adek yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam.

Hampir lebih setengah jam Dr. Amdan dok diagnose Afif.

Lepas tu dia cakap something yang buat aku tarik nafas lega, "Definitely bukan autisme. Dia normal macam budak-budak sebaya dia"

"Doktor pasti ke?" tanya aku balik. Yelah, kita risau kan. Lepas tu Dr. Amdan terangkan segala macam mengenai austisme.

"Autisme ni adalah satu bentuk kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi. Dia ada beberapa tanda, antaranya tak fokus atau tak memandang mata kita apabila kita panggil atau bercakap dengan dia. Tapi Afif bagi respond yang baik bila kita panggil nama dia" kata Dr Amdan.

"Budak yang mempunyai masalah autisme ni tak suka dipeluk. Cuba peluk Afif. Elok aje kan? Tak perlu rsau, definitely bukan austisme" tambah Dr Amdan. ""

"Dia mungkin agak lambat kalau nak dibandingkan dengan budak-budak sebaya dia. Tapi tak adil nak bandingkan dia dengan kanak-kanak yang lain sebab setiap seorang individu itu berlainan dari setiap segi" terang Dr. Amdan.

Lepas tu Dr Hamdan cadangkan aku cuba bagi DHA pada Afif. Sekarang aku boleh dah tersenyum bangga dengan perkembangan Afif (^_^)

Apalah Mama seorang ni kan, mudah sangat buat self justification! Moral of the story, mintalah nasihat daripada mereka yang lebih pakar! Huhu

Mainan favorite Afif!
Jadi dah rumah!
Tengah dok sibuk buat sampan ni, "Mama janganlah kcau!"
Jadi dah kan, "Tada!!"
Afif punya sampan
Menatang ni lah yang Afif dok minum hari-hari. Sodap katanya!
Sempat lagi dok promote. Huhu!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...