Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid

6:57:00 am Yana Yani 41 Comments

Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid | YY sudah menjadi pesakit hipertiroid selama 19 tahun sebelum ianya bertukar secara rasminya kepada hipotiroid sekitar Mei 2015 selepas menjalani rawatan radioaktif iodin, klik [Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid]. Penyakit hiper mahupun hipotiroid adalah penyakit seumur hidup. Itu hakikat. Kebiasaannya agak sukar memahami bebanan perasaan pesakit tiroid kerana diorang secara fizikal kelihatan normal. YY memilih blog sebagai medium untuk meluahkan perasaan. Hanya di blog YY terasa bebas menyuarakan suara hati.

Pengalaman selama 19 tahun menghidap hipertiroid YY pernah luahkan melalui, klik [Aku dan Hipertiroid] dan [Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid]. YY kemudian menyuarakan kebimbangan mengenai rawatan radioaktif iodin, klik [Radioaktif Iodin: Selamat Ke?]. Bab rasa radioaktif iodin juga YY pernah persoalkan, klik [Apakah Rasa Radioaktif Iodin?]. Berdasarkan pengalaman saat menjalani rawatan tersebut, YY kongsikan [Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)] dan apakah persedian yang perlu dibuat, klik [Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin].

Sejak perkongsian tersebut, YY menerima banyak email dari pesakit tiroid yang lain yang turut berkongsi bebanan perasaan yang sama. Ia buat YY rasa YY bukan keseorangan dalam menjalani kehidupan sebagai pesakit tiroid. Yelah kan, hanya mereka yang mempunyai sakit yang sama mampu memahami bebanan yang sama. Kebiasaannya penerimaan ahli keluarga merupakan topik popular dikalangan kami kerana respond ahli keluarga merupakan penyumbang kepada bebanan emosi yang dialami.

Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
Kiriman email ini buat YY sebak

Contohnya seperti screen shot di atas. First time membaca komen ini buat YY sangat sebak. Jiwa YY memahami rawan di hati manusia yang membahasakan diri sebagai Ida ini. Penolakan dari mereka yang bergelar ahli keluarga merupakan satu mimpi ngeri kepada sesiapa pun. Apatah lagi di saat kita disahkan sakit dan memerlukan keluarga untuk membantu. Kejam sungguh Abang Ida pada kaca mata YY. Kalaulah Ida ada di depan mata YY sekarang ni, YY pasti akan peluk dia kuat-kuat sebagai tanda sokongan.

Ketahuilah bahawa tiada sesiapa pun yang ingin sakit. Korang sebagai rakan atau ahli keluarga memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang pesakit tiroid. Bantulah kami hadapi semua ini. Berikan kami sokongan moral. Kami yakin kami mampu hadapi ujian ini, tapi kami perlukan sokongan korang. Kalau tak mampu fahami, cuba jadi pendengar yang setia. Itu sahaja! Atau cuba letakkan diri di tempat Ida. Apa agaknya korang rasa? Marah? Kecewa?

Pertubuhan Tiroid Antarabangsa mengesahkan bahawa terdapat lebih 300 juta penghidap tiroid di seluruh dunia dan hampir separuh daripada angka tersebut tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap tiroid, klik [Looking For 300 Million Thyroid Sufferers Across The Globe]. Penyebab utama kepada situasi ini adalah kegagalan penyakit ini dikenali kerana simptom tiroid hampir sama dengan penyakit lain dan semua pesakit tiroid tidak mempunyai kombinasi simptom yang sama.

Bagi kebanyakkan kes, pesakit diberikan rawatan yang lain sebelum akhirnya rawatan yang betul diterima. Bayangkan kesengsaraan pesakit. It is a tragedy!

Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
Over 150 million unaware of their thyroid condition

Melalui kajian yang dilakukan, terdapat lebih 300 simptom penyakit hipotiroid. Seriously YY terkejut bila baca. No wonder para doktor sukar mengenal pasti penyakit ini. Klik [300+ Hypothyroidism Symptoms…Yes REALLY]. Tapi yang pasti, penyakit tiroid sama ada hiper mahupun hipo sekiranya tidak mendapat rawatan yang betul akan mempunyai pengakhiran yang tidak menyenangkan. So jangan percaya kepada sebarangan supplement tanpa pengesahan professional healthcare. Kadang ianya mungkin baik untuk seseorang tapi tidak untuk seorang lagi.

Apart of this, YY sangat bersyukur kerana punyai keluarga terutama sekali MyChintaHati yang sangat memahami dan memberi sokongan tanpa berbelah bagi. Sokongan mereka banyak membantu YY menjadi siapa YY pada hari ini. YY tak risau untuk jatuh lagi dan lagi sebab YY tahu akan sentiasa ada yang menyambut dan menghulur tangan. Kerana mereka yang bernama keluarga inilah yang menyebabkan YY mampu menguntumkan senyuman sepanjang masa.

Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
Positif itu bermula dengan diri kita - Yana Yani a.k.a Minah Sengih

Buat semua pesakit tiroid di luar sana, ketahuilah yang korang tak keseorangan. Berkongsilah bebanan emosi dan kesengsaraan itu dengan orang yang disayangi dan paling penting memahami. Kalau ianya tidak cukup, kongsikan dengan stranger. Contoh kawan di media sosial. Kadang tu, bercakap dengan stranger lebih mudah berbanding dengan orang yang kita telah kenali bertahun lamanya. Betul tak?

Atau boleh juga kongsikan dengan YY, klik [Contact Me]. Hanya pesakit tiroid memahami pesakit tiroid yang lain. Sekurang-kurangnya itu yang YY percaya (^_^)

Yang penting jangan lupa ALLAH dan STAY POSITIVE! Permulaan untuk sikap positif adalah kita harus menerima apa yang dianugerahkan ini seadanya. Kita boleh mulakan dengan mendekatkan diri pada DIA yang SATU. Aura positif akan muncul sooner or later. Kemudian kita akan mampu melihat kehidupan pada perspektif berbeza. Bila kita positif, benda di sekeliling secara automatik akan turut positif.

Ingat, kita tak boleh paksa semua orang untuk memahami kita. Hater will always be haters. Tapi once kita dah positif, kita mampu persetankan semua orang yang memandang rendah kepada pesakit tiroid seperti kita. So be positive dan bersandarlah kepada ALLAH. Dengan izin DIA, you will get there (^_^)

Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit

41 comments:

  1. Satu N3 yg sangat-sangat positif. Kakak nampak YY sgt positif dan kuat
    Kesian kepada mereka yg tidak punya keluarga yg supportive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil masa yang agak lama untuk saya menjadi seperti saya sekarang
      sebab tu saya sanggup menjadi telinga dan bahu untuk mereka yang ahli keluarga tidak supportive. susah hadapi semua ni berseorangan

      Delete
    2. kesian betul yang macam kes Ida tu..mungkin ahli keluarga dia ingat dia mengada-ngada atau malas..good job kak YY, moga dapat bantu ramai rakan senasib

      Delete
    3. biasanya begitu sal. sebab kami memang tak nampak cam orang sakit
      macam kes ida ni, dia sihat...tapi perlu isolate
      so mungkin keluarga dia anggap dia sengaja buat treatment tu
      nak pula perkataan radio aktif tu sendiri menakutkan
      sebab tu penerangan sangat penting

      ini sumbangan kecil yang akak mampu lakukan
      akak faham kesukaran yang diorang alami ni
      sebab akak pun antara jutaan pesakit tiroid seperti mereka

      Delete
  2. Assalamualaikum yy..mama yan juga penghidap tiroid...sering letih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam kak yan
      memang itu adalah simptom biasa tiroid
      cepat letih walau hanya berjalan dua tiga langkah
      orang yang tak paham kata kami manja. hehe

      Delete
  3. Sepupu yan juga ada tiroid..dia sering menggigil dan demam

    ReplyDelete
    Replies
    1. based pada cerita kak yan ni
      nampaknya dia tak dapat rawatan yang betul
      mungkin dia rasa bosan kena makan ubat aje
      cer bagi nasihat kat dia.
      ingatkan dia yang tiroid antara penyakit yang boleh membawa maut

      Delete
  4. Semoga kak YY dan lain-lain sentiasa kuat hadapi setiap ujian ini. Stay positif. Secara tak langsung entri ini pun bagi semangat kepada yang membacanya juga. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 dekad bukan masa yang singkat faarihin
      dah macam-macam akak lalui sepanjang tempoh tu
      nak pula tiroid ni pencetus kepada penyakit lain
      so akak paksa diri akak jadi kuat. akak paksa diri akak jadi positif
      susah pada peringkat awal...tapi berkat sokongan keluarga
      akak seperti apa yang faarihin nampak sekarang ni

      Delete
  5. honestly saya tahu banyak pasal penyakit ni dari blog kak YY..thanks berkongsi..moga Allah kurangkan beban akak sebab akak selalu tolong orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak harap perkongsian ni memberikan sesuatu pada sal
      terima kasih juga kerana sudi membaca =)

      aamiin! terima kasih bebanyak sal =)

      Delete
  6. salam..sy penghidap hypertirod sebelum ni.skrg hypertirod sy dah hilang.sy menghidap hyoertirod selama 4 tahun.berat dari 76kg turun sampai 50.memang sedih ada sedara yg tak tahu sakit kita mengatakan kita kena buatan org.doktor pernah syorkan untuk minun radioaktif tuk tukar ke hypo..kalu di tukar ke hypo kita kena makan ubat selama lamanya.jadi sy ambil keputusan untuk biarkan hyper dan ikot rawatan doktor.ubat saya makan sehari 10biji..nak taknak kena gak makan kalu nak elok.Alhamdulilah makin lama semakin sikit ubat yg kena makan atas arahan doktor,dari 10biji turun 8biji dan sehingga sebiji sehari.lebih kurang 2 tahun jugak makan ubat.sekarang berat sy dah menjadi 74kg.pesanan sy kalu rasa boleh ikot aturan makan ubat better teruskan hypertirod..insyallah boleh sembuh atas usaha dan kena tabahkan diri.untuk pengkongsian dari pengalaman saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      somehow saya agak terasa hati dengan statement ni
      seperti yang katakan, tak semua pesakit tiroid mempunyai masalah yang sama
      saya sudah 19 tahun menghidap penyakit hipertiroid. 19 tahun.
      bukan tempoh singkat. kalau besarkan anak, anak tu dah jadi bujang or anak dara
      selama tempoh tu saya bergantung pada carbimazole sepenuhnya, sebiji sehari
      saya dah off makan ubat selama setahun. tapi masah gagal menstabilkan hormon.

      atas nasihat doktor dan research yang saya sendiri lakukan,
      saya go on dengan radio aktif iodin. itu pun sebab anak-anak
      masa saya hiper, keadaan kesihatan saya lebih teruk
      tapi sejak bertukar ke hipo, alhamdulillah. much better

      lagi satu saya nak betulkan statement saudara/saudari
      penyakit tiroid, baik hiper atau hipo memang akan bergantung pada ubat seumur hidup dan juga bergantung kepada hormon seseorang.
      ada orang boleh sembuh, ada yang tidak...tak sama.
      dan percayalah semua orang berusaha untuk sihat. cuma nasib tak sama

      Delete
  7. bagus info ni, kite ingat penyakit tiriod ni bukan serius ek.. rupanya teruk jugak.. seronok plak kite baca entry ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyakit tiroid tanpa rawatan yang betul boleh mengakibatkan kematian
      tapi insya allah kalau dapat rawatan yang betul, boleh sembuh

      Delete
  8. Salam..pn yana,sy menceritakan pengalaman saya sahaja..mungkin penyakit yang di alami oleh yana terlalu lama dan macam2 ikhtiar dah buat sebab tu jalan terakhir mengambil RAI.Doktor memberi saya pilihan sama ada untuk teruskan hyper atau bertukar ke hypo..seperti biasa doktor akan terangkan kesan2 hyper dan hypo.kesan hyper sgat bahaya..sy memilih hyper kerana sy tak mahu makan ubat berpanjangan..dalam hati kena tekad dan doktor memberi jamanin boleh elok kalu ikot aturan makan ubat yg di berikan.insyallah boleh elok.boleh sy tahu yana refer hospital mana?pakar atau kerajaan atau klinik.just nak tahu n share to others.ada org mendapat lain pengalaman..sy dan yana berbeza pengalaman..bagus kita kongsi kan untuk semua..bukan untuk berdebat.insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      saya mula menghidap hiper ketika berusia 13 tahun
      usia 17 tahun doktor dah suruh buat RAI, tapi ketika tu saya rasa saya mampu sembuh dan saya teruskan makan ubat
      saya beberapa kali diberhentikan selepas doktor pasti hormon saya stabil
      paling lama setahun saya berhenti makan ubat
      keadaan saya makin teruk ketika saya hampir kena tiroid storm

      selepas peristiwa tu, doktor nasihatkan saya ambil RAI
      saya sudah tak mampu hadam carbimazole
      mulanya masih tak mahu teruskan dengan RAI.
      tapi selepas dipertimbangkan baik dan buruk, saya teruskan

      saya anbil rawatan di HTAR.
      saya juga tak berniat untuk berdebat.
      cuma komen sebelum ni seolah menggambarkan saya tak berusaha
      takpe, just leave it. saya mungkin terlalu emosional. maafkan saya
      kadang penulisan mudah disalah ertikan berbanding pertuturan =)

      Delete
  9. Tersentuh baca entri yang ni.

    Risau jugak pasal penyakit ni. Hmm

    Singgah dari blog Kak Sal. :)) Selamat berkenalan Kak Yana Yani :)) Selamat berhujung minggu. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang boleh kata setiap orang ada penyakit...
      kalau dia kata dia takde penyakit...rare. hehe..just joking
      terima kasih ye yunk
      nanti akak membalas kunjungan =)

      Delete
  10. Rupanya ramai yg menghidap hiper/hipo tiroid, dan lebih separuh x sedar pula tu. Syukur la at least Yana Yani tau, so blh ikhtiar. Honestly, saya absolutely ignorant ttg hiper/hipo tiroid. Hanya husband ja org yg sy kenal yg pernah ada mslh tiroid, tu pun waktu dia masi sekolah dulu. Katanya, dia kena surgeri remove tiroid. Stay strong ya sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai ZI! tu pun anggaran aje ada ramai tu
      ada yang belum disahkan sepenuhnya
      husband ZI dan remove ye tiroid gland dia
      camne dia sekarang? saya dulu ada juag disarankan
      pastu rasa cam takut pula sebab muda lagi time tu
      pilih nak go on dengan ubat
      pastu sampai stage ni, ambil RAI ajelah =)

      hehe...perlu stay strong walau apa sakit sekali pun =)

      Delete
  11. Mmmmmm..moga YY sihat sentiasa :)

    ReplyDelete
  12. semoga yana diberik kesembuhan, setiap daripada kita ni pasti ada penyakit, teruk atau tidak sahaja, dan bagaimana kita menghadapi sakit itu...inshaAllah moga yana dan semua yang sedang melalui ujian sakit ini diberi kesembuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu kak
      saya sedar mengenai hal tu
      cam saya ini, idaklah teruk sangat
      ada yang lagi teruk
      cuma nak menggambarkan level stress yang saya terpaksa face selama ni
      apapun terima kasih ye kak =)

      Delete
  13. lya juga seorg y bpenyakit kronik...jd amat memahami bebanan sbg seorg bpenyakit... lya pon bkogsi dlm blog sbb nak ambil smngt dr smua n bkongsi dgn insan senasib.. lain org lain pgalaman walaupon mgalami pyakit y sama..

    apa-apa pun, bila bpenyakit ni... perkara paling penting mesti sntiasa positif n blapang dada.. hindari stress (walau kdg2 terbabas jugak), sbb stress akn makin memudaratkan ksihatan...

    in shaa Allah, tabah n redha... kita akn dpt mnikmati khidupan dgn lebih baik walau bpnyakit..(walau jauh d sudut hati..hanya Allah y mgetahunya..)

    org sakit pon berhak bahagia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dibandingkan keadaan lya dan saya, jauh bezanya
      lya lebih teruk. saya ni idaklah teruk mana.
      cumanya penyakit ni memberi emosi yang tak stabil
      so mudah terasa hati dengan orang keliling
      bahkan bila ada yang dok kata kita tak usaha, menambahkan sakit tu

      ye lya. positif tu penting
      itulah yang selalu saya cuba didik diri saya
      bukan takde langsung perasaan negatif
      cuma saya seboleh upaya tidak membenarkan ianya "membesar"

      terima kasih untuk komen ini
      saya sangat hargai kata-kata semangat yang diberikan
      lebih2 lagi dari sudut pandangan pesakit =)

      Delete
  14. kesiannya dgn pesakit tu bila baca screen shot dia.. sepatutnya keluargalah yang jadi tulang belakang kepada mereka ini bukan meminggirkan mereka. moga sentiasa bertabah dan berlapang dada dan menerima ujian dari Allah ini. Moga allah melindungi sis dan semua pesakit yang di uji dengan penyakit ini. InshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak. saya masa baca email tu
      nak meraung rasanya. kesian sungguh.
      saya tak tahu camne dia hadapi.
      tapi yelah, kita tak tahu apa masalah sebenar keluarga dia
      sebagai orang luar, kita hanya nampak apa yang tersurat

      Delete
  15. Saya tak berapa fahamlah YY kenapa keluarga Ida bersikap begitu. Penyakit ni bukan berjangkit dan juga, bukannya pesakit hyper/hipotiroid duk terlantar sakit. Mereka nampak sihatkan secara fizikal! Jadi kenapa persepsi keluarga macam tu? Kalau keluarga sendiri tak sanggup bersama jatuh bangun dengan kita, pada siapa lagilah yang kita nak bergantung harap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah MD. mungkin keluarga dia ada masalah tersendiri
      lagipun perkataan radioaktif tu sangat menggerunkan
      mungkin keluarga dia beranggapan ianya akan beri risiko pada mereka pula.
      mungkin mereka takutkan rawatan yang dia perlu ambil tu

      tapi tulah. kesian sangat pada ida ni
      tu saya kata, kalau dia dekat, memang saya bantu semampu boleh. kesian sangat rasanya

      Delete
  16. Sedih pulak baca komen ida tu... moga dia tabah dan kuat dengan ujian sakitnya... kalau dapat org keliling yang tak supportive, memang akan buat kita down...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sedih kak. kesian dia
      saya doakan moga dia berjaya harungi semua ni
      moga ada insan lain selain dari keluarga mampu berikan dia kekuatan

      Delete
  17. Weyh Minah Sengih.... i kagum dgn semangat u hokay!!
    Suka dgn semangat positive awak tu YY. Betul tu ....hanya yg mempunyai kondisi yg sama saja yg dpt memahami....moga awak akan menjadi penguat semangat buat mereka yg sakit di luar dana YY

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...minah sengih tu gelaran orang dok bagi
      sebab suka sangat dok sengih kata mereka. haha
      insya allah OKje. memang itulah harapan saya
      tak dapat tolong banyak, tolong sikit pun jadilah dak?

      Delete
  18. pergh ramai yg x sedar ada sakit tiroid..insyaAllah jemput singgah blog sy utk tahu rawatan alternatif yg terbaik dan berkesan.

    ReplyDelete
  19. yana...lepas dari 8 ari tempoh isolated tu, da bole ke makan seafood?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seafood adalah antara makanan yang perlu dikurangkan
      once kita disahkan menghidap tiroid
      tapi bukan bermakna elimate terus
      kurangkan sahaja. elok jumpa doctor untuk maklumat lanjut

      Delete
  20. slm semua....ank sy baru shj disahkan mengidap hipertiroid dlm bln ini...dia berusia 14 tahun...sy sbg ibu masih kurang faham berkenaan penyakit ini...dan sy akan trs mencari info utk ank sy...dia skrg masih belajar di asrama.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...