Cendol Durian Borhan di Kuala Selangor
Cendol Durian Borhan di Kuala Selangor | Cendol merupakan minum kegemaran segenap lapisan masyarakat. Keadaan iklim di rantau ini merupakan penyumbang kepada populariti cendol. Ramuan asas cendol ni pun sangat mudah diperolehi. Boleh buat sendiri kalau rajin. Ia terdiri daripada santan, jeli hijau yang berasaskan tepung beras, ais dan gula melaka. Sesuai dengan peredaran masa, kini, pelbagai inovasi cendol boleh diperolehi. Salah satu jenama cendol yang agak popular bagi masyarakat di Selangor khususnya adalah Cendol Durian Borhan.Anyway, Cendol Durian Borhan pernah menjadi viral satu ketika dulu kerana inovasi rasa yang diperkenalkan. Kali pertama YY rasa Cendol Durian Borhan ni adalah di cawangan dia yang terletak di Sungai Buloh. Lepas tu memang dah tak pernah pergi dah sebab kedudukan gerai dia yang agak jauh dari rumah YY. Kalau tekak terasa nak makan cendol, biasanya YY akan ke Seksyen 7, Shah Alam. Jujurnya memang di situ adalah cendol yang terbaik pernah YY nikmati dengan harga yang berpatutan.
Cendol Durian Borhan di Kuala Selangor |
Baca: Cendol Durian Borhan di Sungai Buloh
Baca juga: Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam
Kebetulan kami ikut keluarga sebelah MyChintaHati ke Tanjong Karang. Ada kenduri kahwin saudara Mak MyChintaHati di sana. Alang-alang menyinggah tu, kami dah aimed nak pekena Cendol Durian Borhan. Lagipun time tu cuaca memang berbahang. Kalau dapat pekena cendol, memang perghhh! On the way balik tu, memang YY dok perhati jalan aje. Hehe! Takut terlajak. Kempunan pula kalau terlajak. Alhamdulillah, rezeki kami hari tu dapat juga merasa Cendol Durian Borhan untuk kedua kalinya.
Sempat lagi posing budak berdua ni |
MyChintaHati dengan anak dara kesayangan |
Kalau dari arah Tanjong Karang, Restoran Cendol Durian Burhan ni terletak sebelum bandar Kuala Selangor. Memang sangat jelas kelihatan sebab dia berada betul-betul di tepi jalan. Confirm tak akan terbabas sebab signage dia pun jelas. Pertama kali menjejakkan kaki di cawangan yang ni, YY rasa sangat selesa. Environment dia pun lebih selesa berbanding ketika kami ke cawangan Sungai Buloh dulu. Susun atur restoran juga kemas dan bersiih. Rasa agak tenang walau restoran ni terletak bersebelah jalan raya.
Di sini segalanya lengkap, surau, tandas even tempat letak kereta juga agak luas. Tapi disebabkan popular, ramai juga yang parking tepi jalan. Hehe! Secara jujurnya, segala yang ada di situ memang buat YY terasa sangat berbeza dengan pengalaman pertama. In fact kami juga tak perlu menunggu lama untuk mendapat cendol yang melonjakkan populariti Cendol Durian Borhan. Cendol durian tu ada dalam saiz mangkuk besar dan mangkuk kecil yang keduanya dijual antara RM7 dan RM4 semangkuk.
Mangkuk bersaiz besar dan kecil |
Seriously, agak impressed dengan rasa dia kali ni |
Rasa dia kali ni memang buat YY teringat sampai sekarang. Jauh berbeza dengan rasa ketika pertama kali mencuba. Walau dia tak letak durian seketul, tapi feeling seolah korang makan durian tu memang ada. Sebelum ni macam dia just letak perasa durian. Tapi this time memang dapat rasa durian. Sungguh, tak tipu! Macamana nak explain ye? Tapi seriously, memang sedap! Tak tahulah kot tekak YY seorang rasa macam tu. Hehe!
Dekat sini bukan takat cendol durian aje ada, ada macam-macam perasa cendol lain juga ada di jual. Harga cendol di sini boleh didapat dengan harga serendah RM2 untuk cendol biasa. Selain cendol, ada makanan lain juga dijual. YY tak sempat survey jenis makanan yang dijual. Kebetulan masa tu dah kenyang makan di kenduri kahwin. Hanya Mak MyChintaHati yang order Mee Hailam. Dia kata boleh tahan rasanya dia.
Dak Aisyah kacau Nenek makan |
Muka ceria bila dah kenyang |
Pada sesiapa yang belum cuba, YY sangat recommend untuk korang cuba Cendol Durian Borhan ni. Tapi untuk cawangan yang di Kuala Selangor ni tau. Yang dekat Sungai Buloh tu YY rasa tak sedap. Hehe! Insya ALLAH korang pun akan puas hati. Tapi bergantung juga pada level expectation korang. Apa yang YY kongsikan ni hanya berdasarkan level tekak YY yang mungkin berbeza dengan korang. Yang pasti kalau diajak lagi ke sini, confirm YY tak tolak (^_^)
Yup, I have been here (^_^) |
Fuhyoooo...nampak sedap sangat tu...kat Sg Buloh, Sally pernah cuba yg kat area Kuang tu je...Ilin ke ape tah nama dia...
ReplyDeleteNampak dah sedap kan...belum cuba lagi...hehe
Deletetapi pada saya sedap yang cawangan kuala Selangor ni
syok tengok tapi ku tak suka durian..maka berhuhu la..
ReplyDeletesaya pun kalau durian memang tak makan
Deletetapi kalau setakat perasa durian, ok lagi...hehe
sedap tu...
ReplyDeleteberdasarkan tekak saya, memang sedap =)
Deletecendol borhan mmg sedap, jln depan sikit nti jumpa warong soto, soto situ sedappppppp..kalu lalu situ mesti singgah mkn..suka makannnn
ReplyDeletesaya ada nampak warong soto tu
Deletetapi belum tergerak hati nak singgah
next time kalau lalu situ lagi, saya singgah warong tu
Baik, Kuala Selangor akan masuk dalam list nak lawat. :D
ReplyDeleteharus tau! hehe
DeleteNampak sedap YY... dapat pula masa cuaca panas.. memang syoklah!
ReplyDeleterasa dia pun not bad kak
Deletememang! time panas dapat pekena cendol
perghhhh! tak toleh kiri kanan dah I tell you! haha
ada satu cendol durian kat melaka ni. mitc.
ReplyDeletejust durian nyer aida rasa dia pakai frozen :(
sedap.
tapi kalau durian fresh lebih sedap.
sini pun sama juga
Deletetapi not badlah. ada juga rasa durian..hehe
sedapnya yana..lama dah tak makan ni, dulu2 buat kerja luar area sana mesti singgah pekena cendol, tapi sekrang ni dah tak buat kerja luar duduk opis je, jadinya harapan untuk ke sana tu memang agak tipislah huhuhu
ReplyDelete