Menyakitkan Hati! (^_^)

9:10:00 pm Yana Yani 1 Comments

Tak habis-habis cerita pasal negara jiran yang suka sangat dok cari pasal dengan negara bertuah ni, Malaysia. Tak payahlah aku sebut negara mana, sebab semua sedia maklum negara yang perasan bagus tu.

Aku nak cerita banyak pun aku serba salah. Kalau ikut hieraki keturunan aku sebelah Abah, atuk aku allahyarham Sakom Bin Chitro berasal dari Jawa Barat. Fakta!

Nenek sebelah Encik suami yang kini pada usia 87 tahun masih sihat pernah bercerita yang dia pun berasal dari Tanah Seberang dan datang ke Tanah Malayu dengan menaiki tongkang!

Kalau tiada inisiatif dari nenek moyang aku nak ke Tanah Melayu, mungkin aku tak akan lahir pun! Tak akan ada jugalah Afif dan Aisy. Takdir penentu segala (Cehwah, macam lagu Jamal Abdillah pula!)

Tapi bila baca dekat akhbar atau blog yang menggupas isu ni, aku rasa sakit betul hati!

Mereka yang boleh aku kategorikan sebagai saudara ni tak habis-habis cari pasal! Ada sahaja yang tak kena dengan Malaysia.

Semua benda yang Malaysia buat tak betul pada mata mereka.

Malahan mereka bersifat kurang ajar dengan menggelar "Malingsia" atau lebih tepat, Pencuri! Sebab semua benda dia orang kata dia orang punya!

Kenapalah buruk sangat peri laku mereka mereka ni? Mereka cepat sangat melatah! Sikit aje timbul isu, ganyang Malaysia, sweeping Malaysia, bakar Jalur Gemilang!

Bab kata Encik suami, "Macam orang tak ada otak!" Kalau mereka berfikir secara rasional, tak perlu timbul pun semua ni.

Kadang-kadang tu tak faham tindakan membabi buta mereka. Walhal Malaysia adalah negara yang mula-mula menghulurkan bantuan bila mereka ditimpa bencana.

Malaysia adalah juga tempat majoriti rakyat mereka mencari rezeki! Tapi tindakan dan perlakuan mereka  seolah-olah tidak mencerminkan masyarakat yang bertamadun!

Aku malas nak ulas panjang isu ni kerana hanya membazir masa memikirkan mereka yang tidak menghormati orang lain, yang tidak tahu berterima kasih dan paling penting, bodoh sombong!

1 comment:

  1. rasa dorang betul.. dorang hebat.. dorang segala galanya.. tapi melambak jugak rakyat dorang kat sini. berebut2 jugak rakyat dorang nak dapatkan warganegara sini.. patut berterima kasih bukan mengutuk..

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...