Berbuka Puasa Dengan Pelbagai Menu Lazat di Next Food Juction
Berbuka Puasa Dengan Pelbagai Menu Lazat di Next Food Juction | Baru-baru ni, YY dan keluarga berpeluang berbuka puasa di Next Food Junction yang terletak di Klang Parade. Ni kiranya pertama kali kami berbuka di luar untuk Ramadan kali ni. Kebiasaanya kami hanya berbuka di rumah. Sekali sekala berbuka di luar, apa salahnya dak? Haha! Anyway, jarak antara Klang Parade dengan rumah YY sebenarnya tak berapa jauh. Lebih kurang dalam 20 minit perjalanan sahaja.Sampai aje Klang Parade, kami terus menuju ke tingkat lima di mana terletaknya Next Food Junction. Di Next Food Juction terletak banyak pilihan gerai makanan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dari makanan western sehingga ke makanan tempatan. Memang sesuai sangat bawa seisi keluarga ke sini.
Muka happy aje dapat makan kat luar |
Comel pula MyChintaHati buat duck face gitu. Haha! |
Masa kami sampai di Next Food Junction, orang belum begitu ramai walau dah nearly waktu berbuka. Tapi the moment masuk aje waktu berbuka, tetiba penuh pula umat manusia. Entah dari mana diorang di semua datang. Dah macam semut hurung gula pula. Nasib kami dah order awal. Kalau tak, menangislah! Haha!
Selain dari pelbagai pilihan menu yang lazat, suasana di Next Food Junction ni juga sangat selesa. YY suka sangat dengan persekitaran dia. Tak begitu kelam kabut berbanding food court di tempat lain. Sebab tu YY kata sesuai sangat kalau korang nak bawa seluruh keluarga ke sini. Ruang dia luas, paling penting sekali, bersih! Sejuk mata memandang persekitaran yang bersih tu. Nak makan pun selesa aje.
Dua beradik ni kalau dapat benda yang diorang suka, memang tak toleh kiri kanan dah |
Dah kenyang, bukan main happy aje memasing |
Selain dari menu yang lazat, kebanyakkan gerai di Next Food Juction ni menawarkan harga makanan yang sangat affordable. Memang rambang mata nak pilih menu makanan. Semuanya nampak sedap dan paling penting murah, okay! Hari tu total keseluruhan yang kami empat beranak belanjakan adalah lebih kurang RM30.
Gerai Mini Wok |
Ayam paprik bersama nasi putih |
Macam yang YY cakap sejak dari awal, banyak gerai yang ada di Next Food Junction ni dengan pelbagai pilihan menu yang menyelerakan. Salah satunya adalah gerai Mini Wok yang bukan sahaja menawarkan menu tempatan, tapi juga menu antarabangsa. Kalau nak merasa makan dalam kuali, meh la singgah gerai Mini Wok ni.
Gerai Star Recipe |
Terjejas iman weh tengok sizzling ni! |
Mee sizzling adalah antara makanan kegemaran YY. Biasanya kalau nampak mee sizzling, memang YY tak tolak. Kalau tekak korang teringin nak makan sizzling, bolehlah singgah di gerai Star Recipe ni. Memang mantap I tell you!
Gerai Claypot |
Bubur Telur Masin tu macam best pula |
Gerai Claypot ni pun tak kurang hebatnya. Ada pelbagai pilihan menu yang menyelerakan. Mau pening korang nak pilih menu apa yang korang nak makan. Tapi bubur telur masin tu macam best pula. Next roundlah YY nak cuba makan bubur tu.
Gerai Selera Thai Food |
Nasi Goreng USA yang menyelerakan |
Kalau dah nama gerainya Selera Thai Food, pastinya ia menawarkan pelbagai seleksi menu sajian Thai yang menyelerakan. Korang kena cuba sendiri baru tahu betapa marvelousnya menu yang ditawarkan.
Gerai Western Food |
Pizza dan Chicken Chop yang mengiurkan |
Baca: Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Hari tu YY dah rasa dah makanan di gerai Western Food ni. Tapi repeat lagi sebab tak boleh move on dengan rasa Chicken Chop dia. Kat gerai ni memang segala makanan western di jual dengan harga yang affordable. Paling penting, sedap!
Gerai Claypot Chicken Rice |
Tak tau nama makanan ni tapi nampak yummy kan |
Kalau korang suka makanan dalam claypot, jangan lupa singgah di gerai Claypot Chicken Rice. YY secara jujurnya belum pernah rasa, tapi tengok gambar memang, perghhh! Bikin gegar keimanan gitu. Haha!
Pilihan pelbagai jus yang menyegarkan |
Minuman pula tak usah cakaplah! Memang ada pelbagai pilihan jus dan air yang pasti menyegarkan. Terasa lega tekak bila dapat minum air sejuk time berbuka puasa.
So begitulah sedikit sebanyak yang YY boleh kongsikan pengalaman YY dan keluarga berbuka puasa di Next Food Juction. Siapa yang belum pernah ke sini, YY sangat sangat sarankan untuk korang mencuba. Untuk maklumat lanjut mengenai Next Food Juction, korang boleh layari laman sosial mereka seperti berikut
Bermacam koleksi baju yang menarik di Next Ladies |
Sebelum balik tu, sempat jugalah YY singgah di Next Ladies yang terletak di tingkat satu bangunan Klang Parade. Saja cuci mata sebab dekat sini ada banyak koleksi baju yang cantik-cantik dan mengugat keimanan. Haha! Harga pun dalam range mampu milik. Untuk maklumat lanjut mengenai Next Ladies ni, korang boleh layari laman social yang berikut
Warna-warni Aidilfitri di Klang Parade |
Oh ya, YY dapat tahu yang Klang Parade akan mengadakan Warna-Warni Aidilfitri bermula 11 Jun ni bersama kemunculan artis popular tanah air seperti Adibah Noor, Misha Omar dan Baki Zainal. Diikuti 18 Jun dengan kemunculan Ayda Jebat, De Fam, Dina Nadzir dan Baki Zainal. Bukan setakat kemunculan artis-artis hebat ni sahaja tau.
Klang Parade turut menawarkan sampul Raya edisi Klang Parade PERCUMA dengan setiap pembelian bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit. Korang juga boleh dapat bekas ekslusif dengan setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas. Kalau rasa nak dua-dua pun boleh juga. Tapi korang kena ada resit pembelian minima bernilai RM200. Kesemua ni boleh didapati bermula 2 Jun sehingga 2 Julai 2017.
Syok kan? Moh ler beramai-ramai kita ke Klang Parade (^_^)
boleh datang cuba makan lagi kalau tersesat kat sana.. hehehhe
ReplyDeleteWow Sedapnya menu.. Mummy ni masih tak berkesempatan makan kat luar.... Nanti pi sana leh test ni.. Salam Ramadhan YY..
ReplyDeleteWow sedapnya
ReplyDeletesemuanya nampak sedap dan menyelerakan
ReplyDeletesemua nmpk sedap buln pose ni, time buka makan satu je kan..hehee
ReplyDeleteLepas makan boleh g shopping. ;)
ReplyDelete