Merangkak juga! (^_^)

8:22:00 pm Yana Yani 2 Comments

Dua minggu kebelakangan ni, aku perasan Aisy cuba untuk merangkak.

Hari tu ingat dia nak mengesot aje macam Dayah dengan Abang Chik dulu. Tapi anggapanku salah rupanya! Hehe!

Aisy tengah asah bakat merangkak!

Sekarang ni dia baru pandai merangkak walaupun usia dah hampir mengjangkau 1 tahun! Kalau nak dibanding dengan Abang dia dulu, memang agak lambat!

Tapi bercakap dah dalam kategori hebat!

Abang dia dulu, umur 2 tahun baru boleh bercakap dengan jelas. Sekarang ni pun kalau korang tak biasa dengan dia, mungkin tak berapa faham apa yang dia cuba tuturkan. Agak pelat orangnya.

Betul kata orang-orang tua, lain anak lain perangai!

Aisy ni pula entah bila lah dia nak berjalan. Berdiri pun tak tegap lagi. Abang dulu umur 13 bulan dah boleh berjalan.

Tapi kata Mak, aku dulu pun lambat berjalan! Umur 16 bulan a.k.a 1 tahun 4 bulan baru boleh berjalan.

Encik suami lagi lah, Mak mentua aku kata umur dia dah hampir 2 tahun baru boleh berjalan. Siap kena rendam dalam air laut sebab katanya terkena badi! Hehe!

Tak kisahlah Aisy oi! Janji sihat walafiat! Itu yang penting!

Yang pasti Mama, Papa dan Abang sayang bangat sama kamu!

Muka budget cute! Tapi memang cute pun kan kan? Hehe

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Papa Hebat! (^_^)

9:16:00 pm Yana Yani 0 Comments

Dalam perjalanan pulang dari rumah Mak ke rumah aku tadi, cuaca agak mendung.

Walau suasana sudah mula menginjak ke senja, tapi kilat yang memancar jelas kelihatan disusuli dengan bunyi guruh yang menggegar alam.

Errk! Macam lain macam aje bunyi ayat tu! Hehe! Tak boleh blah!

Okay, kita ulang balik. Tadi on the way balik rumah dengan anak-anak, bunyi guruh kuat sangat. Afif yang tadi slow aje berjalan, makin laju pula buka langkah. Dia memang takut dengar bunyi guruh.

"Mama, cepatlah jalan. Hari nak hujan ni. Afif takut!" kata dia sambil memegang erat tangan aku.

"Ye!" jawab aku ringkas.

Sampai aje depan rumah, Afif perasan motor Papa dia tak ada. Terus dia tanya, "Mama, Papa kerja ke?

"Ye, Papa kerja petang" jawab aku.

"Kalau Papa ada best kan Mama. Papa kuat! Papa hebat!" kata Afif

Afif tengah meraung takut dinosour. Papa pula buat muka cover macho!

Hebat! Tu memang ayat favourite Afif! Hebat merujuk kepada sesiapa sahaja yang melakukan perkara mengagumkan pada pandangan mata dia.

Macam contoh baru-baru ni, Encik suami berjaya memerangkap tikus yang sering menganggu ketenteraman kami. Dengan bangga dia cerita dekat Wan dia, "Wan tadi kan Papa tangkap tikus. Papa hebat!"

Malahan bila dia sendiri berjaya melakukan sesuatu yang lain dari dia biasa buat macam gambar dekat bawah. Dengan bangga dia kata, "Mama, Afif hebat!"

"Afif hebat Mama! Afif buat dinasour!"
Aku pernah tanya dekat Afif, "Mama hebat tak?"

"Hebat! Tapi sikit aje!" jawab Afif dengan muka selamba!

Huhu! Kejam sungguh kenyataan itu!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hantu Dalam Lif? (^_^)

8:49:00 pm Yana Yani 0 Comments

Cuba bayangkan keadaan ni...

Korang naik lif seorang diri lepas tu lampu tiba-tiba dok "lip lap". Mungkin time tu jantung dah start "dup dap" laju. Lepas tu tiba-tiba lampu tu padam! Jeng jeng!

Rasa nak pengsan dah mula terasa. Lepas tu lampu terbuka balik dan korang perasan ada orang lain dalam lif tu dengan korang dalam pakaian yang automatik buat korang cakap, hantu!

Time tu segala perasan mula muncul! Takut sangat! Lebih menakutkan bila "hantu" tu pandang korang dengan pandangan yang nauzubillah! Lagi bertambah menakutkan bila dia menjerit pula dekat korang!

Wahahaha!

Agak-agak kalau situasi macam tu terjadi dekat korang, korang takut tak?

Aku confirm pengsan! Lemah beb bab-bab benda macam ni!

Tapi tu semua hanyalah satu rancangan TV di Brazil yang mengenakan orang, Programa Silvio Santos. Biasannya rancangan macam ni kalau kita tengok agak light aje, tapi yang ni memang boleh buat orang mati sakit jantung!

Klik sini untuk bacaan lanjut

Paling kesian tengok respons orang yang dikenakan tu. Aku boleh bayangkan kalau aku dekat tempat dia orang. Dah lah aku pun hari-hari terpaksa naik lif!

Tapi aku solute lah budak yang pegang watak hantu tu! Menjadi betul!

Cubalah korang tengok!

Opps! Sebelum tu nak bagi amaran. Pesakit jantung dan ibu mengandung dilarang sama sekali menonton klip video ini! Peace no war! (^_^)


Sumber: Yahoo News

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Great Weekend! (^_^)

9:35:00 pm Yana Yani 0 Comments

Macam biasa kalau hujung minggu aje kami jarang berada di rumah. Mesti keluar!

Sebab dok didik anak-anak berjalan sejak dari dalam perut lagi, dia orang akan jadi tak keruan kalau duduk dekat rumah aje. Terutama Afif!

Bila tahu aje aku cuti, dia mesti tanya "Hari ni kita tak pergi jalan ke?"

Kalau dulu keluar berjalan ni lebih kepada kepuasan diri, sekarang lebih nak tengok kecerian anak-anak. Kalau dia orang happy, bertambah happy lah Mama dan Papanya!

So hari minggu baru ni kami sekeluarga ke "port" biasa kami, Jusco Bukit Raja. Bukan buat apapun, dok cuci mata aje!

Kalau kategori orang "kurang" berduit macam kami ni, Jusco bukanlah tempat sesuai untuk kami bershopping!

Walau suka macam mana pun sesuatu barang tu, tengok ajelah especially hujung bulan macam sekarang ni! Hehe!

Si Abang excited aje, Adik pula buat muka blur

Special pose dari Afif!

Tu lah cari kami menghabiskan masa! Yang penting kami enjoy!

Eh korang perasan tak sekarang musim buah! Awat pula tiba-tiba cerita pasal musim buah Mama Afif dengan Aisy ni. Hehe!

Bukan apa, Mak dan Abah aku balik ke Kuala Lipis, Pahang sempena aku cuti lama! Bila dia orang balik ke Klang semalam, dia orang bawa balik berkarung-karung buah rambutan dengan manggis!


Wah! Aku suka sangat especially buah rambutan. Tapi agak masam berbanding selalu. Kata Pak Mentua aku, kalau musim hujan memang buah tak berapa elok.

Kalau dulu time musim buah macam sekarang ni, kita orang petik macam tu aje dekat pokok keliling kebun Atuk. Macam orang yang tak pernah jumpa buah!

Tapi orang kampung buat tak hairan aje, kadang-kadang buah tu terbiar macam tu aje sampai busuk dan juga jadi makanan haiwan liar especially monyet! 

Atuk pernah kata buah-buah tu tak laku kalau dijual sebab semua orang ada kebun sendiri. Atuk kata biasa orang kampung terpaksa jual murah kepada peraih sebab tak mahu rugi macam tu aje.

Tahu berapa harga orang kampung jual pada peraih? RM0.30 sahaja untuk setiap 1 kilogram! Betul! Tak tak tipu! Sampai bandar aje 100 kali ganda naik harga!


Tapi yang peliknya orang bandar beli juga termasuklah aku! Hehe! Contoh macam petai dekat atas tu, kalau dekat tempat aku ni, RM5 untuk 3 papan sahaja!

Kalau dekat kampung, pokok petai sebelah rumah aje. Tinggal korang nak panjat ke tidak aje sebab pokok dia teramat lah tinggi!

Tak kisahlah apapun, yang penting musim buah macam sekarang ni memang dinanti! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cuai! (^_^)

11:41:00 pm Yana Yani 0 Comments

Berurusan dengan jabatan kerajaan menyakitkan hati! Setuju?

Mungkin pelbagai jawapan yang akan didengar kerana masing-masing mempunyai pandangan sendiri. Aku sendiri agak sukar untuk mengulasnya kerana adik aku sendiri bekerja dalam jabatan kerajaan.

Aku nak kongsikan apa yang aku lalui ketika berurusan dengan hospital kerajaan. Nilailah sendiri dan fikirkan apa yang korang akan lakukan kalau korang ditempat aku.

--------------------------------------------------------------

Hari ini aku bawa Aisy ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk follow up pneumonia yang dia pernah hidapi dulu.

Aku menghabiskan masa hampir setengah hari sebelum diberitahu bahawa rekod kesihatan Aisy gagal ditemui.

Disebabkan rekod "hilang" aku diminta untuk menceritakan semula semua sejarah perubatan Aisy.

Aku dah rasa panas hati time tu.

Apapun aku cuba memujuk hati, mungkin mereka mengambil masa yang lama sebab sibuk mencari rekod Aisy. "Sekurang-kurangnya result darah Aisy masih ada" fikir aku.

Tapi telahan aku ternyata silap!

Aku masuk ke bilik doktor hanya untuk mendengar doktor kata, "Result darah ni saya dah ada tapi rejected. Maksudnya mungkin ada sedikit kesilapan ketika pengambilan darah atau darah yang diambil tidak mencukupi untuk ujian dilakukan"

"Secara fizikal anak puan nampak sihat tapi kita perlu ambil darah sekali lagi sebab kita nak buat comparison. Kita akan trace balik rekod kesihatan anak puan dan sebab itu ujian darah diperlukan" tambah doktor medikal tersebut panjang lebar.

Waktu tu aku terfikir, "Kenapa anak-anak aku perlu melalui semua ini atas kecuaian orang lain?"
Sebelum ni Afif juga pernah dimasukkan ke wad dan dikehendaki membuat follow up untuk masalah darah berkuman. Dan seperti sekarang, doktor menyuruh kami melakukan ujian air kencing sekali lagi kerana sample yang pertama tumpah!

Aku masih ingat dengan jelas doktor tersebut berpesan, "Puan nanti ingatkan mereka yang ambil sample untuk tutup botol tersebut ketat-ketat" 

Mengenangkan sejenis tiub akan dimasukkan ke saluran air kencing Afif, membuat aku takut.

Takut anak aku akan sakit. Takut dengan apa yang bakal aku nampak atau lihat.

Dengan tekad, aku dan Encik suami membuat pilihan untuk tidak meneruskan ujian tersebut.

Perkara yang sama aku lakukan hari ini.

Jujurnya aku cukup takut dengan keputusan yang aku telah buat, tapi Encik suami meyakinkan bahawa tindakan kami adalah betul.

"Dia orang nak buat comparison macam mana kalau rekod dah hilang! Elok anak dah sihat jadi lagi sakit dengan eksperimen dia orang. Tak payah!" bebel Encik Suami dengan nada yang meninggi.

Tiada ibubapa di dunia ini yang ingin melihat anak mereka sakit. Seboleh mungkin mereka akan cuba mencari penawar walau terpaksa bergolok gadai.

Begitu juga kami!

Tahukah mereka bahawa kami mengambil cuti tanpa gaji? Dan kami membazirkan satu hari suntuk hanya untuk mendengar mereka berkata sample yang telah diambil tumpah!

Sia-sia Alexander Graham Bell mencipta telefon! Mereka peduli? Bak kata Michael Jackson, "They don't really care about us!"

Persoalannya, sampai bila kita semua akan bertahan dengan karenah birokrasi ini?

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Lagu untuk Gaza (^_^)

10:57:00 pm Yana Yani 0 Comments

Sejak berita megenai Gaza yang diserang oleh Israel laknat, aku makin kerap mencari maklumat dan cuba memahami penderitaan rakyat Palestin melalui pembacaan.

Sedikit yang aku ingin kongsikan, Amerika selaku kuasa besar dunia telah memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada Israel setelah Perang Dunia Kedua terutama setelah peristiwa Holocaust (ramai mengangap peristiwa ini merupakan satu pembohongan Isarael!).

Tanah Palestin telah dirampas secara haram dan sehingga sekarang, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya.

Palestin pula berjihad dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa tanpa bantuan dari negara-negara Islam lain yang seolah-olah takut dan akur kepada Amerika.

Dan ketika aku sedang sibuk mencari maklumat, aku terjumpa pula lagu We Will Not Go Down (Song for Gaza). First time dengar aku terus jatuh cinta dengan lagu ini.

Siapa penyanyinya? Michael Heart, penyanyi keturunan Syria yang kini bermastautin di Amerika.

Michael telah menulis dan menyanyikan lagu ini pada 2009 ketika peperangan di Gaza. Lagu ini ditulis sebagai salah satu tanda sokongan terhadap rakyat Palestin.

Di YouTube, hanya klip video asal yang boleh dilihat. Klip video lain yang dimuat turun menggunakan lagu ini akan di"delete" secara automatik atas alasan hak cipta.

Apapun aku memang suka sangat lagu ini, lirik lagu dia buat aku rasa nak menangis. Cuba korang try dengar


We Will Not Go Down (Song for Gaza)

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remais
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Masak? (^_^)

4:58:00 pm Yana Yani 0 Comments

Aku ni kalau cerita bab masak kan, lemah aje rasa badan. Itulah pekerjaan yang paling aku tak mahu buat tapi terpaksa! Dah kata nama perempuan suka ke tidak, kena masak juga!

Terus terang aku memang tak pandai masak, tapi makan terror sangat! Siapa yang tak terror bab makan ye tak? Hehe!

Tapi walaupun aku tak pandai masak! Aku telah dengan jayanya membesarkan badan Encik suami!  Pencapaian terbaik setakat ni! Hehe!

Malam tadi aku bercadang nak masak kari ikan bawal putih. Ikan tu Encik suami beli dekat pangkalan (entah pangkalan mana aku tak tahu) Seumur hidup aku, baru itulah first time makan bawal putih.

Al-maklumlah, ikan tu mahal! Itu pun Encik suami beli sebab tak tahu beza bawal hitam dengan putih. Dia fikir harganya sama aje. Nasib baik dia tak demam bila kena bayar RM32 untuk 1 kilogram ikan tuHehe!

Tapi bila tengok macam banyak aje, aku cancel masak kari ikan bawal putih! Bukan apa, takut tak habis. Membazir aje! So aku selongkor peti sejuk tengok benda apa lagi yang aku boleh masak!

Tomyam! Aku paling suka masak tomyam sebab semua pakai campak aje! Lepas dah campak semua bahan, tunggu aje sampai dia mendidih. Makan panas-panas memang best!


So tengahari tadi barulah aku masak kari ikan bawal putih!

Masak kari ini agak leceh pada aku. Tapi aku tak masak macam orang lain masak. Aku masak ikut suka aku, maknanya simple habis! Janji sedap!

Eceh, sedap keHehe! Tu aku tak ada jawapannya. Korang kena rasa baru tahu. Tapi Afif pernah cakap, "Mama ni masak sedaplah!"


Lepas tu makan dengan tempe! Kombinasi yang terbaik! Barulah masyuk! Dah namanya Jawa, memang tak boleh lari dari makan tempe. Hehe!


Erkkk! Alhamdulillah! Sedap betul kari ikan bawal putih ni! Isi dia lembut lepas tu bau pun tak hanyir macam bawal hitam. Lain kali beli lagi bawal putih ni ye Yang! Hehe!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Happy Sangat! (^_^)

12:30:00 am Yana Yani 0 Comments

"Hari ini hari jadi Afif ke Mama?" tanya Afif.

"Ye" jawab aku sambil mengusap lembut rambut anak bujang yang baru bangun dari tidur. Tiba-tiba Afif meluru ke dapur sambil mata melilau seolah-olah mencari sesuatu.

"Afif cari apa tu? tanya aku.

"Mana kek Afif?" tanya dia dengan mata yang berbunga-bunga.

"Malam nantilah bila Mama dah balik kerja" jawab aku dengan senyuman. "Dah pergi mandi. Mama nak pergi kerja ni, nanti lambat" tambah aku lagi.

"Mama kerja ke? Tadi Mama kata Mama tak sihat" tanya Afif dengan kening yang berkerut seolah-olah kepala otak dia sarat dengan pelbagai persoalan.

"Mama tak sihat lagi, tapi Mama kena pergi kerja juga nanti bos Mama marah" jawab aku acuh dengan tidak.

-------------------------------------------------------------

Malam tu seperti yang telah dirancang, kami menyambut birthday Afif dan Aki dengan cara ala kadar.

Apapun terima kasih Aki dengan Wan sebab belanja Sate! Sedaapp! Dan apa yang paling penting sekali kedua mereka happy especially sekali Afif bila dia nampak kek dia ada dinasour!

Thanks Noormie Eryn for a delicous and cutest cake ever!
Birthday boy happy sangat dapat potong kek dinasour!
Dan yang paling best bila tengok respon Aisy yang first time dapat makan kek!

Untuk makluman aku tak pernah bagi apa-apa yang mengandungi telur kepada Aisy selepas peristiwa dia bengkak-bengkak satu badan.

Masa umur dia 6 bulan aku dapat detect yang dia ada alergik dengan telur. Atas nasihat doktor, aku telah pantangkan Aisy dari makan telur!

Kek yang aku order khas untuk birthday Afif dan Aki ni adalah eggs free!

Punyalah dia happy sampai nampak gigi taring dia!
Dan untuk menambahkan happy, blog aku sekarang telah dilawati lebih dari 1000 kali! Wah, bangga sangat dalam tempoh 4 bulan aje readers aku dah bertambah!

Eleh, baru 1000 dah bangga! Hehe! Bukan apa, kita kena berbangga dengan kelebihan kita sendiri. Jangan bandingkan dengan orang lain sebab setiap di antara kita ada kelebihan sendiri!

Kalau bandingkan blog aku dengan Kaki Sembang memang kalah lah wei! Dia dapat 100 ribu visitors dalam tempoh 3 bulan sahaja! Tak terkejar wa beb!

Statistik setakat 22 November 2012, 11:09 pm

Apapun terima kasih kepada mereka yang sudi dok baca blog aku yang tak seberapa ni especially my little sister Annur dan Anis, kerana mereka merupakan pembaca setia blog aku ni.

Keep following my post ya and thank you once again! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Lahirnya Kau! (^_^)

12:16:00 am Yana Yani 0 Comments

Anakku Afif,

Kehadiran Afif dalam kehidupan Mama dan Papa memang begitu dinanti. Jesteru apabila ujian kehamilan yang Mama lakukan sendiri menunjukkan positif, sudah cukup untuk membuat Mama terasa begitu bahagia.

Untuk mengesahkan kehadiran Afif, Papa bawa Mama ke klinik. Mama masih ingat lagi tanggal 27 April 2008 doktor telah mengesahkan Mama mengandung 2 minggu.

Mama juga melakukan scan buat kali pertama. Saat melihat Afif yang ketika itu seperti seketul daging sudah cukup membuat Mama terasa begitu sayang.  

"Kalau ikut kiraan ni, puan akan bersalin pada 12 Disember 2008" kata doktor yang masih lagi terngiang-ngiang di telinga Mama.

Satu-satunya gambar Mama ketika mengandungkan Afif dan gambar scan Afif yang masih ada dalam simpanan Mama

Anakku Afif,

Mama senang ketika mengandungkan Afif, tak ada banyak masalah. Cuma Mama cukup sensitif ketika mengandungkan Afif. Terutama bila melibatkan Papa!

Sikit aje Papa buat silap, Mama dah meraung atau merajuk! Mungkin sebab tu sampai sekarang Afif pun kuat merajuk!

Saat Afif menendang perut Mama merupakan saat yang cukup sukar Mama lupakan. Jujurnya Mama rindu saat tu! Terasa kebahagian yang sukar untuk diungkapkan.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan Mama semakin tak sabar untuk melihat budak yang Mama bawa ke mana aje Mama pergi ni!

Anakku Afif,

Pada 19 November 2008 ketika Afif masuk minggu ke 38, Mama agak risau kerana Afif tidak bergerak aktif seperti biasa. Malam tu, Papa dan Wan bawa Mama ke hospital.

Ujian jantung dan scan menunjukkan Afif dalam keadaan sihat.

"Kita tahan puan dekat wad dulu malam ni untuk pemantuan ye" kata doktor yang merawat Mama ketika itu. Mama hanya mengangguk tanda setuju.

Malam tu Mama sekali lagi di scan dan kali ini oleh doktor pakar. "Air ketuban puan kuranglah, bahaya untuk baby" kata doktor tersebut sambil menunjukkan kedudukan Afif.

"Apa maksud doktor?" tanya Mama dengan nada risau.

"Baby boleh lemas kalau kita tunggu sampai tarikh jangka bersalin" jawab doktor pakar tersebut. "Kita akan buat induce!" tambah doktor tersebut.

"Macam mana induce tu?" tanya Mama lagi.

"Kita akan masukkan ubat dalam faraj puan" jawab doktor tersebut sambil menguntumkan senyuman.

Anakku Afif,

Pada pukul 6:30 pagi, 21 November 2008, sejenis ubat di masukkan ke dalam faraj Mama. Bermulalah kesakitan untuk bersalin yang Afif tak akan mungkin faham.

Wan sentiasa setia disisi menemankan Mama dan sentiasa mengusap belakang Mama sebab Mama terasa cukup sakit pinggang ketika itu.

Pada pukul 12 malam, datang seorang nurse menyuntik bahagian punggung Mama. Dia hanya menjawab untuk memudahkan proses kelahiran bila Mama tanya untuk apa dia suntik Mama.

Selepas aje suntikan tu, Mama mula rasa semacam. Mama yakin itulah saatnya. Mama di masukkan ke dewan bersalin pada pukul 1 pagi.

"Puan teran puan nanti anak puan lemas. Puan sayang anak puan tak?" tanya doktor tersebut sambil menarik tangan Mama ke bahagian bawah dan Mama dapat rasa rambut Afif.

"Saya tak pandai!" jawab Mama lemah.

"Puan ikut kita. Jangan teran guna muka. Teran macam puan nak berak" kata doktor itu lagi.

Anakku Afif,

Tepat pada pukul 1:34 pagi tanggal 22 November 2008, Afif selamat keluar ke muka bumi Allah ni. Saat tu Mama tak dengar bunyi Afif menangis.

Mama dapat lihat dengan jelas mereka memasukkan sesuatu ke dalam mulut Afif. Hanya selepas itu suara Afif buat pertama kali Mama dengar.

Bahagia sungguh Mama rasa dan spontan Mama berkata, "Anak Mama" bila mereka menyerahkan Afif kepada Mama.


Anakku Afif,

Peristiwa 4 tahun dulu masih lagi jelas dalam ingatan Mama. Kehadiran Afif dalam hidup Mama dan Papa cukup membahagiakan kami berdua.

Ia juga menjadi kekuatan ikatan kasih kami.


Selamat Hari Jadi yang ke-4 Afif Haziq Fiqrullah!

Mama doakan semoga Afif dipanjang usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dijauhi segala penyakit dan bala bencana.

Mama juga doakan Afif supaya menjadi anak yang soleh dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.


Ketahuilah bahawa kami semua terutama Mama dan Papa terlalu menyayangi Afif dan Aisy! Afif dan Aisy adalah anugerah Allah paling berharga dalam hidup kami! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Daddy Cool! (^_^)

8:22:00 pm Yana Yani 0 Comments


Hari ini, 56 tahun yang dulu lahirlah seorang anak lelaki (bongsu daripada 9 orang adik beradik) yang diberi nama Mohamad Saruli hasil perkongsian hidup antara Sakom dan Khalijah.

Tapi sebenarnya, Abah dilahirkan pada 13hb November dan bukannya 21hb November seperti yang tercatat dalam kad pengenalan Abah.

21hb November tu sebenarnya adalah tarikh kelahiran Abah didaftarkan.

Entah macam mana boleh tertukar pun aku tak tahu. Aku hanya perasan tentang tarikh sebenar kelahiran Abah bila memerlukan sijil kelahiran Abah untuk apply masuk ke U dulu.

Salinan sijil kelahiran Abah yang masih ada dalam simpanan aku

Tapi tak kisah sebab kami pun dah terbiasa menyambut hari jadi Abah pada setiap 21hb November! 

---------------------------------------------------

Abah,

Jujurnya Along tak tahu di mana untuk memulakan bicara. Tapi sepanjang 29 tahun Along hidup di muka bumi Allah SWT ini, tiada satu pun ingatan yang tidak elok tentang Abah.

Abah seorang lelaki yang paling Along hormati dan berada dalam tangga teratas carta kehidupan Along. Terlalu banyak pengorbanan yang Abah lakukan untuk Along dan adik-adik.  


Tak lupa menantu dan cucu.


Tapi mungkin ada diantara mereka yang tidak mengingatinya kerana faktor usia mereka yang masih muda ketika segala-galanya bermula.

Along masih ingat dengan jelas bagaimana Abah dihina hanya kerana tidak pandai berbahasa Inggeris. Dan Abah membalas hinaan tersebut dengan senyuman. Kuatnya hati Abah!

Kerana penghinaan itulah Along berusaha sedaya upaya Along untuk mempelajari bahasa tersebut. 

"Abah tak ada harta nak berikan kepada korang adik beradik. Tapi Abah bagi ilmu! Gunakan ilmu tu untuk cari harta korang sendiri!" pesanan Abah tu masih terngiang di telinga Along sehingga ke hari ini.



Abah,

Along tak pernah lupa yang Abah bersusah payah menghantar Along ke sekolah walau dalam hujan ribut dengan hanya bermotosikal dan susah payah Abah menghantar bekalan makanan kepada Along ketika Along menghadapi peperiksaan.

Percayalah, susah dan jerih payah Abah merupakan dorongan untuk Along meneruskan kehidupan.

 

Paling Along tak lupakan adalah ketika Abah membawa air Milo ais ke tingkat 7 Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dengan menggunakan tangga! Along tak pernah dan tak akan lupa bunyi lelah Abah ketika sampai ke katil Along.

Bila Along tanya kenapa Abah gunakan tangga, spontan Abah jawab, " Lif ramai orang, nanti aisnya cair!" Seperti terkena satu pukulan kuat saat Abah memberikan jawapan tersebut dan Along menangis dalam hati!

Dan paling menghancurkan hati adalah Abah masih mampu menguntumkan senyuman sambil menghulurkan air tersebut kepada Along.

Along cukup menyesal kerana meminta air Milo tersebut dan sejak dari hari itu Along bertekad untuk tak akan meminta apa-apa dari Abah lagi walau susah macam mana pun!
  
Sempena ulang tahun kelahiran Abah hari ini, Along nak ucapakan Selamat Hari Jadi dan terima kasih untuk segala-galanya, Abah!

Ya Allah Ya Tuhanku! Kau panjangkanlah umur Abahku, kurniakan dia kesihatan yang baik, sayangilah dia sepertimana dia telah menyanyangi kami adik beradik semenjak dari kecil sehingga sekarang. Amin!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cukup-cukup Sudah! (^_^)

10:50:00 pm Yana Yani 0 Comments

Untuk makluman, tempat di mana aku bekerja ini mempunyai 32 tingkat. 28 aje sebenarnya sebab tingkat 4, 13, 14 dan 24 tak ada dalam bangunan tersebut.

Klik sini untuk bacaan lanjut mengenai nombor 4 dalam masyarakat Cina.

Company di mana tempat aku "menyurahkan" segala idea dan tenaga bukanlah satu-satunya company yang terdapat di situ.

Terdapat berpuluh-puluh company lain lagi dalam bangunan tersebut. Tapi malang sekali walaupun bangunan sikit punya tinggi, tapi surau ada satu aje!

Surau tersebut boleh memuatkan sekurang-kurangnya hanya empat orang pada satu-satu masa. Lebih mengeruhkan keadaan bila ada orang yang berlaku "kurang sopan" di dalam surau tersebut.


Walaupun papan tanda di atas boleh dilihat dengan jelas, malangnya ada segilintir yang tidak menghormati orang lain terutama tempat beribadah atau lebih tepat, surau!

Selalunya waktu paling ramai orang adalah antara pukul 1:30 petang sampai pukul 2:30 petang, tapi time inilah ada manusia yang "sibuk" duduk berborak dalam surau tanpa memperdulikan orang lain yang dok berbaris menunggu giliran untuk bersolat.

Kadang-kadang tu ternampak orang makan dalam surau tersebut. Cukup menganggu konsentrasi orang yang tengah bersolat dengan bau-bauan yang pelbagai dan gelak ketawa!   

Aku bukanlah orang yang sempurna, tapi aku rasa adalah menjadi satu keperluan untuk aku menegur (walau hanya di dalam blog!) tindak tanduk segilintir "manusia" yang menganggap perkara yang mereka lakukan itu adalah "biasa"

Apa salahnya kalau bagi ruang untuk orang lain bersolat. Dapat pahala sebab memudahkan urusan orang lain. Renung-renungkanlah

Tiba-tiba teringat lagu dari kumpulan Nirwana, sudah...cukuup-cukup sudah....

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Akhirnya! (^_^)

10:40:00 pm Yana Yani 0 Comments

Akhirnya sampai juga aku ke Putrajaya!

Klik sini kalau nak tahu lebih tentang Putrajaya

Eleh, tak kan tu pun nak kecoh satu dunia, ye dak? Bukan apa, aku dah lama tak ke sini. Kali pertama pergi sebelum kahwin, tu pun ke Alamanda Putrajaya aje. Lepas tu tak pernah pergi lagi.

Hari Sabtu hari tu Encik suami bawa kami ke Putrajaya. Itu pun secara rahsia! Memang tu perangai "pelik" Encik suami yang tak pernah nak beritahu ke mana hala tujuan bila berjalan.

Kali ini dia "seret" sekali adik-beradik aku (kecuali Dayah dan Annur) termasuk Mak dan Abah. Seronok juga bila berjalan ramai-ramai macam tu. Bukan selalu pun kan!

Sayangnya time sampai dah malam, so tak dapatlah nak tengok keindahan Putrajaya. Gambar pun tak dapat snap banyak.

Kalau dapat pun agak tak cantik, err aku betulkan balik ayat tu, bukan "agak" tapi "memang" tak cantik sebab pakai kamera murah! Hehe!


Apapun aku cukup kagum betul tengok hasil seni bangunan di sana. Jadi jakun sekejab! Sampai sakit leher dok toleh kiri kanan sebab nak tengok bangunan keliling. Hehe

Tapi yang paling penting sekali dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan!

P/S - Annur in reading, rugi kau tak join sama! (^_^) Abah belanja makan! Sedaaap!! 

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pray for Gaza! (^_^)

10:59:00 pm Yana Yani 0 Comments


Simbol di atas dikenali sebagai satu simbol KEAMANAN atau PEACE oleh seluruh masyarakat dunia. Tapi tahukah anda bahawa simbol dua jari ini bermaksud KEMENANGAN atau MATI SYAHID di Gaza?

Klik sini untuk bacaan lanjut mengenai Palestin

Lihat dan renunglah setiap wajah-wajah rakyat Palestin, tidak terucap atau tergambar dengan kata-kata segala kesedihan dan kepiluan yang menimpa mereka.


Luangkan sedikit masa berharga anda untuk berdoa untuk rakyat Palestin semoga ianya dapat meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mereka. Semoga doa kita dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

ALLAHUAKHBAR!

"Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendak-Nya)?"

"Wahai Tuhan yang ditangan-Nya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu"

"Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di lagit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksa-Mu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam"

"Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemulian Islam. Kami memohon kepada-Mu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta meghinakan kebatilan dan pendokongnya"

Sumber: Wujud

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pengaruh TV? (^_^)

11:55:00 pm Yana Yani 0 Comments

Afif kalau dia merajuk atau marah dia akan buat muka yang agak menggerunkan!

Selalunya bila dia tak dapat apa yang dia nak atau kena marah.

Kalau nak tahu dia marah atau merajuk, senang aje!

Selalunya kening mata dia macam bercantum sebab dia akan kerutkan dahi, mulut pun dia akan muncungkan, sampai boleh buat sangkut hanger baju!

Sekali tengok macam Dukun Degawan, lakonan Kaza dalam drama seram Susuk yang pernah popular sekitar tahun 2007.

Kalau tak percaya cuba korang tengok!


Sama kan? Tulah perangai anak bujang aku bila dia merajuk. Kadang-kadang tu dia akan menguncikan diri dalam bilik atau menyorok dekat mana-mana yang dia boleh menyorok.

Time macam ini janganlah ada sesiapa tegur dia kalau tak mahu dengar dia mengaum! Hehe!

Ada sekali tu aku marah dia sambil membebel. Tahu dia cakap apa? "Mama ni bising aje! Nanti besok besar Afif lari tahulah!" 

Terkejut dengan respon dia tu, aku terus kata, "Kenapa nak tunggu besar? Larilah sekarang!" jergah aku. 

"Pergi ambil beg dengan baju-baju Afif tu. Pergilah lari!" sambil tangan aku menunding ke arah almari baju. Jergahan aku tu disambut dengan tangisan Afif sambil menjerit minta maaf.

Pelik. Macam tak percaya budak yang belum pun genap 4 tahun dah boleh cakap macam tu. Anak aku sendiri pula tu!

Pengaruh TV ke? Mungkin!

Kadang-kadang cerita kartun pun ada menggunakan bahasa-bahasa yang tak sesuai untuk kanak-kanak. Terutama cerita animasi yang di alih bahasa.  

Tapi budak-budak sekarang memang tak dinafikan terlalu mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat. Teknologi telah memjadikan kanak-kanak semakin bijak.

Afif sendiri pada usia sekarang ini sudah boleh dikategorikan "mahir" menggunakan laptop dan mobile phone. Aku dulu umur 20 tahun baru merasa pegang handphone dengan dekstop sendiri.


Afif...Afif...

Sekarang ni pun mama dah agak pening melayan karenah kamu, besok besar dan dah jadi bujang macam manalah pula keadaannya.  

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Fenomena Upin dan Ipin!

8:40:00 pm Yana Yani 0 Comments

Upin dan Ipin? Siapa yang tak kenal Upin dan Ipin.

Siri animasi ciptaan Les Copaque ini cukup popular dan menjadi kegilaan kanak-kanak dan orang dewasa termasuklah Aku! Malahan menjadi pencetus fenomena untuk siri animasi tempatan!

Upin dan Ipin mengisahkan sepasang kembar yang tinggal bersama Kak Ros dan Mak Uda atau lebih dikenali sebagai Opah di Kampung Durian Runtuh.

Pada awalnya siri animasi ini diwujudkan untuk mendidik kanak-kanak untuk lebih menghayati bulan Ramadhan sekitar tahun 2007 sebelum ia semakin popular sehingga ke hari ini.

Dan antara peminat setia Upin dan Ipin adalah Afif!

Tiap-tiap hari dia nak tengok, boleh kata dia tak pernah missed dan siap hafal jalan cerita! Kadang-kadang tak puas sampai tengok dekat YouTube!


Selalu berebut laptop dengan Papa dia!

Mana taknya, yang si anak nak tengok YouTube, yang si Papa nak tengok eBay. Aku lah yang kena jadi orang tengah!

Afif paling suka tengok Geng: Pengembaraan Bermula.


Jujurnya aku tak berapa suka jalan cerita filem animasi ini sebab pada aku agak keterlaluan khususnya bila target audian adalah golongan kanak-kanak.

Cerita ini terlalu banyak unsur seram dan suspens dan kalau dah biasa tengok siri animasi Upin dan Ipin, kita akan terasa perbezaan yang ketara.

Apapun usaha Tuan Haji Burhanuddin, iaitu pengasas Les Copaque harus diberi pujian kerana berjaya membentuk ramai penggiat dan peminat industri kreatif untuk terus berkecimpung dalam bidang animasi. 

Jika dahulu orang kata industri animasi di Malaysia adalah industri yang lemah, kini tohmahan itu berjaya dicantas oleh hasil usaha keras warga kerja Les Capoque yang telah berjaya menaikkan martabat industri animasi tempatan di peringkat antarabangsa!

Tahniah! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Makan Time! (^_^)

9:47:00 pm Yana Yani 2 Comments

Sebelum memulakan entry untuk hari ini, aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua!

Hari ini kita semua sudah melangkah ke 1 Muharram 1434, tahun baru. Syukur Alhamdulillah kita semua masih dapat menghirup udara di muka bumi Allah ini.

Azam aku? Biarlah rahsia! Cehwah! Bukan apa, agak segan untuk bercerita tentang azam ini. Let's keep it as secret! Hehe!

Sepatutnya hari ini aku bekerja, lagipun Awal Muharram a.k.a Maal Hijrah bukan cuti wajib seperti mana yang tertulis dalam Malaysia's Labour Law. Tapi disebabkan nak bercuti punya pasal, aku dan colleagues bertungkus lumus (Bertungkus lumus tu! Ayat tak boleh blah betul! Hehe) membantu Fiza Ismail menyiapkan report.

Sebabnya syarat utama yang bos kami berikan adalah semua kerja kena settle termasuklah report kalau nak cuti! Dan Puan Bos telah berjaya memotivasikan diri kami untuk menjadi pekerja yang berhemah! (Walau untuk 1 hari aje! Hehe)

Dan hasil kerja yang "bertungkus lumus" tu, dapatlah kami semua bercuti! Thank you bos!

Walaupun hari ini cuti, tapi aku tak kemana-mana pun. Duduk dekat rumah aje, melebarkan badan yang sememangnya sudah lebar! Hehe! Encik suami pun kerja, nak tak nak terpaksalah duduk dekat rumah! Lepas Encik suami pergi kerja, aku dengan anak-anak pergi ke rumah Mak.

Masa aku sampai, dia orang tengah dok sibuk siapkan bahan-bahan nak masak especially Angah! Sempatlah dok snap beberapa keping gambar bahan-bahan yang dia nak masak.

Tak tolong? Eh mestilah aku tolong! Tolong ambil gambar, tolong tengok, tolong makan! Banyak punya tolong tau! Hehe!


Entah apa yang dia nak masak pun aku tak tahu! Aku tahu makan aje! Tapi yang paling pasti, bertambah lebarlah badan Along dia ni!


Jujurnya sampai benda ni dah siap masak dan sudah selamat berada dalam perut aku pun, aku still tak tahu apa kebendanya! Lagipun aku sebenarnya tak ada perasaan nak tanya! Hehe! Aku tahu makan aje!

Tapi memang sedap wei! Tak terkatalah dia punya sedap! (Lebih-lebihlah pula puji ini. Kang ada yang "ter"kembanglah pula! Hehe


Tadaaa! Inilah dia hasil dari air tangan Angah plus Mak! Mak yang buat bubur pisang tu, teringin kata dia. Lagipun dia puasa sunat hari ini.

Apapun thanks Mak and Angah! Sedaaappp! Lain kali buat lagi ye! Buat banyak-banyak tau, boleh Along tapau! Hehe!

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Sepetang bersama Mak Abah (^_^)

8:50:00 pm Yana Yani 0 Comments

"Along, Mak tanya kau nak ikut kita orang pergi Tesco tak?" tanya Anis melalui telefon.

"Nak!" jawab aku dengan nada excited.

Kalau dah muka kaki berjalan, orang ajak pergi mana pun aku ikut aje! Janji berjalan! Ditambahkan lagi semalam cuti sempena Deepavali dan Encik suami pula bekerja.

Lepas aje terima panggilan daripada Anis, aku telefon Encik suami pula minta izin. "Yang, Ayang nak ikut Mak dengan Abah pergi Tesco, boleh?" tanya aku.

"Pergilah. Elok-elok bawa anak-anak tu" pesan Encik suami.

 Keizinan Encik suami bertambah menceriakan aku walaupun aku sedar duit tak cukup banyak tapi lepas nak makan Dunkin' Donuts! Hehe!

Tapi sebelum keluar aku pesan dekat Afif, "Abang nanti jangan minta apa-apa. Mama tak ada duit tahu!" Aku menambah lagi bila dia seolah-olah tak memberi respon.

"Kalau Abang buat perangai nanti Mama rotan!" dengan nada meninggi memberi amaran pada Afif.

"Okay Mama" jawab dia dengan acuh tak acuh.


Tapi kalau dah nama budak tu, macam mana bagi amaran pun dia tetap buat juga. Tapi Alhamdulillah Afif setakat ni bukan macam anak orang lain yang akan terjerit-jerit bila tak dapat apa yang dia nak.

Kadang-kadang kesian tengok parent budak-budak tu menanggung malu bila anak buat perangai. Nak tak nak terpaksalah menebalkan muka!


Lepas dah beli barang-barang yang diperlukan, Aki ajak Afif dan Aisy pergi ke playground yang ada disediakan di dalam Tesco.

Wah, bukan main lagi Afif dan Aisy seronok dapat main! Aku pun rasa seronok bila tengok anak-anak seronok. Bertambah seronok bila tengok cara Aki dengan Wan melayan cucu!

Terfikir juga, agak-agak aku ada peluang tak main dengan cucu macam Mak dan Abah?


 Apapun sepetang bersama Mak Abah plus Anis memang menyeronokkan! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...