eTribunal oleh TTPM (^_^)

7:05:00 am Yana Yani 61 Comments

Rentetan dari perasaan tak puas hati dengan solusi yang diberikan oleh Nippon Paint (M) Sdn Bhd, YY telah bertanyakan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tindakan lanjut.

Bagi sesiapa yang tak mengetahui cerita yang YY pernah ceritakan di sini dahulu, YY rumuskan sedikit sebab YY yakin ada yang tak begitu rajin klik pautan yang disediakan (^_^)

Encik suami ada membeli cat jenis Nippon Momento MG 162 Glowing Amber dari salah sebuah kedai hardware di pekan Kapar. Kami mengupah painter untuk mengecat rumah baru kami.


Malangnya belum sampai sebulan rumah itu kami duduki, cat yang berharga RM98 untuk 1 liter (itu pun sebab promosi, harga asal RM150++) telah mengelupas.

Sebenarnya kesan kupasan tidaklah begitu ketara, tapi kalau dibelek memang boleh nampak. Apabila menghubungi pihak Nippon Paint (M) Sdn Bhd, mereka mengarahkan kami kopek keseluruhan cat.

Kupasan itu tidak sebesar ibu jari pun, tapi kami diarahkan mengopek keseluruhan dinding tanpa sebarang khidmat nasihat atau ganti rugi ditawarkan.


Solusi itu sama sekali tidak menggembirakan hati kami suami isteri. Tapi kami ambil masa yang agak lama juga untuk buat langkah seterusnya. Sehinggalah Abang Ipar menggesa mengambil tindakan.

So YY decided buat pertanyaan melalui eTribunal di laman web Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk khidmat nasihat dan tindakan selanjutnya yang perlu YY dan suami lakukan.

Untuk makluman, TTPM merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Tribunal ini beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.


Sehari selepas pertanyaan YY lakukan menerusi eTribunal, YY menerima email sebagai maklum balas pertanyaan yang YY buat.

Email itu secara ringkas mengarahkan YY menghubungi cawangan TTPM yang berdekatan mengenai pertanyaan YY berkenaan tindakan selanjutnya.


YY kemudiannya menghubungi nombor telefon yang tercatat dalam email untuk maklumat lanjut. Hasil dari penerangan dari pegawai bertugas, barulah YY tahu bukan senang nak buat tuntutan.

YY dikehendaki membuktikan bahawa pihak Nippon Paint (M) Sdn Bhd telah mengiklankan di mana-mana medium bahawa cat mereka tidak mengelupas atau sebagainya.

Bukti diperlukan sebagai salah satu cara membuktikan kesahihan dakwaan YY mengenai cat tersebut. Bukti sedia ada seperti resit dan gambar cat tidak mencukupi untuk tuntutan.

Sekiranya bukti seperti yang dikehendaki berjaya diperolehi, YY boleh terus menfailkan Borang 1 dan membayar RM5 sebagai yuran.

Kerja yang agak leceh bagi YY untuk diteruskan. Lagipun YY gagal mencari bukti yang dikehendaki. Maka dengan itu cerita ini habis hanya setakat ni sahaja!

YY dan Encik suami sebulat suara tidak mahu meneruskan tuntutan. Yang pasti ini adalah pertama dan terakhir kami menggunakan cat mahal seperti ini dengan kualiti serendah cat murah.

Mungkin YY dan Encik suami agak malang berbanding dengan customers lain yang amat berpuas hati dengan jenama ni. Cuma kami agak ralat dengan solusi yang mereka berikan.

Apapun jadikan kes ini sebagai iktibar untuk semua pengguna. Ada badan bebas yang boleh membantu tapi pastikan bukti mencukupi sebelum sebarang tindakan diambil.

Tanpa bukti sahih, tuntutan masih boleh dibuat. Cuma peluang untuk kita menang tuntutan itu adalah tipis. Moralnya, there is no case without evidence!

Entry ni diterbitkan bagi menjawab soalan Kathy R'bain mengenai status kes ni yang pernah YY ceritakan. Apapun terima kasih Kak Kathy kerana mengambil berat (^_^)


61 comments:

  1. Alahai kesiannya. Takkan berakhir begitu saja? Sungguh sadis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bunyi sadislah kak azie
      tapi memang dah malas nak proceed =)

      Delete
  2. Bagus entry ni. Kawan2 pun dpt ambil pengajaran dan ilmu drp kes YY. Kalau jadi benda macam ni, selalunya kita biar je. Rugi macam tu je. Mmg patut kita buat aduan kepada pihak yg sepatutnya supaya pengeluar ni lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap produk dan janji yang dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun biar ajelah ni...hehe
      leceh nak proceed lagipun kita perlu luangkan masa
      sebab habis setakat tu aje, kalau rajin dah sampai lubang cacing
      dok cari bukti, ni tak rajin =)

      Delete
  3. leceh juga ye nak buat aduan kat tuntutan tribunal tu..ada bukti yang tak mencukupi ke YY?cer try lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak leceh, sebab kalau setakat nak resit aje
      semua ada, memang kami biasanya simpan resit
      tapi bila dia minta bukti yang mengatakan nippon ada
      buang statement pasal cat tu tak mengelupas, susah
      dah try cari, tapi sambil lewa lah

      lagipun dah malas sebenarnya =)

      Delete
  4. Sakit hati pulak YY kalau pengakhirannya bagaikan tertipu aje..
    Selalu begitulah yg org malas nak ambil tindakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...adalah sikit rasa sakit hati tu
      tapi membayangkan kesusahan disebabkan SOP tu
      kami biarkan ajelah...hehe

      Delete
  5. Ohh sedihnya...dahlah rumah baru tu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah memang baru, tapi cat yang buat hal
      tak apalah, lagipun kami yang malas nak
      terus ambil tindakan =)

      Delete
  6. Bukan senang nak buat tuntutan even kita cuma nak tegakkan hak kita... tapi tu la bukti tu sangat penting. Mungkin bukan rezeki la kot... cuma tu la kita manusia ni dalam hati tak mampu ada taman dah la kalau kena kes2 camni.. dalam hati macam padang pasir di tengahari je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...cam kelakar pula baca perumpaan yang diberikan
      tapi betullah tu, kalau dah kena camni
      celah mana lagi nak ada taman =)

      Delete
  7. alahai....kesiannya sis..dh mahal tu....senang nye depa bg solution mcm tu ye..sis try la google kot2 dorg penah ad cete psl cat tahan lama bagai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cuba cari, tak jumpa
      saya dah p cari kat website rasmi pun tak jumpa
      udahnya biar aje gitu, maleh dah nak mandai =)

      Delete
  8. sedihnya..tambah plk kita dok nampak ja defect kat dinding tu tiap2 hari....
    tapi betul juga...tak ada bukti sahih susah nak fight balik...tak try tengok kat pamphlet atau brochure...kot2lah ada tertulis jaminan cat tak menggelupas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kan
      nak buat camne, nasib tak menyebelahi
      masalah sekarang saya tak jumpa brochure tu
      memang pernah teringat dia ada kata gitu, tapi tulah tak tahu kat mana
      lagipun ditambah dengan malas, memang biar gitu ajelah

      Delete
  9. Mmg sesahlah nak buktikan yg dia cakap catnya tak mengelupas. Itulah, kdg2 perundangan ni jadikan kita mcm tak betul. Mainan tulisan & kertas menjadi janji. Mmg susah kan. Sabar jelah, pasti akan ada hikmahnya nanti. Saya pasti bukan YY sekeluarga je yg kena mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah KK
      celah mana nak cari kan? even kalau ada pun
      susah juga kalau kami nak uruskan sebab perlukan masa untuk dikorbankan
      saya memang percaya itulah hikmat yang perlu kami tempuhi
      mungkin nak dapat rezeki lagi murah lepas ni =)

      Delete
  10. Susah mcm tu kalau dia lepas tangan mcm tu. Akak tak try contact dgn HQ nippon? Mana tahu ada tindakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya dalam kes ni secara jujurnya
      akak tak tahu sape yang harus disalahkan
      painter yang buat, atau pihak nippon paint
      atau kami sendiri

      yang pasti akak dah hubungi nippon paint
      dia just suruh kopek cat!

      Delete
  11. susah juga nak buat tuntutan ye..nak cari iklan cat tu kat mana pulak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak
      saya tak jumpa bukti tu yang buat malas nak proceed

      Delete
  12. Kesiannya yana...erm tuhlah kan ikut od nasib jugak...mcm sy,sy tny pekerja nippon sendiri cara nak cat guna momento...pastu sy siap ckp kt pekerja nippon tuh kalo sy cat n hasil xsama mcm yg kat tv i cari u...sbb yerfikir jugak tkut mengwlulas ke terkopek ke...tapi alhamdulillah takde pape

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah mimi, nasib kami
      lagipun ni beli kat kedai hardware, guna pula khidmat painter
      so tak tau camne diorang cat, jadinya camnilah
      mungkin betul teknik digunakan, saya ni tak bernasib baik je =)

      Delete
  13. Kesian sis... Geram pulak jadinya.. Serik macam tu.. Memang kualiti rendah.. Susah nak buat tuntutan ye? Banyak karenah birokrasi sangat. Hampeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah nak kata camne kak
      dia punya prosedur tu yang cam susah sikit nak follow
      tu yang malas nak buat tuntutan

      Delete
  14. Nippon paint hny gah pd nama... Sebenrny byk lagi cat lain yg berkualiti... Sy pernah guna cat sea master... Murah dr nippon... Nama pun xde lah gah mana... Tapi.mudah nk cat..x bertompok langsung... Senang nk bncuh... Berbnding nippon... Ssh dr tu.. Mmg xnk guna nippon dh lpas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa next time saya pun akan beralih ke seamaster lah cikgu
      ada juga dengar orang cite pasal brand tu
      yang dengan nippon ni, nasib tak menyebelahi saya

      Delete
  15. Memang ralat sangat kan...banyak RM telah dikeluar tapi hasil tak memuaskan...

    Nak buat penyelesaian masaalah tapi masaalah kedua pula diterima...sekurang2nya apa yang berlaku dan apa yang di kongsikan di sini boleh di ambil sebagai langkah berjaga2 ...

    Terima kasih berkongsi YY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah bunda
      dalam hal ni sebenarnya suami saya lebih menyalahkan painter
      saya aje yang kata nippon paint =)
      untuk kos cat dan upah sahaja kami habis lebih dari RM3K

      tu yang buat ada sikit ralat, bila mengadu
      rasa cam tak ada sape pula ambil kisah
      sudahnya, sendiri yang sakit hati =)

      Delete
  16. Alahai..habis tu tak kan nak biar gitu je..nak cat lain tak boleh pulak kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye habis gitu aje diana
      tunggu sampai dia habis terkopek ajelah
      barulah kita cat lain =)

      Delete
  17. Yana psl guna clorox lemon tuh baju takkan luntur kalau air rendaman tuh kita letak sabun basuh baju..kalau guna clorox semata memg luntur...alhamdulillah baju anak anak sy yg berwarna xluntur pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitu ye, nak cuba jugalah
      tapi takut luntur...hehe
      tak apa saya cuba buat dengan baju buruk sikit dulu =)
      terima kasih berkongsi info ye

      Delete
  18. rasa macam apa tah.. nak bukti macam tu.. erk.. patutlah ramai yg tak berapa nak pergi kepada TTPM. tak salahkan TTPM juga, tapi hurmm.. entahlah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah sape nak salah dalam hal ni...hehe
      tukang jual cat ke? painter ke? nippon paint ke? or kami sendiri
      TTPM cam tak berapa nak salahlah, diorang buat keja diorang je
      moral of the story, tak payahlah beli cat mahal sangat =)

      Delete
  19. Itu yang ditakuti pengguna, ingatkan beli cat mahal dapat kualiti yang mengagumkan, rupanya seperti kualiti cat yang biasa saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasalnya
      tapi mungkin hanya saya dalam ramao-ramai tu
      yang tak bernasib baik

      Delete
  20. erkkk~
    rumit betul procedure.
    tak pernah deal dengan tribunal lagi setakat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ianya lebih kepada untuk pengukuhan kes
      susah juga nak dakwa kalau tak ada buktikan =)

      Delete
  21. Bila kita nak buat sesuatu tuntutan memang prosesnya agak merumitkan. Semoga selepas ini kita kena lebih berhati-hatilah. Kadang2 kena pantau juga dengan sub-con yang kita upah tu, khuatir juga mungkin mereka tak buat kerja dengan betul. Reminder untuk kita semua. Thanks YY sudi share kisah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, tu antara faktor juga
      tapi benda dah jadi, nak kata lagu apa lagi

      Delete
  22. Biasa dengar pasal tribunal pengguna ni tapi tak pernahlah buat apa-apa tuntutan. So, tak mudah jugalah ya nak buat tuntutan. Yalah, kalau mudah sangat, habis segala benda pun nak dituntut sampaikan kes yang tulen seperti kes YY ni boleh terabai jadinya. Makanya, tak dapatlah nak ambil tindakan selanjutnya pada Nippon Paintkan. Susah juga ya terpaksa mengalah macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak mudah, agak rumit juga
      mungkin disebabkan nama dia sendiri tribunal
      nak kena buat pendakwaan bagai,
      yelah MD habis gitu ajelah jawabnya
      lagipun encik suami kata dia dah malas nak mandai

      Delete
  23. bila dah jadi mcm ni , redhakan sajalah yy . anggaplah ujian ... bilik saya pun cat mengelupas dlm masa sebln dicat tapi bkn guna nippon lah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, nak kata apa lagikan
      bukan rezeki, orang lain tak ada masalah pun =)

      Delete
  24. Memanglah YY....apa apa kes pun nak bukti dalam dunia ni...Kalau okje mmg jenis malas tu nak korek macam macam bukti kecualilah betul betul berat....
    So nak buat camne tu.... cat jerlah sikit ngan warna yg lebih kurang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, ingat setakat kes camni tak nak
      rupanya nak juga bukti yang agak details
      tak boleh OKje, sebab warna dia tu unik
      tak apalah, tunggu semua terkopak dulu ajelah =)

      Delete
  25. Saya pun pernah berhasrat nak buat tuntut tribunal ni berkenaan masalah rumah yang kami duduki sekarang. Tapi, bila baca prosedurnya yang very complicated, terus je cancel niat tu:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah dengan pemaju ke?
      kalau pemaju dan cuba rujuk jabatan perumahan negara?

      Delete
    2. Hampir semua rumah kat sini hadapi same problem.
      Rumah bocor teruk..
      Sekarang rumah saya ada masalah lain pulak tapi depa x layan coz dah tamat tempoh warranty.
      Tapi, mmg sah2 salah dorang..

      Delete
    3. dah habis warranty tu yang masalah
      kira dah lama dah la ye duduk
      saya ni aritu sama juga, walaupun
      masih dalam warranty, pemaju banyak songeh

      Delete
  26. Teruklah...dah ada resit pun x boleh digunakan sebagai bukti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna, tapi tak cukup kuat untuk buat tuntutan

      Delete
    2. Sama macam dorang hanya pandang sebelah mata.
      Maybe just nak sedapkan hati.
      Walhal x boleh menang kes pun.

      Delete
    3. hehe...betul juga kan
      serupa kita tak payah teruskan buat tuntutan
      dah sah-sah kita ada kemungkinan
      tak menang untuk dapatkan tuntutan, buang masa

      Delete
  27. Kalau ada kes pun tah2... pampasan tak berbaloi dengan wang ringgit dan masa yang telah dikeluarkan semasa membuat tuntutan... ermm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga tu idah
      nilai masa dan wang ringgit dilaburkan
      memang tak berbaloi dengan nilai tuntutan yang diperolehi
      sebab tu benda ni biasanya orang menanggung rasa je

      Delete
  28. bagus tindakan .. kuasa pengguna kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi saya tak teruskan tuntutan
      hanya setakat buat enquiry je =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...