Kita Ni Sebenarnya Monyet! (^_^)

6:18:00 am Yana Yani 28 Comments

YY baru aje selesai menghidangkan sarapan pagi ketika tu. Afif yang baru aje duduk di meja makan tiba-tiba bersuara, "Mama, kita ni sebenarnya monyet tau!"

Terkejut juga YY dengar dia kata gitu. Rasa macam nak terlepas teh tarik yang YY nak tuangkan ke dalam cawan. YY jawab balik, "Manusia tu manusialah, mana boleh jadi monyet"

"Ye! Tadi TV kata manusia ni asal dari monyet" tegas Afif lagi.

Argh, sudah! Afif dah terkena juga tempias teori Darwin!

YY seboleh mungkin tapis setiap apa yang boleh ditonton dan tidak boleh ditonton. Astro pun kami hanya melanggan pakej basic plus saluran sukan aje.

Kalau bebudak nak tengok kartun hanya berdasarkan channel sedia ada macam Ceria dan Disney XD. Disney XD ni pun YY baru tahu kewujudan dia (^_^)

Kebiasaannya Afif lebih meminati saluran seperti Discovery Channel dan National Geography. Dari situ dia mula meminati Dinosaur dan pernah katakan yang dia ingin jadi seorang archaeology.  


Walau rasa dah tapis cerita yang boleh dan tak boleh ditonton, tak sangka benda seperti ni tetap jadi. Tergaru juga kepala memikirkan bagaimana harus YY terangkan pada Afif.

"TV tu salah! Afif dengan Aisyah kan keluar dari perut Mama, bila masa pula Afif asal dari monyet?" tanya YY lagi sambil mengharapkan yang dia akan faham.

Tapi perbualan tu tak berhenti setakat tu sahaja, ianya berlarutan sehingga beberapa ketika. Untuk seseorang yamg mempunyai sedikit knowledge dalam bidang ni memang payah nak explain.

YY terpaksa gunakan pelbagai contoh untuk memberi pemahaman pada Afif. Tapi dia masih menegaskan apa yang dia tonton di TV.

"Bukan semua yang kita tengok dekat TV tu betul. Kalau betul kita ni monyet, cuba bagitahu Mama siapa yang Afif kenal dia mula-mula monyet pastu jadi manusia?" soal YY pada Afif.

Dia diam seolah memikirkan benda yang dikatakan YY. Tak nak bagi dia terus bersoal jawab dan sekaligus boleh buat YY pula terjerat, YY gunakan koleksi kisah nabi.

Kisah Nabi Adam A.S sebagai permulaan manusia YY gunakan untuk menerangkan pada Afif. Breakfast pagi tu dah jadi macam sesi discussion pula.

YY cuba jawab yang mana YY rasa mampu. YY ulang cerita Nabi Adam A.S sehingga Afif akhirnya faham. Sampai dia kata, "Oooo!"

"Lain kali sebelum Afif buat conclusion..." belum sempat habis terangkan Afif dah potong.

"Kokusyen tu apa?" tanya Afif.

"Bukan kokusyen. KON...KLU...SEN! Conclusion! Maksud dia lebih kurang macam merumuskan sesuatu lepas apa yang Afif tengok atau dengar" terang YY panjang lebar.

"Rumuskan tu apa?" tanya dia lagi sambil buat kening berkerut.

Arghhh! Dia tanya lagi!

Tak usah tanya apa penyudah cerita tu sebab dia terus tanya dan tanya sampai dia betul-betul faham. YY pula yang cam pening dok fikirkan jawapan sesuai.

Nak lari soalan, pakar pediatric kata tak molek.

So YY explain ajelah seboleh mungkin. Mujur juga time tu dia dah kenyang. Dia berhenti tanya soalan bombastic pada YY. Kalau tak, memang meleret-leret (^_^)


Moralnya, walaupun kita tidak mempunyai degree atau apa sahaja sijil untuk melambangkan ilmu yang diperolehi, pengetahuan am adalah amat perlu sebagai parent.

Kita tak akan tahu bila bebudak ni akan tanya soalan pelik seperti, "Mana ALLAH?"

Silalah standby kan diri dengan segala macam bentuk perisai sebab kalau dia tak dapat jawapan dari kita, dia akan gunakan source lain yang mungkin membahayakan akidah mereka.

Tak salah mengaku yang kita tak tahu. Tapi jangan jadikan ianya satu penamat. Kalau tak dapat jawab pun, katakan kita akan find out dulu.

Mungkin boleh sama-sama search dekat internet. Dah dapat, explain dengan cara kita. Maksudnya bukan baca bulat-bulat. Budak tak suka cara gitu.

Jangan lari atau buat-buat lupa pula! Itu bukan cara penyelesaian untuk mengatasi sifat ingin tahu budak-budak macam umur Afif. Janji harus ditepati! (^_^)

Lagipun kita sama-sama belajar bila anak bertanya. Dari situ keseronokkan dan keakraban dapat dibentuk. Dia belajar something new, kita pun sama! Kira macam win win situation (^_^)

YY bercakap berdasarkan pengalaman YY yang mempunyai anak berusia lingkungan enam tahun ke bawah. Kalau yang ada anak lebih besar dan nak share pengalaman will be much appreciated!

Jumpa di lain entry, Assalamualaikum (^_^)

28 comments:

  1. macam2 soalan kena jawab..walau apa pon soalannye, kita kena juga beri jawapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu, cuba seboleh mungkin jawab

      Delete
  2. Kathy rasa afif ni cukup bijak sebab dia boleh buat soalan sebegitu. Itu bererti semangat ingin tahunya menebal dan kita sbg orang yg lebih dewasa patut menerangkan keingintahuan itu. Ada budak yg hnya tengok tapi tak mampu nak terangkan balik apa yg di lihatnya. Anak² kathy seusia afif pun mcm tu juga,kdg² mati kutu nk mnjawab. Hehe.syabas afif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa semua budak seperti afif mempunyai perasan ingin tahu camtu
      cuma yang pening parent cam kita, silap bagi jawapan jadi kes naya..hehe
      afif ni memang akan bertanya setiap benda yang dia baru tahu
      macam semalam dia tanya saya kenapa tak boleh tiup teh yang tengah panas
      saya kata itu bahaya ada racun, dia tanya balik kalau racun kenapa dia boleh minum
      tu yang buat mama dia ni kena belek segala kitab nak bagi dia paham...hehe

      Delete
  3. Sebab itulah apabila kita sudah berkeluarga ilmu mendidik anak sedikit sebanyak kena ada. Teknolgi sekarang membuat anak kian mudah belajar dari sudut sana-sini. Kita kena lebih advance dari dia kalau tak memang tak terjawablah soalannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangatlah tu kak, saya setuju
      dunia tanpa sempadan hari ni menjadikan bebudak cerdik
      soalan ditanya melebihi scope pengetahuan kita
      tapi tak apa, sama-sama belajar =)

      Delete
  4. kadang-kadang bila dapat soalan cepumas ni
    kita akan sama-sama gali info nak bagi yang terbaik buat si kecil kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu
      pada masa yang sama kita juga belajar kan =)

      Delete
  5. setuju..saya ni pun bukan orang yang bijak.tapi dapat anak alahai kuat nya bertanya soalan2 pelik.selalunya kalau saya tak tahu nak jawab apa saya akan cakap.."nanti dulu,malam nanti kita serch kat internet jawapan sebenar nya.."..sekurang2 nya dia akan faham yang dia belum boleh buat apa rumusan ..kena sah kan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita diana
      saya pun buat gitu kalau afif tanya benda yang saya tak tahu
      sama-sama cari jawapan, pada masa yang sama
      kita juga belajar kan =)

      Delete
  6. saya suka cara kak yana bersesi dengan anak-anak kak yana, especially when it comes to the moment soalan-soalan pelik ni. certain parents akan marah anak dia tanya soalan bukan-bukan, tapi betul pakar pediatric; nak lari dari soalan memang tak molek.. :D

    segalanya perlu ditapis zaman sekarang ni. actually saya pun akan tapis apa saya tengok, macam filem Left Behind yang saya tengok baru-baru ini. itulah kali pertama saya masuk panggung without read any review first. sampai sekarang menyesal. so to kak yana, what you done with kids patut dicontohi oleh parents yang lainnya.

    >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang marah sebab tak tahu, lebih nak elakkan
      anak tu terus bertanya sebenarnya, bukan pasal apapun
      tapi akak punya pandangan lain
      anak banyak bertanya melambangkan minat diorang pada sesuatu benda
      tu yang akak suka aje melayan =)
      bukan apa, terbayang diri sendiri masa kecil
      mak akak cukup suka melayan kami adik beradik bila bertanya soalan
      so tak adil kalau akak tak buat benda yang sama =)

      Delete
  7. Ahahaa.. kita asal dari monyet huhu. Tulah, dlm diam2 dakyah omputih terserap kan. Saya pun pernah kena soalan cepumas Allah kat mana tu.. :D
    Zaman dah semakin maju, kita pun kena sentiasa kreatif dlm mendidik anak ni agar apa yg kita sampaikan dpt menjadi perisai minda buat mereka membesar dgn baik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya KK
      kadang bebudak ni terlalu expose sangat jadi ginilah
      kena jadi bijak nak jawab soalan cepumas diorang kan =)

      Delete
  8. Haha...bila sel2 otak afif ni berhubung, tak terjawab semua soalannya! Peranan seorang ibu itu adalah pendidik anak2...maka perlu ada ilmu. Jgn biarkan mereka menyerap ilmu dari sumber bacaan, tv dan sebagainya tanpa bimbingan sehinggalah mereka dapat berfikir sendiri yg mana baik, betul dan benar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terlebih berhubung tu BM =)
      saya setuju benar dengan pendapat BM
      macamana pun kita perlu mempunyai ilmu walau tak belajar tinggi
      anak-anak memerlukan bimbingan apabila sifat ingin tahu mereka melimpah ruah =)

      Delete
  9. pengalaman sis berhadapan dgn anak buah yg suka bertanya , sis tetap jelaskan dgn apa cara sekalipun . jgn beriathu kita tak tahu sebaliknya kita soal dia balik kenapa dia tanya sebgitu . dari situ kita akan jumpa cara mudah utk jelaskannya . wpun x tepat tapi sekurang2nya blh buat mrk faham . lta kena terangkan mengikut tahap umur dia ...

    P/S soalan ttg Sutrah , mcm mana bila org kat depan dah habis solat ...

    APABILA SUTRAH BERALIH

    Apabila seseorang itu solat dengan menghadap sutrah, dan kemudian sutrahnya lari. Contohnya dia solat di belakang orang dan orang itu bangkit. Kalau jarak orang yang solat dengan dinding di depannya dekat, dia boleh berjalan ke depan mendekati dinding di depan. Dalilnya adalah pernah ada seekor anak kambing hendak lalu di hadapan Nabi ketika Nabi sedang solat, Baginda merapatkan dada dan perut Baginda sehingga menempel ke dinding tersebut, menunjukkan Nabi tidak membenarkan kambing itu lalu di antara Baginda dan sutrah. Ini menunjukkan keharusan apabila kita solat dan sutrah itu lari, kita mendekatkan diri kita dengan sutrah.

    wallahu'alam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya pakar kanak-kanak ada kata yang tak salah kita katakan tak tahu
      sebab manusia itu sendiri tidak sempurna
      even kita sesama dewasa pun perlu mengakui somehow yang kita tak tahu
      yang orang lain tahu, kehidupan sememang begitu

      p/s - terima kaish penjelasan mengenai sutrah tu =)

      Delete
  10. Mmg kena terangkan... Ank sy juga jenis suka bertanya... Maka jawablah tnpa jemu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak usia gitu agaknya cikgu kan
      banyak benda dia orang nak tahu

      Delete
  11. Teringat dulu dulu masa kecik, bab orang asal monyet mmg hangat dibincangkan dulu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...benda ni sebenarnya hanyalah terori darwin
      sebab dia dari keturunan yang di jadikan monyet
      ketika zaman nabi musa dahulu
      nak elakkan malu, teori ini direka bagi memesongkan akidah
      tapi sebenarnya saintis sendiri tidak setuju dengan teori berkenaan =)

      Delete
  12. Saya ni dah banyak soalan cepu emas, cepu platinum, cepu berlian dah kena tanya. Kalau tak pandai beri jawapan memang kenalah. Pernah sekali tak tahu nak jawab apa si Abang tanya balik - Macamana Mommy tak tahu? Masa dulu Mommy tak belajar eh? Oh, no... Nak counter attack soalan mereka ni memang perit. Nasib baik Adik belum banyak tanya lagi benda pelik-pelik. Abang pernah tanya Santa tu wujud tak? Kenapa kawan Chinesenya percaya Santa hantar hadiah. Pernah lagi sebelum tidur nak wish Santa datang hantar hadiah kat dia... Pernah juga ditanya kenapa kartun terjun bangunan berpuluh kali tak boleh, kenapa manusia terjun bangunan mati? Paling best ditanyanya kenapa saya dapat 'cuti solat' 7 hari? Masa 7 hari tak solat tu saya dapat tak pahala buat solat? Argghhh... tak larat terlibat dalam conversation begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....samalah kita MD
      budak tengah nak belajar, so dia tahu orang paling mudah ditanya adalah kita
      afif pun pernah kata, kenapa mama ni tak tahu
      saya cakap dengan jujur bukan semua saya tahu, saya pun belajar macam dia belajar
      so dia faham sikit-sikit. cuma yang pasti memang kita perlu sangat sediakan perisai
      idak, jadi kes naya...hehe

      tapikan MD, saya suka buat sesi soal jawab gini tau
      cam terasa diri berlakon dalam filem pula....hehe

      Delete
  13. Budak budak skrg soklan diorg nih agak "membunuh"..pening nak jawab kan...kenalah guna kebijaksanaan utk jwb soklan diorg smp diorg faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya
      kalau dapat jenis hak yang susah tu
      memang peninglah nak menjawab =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...