eTribunal oleh TTPM (^_^)
Rentetan dari perasaan tak puas hati dengan solusi yang diberikan oleh Nippon Paint (M) Sdn Bhd, YY telah bertanyakan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tindakan lanjut.Bagi sesiapa yang tak mengetahui cerita yang YY pernah ceritakan di sini dahulu, YY rumuskan sedikit sebab YY yakin ada yang tak begitu rajin klik pautan yang disediakan (^_^)
Encik suami ada membeli cat jenis Nippon Momento MG 162 Glowing Amber dari salah sebuah kedai hardware di pekan Kapar. Kami mengupah painter untuk mengecat rumah baru kami.
Malangnya belum sampai sebulan rumah itu kami duduki, cat yang berharga RM98 untuk 1 liter (itu pun sebab promosi, harga asal RM150++) telah mengelupas.
Sebenarnya kesan kupasan tidaklah begitu ketara, tapi kalau dibelek memang boleh nampak. Apabila menghubungi pihak Nippon Paint (M) Sdn Bhd, mereka mengarahkan kami kopek keseluruhan cat.
Kupasan itu tidak sebesar ibu jari pun, tapi kami diarahkan mengopek keseluruhan dinding tanpa sebarang khidmat nasihat atau ganti rugi ditawarkan.
Solusi itu sama sekali tidak menggembirakan hati kami suami isteri. Tapi kami ambil masa yang agak lama juga untuk buat langkah seterusnya. Sehinggalah Abang Ipar menggesa mengambil tindakan.
So YY decided buat pertanyaan melalui eTribunal di laman web Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk khidmat nasihat dan tindakan selanjutnya yang perlu YY dan suami lakukan.
Untuk makluman, TTPM merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Tribunal ini beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.
Sehari selepas pertanyaan YY lakukan menerusi eTribunal, YY menerima email sebagai maklum balas pertanyaan yang YY buat.
Email itu secara ringkas mengarahkan YY menghubungi cawangan TTPM yang berdekatan mengenai pertanyaan YY berkenaan tindakan selanjutnya.
YY kemudiannya menghubungi nombor telefon yang tercatat dalam email untuk maklumat lanjut. Hasil dari penerangan dari pegawai bertugas, barulah YY tahu bukan senang nak buat tuntutan.
YY dikehendaki membuktikan bahawa pihak Nippon Paint (M) Sdn Bhd telah mengiklankan di mana-mana medium bahawa cat mereka tidak mengelupas atau sebagainya.
Bukti diperlukan sebagai salah satu cara membuktikan kesahihan dakwaan YY mengenai cat tersebut. Bukti sedia ada seperti resit dan gambar cat tidak mencukupi untuk tuntutan.
Sekiranya bukti seperti yang dikehendaki berjaya diperolehi, YY boleh terus menfailkan Borang 1 dan membayar RM5 sebagai yuran.
Kerja yang agak leceh bagi YY untuk diteruskan. Lagipun YY gagal mencari bukti yang dikehendaki. Maka dengan itu cerita ini habis hanya setakat ni sahaja!
YY dan Encik suami sebulat suara tidak mahu meneruskan tuntutan. Yang pasti ini adalah pertama dan terakhir kami menggunakan cat mahal seperti ini dengan kualiti serendah cat murah.
Mungkin YY dan Encik suami agak malang berbanding dengan customers lain yang amat berpuas hati dengan jenama ni. Cuma kami agak ralat dengan solusi yang mereka berikan.
Apapun jadikan kes ini sebagai iktibar untuk semua pengguna. Ada badan bebas yang boleh membantu tapi pastikan bukti mencukupi sebelum sebarang tindakan diambil.
Tanpa bukti sahih, tuntutan masih boleh dibuat. Cuma peluang untuk kita menang tuntutan itu adalah tipis. Moralnya, there is no case without evidence!
Entry ni diterbitkan bagi menjawab soalan Kathy R'bain mengenai status kes ni yang pernah YY ceritakan. Apapun terima kasih Kak Kathy kerana mengambil berat (^_^)
Alahai kesiannya. Takkan berakhir begitu saja? Sungguh sadis!
ReplyDeletehehe...bunyi sadislah kak azie
Deletetapi memang dah malas nak proceed =)
Bagus entry ni. Kawan2 pun dpt ambil pengajaran dan ilmu drp kes YY. Kalau jadi benda macam ni, selalunya kita biar je. Rugi macam tu je. Mmg patut kita buat aduan kepada pihak yg sepatutnya supaya pengeluar ni lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap produk dan janji yang dibuat.
ReplyDeletesaya pun biar ajelah ni...hehe
Deleteleceh nak proceed lagipun kita perlu luangkan masa
sebab habis setakat tu aje, kalau rajin dah sampai lubang cacing
dok cari bukti, ni tak rajin =)
singgah pagi
ReplyDeleteleceh juga ye nak buat aduan kat tuntutan tribunal tu..ada bukti yang tak mencukupi ke YY?cer try lagi..
ReplyDeleteagak leceh, sebab kalau setakat nak resit aje
Deletesemua ada, memang kami biasanya simpan resit
tapi bila dia minta bukti yang mengatakan nippon ada
buang statement pasal cat tu tak mengelupas, susah
dah try cari, tapi sambil lewa lah
lagipun dah malas sebenarnya =)
Sakit hati pulak YY kalau pengakhirannya bagaikan tertipu aje..
ReplyDeleteSelalu begitulah yg org malas nak ambil tindakan..
hehe...adalah sikit rasa sakit hati tu
Deletetapi membayangkan kesusahan disebabkan SOP tu
kami biarkan ajelah...hehe
Ohh sedihnya...dahlah rumah baru tu T_T
ReplyDeleterumah memang baru, tapi cat yang buat hal
Deletetak apalah, lagipun kami yang malas nak
terus ambil tindakan =)
Bukan senang nak buat tuntutan even kita cuma nak tegakkan hak kita... tapi tu la bukti tu sangat penting. Mungkin bukan rezeki la kot... cuma tu la kita manusia ni dalam hati tak mampu ada taman dah la kalau kena kes2 camni.. dalam hati macam padang pasir di tengahari je kan...
ReplyDeletehehe...cam kelakar pula baca perumpaan yang diberikan
Deletetapi betullah tu, kalau dah kena camni
celah mana lagi nak ada taman =)
alahai....kesiannya sis..dh mahal tu....senang nye depa bg solution mcm tu ye..sis try la google kot2 dorg penah ad cete psl cat tahan lama bagai tu.
ReplyDeletedah cuba cari, tak jumpa
Deletesaya dah p cari kat website rasmi pun tak jumpa
udahnya biar aje gitu, maleh dah nak mandai =)
sedihnya..tambah plk kita dok nampak ja defect kat dinding tu tiap2 hari....
ReplyDeletetapi betul juga...tak ada bukti sahih susah nak fight balik...tak try tengok kat pamphlet atau brochure...kot2lah ada tertulis jaminan cat tak menggelupas.
tulah pasalnya kan
Deletenak buat camne, nasib tak menyebelahi
masalah sekarang saya tak jumpa brochure tu
memang pernah teringat dia ada kata gitu, tapi tulah tak tahu kat mana
lagipun ditambah dengan malas, memang biar gitu ajelah
Mmg sesahlah nak buktikan yg dia cakap catnya tak mengelupas. Itulah, kdg2 perundangan ni jadikan kita mcm tak betul. Mainan tulisan & kertas menjadi janji. Mmg susah kan. Sabar jelah, pasti akan ada hikmahnya nanti. Saya pasti bukan YY sekeluarga je yg kena mcm tu...
ReplyDeletehehe...tulah KK
Deletecelah mana nak cari kan? even kalau ada pun
susah juga kalau kami nak uruskan sebab perlukan masa untuk dikorbankan
saya memang percaya itulah hikmat yang perlu kami tempuhi
mungkin nak dapat rezeki lagi murah lepas ni =)
Susah mcm tu kalau dia lepas tangan mcm tu. Akak tak try contact dgn HQ nippon? Mana tahu ada tindakan.
ReplyDeletesebenarnya dalam kes ni secara jujurnya
Deleteakak tak tahu sape yang harus disalahkan
painter yang buat, atau pihak nippon paint
atau kami sendiri
yang pasti akak dah hubungi nippon paint
dia just suruh kopek cat!
susah juga nak buat tuntutan ye..nak cari iklan cat tu kat mana pulak lagi...
ReplyDeletetulah kak
Deletesaya tak jumpa bukti tu yang buat malas nak proceed
Kesiannya yana...erm tuhlah kan ikut od nasib jugak...mcm sy,sy tny pekerja nippon sendiri cara nak cat guna momento...pastu sy siap ckp kt pekerja nippon tuh kalo sy cat n hasil xsama mcm yg kat tv i cari u...sbb yerfikir jugak tkut mengwlulas ke terkopek ke...tapi alhamdulillah takde pape
ReplyDeletetulah mimi, nasib kami
Deletelagipun ni beli kat kedai hardware, guna pula khidmat painter
so tak tau camne diorang cat, jadinya camnilah
mungkin betul teknik digunakan, saya ni tak bernasib baik je =)
Kesian sis... Geram pulak jadinya.. Serik macam tu.. Memang kualiti rendah.. Susah nak buat tuntutan ye? Banyak karenah birokrasi sangat. Hampeh...
ReplyDeletetak tahulah nak kata camne kak
Deletedia punya prosedur tu yang cam susah sikit nak follow
tu yang malas nak buat tuntutan
Nippon paint hny gah pd nama... Sebenrny byk lagi cat lain yg berkualiti... Sy pernah guna cat sea master... Murah dr nippon... Nama pun xde lah gah mana... Tapi.mudah nk cat..x bertompok langsung... Senang nk bncuh... Berbnding nippon... Ssh dr tu.. Mmg xnk guna nippon dh lpas ni..
ReplyDeleterasa next time saya pun akan beralih ke seamaster lah cikgu
Deleteada juga dengar orang cite pasal brand tu
yang dengan nippon ni, nasib tak menyebelahi saya
Memang ralat sangat kan...banyak RM telah dikeluar tapi hasil tak memuaskan...
ReplyDeleteNak buat penyelesaian masaalah tapi masaalah kedua pula diterima...sekurang2nya apa yang berlaku dan apa yang di kongsikan di sini boleh di ambil sebagai langkah berjaga2 ...
Terima kasih berkongsi YY..
tulah bunda
Deletedalam hal ni sebenarnya suami saya lebih menyalahkan painter
saya aje yang kata nippon paint =)
untuk kos cat dan upah sahaja kami habis lebih dari RM3K
tu yang buat ada sikit ralat, bila mengadu
rasa cam tak ada sape pula ambil kisah
sudahnya, sendiri yang sakit hati =)
Yana psl guna clorox lemon tuh baju takkan luntur kalau air rendaman tuh kita letak sabun basuh baju..kalau guna clorox semata memg luntur...alhamdulillah baju anak anak sy yg berwarna xluntur pun..
ReplyDeletegitu ye, nak cuba jugalah
Deletetapi takut luntur...hehe
tak apa saya cuba buat dengan baju buruk sikit dulu =)
terima kasih berkongsi info ye
rasa macam apa tah.. nak bukti macam tu.. erk.. patutlah ramai yg tak berapa nak pergi kepada TTPM. tak salahkan TTPM juga, tapi hurmm.. entahlah!!
ReplyDeletetak tahulah sape nak salah dalam hal ni...hehe
Deletetukang jual cat ke? painter ke? nippon paint ke? or kami sendiri
TTPM cam tak berapa nak salahlah, diorang buat keja diorang je
moral of the story, tak payahlah beli cat mahal sangat =)
ye habis gitu aje diana
ReplyDeletetunggu sampai dia habis terkopek ajelah
barulah kita cat lain =)
Itu yang ditakuti pengguna, ingatkan beli cat mahal dapat kualiti yang mengagumkan, rupanya seperti kualiti cat yang biasa saja.
ReplyDeletetu lah pasalnya
Deletetapi mungkin hanya saya dalam ramao-ramai tu
yang tak bernasib baik
erkkk~
ReplyDeleterumit betul procedure.
tak pernah deal dengan tribunal lagi setakat ni.
mungkin ianya lebih kepada untuk pengukuhan kes
Deletesusah juga nak dakwa kalau tak ada buktikan =)
Bila kita nak buat sesuatu tuntutan memang prosesnya agak merumitkan. Semoga selepas ini kita kena lebih berhati-hatilah. Kadang2 kena pantau juga dengan sub-con yang kita upah tu, khuatir juga mungkin mereka tak buat kerja dengan betul. Reminder untuk kita semua. Thanks YY sudi share kisah ni.
ReplyDeletetulah kan, tu antara faktor juga
Deletetapi benda dah jadi, nak kata lagu apa lagi
Biasa dengar pasal tribunal pengguna ni tapi tak pernahlah buat apa-apa tuntutan. So, tak mudah jugalah ya nak buat tuntutan. Yalah, kalau mudah sangat, habis segala benda pun nak dituntut sampaikan kes yang tulen seperti kes YY ni boleh terabai jadinya. Makanya, tak dapatlah nak ambil tindakan selanjutnya pada Nippon Paintkan. Susah juga ya terpaksa mengalah macam ni.
ReplyDeletememang tak mudah, agak rumit juga
Deletemungkin disebabkan nama dia sendiri tribunal
nak kena buat pendakwaan bagai,
yelah MD habis gitu ajelah jawabnya
lagipun encik suami kata dia dah malas nak mandai
bila dah jadi mcm ni , redhakan sajalah yy . anggaplah ujian ... bilik saya pun cat mengelupas dlm masa sebln dicat tapi bkn guna nippon lah ...
ReplyDeletetulah, nak kata apa lagikan
Deletebukan rezeki, orang lain tak ada masalah pun =)
Memanglah YY....apa apa kes pun nak bukti dalam dunia ni...Kalau okje mmg jenis malas tu nak korek macam macam bukti kecualilah betul betul berat....
ReplyDeleteSo nak buat camne tu.... cat jerlah sikit ngan warna yg lebih kurang sama
tulah kan, ingat setakat kes camni tak nak
Deleterupanya nak juga bukti yang agak details
tak boleh OKje, sebab warna dia tu unik
tak apalah, tunggu semua terkopak dulu ajelah =)
Saya pun pernah berhasrat nak buat tuntut tribunal ni berkenaan masalah rumah yang kami duduki sekarang. Tapi, bila baca prosedurnya yang very complicated, terus je cancel niat tu:(
ReplyDeletemasalah dengan pemaju ke?
Deletekalau pemaju dan cuba rujuk jabatan perumahan negara?
Hampir semua rumah kat sini hadapi same problem.
DeleteRumah bocor teruk..
Sekarang rumah saya ada masalah lain pulak tapi depa x layan coz dah tamat tempoh warranty.
Tapi, mmg sah2 salah dorang..
dah habis warranty tu yang masalah
Deletekira dah lama dah la ye duduk
saya ni aritu sama juga, walaupun
masih dalam warranty, pemaju banyak songeh
Teruklah...dah ada resit pun x boleh digunakan sebagai bukti.
ReplyDeleteboleh guna, tapi tak cukup kuat untuk buat tuntutan
DeleteSama macam dorang hanya pandang sebelah mata.
DeleteMaybe just nak sedapkan hati.
Walhal x boleh menang kes pun.
hehe...betul juga kan
Deleteserupa kita tak payah teruskan buat tuntutan
dah sah-sah kita ada kemungkinan
tak menang untuk dapatkan tuntutan, buang masa
Kalau ada kes pun tah2... pampasan tak berbaloi dengan wang ringgit dan masa yang telah dikeluarkan semasa membuat tuntutan... ermm...
ReplyDeletebetul juga tu idah
Deletenilai masa dan wang ringgit dilaburkan
memang tak berbaloi dengan nilai tuntutan yang diperolehi
sebab tu benda ni biasanya orang menanggung rasa je
bagus tindakan .. kuasa pengguna kan !
ReplyDeletetapi saya tak teruskan tuntutan
Deletehanya setakat buat enquiry je =)