Weekend Yang Memorable (^_^)
Hujung minggu kebiasaannya YY agak sibuk dengan urusan sebagai seorang isteri dan Mama. Masa cuti hujung aje lah baru berpeluang buat semua urusan tu.Anyway cuti hujung minggu ni adalah pertama kali selepas raya puasa jadual kami agak penuh dengan pelbagai aktiviti yang memorable.
Dah lama juga kami tak berpeluang lakukan aktiviti yang padat macam tu. So bila dah lama tak buat, memang keterujaan tu ada! (^_^)
Awal tengahari kami mulakan dengan memenuhi undangan perkahwinan kenalan Encik suami di Telok Gong. First time juga sampai tempat tu. Sebelum ni dengar nama aje.
Oh ya, YY masih menggayakan jeans seperti biasa. Tak ada orang nak ambilkan gambar aje! Hehe! Masa dekat Penang hari tu, terpaksa! Mak dah bagi warning yang cukup menggerunkan!
Anyway dekat majlis yang ni, orang ramai betul yang datang! Tak putus-putus. Mungkin sebab anak perempuan tunggal. Yang lelain semua lelaki.
Paluan kompang dekat majlis tu pula adalah first time yang YY dengar paling menarik! Si Aisyah sampai terjoget sebab suka dengar irama yang dialunkan melalui paluan kompang tu.
Tapi seriously memang terbaik!
Agak lama juga kami disitu sebab Encik suami jumpa pula dengan kawan sekampung yang dah lama dia tak jumpa. Boleh tahan juga diorang bercerita campur dengan gosip terkini lagi!
YY hanya jadi tukang dengar. Tapi ada juga menyelit, depends pada cerita. Hehe!
Lepas tu kami bergerak keluar. Encik suami berhenti di Aeon Bukit Tinggi, Klang. Lama juga tak ke sini. Afif sampai sini asyik dok kata nak tengok Predator!
Akhirnya kitorang jumpa juga Predator yang dibuat dari rantai motor atau basikal. Tapi YY tak snap gambar sebab terpampang jelas "No Camera"
Boleh aje kalau setakat nak curi snap. Tapi kalau nak ajar anak berdisiplin, Mama Afif dan Aisyah ni kenalah mulakan dulu ye dak? Hehe!
Dekat sini kami hanya setakat memenatkan kaki aje. Afif dan Aisyah dah diberi amaran sejak dari sebelum turun dari kereta yang diorang tak boleh minta apa-apa.
Tapi diorang boleh minta benda yang boleh dimakan dalam range RM10 sebab YY memang ada voucher Aeon bernilai RM10. Cakap macam tu pun dah buat diorang excited!
Sampai nak snap gambar pun diorang macam invisible sebab dok terlompat tak ingat dunia.
Disebabkan Aeon Bukit Tinggi ni agak luas, lama juga kami di sini. Hampir setiap kedai kami masuk walau hanya setakat window shopping. Sampai dekat bahagian elektrik, Afif terus melekat.
Kebetulan time tu ada ditayangkan cerita Transformer. Langsung tak bergerak! Kami pura-pura tinggalkan baru dia berlari mendapatkan kami.
Lepas tu Encik suami mengajak kami ke Taman Tasik Shah Alam. Afif dan Aisyah excited sangat sebab dah lama tak ke situ. Sempat jugalah kami berselfie dalam kereta (^_^)
Tapi sampai Taman Tasik Shah Alam ni jenuh pula kami nak cari parking. Nowadays memang tempat ni penuh hampir setiap hari! Luckily dapat juga parking (^_^)
Aisyah bukan main seronok dapat main. Nampak sangat Mama dengan Papa dia dah lama tak bawa anak-anak ke tempat macam ni. Padahal dekat rumah pun ada taman permainan (^_^)
Mula tu Aisyah main sorang aje, tapi lepas tu Afif datang dekat sebab dok jealous Mama asyik snap gambar adik dia aje. Padahal nampak aje gambar dia dekat hujung tu.
Tengah seronok main tu, Aisyah pula dok kata, "Nak nok ikan!"
Lepas tu Abang dia pula kata, "Bosanlah Aisy! Jom kita main gelongsor nak?"
"Nak!" jawab Aisyah sambil berlari mengikut Abang dia.
Tapi tak lama diorang dekat sini. Time tengah seronok main tu, Aisyah tiba-tiba jatuh. Tu yang buat dia terus jadi takut dan tak mahu main lagi dekat gelongsor.
Dah nak balik bila Afif dapat peluang main buaian. Apa lagi kan, memang dia tak lepaskan peluang! Si Aisyah sibuk nak main juga. Terpaksa buat sistem giliran.
Mujur diorang okay dengan cadangan tu (^_^)
Lepas budak-budak dah puas main, kami beransur pulang. Tapi sebelum tu singgah dulu di restoran favorite kami, pekena dulu nasi lemak ayam goreng!
Teringat pun bikin lapar ni! (^_^)
Tengah syok dok makan tu, angin tiba-tiba kuat disusuli dengan hujan lebat. Walaupun kami duduk di bahagian tengah kedai, kami tetap terkena tempias hujan.
First time kami mengalami suasana gitu. Aisyah asyik dok kata, "Atut!"
Terpaksa juga duduk lama dekat situ sebab hujan terlalu lebat. YY terdengar orang meja sebelah bergurau dengan kawan dia, "Wei hujan mengganas ni, kau dah sembahyang ke belum?"
Lepas dah agak reda, baru kami bergerak balik. Yang pasti weekend tu adalah antara weekend yang sentiasa dikenang. Entah ada peluang lagi ke tak untuk jumpa weekend yang seterusnya.
So, YY rasa itu ajelah bebelan YY untuk kali ni. Insya ALLAH we will meet again dalam entry seterusnya. Assalamualaikum (^_^)
seronoknya dapat spent time dengan mereka, mama sejak bekerja ni, kurang dapat bersama anak-anak. kadang-kadang rindu menerpa...
ReplyDeletetulah ibu berkerja seperti kita terpaksa hadapi
Deletetapi nak buat camne kan
cuma sekali sekala dapat luangakan masa tu terasa seronok =)
bestnya
ReplyDeletebest sangat!
DeleteBaca N3 YY ni kakak senyum memanjang. Ditambah pulak tengok kerenah anak-anak yg ligat tu. Nampak seronok betul sampai gambar mereka gegar walau gambar ibu jelas-sejelasnya. Nampak sangat tak diam kan:)
ReplyDeletenama pun budak kan kak, manalah reti duk diam
Deletetapi itulah yang menghiburkan sebenarnya
yang gambar tu kan, saya pun tak tahu camne jadi gitu
time snap tak perasan pun
tapi bila belek, baru nampak. cam unik pula...hehe
seronok aktiviti hujung minggu YY..
ReplyDeletesayu hati saya memandang wajah anak pagi td..
seronok, lagi pun bukan selalu
Deletelah, awatnya?
berseni betul gambar tu... ssh nk dpt gmbr mcm halimunan tu... hehe
ReplyDeletetulah kan, tak perasan masa snap
Deletemasa nak letak dalam blog baru perasan keunikan dia =)
OK baru tau OKje pasal apa masa pi Penang tak pakai jeans hihi.....
ReplyDeleteAmboi anak beranak sedondon biru...cantik!... Tak penat ke YY lepas bershopping pergi taman lagi....mau lenguh kaki tu hehe....Penat belakang kira janji anak dapat mainkan YY.
Sejak kebelakangan ni mmh hujan lebat betul turun waktu ptg
hehe...sekarang dah tahu kan =)
Deleteidaklah penat, seronok adelah
lagipun dah lama tak berpeluang buat gitu OKje
tu yang hilang penat bila dapat spend time sesama camni
ha'a...lately hujan memang lebat plus ribut pula tu kan =)
weekend mmg masa yg khas utk family kan yana.... uruskan rumah ye laa kite ni bekerja time weekend la baru leh kemas betul2..... weekend gak le masa utk jalan2 ngan anak2.... bawak dieorg beriadah bagi dieorg hepi.....
ReplyDeleteishh tgk tasik shah alam terus rase rindu...dulu mase lieya belajat kt uitm tu mmg situ la port lepak...port dating kahkahkahkah.... dah lame gile tak jejak sane nieh.....
skrang tgh musim hujan kan yana.... bace kes dinding rumah tercabut, bumbung tercabut sebab hujan skrnag mmg scary..... tu kalo tgk nak hujan tu cepat2 suh budak2 ni masuk umah tak yah main lagi kat luar sbb angin tu kuat betul....
tulah pasalnya lieya kan
Deletemasa weekdays mana ada masa, kelam kabut dengan urusan lain
sekali sekala buat aktiviti gini, emmang seronok
saya ni pun memang port ni dari zaman bercinta sampailah
dah ada anak, situlah tempat dok lepak...hehe
tulah lieya, hujan sekali dengan ribut...takut
kadang nak berjalan terpaksa postpone
angin memang kuat sangat!
seronok jalan²..anak² kecil lagi semua nak ikut...bukan macam anak kathy yang dah remaja ni..dah susah nak ajak berjalan,seronok lagi diorang kat rumah... gambar invisible tu terbaik.nasib baik gambar sis tak invisible sama..hehehehe..
ReplyDeletep/s: kelakar pulak tengok watermark sis bertukar² tempat ..hehehehehe..
tapi budak meningkat remaja memang gitulah kak
Deletesaya tengok adik-adik saya pun gitu
anis dulu rajin aje nak ikut jalan, sekarang di ajak pun tak nak
hehe...gambar rare tu =)
hehe...letak mana sesuai, tapi seriously saya suka yang ni
tak ada apa-apa
ReplyDeletetapi dekat sini sesuai untuk beriadah dengan keluarga
tu yang penuh memanjang =)
alang2 dah keluar kan ... gunakan je lah masa yg ada utk buat apa yg sesuai . sambal nasi lemak tu mmg menggoda perut yg lapar ...
ReplyDeletehehe...tulah kan
Deletelagilah dapat menghabiskan masa dengan anak-anak
sambal dia memang sedap tau vee
haha.. dialog orang sebelah tu kan kak yana,
ReplyDeletemacam ada maksud tersirat je.. ahaks..
memang padat xtvt weekend kak yana rupanya,
saya dok rumah layan TV je.. t_t
hehe...agaknyer lah tau sebab kawan yang dia tanya ty
Deletesenyum semacam aje =)
ada keluarga ni camtulah gee
tapi akak sebelum kahwin dulu pun tak lekat rumah
layan movie sesorang tu biasa dah =)
Seronok berjln sekeluarga mcm ni... biar penat asalkan berbaloi. Klu balik penat2 ok sikit sbb rumah akan senyap cepat. Anak2 cepat tido sbb kepenatan.. :D :D
ReplyDeletetulah pasalnya, berbaloi bila dapat habiskan masa dengan diorang ni
Deletelagipun bukan selalu dapat peluang
hehe...bab cepat tdo tu pun betul juga tu =)
Lama dah tak menjelajah Klang ni... cuma sesekali adalah ke Shah Alam, itu pun sebab wife nak beli baju atau tudung. Klang pun dah makin maju dan sibuk...tak macam 15 tahun dahulu. Kalau pergi...agak2 boleh sesat kot, hehe... dengar cite, jalan pun byk yg dah jadi sehala...
ReplyDeleteye betul, dah lain kalau nak dibandingkan dengan tempoh
Deletemasa yang BM katakan tu
jalan memang semua dah sehala, nak elakkan kesesakkan trafik
tapi kalau ada satu aje kemalangan walau pun kecik
habislah lumpuh bandar klang
memang berjam stuck dekat jam =)
Hujung minggu memang khas untuk keluarga. Saya pun macam tu. Time untuk mengulit, menggomol dan menggeletek anak-anak secukupnya ^_^ Kami memang rajin kena halau keluar rumah kalau hujung minggu ni sampai tak tahu nak ke mana lagi dah. Ada juga keinginan nak ke Aeon Bukit Tinggi ni (Bukit Raja lain yek?) Yalah kalau boleh nak khatam semua Aeon yang ada di KL/Selangor (Kalau niat nak khatam Al-Quran selalu lagi afdalkan, kan, kan...) Kalau ikutkan hajat di hati nak je buat day trip keluar KL setiap hujung minggu. Takut tak larat pulak kang....
ReplyDeletehehe...saya dulu rajin juga meneroka segala tempat kalau weekend
Deletecuma sejak line internet senak dekat rumah
encik suami banyak habiskan masa hujung minggu di rumah parent dia
so jarang dapat peluang berjalan dah sekarang
lain bukit raja dengan bukit tinggi, bukit raja dekat aje dengan saya
kalau nak ke situ, roger-roger lah ye
boleh minum teh tarik sesama =)
seronoklah kan kalau day trip setiap weekend, fulus ada ngan tak aje =)
Seronok anak anak nih bila diorg dpt main kat tmn permainan kan...anak anak sy oun kalau dh main x mahu balik
ReplyDeletemacam kitoang ni dah lama tak buat aktiviti gini
Deletetu yang seronok aje bila dapat peluang