Sekali Sekala Jadi Housewife (^_^)

6:57:00 am Yana Yani 39 Comments

Hari Isnin minggu ni YY bercuti sebab tak ada orang nak menjaga Aisyah dan Afif. YY ada cerita sebelum ni yang Mak YY pulang ke Kuala Lipis, Pahang bagi menziarah Atuk YY.

Kalau dah nama orang perempuan kan, istilah cuti sebenarnya tak begitu wujud. Macamana pun tanggungjawab sebagai seorang isteri dan Mama perlu dilaksanakan.

Hari tu status sebagai seorang isteri dan Mama yang bekerjaya bertukar untuk seketika ke surirumah sepenuh masa! Agak penat berbanding kerja di opis tapi seronok! (^_^)

Bangun pagi aje dah kena siapkan sarapan. Lepas tu kemas pula apa yang dah dimakan tu. Sambung pula dengan membasuh dan menyidai baju.

Pendek kata, bila dah duduk dekat rumah sepanjang hari tu, ada aje kerja yang perlu dilakukan. Itu nak kena buat, ini nak kena buat. Semua perlu dibereskan.

Kadang dah siap kemas, tapi anak dara cilik tak puas hati pula.


Si Aisyah ni memang ada aje kerja dia nak buat. Bukan reti nak duduk diam. Tapi kalau dia tak ada, sunyi sepi pula sebab dia penyeri suasana (^_^)

Segala senduk dan sudip dia dok keluarkan sebab dia pun kata nak masak juga. Biasa yang jadi bahan untuk dia masak adalah fridge magnet YY.

Dulu peti sejuk YY penuh dengan segala jenis fridge magnet. YY suka mengumpul fridge magnet. Lagipun siapa yang tak suka kumpul fridge magnet dak? Nampak berseri sikit peti sejuk.

Tapi sejak Aisyah dah pandai memanjat, hilang segala jenis fridge magnet kesayangan. Semua tu dah tinggal kenangan. Yang masih bertahan hak yang jenis sticker tu je. Lain semua habis jahanam!


Afif pun kadang tumpang sekaki main dengan Adik dia. Siap sorang jadi Bapak dan seorang lagi jadi Mak. Bila dah dua-dua buat pakatan, memang habislah rumah!

Hari Isnin tu Afif tak bersekolah sebab tak berapa sihat. Hari Selasa pun dia tak sihat. Tak sekolah untuk dua hari tu. Suhu dia agak tinggi, mujur surut lepas dia makan ubat. 

Walau tak sihat, dia boleh sangat melayan adik dia main.  

Biasanya YY buat tak tahu aje diorang nak buat apa. Diorang dah puas main barulah YY kemas. Cuma time tu mata sakit sikitlah sebab rumah bersepah (^_^)


Sambil dok tengok "kemusnahan" dilakukan, YY kena siapkan makan tengahari. Kena kejarkan Encik suami yang bekerja shift petang. 

Kalau dok leka melayan budak berdua ni, memang lambatlah masak. Mujur jugalah sempat hidangkan untuk santapan kami sekeluarga tengahari tu.

Masak simple aje, tapi still nak tayang dekat sini juga. Hehe! Dari segi rupa ataupun presentation, memang agak buruklah. Tapi Alhamdulillah rezeki kami hari tu (^_^) 


Tak lama lepas makan tengahari tu, Encik suami pergi berkerja. Aisyah pula selepas melakukan onar, dia tidur. Tinggal Afif dan YY yang biasanya tak tidur petang.

Kami berdua memang jarang tidur petang. Kalau YY tidur pada waktu petang, YY akan hadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Sebab tu waktu petang YY tak tidur.

Afif pula bila YY tanya dia kata dia tak penat! Hehe! So dia sibuk melayan Ultraman dan dinosaur dia. Selalu kalau dekat rumah, memang itulah mainan dia.


Tengok dia sibuk main tu, ada chance lah YY nak dok tengok TV tanpa gangguan sambil meratakan kain baju yang dah tinggi menggunung. 

Walaupun melipat baju bukan satu kerja yang disukai, tapi terpaksa! Hilang sikit stress kalau dapat tengok cerita best atau yang berkenan di hati.


Baru nak start tengok, si Afif datang ambil remote. "Mama, Afif nak tengok cerita kartun boleh tak?" tanya dia dengan muka kesian.

"Nantilah Mama nak tengok cerita ni" kata YY pula.

"Tapi cerita yang Mama tengok ni bosan! Afif tak faham" kata dia lagi dengan muncung yang dah start panjang sedepa.

Tengok anak macam tu, mulalah kan. Rasa kesianlah pula. YY pun kata, "Alihlah! Malam nanti Mama punya turn tau! Mama nak tengok Criminal Minds"

"Okay!" kata dia dengan senyum sampai ke telinga.


So begitulah cerita bila YY sekali sekala jadi surirumah. Walau kerja tak pernah nampak kesudahan, YY rasa seronok. Rasa nak aje jadi surirumah sepenuh masa dari menghadap stress di opis.

Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk hari ni. Moga berjumpa lagi dilain entry. Assalamualakum (^_^)

P/S - Semua entry yang korang baca sejak selepas Syawal 1435H sehingga sekarang adalah entry yang auto-published. So usah pelik walau blog berupdate tapi empunya blog "hilang" (^_^)

39 comments:

  1. waaa.... sedapnya tengok makanan yang terhidang tu..

    ReplyDelete
  2. lawo beno pintu petiais tu kan..ada munga2..
    sedap je tengok masakan tu...tengok gambo makanan memang rasa lapo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun minah bunga mar
      semua tempat nak letak bunga...hehe
      guna sticker je tu, rasa nyampah tengok dia kosong...hehe
      kalau tengok dah sedap, rasa confirmlah kan?
      meh-meh, saya hidangkan makanan yang sama =)

      Delete
  3. Macam tulah YY kalau dah jadi bibik. Saya pun kalau cuti mahupun MC, tak pernah kenal istilah berehat di rumah. Ada-ada je kerja menunggu. Lepas satu, satu. Tahu-tahu tengok hari dah malam. Kerja tetap juga tak habis-habis. Kadang tu pelik pulak. Misteri sungguh. Tak kiralah berapa laju kita buat kerja....

    Saya kalau anak-anak buat onar ni, saya memang tak tahan sikit. Sebabnya anak-anak saya kalau buat onar, memang berpanjangan. Tak main berhenti separuh jalan. So, kalau tidak dikemas waktu tu, memang lara sungguh hati tengok rumah. Itu yang jadi bibik kemas, superheroes selerakkan, bibik kemas lagi, lagi superheroes selerakkan. Macam excited pulak mereka tengok kita rajin berkemas. Tak pun mereka nak tengok siapa yang surrender dulu. Layan anak dan rumahtangga ni memang penat tapi lebih seronok daripada duduk goyang kaki depan komputer di pejabatkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh kata bibik, bibik tu maksud dia makcik
      kita punya rules lagi besar dari title tu, kadi isteri jadi ibu, dua kerja yang tinggi darjatnya
      elok kita buat, insya ALLAH ada ganjaran besar menanti kita =)

      kalau saya, saya biar dulu diorang main
      tak ada guna mengemas sebab kita yang penat, biarlah rumah
      jadi macam kapal karam pun, cuma perjanjian selalunya telah termetri
      kalau tak kemas, adalah yang akan menanggung akibat
      tapi si aisyah yang tak makan saman, dia biasa lari aje! tu yang abang dia selalu angin!

      saya setuju sangat MD! dibandingkan dengan kerja di opis
      saya pun lebih rela memilih penat kerja di rumah! =)

      Delete
  4. Ye..lapo gitu..hehe..sedap. Sis,pe citer terkini pasal cat tu ye? Ada pkmbangan terbaru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...menu simple aje kak
      pasal nippon tu ye? saya dah cuba dapatkan
      khidmat nasihat dari tribunal pengguna
      kalau diorang kata ada kes, saya proceed aje saman! hehe

      Delete
  5. Kita suka jd surirumah.. suka sgt berkepit dgn ank..
    Rasanya semua perempuan bekerjaya nk jd surirumah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep sikit! kita serupa!
      penat kerja rumah boleh tangguh
      penat kerja opis, tak boleh tangguh! hehe

      Delete
  6. Fridge magnet kat umah bunda ni pun dah 4 5 biji pecah...bukan budak kecik yg buat...tapi kadang orang2 beso kat umah ni 'Ter' tempoh atau terkuat lepas pintu petiais...berderai lah jatuh...

    Elok lagi rasenyer yang 'sticker' tu...tahan lama melekat kat situ...alahhh...laparlah bunda tengok lauk pauk tu... Meh
    semangkok...huhu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya bunda, memang berkecai sebab anak-anak saya suka
      guna jadi bahan mainan diorang, yang sticker je tahan sikit
      lauk simple aje tu bunda, bunda masak lagi sedap =)

      Delete
  7. surirumah ni rasanya bila tido je time rehat. selagi mata tak tutup ada je nak kena buat. Anak saya even baru sorang tapi memang kuat menyepah. kat peti ais saya just letak abc & nombor untuk dia main susun2 even tak betul pun. sebut je tapi tak berapa kenal yg mana satu lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, kerja ada aje
      cuma bezanya boleh rehatlah bila perlu banding opis
      tu yang bercita-cita nak jadi suri rumah...hehe
      saya tak jumpa jenis fm gitu, nak cari jugaklah

      Delete
  8. sesekali jadi surirumah mmg agak kelam kabut gak kan yana...tapi org kata dah rumah tangga kite in sha Allah buat yg terbaik kan heheeheh

    amboii anak dara....abis koleksi FM jadi bahan mainan die hahahaahah...dahpandai memanjat hah mmg itu laa dicapainyer yana...takpe2, sel2 otak sedang berhubung...gitu laa jadinye kekeekekek...sila bersabar yek mama heheheheh....

    menu sedap2.... mane ade simple2 ni yana oiiii....teliur tgk tauuuu!! yg penting masak dgn penoh kasih sayang ...auwwww!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kan...nama pun tanggungjawabkan lieya

      tu lah lieya wei! dia pandai sangat ambil kerusi nak capai fm
      padahal mama dia sayang sangat! dah tak ada kenangan dah fm
      hadiah member ke apa ke, pecah gitu aje!

      compare dengan lieya, kira simple lah lieya wei
      tak pandai nak masak lain dari lain =)

      Delete
  9. Mmg seronok jadi full housewife.. X payah nk kejar buat kerja..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. usia ni tengah "mengemas"
      belum kemas betul lagi aje =)

      Delete
  11. YY,

    Saya tolong juga isteri di rumah. Tapi tolong cuci pinggan dan mangkuk sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kira menolong juga tu pak mail
      samalah dengan suami saya
      sikit pun saya hargai pertolongan tu =)

      Delete
  12. Ramai yang cakap ayat yang sama. Jadi surirumah lagi penat daripada kerja pejabat. Of course saya setuju. Tapi bezanya bila jadi suri rumah, kerja rumah setel, hati rasa puas sebab dapat uruskan rumahtangga. Tak macam kerja, wp tak penat mana, tapi kerja rumah mmg tertangguh. Waktu dgn anak pun kurang. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kan LS
      jadi housewife ada banyak ruang dan peluang
      kalau bekerja kita kurang semua tu
      tapi nak buat camne kan, tanggungjawab =)

      Delete
  13. idak juga diana
    balik rumah kena buat macam-macam juga
    letih berganda, sebab nak terkejar-kejar buat itu ini
    lebih kurang sama aje rutin dengan housewife cuma siang di opis =)

    ReplyDelete
  14. waa..akak pun suka tengok criminal minds...tp sekarang dah jarang tgk sbb sekarang mata ni,klu pukul 9 je dah nak pejam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita kak...sep sikit! =)
      saya ni pukul 12 pun kadang tak tidur lagi

      Delete
  15. kerja menjadi surirumah ni sebenarnya takde rehat kan kak yana,
    24 jam kena standby on site.. hehe..
    sebab tu, kalau jumpa dengan lelaki yg taik idung masin, sengsaralah jawabnya..
    peranan sebagai suri rumah tangga ni kena dihargai, ye idok?
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangatlah tu, sebab suami kena paham
      bukan kata duduk rumah tu, duduk rumah aje
      kenalah bantu mana mampu ye dak? =)

      Delete
  16. Wahh rajinnya... apa pun bab makanan tu bikin saya lapar pulak hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah namanya perempuan
      nak tak nak kena juga wujudkan sifatkan rajin tu KK
      masakan biasa aje tu, puam mem lagi seda masak =)

      Delete
  17. Sambung esoklah komen hihi.....dah malam ngantuk...maklum le tak tidur siang.. .

    Itulah kerja surirumah YY kerja tak pernah habis tau...tp seronok....tp tak de duit tapi ....eh...banyak sangat tapilah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sungguh OKje. bukan cite dongeng
      saya memang susah tidur malam
      malam pun bukan awal sangat tidur, tengok level
      kepenatan pada takat mana =)

      ha'a lah banyak sangat tapi tu, dah tu mana lagi best ni OKje
      bekerja ke jadi housewife?

      Delete
  18. Bestkan jadi fulltime housewife. ..anak-anak sentiasa ada depan mata. Sedapnya tengok makanan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya
      buat masa sekarang hanyalah angan-angan yang entah
      bila akan jadi kenyataan =)
      lauk biasa je tu

      Delete
  19. Bial sekali sekala jd surirumah memg byk bnda yg boleh kita buat...

    P/s ada change ke ada chance....sy betulkan ye...sama sama betulkan...anyway thanks tgur kalau sy de buat silap kt blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah betulkan dah mimi
      entry lama dah ni
      tak perasan kalau mimi tak tegur, terima kasih

      betullah tu, kita sama-sama tegur
      kadang sebab tak perasan kan, bukan berniat =)

      Delete
  20. Memang best jadi surirumah sepenuh masa ni...makin mengeratkan ikatan kekeluargan...suka bab masak2...hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala tu mungkin yang buat terbit rasa seronok
      saya ni bab masak kurang gemar, tapi terpaksa =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...