Khidmat Selepas Jualan Nippon Paint (^_^)

7:49:00 am Yana Yani 31 Comments

Khidmat Selepas Jualan Nippon Paint | Sebagai seorang customer, kita pasti mengharapkan khidmat lepas jualan yang excellent terutama apabila melibatkan barangan yang kita beli mencecah ribuan ringgit. Hari ni YY nak bercerita mengenai pengalaman YY sendiri mengenai khidmat lepas jualan syarikat penjualan cat yang terkemuka iaitu Nippon Paint.

YY pernah bercerita mengenai jenis cat yang YY gunakan ketika proses ubah suai rumah dalam entry sebelum ni. Sehingga kini ia merupakan satu carian popular di dalam blog YY. Al-kisahnya, YY mendapati ada sedikit kupasan pada cat Momento yang Encik suami beli. Sebenarnya tak besar. Kalau sekali pandang, tak akan perasan.

Cuma YY wondering juga, cat mahal boleh ada kesan kupasan? Mana mungkin kan? Mulanya Encik suami bercadang untuk membiarkan. Lagipun orang Malaysia memang akan membiarkan apa-apa sahaja yang berlaku ke atas barangan yang dibeli walau ianya masih baru.

YY cuba nak keluar dari scope kebiasaan tu. So YY menghubungi mereka melalui Live Chat yang ada terdapat di dalam website rasmi Nippon Paint. Perbualan menerusi Live Chat tu buat YY rasa khidmat lepas jualan mereka excellent!

Ianya berdasarkan cara Amy sebagai seorang customer care yang cuba sedaya upaya memahami masalah yang YY alami. Amy menerusi aplikasi itu menyarankan YY menghantar gambar kupasan pada cat Momento yang YY maksudkan dan juga resit sebagai bukti belian.

Khidmat Selepas Jualan Nippon Paint

YY menghantar segala details yang dikehendaki ke email address yang diberikan. Lepas tu YY menanti dengan penuh tabah reply dari pihak Nippon Paint.

Khidmat Selepas Jualan Nippon Paint

YY mengharapkan at least, adalah auto reply yang jawab bagitahu YY yang email tu dah well received and dia akan reply kemudian. Ini tak ada! YY ingatkan YY salah email address. YY contact lagi customer service dia melalui Live Chat. Dia just jawab, nanti kalau apa-apa diorang reply. Pun tak bagitahu YY dapat ke tak email tu.

YY dah mula tukar statement YY pasal khidmat kepas jualan diorang ke lousy! Teruk betul service dok buat customer tertunggu-tunggu reply diorang. Bukan customer raja ke? Beberapa hari lepas tu YY dapat call dari diorang punya representative. YY tak berapa nak faham dia bercakap sebenarnya sebab dia bukan orang Melayu tapi cuba bercakap Melayu.

YY hanya ingat dia kata, "Aiya, ni hal wa sekali tengok sudah tahu itu salah buat. Ini kena kasi pakai undercoat....bla, bla, bla" kata dia panjang lebar. Masalahnya yang cat bukan YY atau Encik suami. Kami upah painter buat semua ni. Paling buat panas hati tu bila dia kata, "Ini cat lu kena kasi kopek satu dinding, lepas tu cat balik"

Kopek balik untuk kupasan kecil aje? Dia tahu tak berapa kos nak kena beli balik Momento tu? Okay, mungkin betul painter yang buat ni tak reti guna Momento sampai jadi macam tu. Tapi suruh customer kopek balik cat Momento yang harga dia cecah ratusan ringgit untuk satu tin kecil bukan solution yang terbaik.

Even kalau YY cat balik, confirm YY tak beli dah jenama tu walau YY tahu cantik. Kenapa nak beli cat mahal lepas tu kena kopek sebab salah teknik. Ridiculous! Bagilah YY sedap sikit dengar sesuai dengan harga yang kami bayar tu. Twist sikit jawapan walau memang hakikat customer kena juga kopek cat tu sebab dah salah teknik.

Pada YY, bukan begini cara membantu customer yang dalam kesulitan. Kalau betul bersungguh, berikan link video atau tips melalui email. As a well known brand, bukan macam ni caranya.

So pada sesiapa nak menggunakan cat Momento ni, pastikan painter korang atau korang sendiri memahami teknik untuk mengecat menggunakan Momento. Kalau tak betul teknik, cat akan mengelupas sama macam cat murah yang lain. Bila dah terkopek, korang akan disuruh kopek satu wall oleh pihak Nippon Paint.

Terima kasih Nippon Paint untuk khidmat lepas jualan yang sungguh, ................... emm, tak tahulah nak kata apa!

31 comments:

  1. terkejut sangat ni...kena kopek semua..harga mahal giler lak tu..
    baru plan nak guna momento sebab baca entri YY mengenainya dulu..hasilnya memang menawan hati..
    glurpp..duit oh duit..jawapan orang kurang bijak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang buat saya tak puas hati
      sebenarnya kecik aje kupasan tu
      diorang kata first time customer complaint
      tapi suruh kopek cat tu yang agak panas juga hati

      rasanya kalau buat betul tak ada masalah, cuma part yang dia suruh kopek cat
      tu yang bikin hangin. bukan bagi penyelesaian, tu dia cuci tangan

      Delete
  2. Wow, nampak tak permainannya di situ kak Yana?
    Janji untung sudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sangat dik wei
      diorang tak kisah sangat nasib customer
      janji instruction dah diberikan, camtu je

      Delete
  3. mudah je cakap kan. kopek cat balik.. macam kos pakai air liur. takkan cat mahal sensitif sampai macam tu. tak boleh silap teknik sikit. kalau camtu guna cat murah je la... sepatutnya cat mahal lebih berkualiti & takde la sensitif macam tu sangat kan? kita bajet cat mahal ni memberi kualiti & kepuasan tapi kalau alasan salah cat camtu.. hurmmm saya pun rasa nak simbah cat kat orang yang cakap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah masalahnya cik lekit
      kalau betul pun teknik tu salah, ajarlah ye dak
      ini idak, dia cuci tangan aje. senang aje dia kata kopek balik
      dia ingat murah?

      Delete
  4. Alamak..baru je bercakap dengan encik hubby nak juga cat momento utk rumah jika ada sebab tertawan dengan gambar cat kat rumah YY dan iklan kat tv. Kalau begini punya servis,kansel terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik header baru.. Ni mesti air tangan designer yg sama kn?

      Delete
    2. kalau nak guna tak ada masalah kot
      pastikan betul teknik aje
      cuma malang bagi saya, dia terkopek
      solution dia pula, kopek satu dinding, cerdik sungguh =)

      Delete
    3. eh akak perasan ye?
      mestilah kak, sape lagi nak diharapkan
      yang lain tu bukan kemampuan =)

      Delete
    4. Mesti perasan..tapi yg ke2 ni mmg lbih smart krana semua ahli keluarga ada dalam gambar tu. Nnt bl² nk tukar tmplate blog baru bg kat kathy pulak ye? Hehe...gurau je.

      Delete
    5. hehe...saya sebenarnya segan nak suh akak buatkan
      lagipun dah banyak akak tolong =)

      Delete
  5. Nippon paint mmg terkenal tapi nk cat kena ada teknik... Baik guna sea master, senang nk cat wlaaupun x sepopular nippon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya cikgu maria
      masalahnya orang cam saya dan en suami tak tahu
      kita haraplah painter pun tahu
      rupanya diorang pun tak tahu, habis gitu aje duit
      memang tak akan guna lagi momento ni rasanya

      Delete
  6. Kita di Malaysia ni, suara pengguna masih belum kuat dan diberi layanan sewajarnya... Kalau YY rasa perlukan keadilan, cubalah buat aduan di Tribunal Pengguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah masalahnya
      event wujud pun tribunal pengguna
      ianya hanya dipandang sebelah mata oleh pihak yang mengaut keuntungan
      lagipun en suami malas nak panjang cerita

      Delete
  7. ehe..ehe....ya Ampun teruk benar tu..fitew je respond dari mereka...then kesudahan nya...kopek gitew je lah ye dorang x datang cat semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab respond tu memang teruk sungguh
      ada kata gitu, cuba bagi solutyion yang membantu
      tu bukan membantu, melingkup ada ler
      diorang sebelum tu ada kata nak datang
      tapi lepas dia dah membebel suh kopek cat, buat apa suruh dia datang
      nanti dia charge lain harga pula

      Delete
  8. Mmg tak pilihlah klu dah ckp mcm tu... teruk betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, ada kemungkinan orang tak betul buat
      kita report, dia suruh kopek pula tu!

      Delete
  9. sangat leceh diana!
    sebab dia ada hanya boleh guna undercoat special bawah momento
    kalau guna yang lain, jadi lain
    cuma saya tak expected solution kopek cat tu
    saya pun rasa menyesal guna benda ni, habis gitu aje duit

    ReplyDelete
  10. Kupasan kecil nak suruh kopek the whole dinding? Wah, dia ingat kita bayar harga cat tu dengan air liur ke apa? Yalah kotnya customers mereka semua millionaire yang tak kisah nak kopek balik wall rumah yang dah cantik dicat semata-mata kerana kupasan cinonit tu je. Bestlah macam ni. Sebab ni kes terpencil, mereka pun tak hirau apalah yek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah agaknya yang diorang tak kisah sangat
      lagipun dia ada kata saya first customer duk buat report
      cuma solution tu cam tak patut untuk well known brand

      Delete
  11. wah wah... kasi kopek itu dinding dan cat balik? hohoho.. menangis.. mahal kot kosnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya KM
      saya tak puas hati betul dengan solution tu
      macam tak kena dengan nama besar yang diorang bawa

      Delete
  12. Yelah....dah beli memahal gitu pulak jadinya mmg le tak puas hatikan YY..... bagi cat free ke sebagai ganti tak pe jugak yek....
    So apa jadi la ni cat yg terkopek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang buat tak puas hati, sebab mahalkan
      bagi pula solution yang buat saya rasa macam nak simbah cat kat dia
      cat tu jadi gitu ajelah, kami laki bini malas nak proceed
      tapi tak berapa perasan sangat, tengoklah nanti

      Delete
  13. Eh ye ke.. rumah farah pn pakai momento... nasib baik tak jadi mcm yana.. kalau x mau meroyan kot nk kena kopek balik satu dinding.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin painter farah pandai guna
      macam kitorang ni, entah apa diorang buat
      tapi tulah kan, mengadu kat nippon diorang suruh kopek
      ada ke bagi solution gitu

      Delete
  14. Mcm sy suami isteri cay sndri n sy tny cara n teknik cat gunakan momento..alhamdulillah nasib baik menjadi..yela cat momento tuh kan mahal setin kecil tuh kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami ni upah orang
      nasib tak menyebelahi kami, nak buat camne
      adalah sebab disebalik kejadian =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...