Kekotoran Demi Satu Pengalaman (^_^)

6:40:00 am Yana Yani 45 Comments

Cuti Hari Raya Haji baru ni kami sekeluarga beraya di kampung Encik suami. Tapi sebenarnya pun memang tiap kali cuti hujung minggu kami di sini.

Cuma kali ni semua sepupu Afif ada. Tu yang seronok aje Afif main sampai tak ingat dunia. Dekat kampung Encik suami ni Hari Raya Haji tak disambut meriah.

So lepas tengok lembu kena sembelih, ada aje benda yang diorang empat orang berpakat buat. Yang perempuan tiga orang tu dah lama beradu sebab kepenatan.

Bila dah reramai tu kan, ada aje pakatan diorang yang kadang diluar kemampuan parent memasing nak control. Hari tu memang sehari suntuk YY bagi peluang Afif main.

Kerja sekolah yang tinggi menimbun tu YY planned untuk dia buat keesokkan harinya. Pelik juga cikgu dok suruh buat kerja rumah time cuti raya. Tapi mungkin nak bagi budak pandai (^_^)

Berbalik pada cerita pakatan empat sepupu iaitu Khalis, Afif, Baihaqi dan Rayyan tadi, YY perasan diorang dok senyap aje. Jenguk jugalah kot buat benda bahaya.

Diorang tengah sedap dok main pasir. Kalau tanya YY, tak kisah sangat Afif main kotor demi satu pengalaman. Lagipun bukan selalu. Kalau dekat rumah sendiri pun memang dalam rumah aje.

Tak merasa main keluar. Kalau keluar pun, tak jumpa segala jenis pasir. Dekat kampung aje baru dapat peluang camni. Tak apalah dak, tutup mata kejab (^_^)


Afif ni dengan siapa aje dia boleh get along. Dulu YY pernah suspected dia ada autism. Paranoid giler sebab time tu dia ada tanda-tanda yang buat YY seriau tak bertempat.

Tapi sekarang dah membuktikan sangkaan YY meleset.

Dalam gambar ni semua dok seronok main pasir kecuali Rayyan. Dia jadi tukang tengok aje. Tak tergoda sikit pun nak sentuh pasir tu. YY tanya kenapa dia tak main sama.

Dia jawab dengan bunyi pelat dan kening berkerut, "Ati otor ya! - Nanti kotorlah!"


Kental sungguh jiwa Rayyan sampai tak sentuh langsung pasir tu. Sanggup jadi tukang tengok aje! Bila teringat rasa nak tergelak pula dengan anak sulung Abang Ipar YY ni. Hehe!


Walau Afif ngam dengan semua sepupu dia. Afif sebenarnya paling close dengan Khalis. Mungkin disebabkan jarak umur mereka yang tak jauh beza.


Kalau Baihaqi pula selalu jadi mangsa buli. Baihaqi ni adik Khalis, anak Kak Mala. Memang jadi mangsa aje. Baru main kejab dah dengar dia menangis. Tak pun terjerit-jerit dia meraung.


Time diorang main pasir tu, YY tanya juga diorang nak buat apa dengan air dan pasir yang diorang dok mixed kan tu. Macam-macam jawapan yang YY dapat.

Ada yang kata nak buat kolam ikan, ada yang kata nak buat kuih dan paling kelakar adalah nak buat perangkap lembu! Hehe! Ada aje imaginasi diorang.

Masa dok perhati apa diorang dok buat tu, YY perasan ada straw dan penutup minuman yang ditanam di atas pasir. Pelik dok tengok benda tu. Sekali pandang, YY rasa itu kubur.

Tapi nak dapatkan kepastian, YY tanya. "Sape yang buat benda ni?" tanya YY pada bebudak tu yang leka dok main pasir.

"Afif yang buat Acik!" jawab Khalis sambil menundik jari kepada Afif. Oh ya, kalau ikut pangkat dalam Jawa YY sepatutnya dipanggil BIBIK. Tapi disebabkan tak glam, tukar ACIK! (^_^)

"Ko nak buat apa ni? Kubur?" tanya YY bertubi-tubi.

"Bukanlah Mama. Itu Afif buat alat nak hubungi alien yang macam kat TV tu" jawab dia tanpa langsung memandang ke arah YY.

"Satelit?" tanya YY lagi.

"Bukanlah! Kan Afif kata tadi, alat nak hubungi alien!" tegas dia lagi.

Alat nak hubungi alien tak sama ke dengan satelit? YY pula yang pening. Entah mana Afif boleh terfikir nak buat alat nak hubungi alien. Tapi at the same time, bangga!

Bukan semua budak pada usia Afif boleh berimaginasi seperti dia. Ada harapan jadi innovator ni. Tak pun engineer ke ataupun astronaut! Brilliant dari sudut lain anak bujang YY ni (^_^)


Inilah antara sebab dan faktor yang YY tak kisah mereka kotor demi satu pengalaman. Kotor baju boleh cuci tapi pengalaman yang diorang perolehi dari memegang pasir tu adalah priceless!

Lagipun seronok dok tengok anak seronok! (^_^)

45 comments:

  1. Betul tu kotor tapi ada pembelajaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu yang tutup mata aje diorang main kotor

      Delete
  2. Kadang2 tu permainan macam ni lagi mendedahkan kreativiti anak2...jarang jumpakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu bunda
      kat rumah memang tak dapatlah
      simen aje keliling rumah =)

      Delete
  3. Kesian juga sepupu Afif yg sorang tu tak mahu sentuh
    Dia rasa kotor tu sebenarnya tapi tak tahu betapa enjoynya bila dapat mencipta dari pasir yg mudah dibentuk. Tak pernah ke pantai kot dia tu... mesti budak tu pembersih:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa sebab mama dia bagi warning sebelum tu
      dia biasa aje ke pantai, boleh kata tiap minggu
      pantai remis dekat aje dengan kampung en suami
      cuma mungkin mama dia tak sama prinsip cam saya =)

      Delete
  4. Seronok tengok afif rapat dengan kazennya. Zaman budak² sungguh seronok kan? Ye,biar dia meneroka alam untuk anak seusianya..apa susah,dynamo kan hado?hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka suasana tu, nanti dah besar
      suasana camni mungkin dah tak kelihatan sebab memasing dah ada kehidupan sendiri
      memang seronok sangat jadi bebudak, masalah cam tak ada =)
      opps, saya tak guna dynamo lah =)

      Delete
    2. Hehe... Macam iklan pulak da.. Gunalah jenama tradisional..hehe..

      Delete
    3. hehe...dynamo mahal sikit
      guna hak yang murah je...

      Delete
  5. Nikmatnya kalau dapat main pasir dan tanah! Kalau tinggal kat bandar mana nak jumpa semua ni, asyik dok dalam rumah jer. Si Afif tu buat parabola lah tu... dia tiru dr cite apalah agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, memang kalau kat rumah sendiri
      tak merasalah ain semua ni sebab emmang tak ada
      keliling kawasan rumah bersimen! hehe
      oooo...parabola ke nama menatang tu. baru tahu ni

      saya tak berapa nak pasti, tapi lately dia memang suka buat benda gitu
      tapi saya rasa melalui discovery channel sebab boleh alih bahasa
      kalau cerita biasa dia tak suka sangat sebab tak paham =)

      Delete
  6. betul tu..biarkan dorang bermain dan berimaginasi,seronok apa kadang2 tak terfikir pun apa yg dorang nak buat tu..heheh kretip afif ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan
      bila time gini lah boleh nampak daya imaginasi diorang
      afif lately memang suka buat benda gitu
      especially sejak dah pandai tengok TV ni

      Delete
  7. YY, ayat terakhir tu dah macam ayat iklan. Tapi betul la, kalo saya pun akan bagi anak saya main benda2 kotor tapi saya pantau depan mata dia. Part yg nak contact alien tu memang kretif. Tak terfikir plak kita nak buat benda2 mcm tu. Yang si Rayyan tu pulak, amboi kemain sopan. Takyah susah2 maka dia nak larang dia main kotor, baju mesti bersih je selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? tak perasan ler pula..hehe
      saya dengar ramai pakar kanak-kanak kata bagi anak-anak
      rasa pegang pasir, rumput, air hujan etc
      sebab bebenda tu merangsang perkembangan minda bebudak

      hehe...tulah pasalnya
      saya rasa dia mungkin dah terbiasa kot =)

      Delete
  8. Duk tgok budak yg jeling tajam tu..
    Huhu..
    Takut kotor.. ruginya..ha..ha

    ReplyDelete
  9. kat malaysia mungkin tak meluaskan lagi pasir tiruan tu
    cuma dapat peluang dengan tak je
    anak saya ni kalau takat sekali sekalau gini, tutup mata jab lah...hehe

    tapi dak rayyan memang giler smartphone!
    orang lain main terlompat-lompat, dia duduk diam mengadap smartphone

    ReplyDelete
  10. Afiif memang kaya dengan imaginasi... Bakal jadi orang hebat di masa depan, Insya Allah....
    Takpe kotor sikit, nanti boleh mandikan mereka bersih2... janji kita tak halang mereka utk berimaginasi dengan dunia mereka... Kita pun seronok tgk telatah mereka...
    Satelit tu ada gaya piring astro pun yer... mmg Afif kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn....
      tulah kan, kotor boleh cuci tapi pengalaman tu yang susah dicari
      saya suka bila layan bebudak berimaginasi sebab teringat masa jadi bebudak dulu
      hehe...tak tahu camne dia boleh terfikir nak buat gitu =)

      Delete
  11. Kena imaginasi dulu, baru boleh jadi realiti.. Kan pokok yg besar tu datangnya dari benih yg kecil..
    Alhamdulillah mereka masih mengenal tanah & pasir, dan tidaklah mengadap tab or phone or seumpama dgnnya sampai taknak keluar rumah.. ^^
    Jadi apapun imaginasi mereka kak yana harus terima dgn rela hati..
    Hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang akak terima aje dik wei
      akak suka juga layan diorang berimaginasi
      lagipun memang ianya dperlukan bagi memupuk pemikiran kreatif
      daripada bagi gajet, baik bagi main tanah! hehe

      Delete
    2. betul tu,
      jimat pun jimat.
      dan mengurangkan keberangkalian tab dibaling atau dilambung2 oleh tangan yg begitu eksaited bermain game di skrin telepon..
      hehe..

      Delete
    3. hehe...betullah kan
      akak penah nampak afif kalah main games
      telefon canggih aunty dia, dia balik telepon tu
      mujur atas tilam, idak menangis mama dia nak mengganti =)

      Delete
  12. Salute kat awak YY..... seorang ibu yg akademik minded hehe.....
    Setuju dengan awak, pengalaman tulah sebenarnya yang menjadi guru buat bebudak ni. Awak ni sama jer ngan Pak Jilap, dia lebih kurang ruper itulah..... OKje pulak dulu dulu mcm mak mak zaman dulu .....kotorlah cacinglah..... sangat typical

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita terbalik lah OKje
      suami saya macam OKje, bukan bagi anak-anak main kotor
      tapi kalau saya, biarlah kan
      nanti diorang belajar something dari kekotoran tu
      lagipun nanti dia ingat zaman kanak-kanak dia ni
      mesti dia cite pula kat anak-anak dia...hehe

      Delete
  13. adeh... kreatif sungguh... tu la,,, sy x kisah ank saya main kotor... tapi masalahnya ank saya ni penggeli.. tu lah akibat dok bandar sngt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun duk kawasan bandar
      tapi mujur juga bebudak dapat peluang camni
      sebab ada kampung, kalau tak mana nak merasa camni kan

      Delete
  14. budak-budak biasalah kan..anak kite pun mcm tu.kalau blk kg memang tak duk ats umh, duk kat Tanah jer...al maklumlah kat sini umh apartment tak jumpa tanh..

    sama perkenaln, jom singgah blog kite..;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya bukan apartment pun tak jumpa tanah =)
      insya ALLAH nanti saya singgah
      terima kasih BW sini ye =)

      Delete
  15. dah mcm my anak buah jer bila kat kg . lantak ko lah nak main apa . bebudak mmg x blh kawal sgt cukuplah sekadar perhati . baru tahu apa imaginasi mereka ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak usia gitu biasanya memang suka explorer
      janji tak lakukan benda yang bahaya dah lah kan =)

      Delete
  16. kotor pun takpe, boleh cuci... :) sel-sel otak mereka berkembang.. :)

    ReplyDelete
  17. Betul. Kotor itu satu sesi pembelajaran ' sel-sel otak sedang berhubung'.
    Salam jumaat Yana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya kan =)
      salam jumaat =)

      Delete
  18. Rayyan tu jadi pemerhati.. dah besar boleh jadi pelawat (nazir), auditor atau lembaga pemerhati di peringkat kementerian tu... aamiin.. Cool je cara dia memerhati tu eh.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan
      dia memang gitu perwatakan dia
      suka perhati aje kalau dia tak berani ikut =)

      Delete
  19. YY, Bibik tu dalam bahasa Jawa maksudnya Acik ke? La, napa jiran sebelah tak pernah ajar pun. Saya ingat bibik tu pembantu rumahlah maksudnya :) Ish, susah kalau sekolah jawa tak tinggi ni!

    YY ni mana kubur style gitu? Hehehe... alat tu nak bantu Afif detect ada tak kapal angkasa alien berlegar di ruang angkasa Malaysia kot... Bijak, bijak ^_^ Anak-anak ni memang ada kelebihan masing-masing yang kadangkala kita tak perasan pun mulanya.

    Err...anak dara tidur ke? Takda pun gambar kat sini ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye MD, bibik tu maksudnya makcik
      biasanya diberikan pada mereka yang berpangkat adik,
      contoh macam encik suami saya berpangkat adik, so anak kakak dia,
      panggil dia paman dan saya bibik, cuma tak glam aje saya tukar acik =)
      paman atau wak untuk pangkat pakcik
      anak-anak saya panggil kakak en suami wak sebab dia yang tua
      dah panjang explain dah ni, paham ke idak ni?
      saya secara keturunan, jawa! tapi tak tahu cakap jawa =)

      saya syak aje kubur, tu kira cam batu nesan ke apa
      manalah tahu dia buat benda lain...hehe
      betullah tu, setiap satu antara mereka adalah unik kan =)

      time cerita ni dia memang tengah tidur =)

      Delete
  20. Biar kotor asalkan diorg belajar

    ReplyDelete
  21. Salam singgah sini YY...best tu dapat main pasir...walaupun kotor tapi dapat belajar sesuatu yang baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih MD =)
      betullah tu, bila diorang main gini
      diorang belajar something sebenarnya =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...