Hasil Seni Insan Bernama Abah (^_^)
Dah sekian lama baru YY berpeluang untuk bercerita mengenai hasil seni seorang lelaki yang YY panggil Abah. Abah seorang yang amat meminati bidang seni lukisan.Tapi Abah tidak pernah mendapatkan pendidikan dalam bidang ni. Semuanya yang dihasilkan di atas kertas lukisan adalah hanya kerana minat yang mendalam.
Untuk makluman, Abah YY dah bersara kira-kira tiga tahun dulu. Dalam tempoh bersara ni, Abah memang tidak lagi bekerja. Kami adik-beradik tak menggalakkan.
Mungkin kerana kebosanan, Abah mula mengasah sekali lagi minat dia dalam bidang seni lukisan yang sebelum ni hanya dilakukan ketika cuti hujung minggu.
Hari ni YY nak bawa korang melihat lukisan Abah yang YY cintai. Mungkin tak begitu teliti atau secantik mereka yang mendapat pendidikan asas seni lukisan.
Tapi orang yang melakukan hanya kerana minat sekaligus mampu menzahirkan lukisan seperti itu di atas kertas, YY anggap ianya amazing!
Tanpa melenggahkan masa, moh kita check out lukisan dari hasil seni Abah (^_^)
Untuk pengetahuan korang, Abah mendapat subjek yang dia nak lukis melalui keratan surah khabar atau majalah. "Gambar yang tak bergerak lebih senang dilukis" kata Abah.
Lukisan dekat bawah ni adalah lukisan yang paling Abah sayang. Abah kata dia berjaya melukis gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang tokoh politik yang dia kagumi.
Anak bujang YY, Afif juga mempunyai minat yang sama. Kalau Aki dia tengah melukis, dia adalah orang yang paling tekun memerhati jari jemari Aki bergerak melakar di atas kertas.
Lukisan dekat bawah bukan Afif yang lukis. Tapi biasanya dia akan melukis kembali apa yang Aki lukis menurut interpretation dia. Banyak kali juga YY cerita dekat blog (^_^)
Well, YY rasa itu ajelah bebelan YY untuk hari ni. Kita jumpa lagi lain entry. Take korang ye, Assalamualaikum (^_^)
P/S - Mulai hari ni kata ganti diri aku telah ditukar kepada YY setelah mengambil kira pelbagai aspek dan bimbing ianya disalah tafsirkan. So from now on, just call me YY (^_^)
memang kreatif dan berseni...mengkagumkan hasilnya..
ReplyDeleteabah berbakat semulajadi
Deleteditambah dengan minat, jadilah hasil seperti yang kita nampak =)
pandai ye asben melukis..memang berbakat..
ReplyDeletedah tukar YY ye..apa2 pon oklah..kalo saya tukar ganti diri saya JK ok tak?
hehe...mar ni salah baca ke apa
Deletebukan asben saya lah, abah saya yang melukis tu
MM tak nak ke? JK tu nama blog kan
tapi terpulang pada JK lah...hehe
Wahh... berbakatlah.. alhamdulillah tahniah.. :)
ReplyDeletetahniah pada abah saya kan?
Deletewah,wah..terbaiklah YY...hehehehe...
ReplyDeletebukan YY yang buat ye
Deleteabah YY tau =)
boleh jual kat central market nih ... nice . Afif mmg ada bakat .
ReplyDeletedia kata dia tak jual
Deletesaja sebab dia suka-suka =)
SubhanAllah.. cantik! memang berbakat ayah YY dalam bidang lukisan ni.. Boleh buat galeri nanti.. =)
ReplyDeletedia minat dan miliki bakat semulajadi
Deletemerupakan added advantage =)
wow! amazing! KM dulu suka jugak lukis muka artis tp dah 20 tahun tinggal skill tu dah tak ada... huhu... berbakatlah abah YY
ReplyDeleteabah saya ni pun lama dah tinggalkan
Deletedah pencen baru sambung balik buat
Ai... Ai... YY... :D
ReplyDeleteCantik la hasil tangan abah... idah suka orang yang pandai melukis... mereka nie biasanya sensitif orangnya... ermmm cuba check... entah2 YY pun pandai melukis juga takk... :D
hehe...yes AI, anything? hehe =)
Deleteabah saya somehow memang seorang yang sensitif =)
saya melukis? bolehlah kot sikit-sikit
tapi saya tak minat. tak minat walaupun berbakat, tak guna kan =)
Ahaaa sis Jm perasan gak tadi kenapa YY, siapa pulak YY nih ahakkk rupanya yana yani :-)
ReplyDeleteCantik tu hasil lukusan abah seperti seorang pelukis profesional tu. Boleh isi masang lapang
hehe...nama glamour yang baru..wahahaha
Deletetulah JM, dia minat. sebab dah minat tu yang nampak macam pro
Itulah pelik gak tengok entri guna YY hehe.....
ReplyDeleteEh...tak mo komersialkan nama Yand D ker?haha....
Tapi serious weyh....mmg kreatif sungguh insan yg bernama abah awak tu......anak dia tak turun ke?
hehe...Yan D time belasan tahun OKje
Deletedah tua dah ni, tak sesuai pula guna nama tu...hehe
ada sikit ler, tak banyak bakat tu diperturunkan =)
Wah, cantiklah lukisan abah Yana ni! Kalau sayalah yang takda background seni lukis ni, mahu pegang pensel pun terkial-kial nak start melukis *rasa kesian bertubi-tubi pada diri sendiri* Yana takda dapat sikit pun ke gene pandai melukis ni?
ReplyDeleteOh, padanlah hari ni bila singgah sini tetiba nampak YY sana-sini. Tertinggal flight rupanya saya sebab seminggu tak tumpang mengomel kat sini. Okeylah, entri lepas hari ni saya panggil YY gitulah yek.... I nak kena bahasakan apa ek? MD? Ish, rasa cam datin-datin berborak pulak ^__^
ada sikit aje dapat gen melukis tu
Deletetak banyak, tapi bolehlah...hehe
hehe...saya aje sebab ada yang kata bahasakan diri aku tu rude
okaylah, tukar pada YY
MD pun okay apa, tak dapat title datin
dapat berangan pun jadilah kan =)
wahhhhhh mmg kreatif la...cantik2 semua hasilnya..=D
ReplyDeletetangan berseni ditambah dengan minat
Deletemenjadi ajelah kan =)