Melayan Imaginasi Anak-Anak (^_^)
Kanak-kanak pada usia seperti Afif dan Aisyah memang suka berimaginasi dan mereka sebenarnya belajar melalui imaginasi yang mereka cipta.Ada setengah berpendapat bahawa ianya tidak bagus untuk kanak-kanak hidup dalam alam imaginasi. Tapi YY berpendapat sebaliknya.
Dengan sedikit pemantauan, YY percaya imaginasi dari seseorang bernama kanak-kanak mampu menghasil pemikiran yang kreatif.
YY perhati anak-anak YY terutamanya Afif cukup suka berimaginasi. Bayangkan pada usia tiga tahun Afif pernah mengatakan yang beliau ingin menjadi seorang archaeology.
Tu semua disebabkan minat dia yang mendalam terhadap dinosaur.
Sebagai seorang Mama yang berkerja, YY memang jarang dapat luangkan masa dengan anak-anak.
Tapi YY tetap akan curi masa melayan imaginasi anak-anak.
Kadang tengah sibuk memasak pun, YY akan cuba melayan sebab secara jujurnya YY rasa seronok apabila berimaginasi bersama mereka.
Contohnya macam baru ni. YY tengah memasak apabila Aisyah jumpa kabus dari dalam kotak yang nak kami buang. YY nampak dia letakkan kabus tu di atas kepala seperti topi.
Perbuatan Aisyah menarik minat Afif untuk mencari benda yang sama. "Mama, buat topeng Transformer!" kata Afif dengan nada excited.
"Okay boleh. Tapi macamana nak buat topeng?" kata YY sambil membelek keseluruhan kabus tu.
"Mama, tebuk dekat sini dengan sini" kata Afif pula seolah memberi arahan.
"Ha'a lah kan. Nanti Mama letak aje dengan getah" jawab aku pula mengiakan pendapat Afif.
Sambil dok goreng ikan, YY tebuk kabus nak bagi senang untuk letak getah pengikat. Tapi sebenarnya, susah juga nak tebuk. Demi anak-anak, YY gigihkan juga (^_^)
Bila dah siap, YY suruh diorang warnakan ikut kreativiti masing-masing.
Bila semua dah siap, YY suruh diorang tunjukkan hasilnya. Lepas tu YY puji hasil yang yang diorang buat. Masing-masing bangga bila kena puji.
YY tak mempunyai sebarang gajet canggih. Kalau ada pun hanyalah Samsung Corby dan laptop yang YY gunakan untuk menulis di blog.
Walaupun di dalam hati mempunyai keinginan mengikuti trend semasa. Tapi demi anak-anak, YY ketepikan semua keinginan tu supaya mereka boleh teroka benda baru.
Banyak pakar kanak-kanak berpendapat bahawa ketaksuban kanak-kanak pada gajet boleh mengakibatkan terbantutnya sifat explorer mereka.
Gajet canggih sememangnya mendatangkan kesan buruk untuk kanak-kanak dalam tempoh long term sepertimana YY pernah huraikan di sini
Tapi terpulang pada pendapat setiap individu. Bagi YY, selain rasa bahagia apabila melayan setiap imaginasi anak-anak, ia juga adalah salah satu cara untuk YY dekat dengan mereka.
Lagipun lain orang kan lain ajarannya (^_^)
ye, mama pun tak beri anak main gadjet, mama sendiri pun takde barang canggih2 kak... yang ada pc ni dengan tab mama. tu je mama usung sana sini..
ReplyDeletetak elok bagi gajet ni, banyak dah kajian dilakukan
Deletelebih elok bagi diorang explorer sendiri contohnya
macamana rasa tanah, air hujan dsb
saya suka anak saya buat semua benda tu
biar diorang berfikiran jauh sikit, bagi sayalah =)
mcm khaty kecik2 dulu..suka buat topeng pakai kain..ninja turtle..ngee
ReplyDeletehehe...samalah
Deletekadang pakai telekung pun guna style gitu
seronok zaman dulu
banyak yang budak sekarang dah tak merasa
imaginasi kanak2 tu penting..bila kanak2 terlalu terdedah dengan tab, kanak2 ibarat hanya dalam kotak..tidak meluas,,anak saya ni..masuk je rumah.."ibu nak kartun.."haih..yang ibu pula balik keje sibuk masak..pheww
ReplyDeletesaya pernah terbaca bahawa anak yang selalu disogok dengan gajet
Deleteakan menyebabkan kecelaruan emosi
bertitik tolak itu saya tak pernah beli gajet, takut
tengok TV pun saya hanya bagi tengok rancangan berbentuk discovery aje
Budak-budak imaginasinya tinggi. Kita pun tak pernah terfikir mereka boleh berimaginasi begitu. Anak saya yang tua memang suka dok depan pc main game. Mulanya saya larang selalu. Asyiklah marah. Sampai tunjuk kat dia surat berhenti sekolah yang saya dah siap sign nak hantar pada sekolahnya, nak kasi takutlah kalau taknak berhenti main. Tapi lepas tu baru saya perasan, banyak benda yang dipelajari daripada game tersebut yang sekolah tak ajar, dan kami makpak pun tak sempat ajar. Contohnya, entah macamana daripada game robot-robot tu si Abang boleh tahu nama-nama saintifik haiwan yang maknya pun dah lupa sebab dah lama tak belajar!
ReplyDeleteSekarang saya tengok kecenderungan anak. Saya memang jenis tak paksa anak untuk jadi pertama di sekolah. Belajar aje kalau tak tahu kelangsungan hidup pun takdalah berjaya mana, ya tak?
dalam lappy saya juga ada banyak games
Deletecuma saya tak pernah bagitahu afif atau aisy kewujudan games dalam lappy tu
saya bagi diorang tengok TV pun discover channel aje
afif tahu pasal dinosaur pun melalui channel tu
saya juga tahu anak saya agak lemah bab pelajaran
tapi setiap orang mempunyai kecendurangan berbeza
saya nak dia rasa seronok aje, cukuplah dia tahu
mama dia sentiasa ada menyokong dari belakang =)
tu salah satu faktor tentang sistem pembelajaran di malaysia
semua yang diajar tu, bukan semua boleh dipraktikkan di alam nyata
betul sis..kathy pun tak suka anak² terdedah dengan gajet..yang remaja mungkin ok sikit tapi untuk danial dan alia kathy lebih suka diorang aktif. selalu juga dorang berdua ni layan laptop,menonton kartun upin ipin dan pada suatu zaman dahulu. sanggup kathy mendowload kartun ni dari youtube untuk save kat laptop. xda kepentingan pun budak sekecil mereka bermain dengan gajet. sori,its just my opinion.
ReplyDeletemungkin yang dah besar tu, berakal sikit
Deleteboleh beza yang mana buruk dan yang tak
tapi kalau kecil ni, better jangan bagilah, tak elok sangat
ada parents bagi sebab itu aje cara nak bagi anak senyap
cam saya tak adalah, saya fikir masa depan aje
Lebih Suka tengok danial main bola dan alia berbasikal. Nampak aktif gitu..
Deletesaya pun suka anak-anak buat gitu
Deletedari dok mengadap tv atau laptop =)
Kakak agak sependapat dgn YY. Lagi pula kakak jenis tak uptodate sangat. Takat laptop dan PC tu oklah. Dulu kakak puns sama. Bila anak kakak mencecah belasan tahun baru kakak belikan sebagai hadiah kecemerlangan lagi pun dia dah boleh berfikir. Namun YY nak tahu walau anak kakak dah form 3 dan form 5 hari sekolah hp dia kami pegang. Hanya bila cuti sekolah kami berikan. Bila dah masuk U yg sulung sekarang dah kat U barulah kakak bagi sepenuhnya. Sebab kakak tahu dia dah benar-benar matang..
ReplyDeleteSo... kakak rasa YY ada sedikit cara kakak. Biarlah org nak kata apa janji kita didik anak kita demi utk kebaikan mereka. Percayalah anak kita tak akan tertinggal walau kecik-kecik tak didedah dgn itu semua. Kakak dah buktikan...
Tapi kalau jenis anak yg tak mudah lalai tak apalah kot..
bagusnya akak buat camtu.
Deletebiasanya anak remaja mudah memberontak cer bagi tips
boleh perturunkan pada afif dan aisyah pula =)
saya memang pernah dengar orang kata anak kita ketinggalan bila tak ada gajet
tapi budak segala cilik IT, tak payah di ajar, boleh sangat access =)
cerita akak ni buat saya yakin saya dah buat pilihan tepat =)
Utk anak2 ni, tak kisahlah klu kita x dpt gadget yg canggih2. Setiap yg kita belanjakan utk mereka tu sebenarnya berganda2 lebih puas dari mendapat sebiji iphone 6 atau iphone 9.. 3h, belum ada lagi iphone9 huhu..
ReplyDeleteApa pun, mmg best & tak menolak klu dpt gadget2 canggih mcm tu, tp bila kita belanja atau menghabiskn masa bersama anak ni, tak dpt benda2 mcm tu pun tak lah ralat sgt kan.. :D
beli iphone atau yang sewaktu dengannya mencecah ribuan ringgit
Deletetapi masa yang kita spend pada anak-anak tulah yang priceless
saya bukan apa KK, takut mati
selalu bayang mati, anak-anak tak sempat rasa pengalaman bersama saya
tu yang walau sekejab pun, jadilah =)
saya rasa kalau orang bagi pun, saya menolak
tunggulah mereka besar sikit =)
Lebih bagus bagi anak-anak buat sesuatu dari sibuk menatap gajet-gajet tu. Sekurang-kurangnya aktiviti ni mengembangkan otak mereka. Barulah sel-sel tu terhubung.. hehe..
ReplyDeletep/s: Terima kasih dengan soalan itu. Saya ada buat satu entri. Moga penyampaian kali ini adalah sedikit jelas walaupun tak secara menyeluruh. =)
hehe..betul sangatlah tu
Deletelagipun kalau bandingkan budak zaman dahulu dengan sekarang
memang nampak bezanya in term of pemikiran atau kematangan =)
yeke? nanti YY p tengok =)
melayan imaginasi kanak2 ni menghiburkan sebenarnya . klu blh anak2 jgn dedahkan dgn gadget ...
ReplyDeletebetul vee. seronok tau!
Deletenanti ada aje cerita yang diceritakan buat kita pun berfikir
YY memang tak bagi pun =)
Rasanya dah betul dah tu pendapat Kak Yana, saya berniat satu hari nanti inshaAllah kalau dapat memiliki sebuah keluarga, saya takkan ajar anak-anak saya pegang benda mahal-mahal & canggih-canggih. Jangan kata nak ada laptop, tv pun saya tak bagi. Haaa nampak tak betapa garang & strictnya saya nanti.. Hua hua hua ~.~
ReplyDeleteBukannya apa, dah banyak contoh ada depan mata. Tunggu nak ambil pengajaran saja.. =)
jangan berniat aje tau, kena buat! hehe
Deletesebab biasanya kalau sekali didedahkan, anak memang akan ketagih
tu macam style wardina lah
dia memang tak bagi langsung anak-anak dia tengok TV
siap tak ada TV langsung dekat rumah! strict tapi ada kebaikan kalau parent pandai
mengawal anak-anak
budak sekarang kuat memberontak =)
Tanpa gadget..anak aktif dan kreatif.
ReplyDelete;)
insya ALLAH, memang harapan pun
DeleteTengok pada minat anak2... dan beri galakan. Ada positif dan negatif pemberian gajet pd anak2. Yang penting kalau mereka dapat menggunakannya dgn cara yg betul dan pada masanya kerana dalam gajet itu lebih kepada hiburan yg membuatkan mereka lalai dan leka pada persekitaran dan perhubungan secara realiti. Pemikiran mereka boleh berkembang dan kreatif tetapi menukar sifat menjadi pendiam dan pasif.
ReplyDeletebiasanya gajet tu memberi banyak keburukan especially
Deletebila ketagihan malahan pakar mensyorkan hanya 10 minit dalam sehari
pada saya, baik tak payah bagi langsung
saya lebih suka mereka main permainan yang memerlukan mereka berfikir
apa saya lakukan hari ni untuk kebaikan mereka di masa depan =)
Seronok melayan sbnrnya... Anak2 ni kreatif sbnrnya...
ReplyDeleteye itu memang betul
Deletediorang lahir aje dah ada sifat semulajadi kreatif tu
cuma tinggal kita nak asah atau membiarkan sahaja =)
setuju..jgn dil ayan dgn gajet x berapa baik sebenarnya..anak buah sis JM dari kecik dh di beli gajet bila umur 3 tahun pun x nk layan cakap ..asyik mengadap gajet je
ReplyDeletetengok tu, bahaya tu sebab dia boleh jadi anti-sosial
Deletekena pantau lah JM
nanti jadi lagi teruk =)
betul tue yana.. tapi kreatif jugak sampai terhasil topeng mcm tue..=D
ReplyDeletetulah, saya tak terfikir juga
Deletetapi bila dia dah kata buat topeng, baru nampak =)
Okje pun tak de hp canggih YY....hp ihsan pemberian suamiku sempena harijadi...kalau dia tak bagi, mmg tak ber hplah okje YY...hehe...Sebagai ibu bapa mmg gitulah...anak anak adalah keutamaan.
ReplyDeletesaya ni hand phone setakat nak call tu boleh lah
Deletetapi kalau orang kat tuk whatsapp memang tak boleh...hehe
memang betullah, semua parent nak yang terbaik tuk anak-anak kan =)
Setuju dengan YY... idah pun prefer lagi anak2 bermain dihalaman atau berinteraksi sesame sendiri daripada mengadap gadjet/tv seharian... ada playstation pun idah sorok... bertahun dah tak keluar2... hehehe... kalau ada pun tablet jer... itu pun seminggu atau dua minggu sekali jer... :D
ReplyDeleteYY tak ada semua tu tau idah
Deletekalau ada pun samsung corby tu ajelah yang mungkin canggih sikit
yang lain laptop dan TV, tu aje
astro pun tak langgan cite kartun, saja bagi dia main benda lain
idaklah mengadap TV aje =)
Macam sy aina n auni masing masing de tab..tp hok murah...setiap org de pdpt masing masing n pendekatan yg berbeza ajar anak anak...mcm sy tab diorg sy letak video upin ipin n video pembelajaran..tp sy pantau penggunaan tab diorg...kalau keluar jalan jalan sy bertegas xbg anak2 bwk tab...alhamdulillah diorg guna tab bila perlu...masa diorg buk berhabis bermain dekat luar rumah...biar diorg explore alam semesta...kdg2 tgk ibu bapa yg biarkan anak anak dgn gajet 24jam pelik jugak..nak pujuk anak sogok dgn gajet...sy kalo anak anak menangis nakkan sesuatu sy xbg tab utk memujuk..tp sy akan bgtau knp sy xbg pe yg diorg nak....skrg masa diorg byk berhabis dekat buku sbb setiap ari sy igtkan aina n auni thun dpn diorg nak skola kena blaja..
ReplyDeleteTerpulang pd ibu bapa cara nak pantau anak anak dgn gajet...sy akui gajet byk kesan buruk dr baik tp ibu bapa kena mainkan peranan..
betullah tu, setiap di antara kita mempunya pandangan yang berbeza
Deletetapi matlamat kita sama, kita nak yang terbaik buat anak-anak kita
cam saya, saya memang tak percaya bab gajet ni sebab saya ada banyak nampak
contoh yang menjerumus ke arah keburukkan,
kalau mimi boleh kawal, tak ada masalah
lagipun kebiasaannya budak perempuan ni memang mudah sikit
mendengar kata berbanding budak lelaki =)
apapun kita sebagai ibubapa perlu membimbing anak-anak kita
perlu di ajar mana elok, dan mana idak
insya ALLAH semuanya akan okay =)