Diam Bukan Maknanya Tak Risau (^_^)

7:01:00 am Yana Yani 59 Comments

Kebelakangan tiap kali pulang dari kerja, YY tak berapa selesa dengan pandangan seseorang yang berlainan jantina especially cara renungan dia.

Tak mungkin semua tu hanya kebetulan. Kalau kebetulan, tak akanlah sekerap tu? Atau mungkin perasaan paranoid seorang perempuan ditambah tanggungjawab digalas sebagai Mama?

Mulanya cubalah tolak ketepi perasaan buruk sangka tu. Seboleh mungkin bersangka baik, pujuk hati bahawa itu hanya perasaan paranoid YY.

Tapi kalau dah setiap hari melalui benda yang sama, YY tak boleh lari dari perasaan tak selesa tu. Insan yang paling dekat untuk meluahkan perasaan tu sudah semestinya suami sendiri.

Cuma bila dah diluahkan pada Encik suami, dia tak berikan sebarang respond seolah benda tu bukan penting pada dia. Dia hanya diam seribu bahasa.

Mustahil dia tak perasan apa yang dilakukan oleh orang yang buat YY rasa tak selesa tu sebab tiap kali benda seperti tu berlaku YY akan terus bercerita walau dengan hanya dengan nada berbisik.

"Yang, tengoklah tu! Ayang takutlah dia buat camtu! Mungkin dia tak ada niat apa-apa. Tapi Ayang takut!" bisik YY pada Encik suami tiap kali YY perasan ada mata yang memerhati.

Tapi bila Encik suami tak pernah bagi respond pada kebimbangan YY, so YY assumed memang hanya YY berperasan tak selesa tu. Lepas tu memang tak pernah cerita pada Encik suami lagi.

Sehinggalah YY dapat SMS dan phone call dari Encik suami malam semalam yang melahirkan kebimbangan apabila meninggalkan YY dan anak-anak disebabkan bekerja di shift malam.

YY cencored beberapa perkataan, bimbang mengundang salah faham (^_^) 

Tak lama lepas dapat SMS, Encik suami telefon pula mengingatkan benda yang sama. "Selama ni Ayang bercerita, awat tak bagi respond? Ingat tak risau" tanya YY.

"Tak bagi respond bukan sebab tak risau. Abang tak tahu nak buat camne aje" jawab dia.

Gitu rupanya. Syahdu pula rasa bila dia kata gitu. Ingatkan dah tujuh tahun usia perkahwinan kami, YY dah kenali keseluruhan diri Encik suami. Salah rupanya wei!

Rupanya tiap tahun atau bertambahnya usia perkahwinan tu, ada aje benda baru yang kita ketahui mengenai pasangan kita. Itu yang sepatutnya mengeratkan lagi hubungan.

Diam dia selama ni rupanya memikirkan bagaimana nak menyelesaikan masalah yang diceritakan oleh si isteri. Si isteri pula fikirkan yang si suami tak peduli (^_^)

"Habis tu camne kita nak solve benda ni?" tanya YY lagi.

"Paling teruk kang ada yang makan buku lima. Buat masa sekarang buat aje apa yang Abang suruh. Jaga anak-anak. Apa-apa telefon!" kata Encik suami panjang lebar sebelum memutuskan talian.

Mendengar tu buat YY rasa lega tapi pada masa yang sama, terbit juga rasa takut. Apa yang mampu dilakukan hanyalah berdoa pada yang DIA MAHA KUASA.

Semoga kami sekeluarga dijauhkan dari niat jahat makhluk bernama manusia. Amin.

59 comments:

  1. saya pon perasan jugak kalo cakap dengan laki camtulah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn
      diam bukan maksudnya tak risaunya mar =)

      Delete
  2. Itulah YY kita perempuan sebenarnya akal tak sepanjang akal lelaki tapi kita perempuan lebih tabah berbanding lelaki. So sebab itulah kita saling memerlukan antara satu sama lain...

    Moga tak ada yg tak baik terjadi. Kena waspadalah selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, lelaki pemikiran lebih rasional
      perempuan mungkin banyak ke arah realistik =)

      saya juga mengharapkan begitu. terima kasih kak

      Delete
  3. moga dijauhkan daripada perkara yang tak elok kan? risau kita ni kalau rasa tak sedap hati..

    suami saya pun kebanyakan masa jenis macam ni juga, ingatkan dia tak nak ambil tahu tapi nnatiada juga dia buat sesuatu. lega rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, rasa tak selesa kalau tak sedap hati
      moga terhindar dari niat jahat manusia

      orang laki kot, lain cara diorang berfikir berbanding kita perempuan

      Delete
  4. Eheemm...kira macam secret admirerlah nie yer...hehehehe.... Tapi bila dah jadi menakutkan ni, kita memang kena waspada lebih. Kalau berterusan, akak sarankan buatlah laporan polis. Sekadar buat laporan dulu untuk melindungi keluarga dan diri sekiranya ada ancaman di kemudian hari. Polis akan terima laporan tu.

    Lagi satu, kenapa akak rasa hubby awak sweet jer ekk..hehehehe. part buku 5 tu yang sweetnya tu.... Setiap hari bertambah usia perkahwinan, sayang dan cinta akan semakin menebal. Tak caya tanya veteran2 lain. Contohnya akak...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaklah secret admirer kak wei! saya lagi takut dia buat camtu
      kalau boleh tak nak pandang muka, totally buat rasa tak selamat
      boleh ye buat report polis, dah tu nanti polis datang ke cari orang tu
      saya tak nak lah sampai timbul masalah
      cuma saya rasa takut bila dia dok perhati gitu

      hehe...sweet ye kak? dia dah kata gitu, tanda marah tu
      biasa dia tak kata gitu =)
      bab tu saya memang yakin sebab saya nampak mak dan abah saya gitu juga =)

      Delete
  5. tu la kan.. kadang2 lelaki ni nampak macam tak kisah tapi sebenarnya risau.. asben saya pernah saya ter silent hp.. kebetulan tel rumah tercabut wayar. dia punya call tak dapat. dia call jiran suruh tolong tengok.. tetiba muncul depan umah. dia memang tak boleh keja dah... balik rumah dulu even dia dah suruh jiran tengok pun. Macam kes Yana Yani ni kena jugak bersangka buruk untuk ambil langkah berjaga2.. yelah.. kalau asyik pandang jer ntah2 psyko orang tu pun bahaya. orang sekarang ni sukar nak ramal

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga kan cik lekit
      zaman sekarang ni ada macam-macam jenis manusia
      terpaksa bersangka buruk tapi bila dah camtu
      aktiviti harian jadi terbantut sebab takut

      buat masa sekarang memang ikut apa yang en suami kata aje
      worst come to worst memang buat report polis

      Delete
  6. Bahaya tu kak,
    Kalau tak buat report sekalipun, kena confront dengan orang tu.
    Tanya apa masalah dia.
    Kot2 lah dia boleh explain.
    Kang nak kata melulu, sekali rupanya dia tak sengaja, dia tengok2 kak Yana sebab muka kak Yana macam muka mak dia [contoh.. contoh..]

    Kalau sudah dapat explaination, baru terangkan pada dia yang kak Yana sekeluarga tak selesa dengan cara dia tu.
    Inshaallah dia boleh ubah. Kalau dia taknak, baru kak Yana ugut dia kata nak report polis.
    Nampak tak permainan di situ?

    Yang penting jangan biar benda ni berlarutan.
    Kita tak tahu entahkan dia rindu sangat dengan mak dia sampai sanggup buat benda yg tak sepatutnya.

    Ape pun, saya doakan semoga keselamatan kak Yana sekeluarga terpelihara, terjamin dan berada dlm penjagaannya..

    Risau pulak saya baca kes kak Yana ni.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. confront? sape nak buat tu? suami akak?
      silap haribulan bergaduh dik wei!
      tak tahulah sebenarnya camne nak selesaikan

      bebenda camni kadang susah
      macam ada banyak hati nak kena jaga
      buat masa sekarang akak buat apa en suami cakap, kita tengok camne
      harap ini semua hanya perasaan kotor kami suami isteri
      doakan aje untuk keselamatan akak dan keluarga ye

      Delete
  7. Keadaan sekarang memang nak tak nak kita kena sentiasa berhati-hati. Semoga segala-galanya selamat YY dan famili. Banyak2kan berdoa kepada Allah s.w.t. Semoga DIA sentiasa lindungi kita dari perkara-perkara yang tidak diingini. Aminn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, harapkan benda yang serupa juga
      apapun terima kasih ye =)
      aminnn

      Delete
  8. Bykkan zikir dan berdoa... Insha Allah.. Sama2 berdoa... Mohon perlindungan dr Allah jua...

    Biasalah dlm perkhwinan kita byk berbeza...smpai akhir hayat kita akan bljr sst yg bru ttg psgn hidup kita... Lelaki kdg2 x byk ckp sbb dia byk berfikir dan bertindak ikut rasional...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu atas nasihat tu =)

      betullah tu, bila kita dah berkahwin ni
      kita belajar banyak benda tentang pasangan kita sehingga akhir hayat kita
      hehe..betul, perempuan pula lebih ke arah realistik

      Delete
  9. Adoiiii saya pulak yg risau...erm kalau sekali dua tuh kita assumed xde pape kan tp kalau kerap sgt mengundang rasa takut jugak...memg kdg2 kita ngadu dekat suami n no response drp dia kita agp bnd tuh hal kecik aje bg dia tp sbnrnya tak...diorg risau tp xnak tunjuk dkt kita...

    P/s yang psl rendaman tuh nih cara dia....(1)bubuh 1 scoop @ lebih sabun(ikut rasa la ye nak letak lebih ke x) basuh baju dlu dalam baldi (2) masukkan air...kira buat air sabun (3) masukkan 1 penutup clorox (4) kacau campuran air sabun+clorox (5)masukkan baju..

    Bila rendam baju tuh rajin rajin jenguk baju tuh tau...kacau kacau ke balik2kan baju ke...

    Seeloknya nisbah sabun lebih byk drp clorox ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang saya takut sebab dah agak kerap
      rasa tak selesa tapi lebih tepat rasa tak selamat
      apa kejadahnya dia buat gitu, saya dan suami tak paham

      suami ni dia tak tunjuk dia risau sebab tak nak
      kita bertambah takut =)

      gitu ye! okay paham dah! mekasih mimi =)

      Delete
    2. Yana yg no (3) tuh bkn 1 penutup clorox tau tp 5 penutup botol sbb kpala otak pikir penutup clorox tuh besar...huhuhu sorry slh info

      Delete
    3. hehe...tak apa
      at least saya dapat dah tangkap
      sebelum ni blur sebab pikir benda tu lunturkan colour =)
      mekasih lah kongsi info ni ye mimi =)

      Delete
  10. takut...
    sy pulak yang seriau.
    take care kak.
    orang zaman sekarang sangat tak boleh percaya.
    macam2 dah kejadian sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan
      manusia zaman sekarang susah nak predict
      kegilaan datang entah dari mana
      apa yang mampu dibuat ikut apa yang disarankan oleh en suami je

      Delete
  11. Semuga YY dan seisi keluarga dilindungi Allah swt hendaknya...

    ReplyDelete
  12. Eh, takut pulak. Ini cerita sekitar kawasan rumah ke? Risaukan sekarang ni. Bukan kita nak menuduh tapi memang sekarang ni tak boleh jauh dari berfikiran negatif bila perkara macam ni berlaku. Samalah macam cerita saya yang kena berjalan kaki di awal Subuh suatu ketika dulu. Nampak je kelibat lelaki, kita dah mula gabrah. Padahal bukan semua orang jahat cuma kita ni yang dah jadi fobia dimuakan dengan kisah-kisah yang sama selalu.

    Dah namanya dua jiwa berbeza, memang tak boleh faham sepenuhnya, YY. Samalah macam kami suami isteri. Kita buat begini tanggapannya begitu padahal kita tak berniat pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye MD, malas nak cite in details
      takut ada yang berkaitan terbaca...kang jadi cite lain
      cakap pun seboleh mungkin berkias ni
      bukan apa tau, the way dia pandang tu buat kita rasa, "apa hal dia ni?"

      kalau setakat sekali dua kali tak apa, banyak kali yang bikin rasa
      macam berlakon dalam cite psycho plak! takut!
      apapun saya memang totally harap hanya buruk sangka saya sahaja

      hehe...nama pun suami isteri kan
      of course ada perbezaan walau matlamat sama =)

      Delete
  13. masa nak kunci pintu baca ayat kursi dan surah al ikhlas . nak tidur pun sama . insha Allah dpt elakkan rumah dr dimasuki orang dan diganggu org yg berniat jahat pada kita ... blh juga letak benda berbunyi pada tombol pintu . klu ada org usik tombol , maka berbunyilah ... ataupun cari ustaz , pasang pagar rumah . klu ada org masuk , dia x jumpa jln keluar ... mcm dah terlebih pula ni ... berdoa pd Allah , minta perlindungan dari Nya juga ... semoga tiada perkara buruk berlaku .

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih vee! berguna maklumat seperti ni pada saya
      saya akan cuba amalkan
      lagipun sebelum tidur saya memang sentiasa membaca ayat kursi dan 3 kul tu
      apapun saya appreciate sangat vee, terima kasih =)
      insya ALLAH tak ada apa-apa

      Delete
  14. risau tetap ada... semoga selamat semuanya...

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, memang tak boleh lari dari perasan risau tu
      btw, terima kasih singgah sini ye =)

      Delete
  15. tak boleh diana sebab dia terlalu dekat ketika buat benda tu
    kalau snap, of course perasan
    cuma sekarang ni en suami dah tahu, so hopefully
    akan settlelah masalah ni tak lama lagi =)

    ReplyDelete
  16. Sbg suami saya pun akan memberi respond yg sama dgn mcm en suami YY tu. Lelaki selalunya mcm tulah.. muka relex je, tapi dalam hati tonggang terbalik hanya Allah je yg tahu. Siapa yg tak sayang isteri & keluarga uiii hehee. Apa pun, semoga Allah sentiasa lindungi & memberi jln terbaik buat YY sekeluarga.. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, mana nak tahu
      sebab cara kita menghadapi situasi tu berbeza =)
      apapun terima kasih ye KK, amin

      Delete
  17. Aah. Laki2 selalu camtu,kan?
    Macam x peduli apa kita cakap.
    Tapi, alhamdulillah rupenye en. asben ambik berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...hehe
      dia diam sebab tak tahu camne nak handle je =)

      Delete
  18. Sapa yang pandang2 tu?
    Jiran ke?
    Eeeeee...seriau saya baca.
    Jaga2 ye takut perogol bersiri.
    Nauzubillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishhhh....janganlah kata gitu
      takut saya dibuatnya! dah selalu tinggal dengan anak-anak je
      nauzubillah min zalik

      Delete
  19. Harap2 takde pape kak. Akak selawat banyak2. Insya Allah, takde ape. Apa2pun, careful taw kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah akak harapkan
      apapun terima kasih ye SN

      Delete
  20. Sapa tak sayang bini weyh.....
    Kalau okje pun seram jugak tu dahlah cik suami kerja shift....
    Deretan rumah kat situ dah penuh ke belum YY....kalau penuh kurang sikit takutkan....mintak le no tel jiran....apa apa hal boleh call.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan OKje, cuma dia tak lafazkan je =)
      dia memang berkerja 3 shift, kalau turn shift malam camni
      memang saya susah sikit nak tidur sebab takut
      bukan takut dengan antu setan, takut dengan manusia bertopeng setan!

      belum lagilah OKje, kiri kanan saya pun kosong lagi
      tu yang en suami risau

      Delete
  21. hmm..kathy pun jadi takut sama sis..berhati² tau..
    biasalah lelaki kadangkala sikap diorang ni macam tak peduli je apa kita kata walhal rupanya diorang pendam dalam diam. mesti hati berbunga juga bila suami tulis macam tu kan sis? hehehe..moga sis sekeluarga di lindungi Allah SWT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, lagipun bukan apa
      kita tak tahu apa niat orang, tu yang buat rasa semacam
      saya memang selama ni dok fikir dia tak kisah, tapi rupanya ambil kisah
      idaklah sampai berbunga kak, saya lagi takut dia kata gitu
      insya ALLAH, terima kasih kak ye

      Delete
  22. jiran ke ni yana? hmmm...hati2 selalu,risau juga sekarang ni mcm2 hal kan, moga2 xde apa,dia sakit mata kot sbb tu tengok org mcm tu agaknya, inshaAllah..moga yana sekeluarga dilindungi Allah sentiasa...aminn

    betul tu lelaki ni diam je,kita taktau apa yg dorang fikirkan...sayang ke tidak ke..tp sebenarnya dorg ambil berat tu..sapa tak sayang isteri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak nak cite in details sangat
      takutlah di salah ertikan, manalah tahu kot dia pun ada menyinggah sini kan =)
      tulah harapannya, hopefully memang perasaan saya je =)

      hehe...tak tahulah sejauh mana dia ambil berat or sayang
      tapi based dari perbuatan, kita tahulah sikit-sikit...hehe

      Delete
  23. Suami YY diam pikir apa nak buat ok la tue... kalau suami idah... huhuhuh... terus dia jumpa mamat tu kottt... scaryyy... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain orang, lain jalan penyelesaian
      kalau boleh tak nak kita create trouble
      lagipun mungkin betul hanya perasaan saya je =)

      Delete
  24. sapa tak sayang bini dik.. lagi2 anak2.. msti risau lah, tapi biasalah kekadg iorg lelaki ego tinggi dier tak tunjuk kat kita kerisauan dier tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu lah kan, diorang tak tunjuk diorang risau
      tapi dalam hati, risau yang amat!

      Delete
  25. Hi YY,Salam perkenalan ya.Pendapat i kan memang sekarang ni manusia semua pelik-pelik.Kita punyalah sibuk diorang ni pulak sibuk nak buat kerja tak berfaedah.Apapun banyakkan baca Surah Qursi sebelum keluar rumah dulu semasa dalam perjalanan.Itu ikhtiar kita je.Insya Allah semoga u sekeluarga dan di lindungi Allah selalu.
    Jemput singgah blog i yer .Ada banyak tips and sharing kat situ.

    Salam perkenalan sekali lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan =)
      terima kasih atas nasihat tu ye
      setuju, zaman sekarang memang ramai manusia pelik =)

      Delete
  26. Salam perkenalan YY.Banyakkan baca ayat Qursi untuk melindungi diri kita.Husband most of them memang macam tu buat selamba jer tapi dalam hati diorang memang risau.Nanti kalau dia tunjuk risau kita lagi lah risau kan.
    Jemputlah datang blog akak yer banyak tips healthy and beauty dan akak misi mencari working at home mom as well.Tq YY mizzleenaothman.wordpress.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah membalas kunjungan tadi,
      terima kasih sekali lagi

      Delete
  27. mmm.suami mana tak risau kak.
    akak kena alert sentiasa la.pastikan kunci semua pintu.. saya pulak risau..
    take care akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru perasan kewujudan komen ni...hehe
      no worry, insya ALLAH semua selamat
      terima kasih ye =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...