Throwback: When I Was Little

7:08:00 am Yana Yani 30 Comments

Baru-baru ni kan masa kami sekeluarga dok melepak dekat rumah parent YY, Abah YY keluarkan album gambar lama sambil dok tunjuk beberapa keping gambar YY ketika kecil.

Kesemua gambar tu masih cantik tersimpan dalam album gambar. Si Aisyah bila dok tengok Mama dia masih kecil asyik dok kata, "Mama, baby cumel"


Bila YY tengok gambar tu terus teringat memori when I was little. Tak sangka kesemua zaman tu YY dah tinggalkan. Tapi ianya tetap kenangan yang cukup indah.

Gambar dekat bawah ni masa YY berusia dalam lingkungan lapan bulan. Sekali tengok macam Aisyah masa dia kecil.


Yang bawah ni pula masa YY mula-mula masuk tadika. Zaman dulu budak tadika hanya pada usia enam tahun. Ada juga kawan-kawan YY yang langsung tidak ke pra-sekolah.

Tapi sekarang dah wajib. Anyway berdasarkan baju tu mungkin korang pun tahu di mana YY dulu bersekolah. Betul, di PASTI sama seperti Afif sekarang cuma PASTI yang berbeza.


Gambar dekat bawah ni pula ketika YY bersama dengan arwah Nenek sebelah Mak dan juga pakcik YY, Ucu. We use to be close tapi disebabkan jarak dan usia, semua tu hanya kenangan.

Kalau dulu ke mana Ucu pergi, YY pasti akan ikut. Malahan YY berperwatakkan seperti lelaki dulu adalah disebabkan terlalu terikut penampilan Ucu. Rasa macam cool jadi lelaki. Hehe!


Gambar yang last ni pula adalah gambar yang YY rasakan paling kelakar. Disebabkan jarak usia Anis dan YY yang begitu jauh, Anis sering dikatakan anak YY.

Malahan dulu ketika belum berkahwin pun, YY cukup rajin bawa adik-adik berjalan. Itu ajelah cara yang YY boleh tunjukkan sebagai tanda sayang pada diorang.

Sebab tu bila YY berkahwin dulu, Anis yang ketika tu berusia lima tahun, asyik menangis aje sebab dia pun agak rapat dengan YY. Sekarang pun masih rapat lagi sebenarnya

Bayangkan dah duduk rumah lain pun, nak berkepit juga! Maklumlah, anak bongsu! (^_^)


Okay cukup! Tak payah cerita panjang-panjang. Mahu menangis pula dok teringat zaman terutamanya zaman kanak-kanak yang cukup menggembirakan.

Kalaulah boleh turn back time, memang YY akan pilih zaman kanak-kanak (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum.

30 comments:

  1. Gambar kenang-kenangan kita dah hilang.. Huhu.. Jaga elok-elok ye kak Yana, nanti hilang macam kita, menyesal tak sudah... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan akak yang simpan ni
      ABAH yang banyak simpan gambar anak-anak dia masa kecik
      memang banyak ada
      ada yang tak ada dalam koleksi akak pun =)

      Delete
  2. Kira jarak dengan adik beradik tu jauh jugak la.. macam saya rapat2.. so nampak macam membesar sama2 jer. Yelah, kan. bila teringat zaman kecik2.. kadang2 buat kita rindu sangat sebab mungkin yang dalam kenangan kita tu ada yang dah takde lagi di dunia ni.. buat rindu tu rasa sakit sangat.. tetiba teringat arwah ayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh memang jauh
      saya umur 19 tahun masa mak bersalinkan anis
      mak masa tu dah masuk 40 thn, rezeki tuhan nak bagi kan =)

      betullah tu, saya sebenarnya kalau teringat zaman kanak-kanak
      perasan tu bercampur baur

      Delete
  3. beruntung ada gambar zaman baby . sis cuma ada zaman kanak - kanak jer . tetiba teringin pula belek gambar lama ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sebab mak abah jenis yang menyimpan
      boleh perturunkan pada anak cucu pula =)

      Delete
  4. Kenangan indah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang! bila tengok tu rasa seronok pun ye juga
      sebab boleh tayang pada afif dan aisy camne mama dia masa kecik =)

      Delete
    2. hehehe....apatahlagi sekarang dengan henpon berkamera kita dapat rakam saat indah untuk jadikan kenangan manalah tahu kamera lupa nak bawa kan? tapi bagi blogger kamera dan hp pasti takkan terpisah..kemana² je di angkut..

      Delete
    3. saya punya henpon murah
      tak berapa cantik kalau snap gambar
      saya preferred guna kamera walau hanya cap ayam
      jadilah, janji ada moment yang dirakam
      tapi betul, sejak jadi blogger
      memang ke hulur ke hilir bawa kamera =)

      Delete
  5. Rasanya Aisy lagi comel dari mamanya kot... Hehehe...janganlah hempuk kita dengan sudip, kita cuma bercakap benar je nih!

    Betul tu, Yana. Zaman kanak-kanak memang paling menggembirakan. Saya kalau mengimbau kenangan silam, mahu tumpah air mata ni. Apatah lagi bila teringatkan arwah abah dan abang sulung yang begitu manjakan saya. Saya ni star dalam family. So masa tu semua kasih-sayang saya sorang je bolot walaupun katanya adik beradik sikit punya ramai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejam statement tu tau
      tapi dekat opis ni tak ada sudip, ada tipon dengan PC je
      nak yang mana? hehe

      bongsu ke sampai jadi star dalam family?
      mesti ye kan? biasa gitulah
      zaman kanak-kanak memang indah sangat kan
      kalaulah boleh turn back time

      Delete
    2. Eh, comparison mak dengan anak perempuan, haruslah anak yang menang! Lagipun kita puji bakal menantu jerk.... opocots!...melatah lagi!!!

      Kalau terpaksa pilih, saya pilih pembaris jelah...Kat ofis ada pembaris pe-las-tik ke tidak? Kalau takda, calculator pun boleh. Tipon ngan pc tu besar sangat. Nanti kalau orang nampak, tak pasal-pasal kena sexual harassment pulak. Eh, apa kes.....

      Saya perempuan bongsu tapi ada adik lelaki. Itu yang kecil-kecil dulu selalu bercakaran manja-manja gitu, bila bab membolot kasih-sayang nih....

      Delete
    3. hehe...tapi betullah kan
      anak macamana pun memang comel belaka
      oooo...gitu, pujilah lebih sikit. baru kembang hidung mama aisyah ni =)

      hey tepuk dengan pembaris pun sexual harassment ke?
      lain ler buat benda lain dengan pembaris tu
      ish MD ni tau, babab kang

      nama pun adik beradik kan
      mestilah ada cakar-cakar manja =)

      Delete
  6. Saya pun akan memilih zaman2 mcm tu. Nostalgia tu.. nak cari mesin time traveller org belum dpt buat lagi huhu.. Mmg zaman2 tu bnyk kenangan manis yg buat hati kdg2 sayu bila mengenang kembali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...manis sangat rasanya zaman tu untuk dilupakan
      lagipun kita jadi siapa kita sekarang
      disebabkan zaman tu,
      tak akan mungkin ada mesin tu KK, dongeng holloywood wujudlah =)

      Delete
  7. Untung dapat melihat kembali gambar2 semasa kecil. Saya ni, langsung xde. Yg ada masa sekolah...itu pun hitam putih... Lagi bertuah budak2 sekarang, siap ada live diari di FB, blog dll... :)
    Jarak usia saya dgn kakak sulung pun teramat jauh... 26 tahun! Masa saya lahir, kakak dah ada anak dua orang...huhu! Adik saya lagi lah... ada 2 orang anak sedara sama usia dengannya hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang dulu mungkin begitulah
      tapi macam parent saya ni ada kesedaram sikit
      diorang sanggup bawa p kedai gambar semata-mata nak bagi kenangan
      wah jauhnya! rezeki ALLAH nak bagikan BM =)

      Delete
  8. Sy xde gmbr msa kecil.. Mklum lah org ssh dok kt pedalamn... Tapi mmg indah jika dikenangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak molek juga kata gitu cikgu
      rezeki ALLAH nak bagi kan, mak dan abah saya juga tak kamera
      tapi sebab nak bagi kenangan pada anak-anak
      diorang bawa pergi kedai gambar =)

      Delete
  9. bestnya ada gambar kenangan masa kecik2 dulu..family sis tak mampu nk beli kamera mmg x de lah gambar kenangan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. parent saya pun tak ada kamera
      ni bawa pergi kedai gambar semata-mata nak bagi kenangan
      pada anak-anak
      terharu dengan kesunguhan mak dan abah saya =)

      Delete
  10. muka masih sam la yana..hehehe.. kenangan masa kecik mana boleh lupa..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...yang baby lain sikit kot
      tapi betullah, mana boleh lupa kenangan ni semua kan =)

      Delete
  11. Alolo tomeinya omak Aisy ni.....yelah ada sikit mirip aisy.....Untung awak ada gambo zaman kecik YY....boleh tengok balik....
    Hehe okje pun sama mcm Anis.....kakak semua dah besar besar tak best tak de kawan sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, kenangan
      ni semua sebab mak abah yang ambil initiative
      untuk mengambil gambar kami sebagai kenangan
      at least adalah benda tuk diceritakan pada anak cucu =)

      Anis tu kak yang atas dia pun beza enam tahun
      memang agak jauh jugalah =)

      Delete
  12. Adik bongsu YY tu ada iras aisyah laa... :) rasanya zaman muda2 dulu YY lagi berisi dari sekarang yer tak? ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ramai yang kata gitu
      dah kata mak sedara kan, sikit-sikit tu adalah juga
      berat saya dengan sekarang sama aje sebenarnya tau
      tak tahu kenapa muka dulu nampak berisi =)

      Delete
  13. Bila imbas semula kenangan lama seronokkan...sy pun de jugak gmbr2 lama tp xbyk sbb asyik pndah randah byk yg hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni alhamdulilah
      abah simpan kemas gambar masa kitorang kecik =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...