Ujian Penempatan Kelas Darjah Satu (^_^)

7:00:00 am Yana Yani 24 Comments

Hari Sabtu baru ni Afif dikehendaki menduduki ujian bagi menentukan penempatan kelas untuk dia memasuki darjah satu pada tahun 2015 di SK Rantau Panjang, Klang.

Beberapa minggu sebelum ujian tu, YY kerap ingatkan Afif tentang ujian yang perlu dia duduki dan menjelaskan kenapa ujian tersebut perlu diduduki.

Basically Afif tidak begitu YY tekankan dengan persiapan. Cuma YY sering ingatkan sahaja. The good thing is, Afif sendiri akan tiba-tiba datang beritahu yang dia nak buat latihan.

Dia juga yang menentukan berapa lama dia nak buat latihan. Ketika hari dia perlu menduduki ujian tu pun dia dah bangun seawal pagi tanpa perlu dikejutkan.

Bersarapan seperti biasa dan kelihatan agak teruja. Tapi sejujurnya Mama dan Papa Afif yang terlebih excited! Encik suami pun sanggup bercuti (^_^)

Lagipun inilah pengalaman pertama buat kami. So memang tak dapat dinafikan keterujaan menghantar anak buat pertama kali untuk benda seperti ni. 


Ketika kami sampai di sekolah yang pernah satu ketika dulu YY menuntut ilmu selama dua tahun ni, parents dan pelajar dah cukup ramai memenuhi ruangan dataran sekolah.

Ingatkan kami dah datang awal, rupanya ada yang lebih awal (^_^)


Berbalik kepada cerita Afif, kami dikehendaki menyemak nama Afif di papan kenyataan yang disediakan bagi menentukan di mana ujian perlu dilakukan.

Ada 14 buah kelas disediakan dan setiap kelas mempunyai seramai 36 pelajar. So kalau dikira berdasarkan tu sahaja ada lebih kurang 504 pelajar untuk tahun satu sahaja! Ramai giler!

Nama Afif tak susah nak cari dan dia disenaraikan di kelas keempat. Nama Afif ada salah ejaan di situ. Kalau rajin cer cari nama dia dan perkataan Fiqrullah yang disalah typed (^_^)

Oh ya kalau korang perasan juga, setiap pelajar mempunyai tiga nama dan kalau ditambah dengan nama bapa masing-masing, akan ada lima atau enam nama tidak termasuk perkataan bin atau binti.

Berbelit lidah nak menyebut. Hehe!


Anyway berbalik pada Afif yang awalnya kelihatan teruja tapi kemudiannya seperti ada kupu-kupu dalam perut dia. Langsung tak mahu bercakap.

Paling koman dia hanya angguk atau geleng kepala. Nervous dia gamaknya dengan pelajar yang cukup ramai tu.


Parents kemudiannya diarahkan supaya memberikan setiap peralatan tulis yang diperlukan dan dilarang menghampiri barisan atau kelas tempat berlangsungnya ujian.

Gambar dekat bawah ni adalah gambar terakhir yang YY snap sebelum Afif mengikut guru bertugas ke kelas yang ditetapkan.


YY juga sempat snap gambar sebahagian pelajar yang bakal menduduki ujian tersebut. Dengan suasana yang agak crowded tu, YY wondering juga macamana guru akan handle pelajar ni.

Menurut taklimat yang diberikan, sekolah ni menjadi pilihan kebanyakkan parents dan mempunyai bilangan pelajar tahun satu paling ramai dibandingkan dengan sekolah sekitar.

Antaranya Sementa, Batu Belah dan Taman Klang Utama.

Sekolah ni juga merupakan sekolah paling tua berbanding sekolah lain. Ia baru sahaja menyambut ulang tahun ke-100 pembukaan. Untuk pengetahuan, ia telah dibuka pada tahun 1914.

YY juga merupakan salah seorang belas pelajar sekolah ni. Tapi hanya belajar di sini ketika berada di darjah lima dan enam. Sebelum tu YY bersekolah di Sek. Ren. Keb. Sungai Udang, Klang.

Semua tenaga pengajar ni juga sudah baru. Teringat Cikgu Yusof yang merupakan penggalak YY dalam bidang penulisan diikuti Cikgu Rosnida. Entah di mana mereka sekarang.


Ketika semua bakal pelajar tahun satu ni menduduki ujian, parents diberikan taklimat tentang beberapa perkara seperti sistem pelajaran dan sebagainya.

Malangnya YY tak berapa dapat tangkap sebab Si Aisyah dok ligat bertegur sapa dengan orang keliling. Dia juga bertindak sebagai photographer tak diundang.

Aisyah ni sebenarnya seorang yang peramah. Senyuman sentiasa terukir walau dengan siapa pun. Tu yang buat orang dok suka cuit pipi dia. YY sebenarnya agak tak senang dengan keramahan dia tu.

Tu yang cikgu buat taklimat kat depan, YY bagi taklimat kat belakang. Tak senang hati dok tengok dia pergi dekat orang sana atau sini. Sedangkan dia tak kenal pun mereka yang dia tegur tu.


Dekat sini juga YY jumpa sepupu YY yang juga rupanya mempunyai anak sebaya Afif. Lagi strange, kami duduk di jalan yang sama tapi tak pernah jumpa. Hehe!

Alasannya Jalan Genting, Rantau Panjang ni besar! Ada banyak lorong dan taman perumahan. Tu yang walau YY sedia maklum dia duduk situ juga, tapi kami tak jumpa.

Insya ALLAH nanti ada masa kami menjengah ke rumah dia. Hehe!


Kami di situ dari pukul 8 pagi sehingga ke pukul 10:30 pagi. Afif bila ditanya macamana peperiksaan, dia hanya jawab okay!

Jawapan dia lebih kurang sama macam budak lelaki lain yang tak berapa nak suka cerita panjang, Berpuluh perkataan kita tanya, dia jawab sepatah perkataan aje.

Sampai rumah dia terus tidur. Bangun tidur tengahari tu barulah panjang sikit dia cerita. Apapun dah lepas dah fasa pertama ni. Tahun depan barulah bermulanya alam sekolah rendah bagi Afif.

Hopefully dia mampu cope dengan alam baru ni (^_^)

Oh ya, YY baru tahu yang budak yang dilahirkan pada 1 Januari akan bersekolah awal setahun! Korang tahu ke? Katanya dah lama cuma YY kurang pasti kenapa.

Contohnya jika budak tu dilahirkan pada 1 Januari 2008 dan kita menyangka dia akan mula bersekolah pada 2015. Tapi sebenarnya dia sudah bersekolah pada 2014! Rugi ke untung tu?

----------------------------------------------

Dikesempatan ni YY nak ucapkan HAPPY BELATED BIRTHDAY buat Mak YY yang tercinta. Jujurnya YY terlupa hari lahir dia sebab sibuk dengan ujian penempatan kelas Afif (^_^)

Minta maaf Mak ye, bukan sengaja. Lagipun ni first time Along lupa tau! Apapun Along doakan semoga Mak dipanjangkan umur sehingga boleh tengok Along pula jadi Wan. Hehe!

Moga murah rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH SWT.

Tak lupa juga buat Umi Khaira, Dayah yang menyambut lahir pada hari ni! HAPPY BIRTHDAY! Along doakan semoga kau dipanjangkan umur sampai boleh merasai pengalaman jadi Opah!

Murah rezeki sampai boleh beli kereta Alphard! Boleh Along tumpang naik nanti. Hehe! Lagi satu dan yang paling penting, moga kau sentiasa perolehi kebahagian disamping keluarga tercinta.

Apapun ingatlah Along kau yang cantik dan comel ni sentiasa menyayangi kau. Tapi itu tak membuatkan Along akan berhenti dari terus membuli kau! Hehe! (Gelak jahat!)    

Okay korang, itu sahaja bebelan untuk hari ni. Moga bertemu lagi di lain entry. Assalamualaikum (^_^)

24 comments:

  1. Kakak percaya apa yg YY dan suami rasakan semua org yg punya anak sudah atau akan merasainya. Sampai lupa birthday mak ye... Apa pun yg penting Afif dah ada penempatan. Ramai tu kalau sampai 500++ utk tahun satu aje... huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kak
      aritu kebetulan birthday mak saya, cuma saya lupa nak wish aje
      tulah kan kak, ramai sangat pelajar tu
      camnelah guru diorang nak mengajar =)

      Delete
  2. panjang2 nama budak sekarang ni yek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling pendek 2 patah perkataan
      majoriti ada 3 patah perkataan =)

      Delete
  3. Cantiknya nama afif..adoi nape typo sampai macam tu sekali? Biasa la tu,Human error kan sis? All the best auntie kathy ucapkan untuk afif ye? Hepi befday juga buat mak dan adik sis ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..papa dia bagi nama kak
      manusia, biasalah kesilapan camtu
      nanti masa pendaftaran kitorang tukar nama tu
      apapun terima kasih ye kak =)

      Delete
  4. Banyak nya kelas..sampai berbelkas2..sekolah anak saya darjah satu ada 4 kelas je..banyak kelas tu maknanya persaingan pun hebat2..tapi baru darjah satu..tak boleh nak paksa2 sangt..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya
      daya saing akan jadi tinggi tu,
      betul jugalah sebab baru darjah satu tapi persoalannya
      mampu ke tak cikgu dia pun nak mengajar seramai tu

      Delete
  5. Wah..ramai juga. Penaglaman nih.. Debar juga nk lalui pengalaman sekolah kn anak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai! memang ramai
      tulah pasalnya cikgu, lagilah pengalaman pertama kan =)

      Delete
  6. Mau tak seram Afif tu nak pereksa katanya....hihi....Tp budak lelaki mmg gitulah YY....diaorang tak suka banyak cerita tau. Sama jer ngan anak sulung okje dulu dulu. Tp Afif ni kira bagus tau sebab dia nak belajar atas inisitif sendiri....

    Haha Aisy....kalau dah gegirl tu, gegirl jugak yek peramah....
    Hepy bezday buat mereka yg menjadi kesayangan awak YY moga panjang umur dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknyalah OKje, tapi sebelum tu dia ok je
      dah sampai baru nampak muka cuak dia...hehe

      tapi mama dia idaklah peramah mana, ikut sapa entah perangai gitu...hehe
      aminnnnn...terima kasih OKje =)

      Delete
  7. ramainya student smp banyak kelas macam ni..nama anak klu panjang2 sgt mmg masalah la kan,cikgu pun naik pening..Insyaalah moga afif cepat adapt dengan suasana n persekitaran sekolah baru nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, aritu untuk ujian aje dah 14kelas
      saya tak pasti sama masa kelas yang betul akan ada banyak tu juga
      trademark nama panjang sekarang...hehe
      terima kasih, saya juga harap begitu =)

      Delete
  8. ramai sungguh tu pelajarnya . dah boleh buat satu sesi . alhamdulillah afif steady jer duduk ujian . nasib baik jumpa sepupu . klu x mmg tak tau dok satu jln kan ... heh heh . teringat pesan orang tua2 , bagi nama anak jgn panjang sgt , nanti tak kuat nak membawanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kan, saya tak pasti camne sessi pelajaran akan berlangsung
      dengan bilangan pelajar seramai tu
      hehe...tak betul tu, saya tahu dia duduk satu jalan
      tak tahu rumah yang mana aje...hehe...cover line katanya =)
      saya ada dengar juga, anak mudah sakit katanya
      tapi zaman sekarang dah macam trend =)

      Delete
  9. Along dah berhajat nak jadi Wan tu, si Aisy dah pilihan ke? Huahahaha.... Balik-balik saya nampak Aisy je, tak kiralah apa tajuk. Lenkali jangan terkeluar tajuk ya YY (macam saya tak biasa jek...) Kalau cerita pasal Afif, gambar Afif jelah. Jangan diletak gambar Aisy. Luluh hati dapat tengok dari jauh je. Huahahaha....

    Memang betul YY. Bila anak masuk sekolah, kita makmak yang excited over-over gitu. Saya dulu first time tengok anak beratur keluar sekolah sambil mengheret beg, menitik air mata tau! Apatah lagi masa hantar anak kat sekolah. Rasa cam tak nak pulang rumah je. Nak duduk depan pintu pagar sekolah tengok kelibat anak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai tak salah berangan MD, tapi tak boleh dinafikan keinginan jadi wan juga! hehe
      dah terpukau dengan aisyahlah asyik dok nampak dia aje walau gambar dia
      letak celah mana pun...hehe
      gambar dia kena letak MD, selingan katanya...hehe

      bukan mak-mak aje, saya nampak sekarang bapak-bapak pun
      dah ambik port dah pasal benda gini
      bab sekolah tu tak rasa lagi
      insya ALLAH tahun depan, tahu rasa cam apa yang MD kata tu =)

      Delete
  10. bagus afif...akak ni anak nak exam tadika pun berdebar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya aritu pun suspend juga =)

      Delete
  11. Suspen tapi menyeronokkan waktu2 mcm tu buat anak2 ni hehee.. saya kali terakhir adalah tahun lepas utk yg bongsu. Pn mem cakap dah tutup kilang, tak ada lagilah pengalaman mcm tu.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tapi dah merasa empat kali kan? kira beruntunglah tu
      saya baru first time, nervous mengalahkan anak...hehe
      tapi sebenarnya seronok tau pengalaman camni kan KK

      Delete
  12. Replies
    1. time tu mungkin ye
      sekarang dia dah back to normal =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...