Sejarah Ringkas Hari Raya Korban (^_^)

7:46:00 am Yana Yani 22 Comments

Sejarah Ringkas Hari Raya Korban | Di dalam Al-Quran ada menceritakan secara jelas sejarah ringkas sambutan Hari Raya Aidiladha di dalam surah Ash-Shaaffaat ayat 101 sehingga 108. Berikut adalah terjemahannya:

[101] Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa ia akan memperoleh seorang anak yang penyabar

[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama denganya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)

[104] Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!"

[105] "Engkau telah menyempurnakan maksud mimipi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

[106] Sesungguhnya perintah ini adalah ujian yang nyata;

[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

[108] Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;

Rentetan peristiwa itu, maka saban tahun kita merayakan Aidiladha ataupun lebih sinomin dengan nama Hari Raya Korban dalam masyarakat Islam di Malaysia. Ia sebagai memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat akan perintah oleh ALLAH S.W.T.

Berkat ketaatan dan kesabaran kedua beranak itu, maka ALLAH menggantikan Nabi Ismail a.s dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim a.s sudah bersedia menjalankan perintah ALLAH.

Sejarah Ringkas Hari Raya Korban

Seperti yang kita sedia maklum, Aidiladha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam. Ia juga di sambut sehingga ke hari ketiga belas Zulhijjah. Orang Islam disunatkan mandi sunat sebelum ke masjid dan mengenakan pakaian yang paling cantik, bersih dan juga mengenakan wangian ketika mengerjakan sembahyang sunat Aidiladha.

Selepas itu barulah ibadah korban boleh dilakukan bermula pada hari kesepuluh hingga ke hari ketiga belas Zulhijjah sebelum terbenam matahari pada hari ketiga belas.

Sumber: Kementerian Penerangan

22 comments:

  1. Selamat hari Raya Aidiladha kak Yana ^^

    ReplyDelete
  2. salam aidil adha yana . seronok dpt berkumpul dgn famili . sis x balik pun . dok hadap lappy jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ke? kesiannya
      saya ni walaupun tak celebrate sangat tapi tetap balik
      kebetulan MIL dan parent duk dekat aje =)
      anyway salam aidiladha

      Delete
  3. Info yang baik..salam aidil adha buat sis sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kathy ke ni?
      tak cam sebab profile picture dah lain...hehe
      anyway salam aidiladha ye =)

      Delete
  4. Selamat menyambut hari raya aidil adha maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. Salam AidilAdha. Dah naik kerja ke, Yana? Saya sambut di KL je kali ni. Terkontang-kanting satu famili sebab my sister tetiba kata nak balik kampung dengan mak. Saya okeykan ajelah lagipun sambutan raya haji di kampung takdalah meriah mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni baru masuk kerja
      tak cuti lama pun, lagipun kampung dekat sangat
      tak dan nak panas punggung, dah sampai dah =
      tapi kalau balik pahang, meriah tau
      memang raya sama aje cam raya puasa
      sini aje yang tak buat gitu

      Delete
  6. Alhamdulillah... hari ini baru mula berblogging setelah cuti Aidiladha. Salah Aidiladha lagi YY.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amacam hari raya korban kali ni KK? =)
      balik mana?

      Delete
  7. Salam.. typo. Dah tekan publish baru perasan.. Salam Aidiladha.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? baru juga perasan
      salam aidiladha, last hari ni =)

      Delete
  8. Selamat hari Raya Qurban buat YY sekeluarga jgk ye

    ReplyDelete
  9. Thanks berkongsi ilmu. Mohon ambil isi yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambillah kalau ianya untuk kebaikan bersama =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...