Baking Di Hujung Minggu (^_^)

7:35:00 am Yana Yani 24 Comments

Hujung minggu baru ni kami banyak menghabiskan di rumah sahaja. Tak ke mana kecuali kami tidur di rumah Mak YY malam minggu tu.

Lagipun Mak dan Abah tak ada. Tinggal Anis sahaja yang keseorangan. Itu pun berapa kali dia dok telefon YY sebab ketakutan tinggal sorang dekat rumah (^_^)

Mak, Abah dan Angah pulang ke Kuala Lipis, Pahang sebab menziarah Atuk YY yang kurang sihat. Anis tak ikut sebab dia ada peperiksaan akhir tahun yang bermula Isnin lalu.

Afif dan Aisyah cukup gembira bila dapat tahu yang kami akan bermalam di rumah Wan dan Aki mereka. Tapi keseronokkan tu lebih disebabkan ada Acu diorang yang boleh diajak main.


Malam tu YY dah bercadang nak baked. Rasa macam dah lama sungguh tak baking. Bahan kebetulan semua ada. Tapi disebabkan anak-anak dah tidur, YY postponed.

Tak seronoklah kalau baking bebudak tak ada kan? Kalau dekat rumah sendiri, YY tak ada lagi peralatan baking. Biasa rumah Mak ni lah kalau YY berhasrat nak baking.

Pagi tu lepas breakfast, YY ajak bebudak baking. Excited memasing sebab bukan selalu dapat tengok Mama diorang baking.


YY baking pun hak yang paling senang aje. Lagipun memang kek ni lah yang selalu Mak YY baked masa YY kecil dulu. Sekarang YY baked untuk anak-anak YY pula.

Kira dah macam resepi turun temurun.

Masa tengah sediakan bahan, YY tak snap gambar. YY fokus bagi semua bahan kembang. Kang sibuk dok snap gambar, terbantut pekembangan kek YY. Hehe!

Tapi YY lega bila dok nampak kek tu cantik aje naik!

Ni yang mula nak muka riak dengan Angah! Biasa dia aje yang dok rajin baking. Dekat rumah ni segala kek yang rupa bombastic memang kerja dia. Tapi dia tak ada pula! Cis!


Afif pula bila dok nampak kek tu cantik aje naik asyik dok tanya bila kek tu masak. "Mama bila kek ni nak masak? Afif dah lapar ni!" kata dia sambil dok usap perut dia.

"Lama lagilah Sayang. Kek bukan boleh masak kejab. Nanti ada bunyi ting, tu tanda dia dah masak" jelas YY panjang lebar pada Afif.

Beberapa ketika selepas Afif bertanya soalan tu, kek pun masak! Masing-masing tak sabar nak tengok kek tu. Time panas tu terus potong!


Bangga pula dapat menghasil kek segebu tu. YY sendiri tak ingat bila kali terakhir kek seperti berjaya YY hasilkan.

"Sedaplah Long. Ko buat camne ni dia jadi macam sponge. Angah pun tak pernah buat camni" kata Syafie. Syafie kebetulan ada juga sebab cuti semester

Bila dah kena puji camtu, mulalah rasa macam melambung. Afif dengan Aisyah pun cukup suka dengan kek tu. Banyak juga diorang makan.

Tiba time Encik suami yang rasa, YY duduk pandang dia makan. Nak dengar juga feedback dari lelaki yang YY sanjungi selain dari Abah YY ni.

"Rasa yang macam dekat kedai tu" jawab dia ringkas.

"Tu pujian ke?" tanya YY lagi yang agak kurang puas hati dengan feedback diberikan. Bila tak ada respond, YY assumed dia memang tengah cakap pasal sedap. Cuma berkias (^_^)

Yang pasti tiada yang lebih seronok apabila hasil air tangan sendiri menjadi kegemaran orang yang tersayang. Rasa macam hari-hari nak baking! Hehe!

------------------------------------------

Cerita ni tak ada kena mengena dengan baking. Tapi mengenai anak-anak YY yang sentiasa dahagakan perhatian. Bukan boleh fokus seorang aje, nanti seorang lagi jealous.

Selesai makan kek, kami pulang ke rumah. Nak bersiap ke rumah parent in law pula. Tengah dok sibuk bersiap tu tiba-tiba Aisyah bersuara, "Mama nak tet tak?"

YY toleh tengok dia datang dengan hidangan di bawah. Dia kata itu kek yang dia buat. Siap kata nama kek tu tet otat (kek coklat). Comel dia buat camtu (^_^)


Afif pula lately bukan boleh Mama snap gambar Adik dia aje, jealous. Dia suruh snap gambar dia juga. Siap buat rupa ala-ala macho.

"Tengok ni, Abang boleh angkat ni! Abang hebat tau!" kata dia pada Aisyah.


"Mama memang tahu Abang tu hebat sampai boleh angkat benda berat. Aisyah pun hebat sebab masak kek tu Mama. Dua-dua hebat" kata YY pada mereka berdua.

Dua berlalu pergi dengan senyuman bangga. YY sambung balik kerja mengemas lepas tu. Moralnya, bukan senang nak puaskan hati dua-dua anak pada satu-satu masa..

Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk arini. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

P/S - Maaflah buat semua rakan blogger sebab belum berkesempatan membalas kunjungan kalian. Agak kesibukan beberapa hari ni (^_^)

24 comments:

  1. memang nampak gebu kek tu sis..kalerful pulak tu...haruslah semua suka..

    oh yer,kathy ada add sis masuk grup kat FB..kalau rajin ping la entri kat situ yer? boleh add juga rakan blogger yang lain setelah baca T&C. :)

    <a href="https://www.facebook.com/groups/1514474205458692/<b>GMBM</b></a>

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...idaklah colorful pun sangat, dua warna tu aje =)
      ooo, saya ada nampak tadi tu
      tak sempat belek lagi...hehe
      terima kasih for the info ye

      Delete
    2. tak menjadi pulak link kathy ni.. tertinggal simbol..

      GMBM

      Delete
  2. Ni kalau ada alat baking kat rumah mesti lagi hebat ni..jarang2 buat kek pun dah boleh buat yang sedap macam kat kedai..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...secara jujur saya suka sangat buat benda gini
      suami saya yang kata gitu
      orang lain rasa mungkin idaklah sampai ke level gitu =)

      Delete
  3. Wah.. gebu gebas kek tu yani,
    Terliur ah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...cam sponge adik aku kata
      dia katalah, bukan aku kata =)

      Delete
  4. Memang gebu gebas keknya...
    Saya yg tengok gambar pun berkali kali telai ailio...
    sedapnya kalau boleh makan kek sejuk2 macam ni...

    Begitu lah anak2 ni...
    Tak boleh nak beri perhatian pada seorang, semua sekali nak minta perhatian...
    Kita la kena pandai2 bahagikan perhatian agar tiada yg kecil hati :)
    Bagus YY, pandai ambil hati mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ni yang buat saya bertambah kembang hidung ni
      rasa cam nak buat lagi pula...hehe

      betullah kan, baru dua saya dah pening nak bagi perhatian
      kalau bertambah lagi, entah boleh handle ke idak..hehe

      Delete
  5. Wahh bestnya.. sungguh menyeronokkan.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok, bukan selalu dapat peluang =)

      Delete
  6. bukan selalu dapat baking untuk orang tersayang kan kak yana.
    sekali dah buat, susah pulak nak dapat puji..
    ish ish ish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu gee
      lagipun akak tak ada peralatan dekat rumah
      harap rumah mak aje kalau ada hati nak baking tu =)

      Delete
  7. Agaknya YY selepas terima pujian daripada insan-insan tersayang harus tak sepanjang minggu ni baking kek je kerjanya? Hahaha....

    Haruslahkan bila insan-insan tersayang memuji, kita pun rasa macam kena lambung tinggi jek. Sama naik dengan harga RON95 rasanya.... Comel Aisy buatkan tet otat untuk Mamanya. Afif pun apa kurang (Eh, kena puji dua-dua juga manalah tahu mereka buka blog walaupun tak pandai baca lagi tulisan panjang-panjang nih!) Superheroes saya tu, dua-dua lelaki tapi bila bab macam ni, memang kena sama rata juga. Kalau tidak, ada yang kecil hati! Tak cakaplah tapi kita sebagai mak ni memang tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaklah membaking aje, oven tak ada kat rumah!
      tapi kalau ada memang confirm pagi petang, siang malam makan kek aje diorang...hehe

      hehe...rasa lebih dari RON95, naik 20sen je
      kita naik lagi tinggi! kalah gunung everest! hehe
      hehe...rasanya buat masa sekarang diorang tak baca komen ni atau pun entry ni
      mungkin akan tiba masa bila mereka membaca semua yang tercoret di sini
      tapi yelah, kita sebagai mak ni memang kena pandai
      bab gini, kalau ada yang terasa tu susah dibuatnya =)

      Delete
  8. Replies
    1. bukan takat cantik aje tau cikgu =)

      Delete
  9. wah..nampak gebu kek tu,mesti sedap sangat tu mcm kat kedai..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah macam kat kedai
      mungkin ye kot...hehe

      Delete
  10. geram lak tegok kegebusannya . klu ada resepinya lagi bagus yy . ada hati nak try nih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak resipi ke?
      alahai, ni yang malu ni...hehe
      nanti saya cuba terbit satu entry pasal ni ye =)

      Delete
  11. Memang gebu keknya...kompom sedap nyum nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...suami saya kata sedap
      maka memang sedaplah kot =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...