Bahaya Instant Google Street View (^_^)

7:53:00 am Yana Yani 40 Comments

Bahaya Instant Google Street View | Korang tahu tak pasal Instant Google Street View? YY baru dapat tahu dari Angah. Mulanya tak tertarik langsung dengan cerita Angah. Eleh, setakat tengok gambar street, apalah yang best sangat kan?

Tapi bila dia sebut tentang bahaya dan kemudaratan yang boleh diperolehi dari kemudahan ini, YY mula dok gatal tangan mencari benda yang dikatakan oleh Angah. YY pun dengan bersemangat dok search alamat rumah Mak YY dulu. Sekali tu zassss, terpampang gambar rumah Mak sekali dengan kereta Angah dan Abah.

Bahaya Instant Google Street View

Lepas tu YY cari pula rumah sewa YY yang pernah kami sekeluarga diduduki selama tujuh tahun. Rumah tu pun tak berapa jauh dari rumah Mak YY. Sebelah lorong je. Terpampang jelas rumah lama YY. Siap boleh nampak penyidai YY dan segala macam pokok bunga yang ditanam oleh Encik suami.

Nasib baik masa gambar ni diambil bukan time kereta sebelum ni atau sekarang ada. Kalau tidak, lagilah seram YY membayangkan. Tu gambar kereta Abah Encik suami bawa pergi kebun. Hehe!

Bahaya Instant Google Street View

Lepas tu YY cuba pula cari gambar rumah baru YY. Tapi hanya dapat nampak bahagian depan lorong sebab mungkin masa ni rumah tu masih dalam proses pembinaan.

Bahaya Instant Google Street View

Ni kalau orang nak merompak atau berniat tak baik, ambil alamat aje diorang dah tahu mana nak tuju especially bila semua landmark terpampang jelas. Gambar yang korang nampak ni bukan dari kamera cap ayam YY tau! Tapi dari images yang terdapat dalam Instant Google Street View yang boleh diperolehi dengan hanya menaip alamat!

Nampak tak macamana warna dan reka bentuk rumah boleh dilihat dengan jelas. Itu belum cerita lagi property lain yang ada macam contohnya kereta. Jenis dan warna kereta juga boleh jelas kelihatan! Ye betul semua nombor flat kereta yang ada dalam gambar di hide. Begitu juga dengan nama taman atau poskod. But still YY rasa insecure.

Cer bayangkan situasi bila korang hilang IC. Pula tu IC tu jatuh ke tangan mereka yang tak bertanggungjawab. Mereka ni pula tahu pasal kemudahan terbaru Google niKorang rasa apa yang orang yang tak bertanggungjawab tu buat? Ish, seriau dok membayangkan teknologi yang kadang kala boleh mendatangkan kemudaratan kalau ianya disalah guna.

Malahan YY rasa seperti privasi dicabuli. Tapi tu pandangan orang kurang cerdik cam YY lah sebab YY tak nampak keperluan pendedahan secara details rumah seseorang. Terbaca blog Mrs Secretary semalam, dia ada ajar cara-cara nak remove paparan image rumah kita dari kemudahan yang pada YY berbahaya dari pelbagai sudut.

Boleh cari dari entry beliau yang bertajuk Tutorial #2 - Cara Memadamkan Paparan Imej/Gambar Rumah Kita Di Google Street View.
-------------------------------------

Bahaya Instant Google Street View

Hasil kaji selidik, YY boleh rumuskan yang kemudahan ini sudah berada di Malaysia sejak setahun yang lalu. Ia mula dilancarkan di USA pada tahun 2007. Kemudiannya ia menjelajah ke lebih 50 negara seluruh dunia sebelum kemudahan itu sampai ke Malaysia sekitar tahun 2013. Dalam tempoh itu, sedikit demi sedikit images hampir kesemua tempat di Malaysia diupload secara berperingkat menggunakan pelbagai kenderaan. 

Kalau korang nak dapat lebih maklumat mengenai Instant Google Street View ni, korang boleh klik di sini dan di siniKorang juga boleh cuba sendiri fungsi Instant Google Street View, klik sini. Lepas tu nilai sendiri kemudahan terbaru dari Google ni.

Adakah ianya benar-benar berguna?

40 comments:

  1. haah kan.. kite pon memula excited je dok main2 skodeng rumah pakai website ni, sekali bila pikir pasal bole jadi bahaya, terus takutttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...bahaya sungguh kemudahan ni
      ramai kawan saya juga melahirkan pendapat yang serupa

      Delete
  2. dah try search tp x dapat pun! huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu dok kampun mana ni =)
      saya cari kampung saya pun tak ada
      mungkin Google belum sampai tempat cikgu dan kampung saya =)

      Delete
  3. tula tau xpe..senang perompak ke orang nak buat jahat cari umah orang..kawasan umah saya takde lagi..perumahan baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah baru saya pun nampak depan lorong aje
      tak sampai dalam
      tapi nanti dioang akan round lagi bagi seluruh malaysia ada

      Delete
  4. ye..kathy pun dah cek . malam ni nak update tutorial pulak psl ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah mak kathy kat tawau pun tak jumpa lagi. Macam dia fokus kswn taman perumahan sebab ada nama jalan.

      Delete
    2. mungkin belum habis jelajah pun kot kak
      kampung saya pun tak ada juga

      Delete
  5. Okje tau mlm semalam kat blog Jun Aina...tulah terkejut jugak bila imej mmg jelas sungguh, sebijik!......tp bila try type addres rumah sendiri nasib tk dapat di kesan....lega!

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya keta google tu tak sampai lagi rumah OKje =)
      jujurnya, benda ni amat menakutkan

      Delete
  6. KM tau ya.. ni projek member sy punya kwn.. tp bg KM memang bahayala sbb penjahat boleh tahu kedudukan rumah kita kalau dia nak cari huhu.. tp bagus utk posmen nak cari huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ada pro and con
      tapi saya lebih banyak nampak con =)

      Delete
  7. Takutnye dgr yy..lepas ni nk delete ikut yg ms. Apa td antr.jemput ke blog ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang YY pun takut juga RY
      tapi itulah teknologi yang ada zaman sekarang

      Delete
  8. memudahkan penyamun kereta , ah long , ... ngeri lah juga . Tadi kwn sisi bagitau rumah sis duduk ni x masuk dlm tu . cuma jalan masuk taman jer yg ada ... alhamdulillah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kan vee
      mungkin dia belum sampai sepenuhnya kot

      Delete
  9. Mmg bahaya sebenarnya terutama jenis mereka yg suka menyalah. Saya pun berpendapat klu utk kemudahan setiap org, ia lebih kpd keburukan... wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan KK, mungkin ada yang kata ianya kemudahan
      tapi YY tak nampak pun, bahaya adalag
      argh, an old-fashioned lady bagi pendapat...hehe

      Delete
    2. Tp betul tu.. klu ibu bapa yg ada anak remaja perempuan lagilah.. siaplah ahahh, jngn heranlah klu rumah korang selalu kena skodeng dgn budak2 lelaki skrng ni huhu.. :D

      Delete
    3. kan, kita sependapat dalam bab ni
      memang tak nampak kebaikan langsung

      Delete
  10. takut juga ada website maacam gini..

    ReplyDelete
  11. Memang bahaya. Kadang-kadang tu rasa macam pihak yang buat ni, entah2 dia orang sekarang ni dah ada alat yang boleh tengok apa yang kita buat dalam rumah. Hish.. mohon dijauhkanlah.

    Ada gak saya try cari alamat rumah famili saya, tapi macam tak dapat detect je sebab alamat tu umum sangat kut.. so dia keluar gambar bandar yang berdekatan je.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang kata ianya sebagai satu kemudahan
      cuma YY rasa tak perlulah secara details gini
      setiap orang ada ruang privasi sendiri
      cam rasa diceroboh pula

      mungkin menatang tu belum habis jelajah tempat faarihin =)

      Delete
  12. Nasib baik alamat rumah sy pun belum ada gambar... Rasanya dah lama dia ambil gambar tu...
    Kalau kat UK, mmg dah lama boleh tgk rumah sendiri ( eh rumah sewa) dalam google map.... Kadang2 membantu juga especially bila kita nak pegi tempat baru... Nak cari hotel ke, boleh studi jalan awal2 sebelum pegi... Mmg tak sesat lah... Harapnya pengguna kemudahan yg ada utk kebaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye saya sedar gambar tu gambar lama
      tapi ada kemungkinan besar dia akan sentiasa update
      cuma bukan itu point saya, point saya adalah benda ni bahaya
      mungkin boleh pandang dari perspektif berbeza terutama tempat pelancongan
      tapi rumah persendirian? tak nampak kebaikan

      Delete
  13. xrase pn bahaye..bukn update ni setiap hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain orang lain pendapat
      betul dia tak update setiap hari tapi itu bukan point saya
      saya tetap tegaskan yang ianya bahaya sebab orang tahu in details rumah kita
      kalau orang nak buat jahat, dia bukan kisah benda tu berupdate ke tak

      Delete
  14. Anak saudara saya cari alamat rumahnya terus nampak keretanya dan kereta lama saya sekali dalam street view tu. Aduh, entahlah tak tahu lagi apa kebaikan fungsi streetview ni. Gambar pun gambar lama maybe tahun lepas tapi kereta saya tu rasanya tahun sebelum tu dah kena jual. Nak try jugalah cari alamat rumah kat streetview ni, nak tengok apa yang keluar. Kotnyalah kalau ada muka saya tengah dok tengok dari dalam rumah. Hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kan
      sebab maklumat tu didedah terlalu terperinci
      ada yang no rumah jelas terpampang,
      memang semua gambar lama, tapi saya tetap seriau

      hehe...kalau ada pun dia orang ingat hantu gamaknya...hehe

      Delete
  15. di opis sis JM semua guna aplikasi ni cari lokasi rumah sendiri last week..mmg ada bahaya nya...then ada member buat report kepada google then bial check semula pic rumah beliau dh x de..selamat lah..bagi yg tak tahu..mmg kasihan. So boleh guna cara yg YY kongsi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. YY pun baru tahu boleh buang
      agak seriau jugalah memikirkan benda yang pada YY banyak keburukkan =)

      Delete
  16. seriau kan yana.. teknologi semakin canggih tue bagus,, tapi sampai mendatangkan bahaya itu yg tak bagusnya..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, kadang buat kita rasa tak selamat
      betul mungkin kalau pandang satu sudut ianya perlu
      tapi kalau pandang pada sudut lain, bahaya sebenarnya

      Delete
  17. Betul juga.. Tapi yang bagusnya, kalau orang tersesat ke, dia boleh guna. :) Niat asal dia bagus, cuma kalau orang tersalah guna, itu yang tak bagus tu, huhu~

    p/s: Selesai follow sini #100~ ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan dia ada keburukan dan kebaikan di sini
      apapun thanks follow sini ye =)

      Delete
  18. Ok nak try..memg bhya tau...hak privasi kita diceroboh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, terasa bahaya sangat
      tai ada setengah berpendapat sebaliknya

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...