Bulan-Bulan Dalam Kalendar Hijrah (^_^)

7:04:00 am Yana Yani 34 Comments

Ramai di antara kita termasuk YY sendiri yang tidak mempraktikkan penggunaan kalendar Islam dalam kehidupan seharian. Kita lebih terbiasa menggunakan kalendar Masehi

Maka tidak hairanlah kalau ramai di antara kita tidak mengetahui tarikh kelahiran sendiri di dalam kalendar Hijrah. Ini kerana kita lebih terdedah dengan kalendar Masehi

Hari ni YY nak berkongsi sedikit perkongsian mengenai bulan-bulan yang terdapat dalam kalendar Islam atau Hijrah untuk rujukan bersama.

Untuk pengetahuan, tarikh permulaan kalendar Hijrah bermula ketika peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Manakala nama bagi tiap-tiap bulan Arab diambil atau digunakan sebagai bulan Islam setelah Saidina Umar Al-Khattab r.a memberikan pengiktirafan sekaligus merasmikan bulan-bulan tersebut.

Berikut adalah nama-nama dua belas bulan dalam kalendar Hijrah

1. Muharram
Maksud Muharram itu sendiri adalah haram. ALLAH melarang berlakunya sebarang pertumpahan darah atau peperangan pada bulan ini.

Setelah pembukaan Makkah, larangan itu dimansuhkan dan umat Islam boleh melakukan tugasan atau ibadah seharian tanpa terikat kepada larangan berkenaan - Sumber

2. Safar
Perkataan Safar berasal dari perkataan "Shifr" iaitu merujuk kepada kosong.

Penduduk Arab pada ketika itu akan keluar meninggalkan rumah menjadi kosong sama ada untuk berperang atau mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas.

3. Rabiuawal
Ertinya musim bunga. Pada waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan tumbuh cantik menghijau. Rabiuawal adalah permulaan musim bunga.

4. Rabiuakhir
Mempunyai maksud yang sama dengan Rabiuawal, iaitu musim bunga. Pada bulan ini berakhirlah musim bunga

5. Jumadiawal
Perkataan Jumada itu sendiri merujuk kepada kemarau. Pada bulan ini bermulalah musim kemarau atau panas.

6. Jumadiakhir
Mempunyai maksud yang sama dengan Jumadiawal, iaitu musim kemarau. Musim kemarau atau panas akan berakhir pada bulan ini.

7. Rejab
Rejab bermaksud mengagungkan atau membesarkan. Bulan ini juga diharamkan berlakunya peperangan. Ianya dihormati dan pintu Ka'abah dibuka pada bulan ini.

Sejarah mencatatkan bahawa orang Arab akan menyembelih anak unta pertama dari induknya sebagai menghormati bulan Rejab.

Bulan ini juga dikenali sebagai Rajab Al-A'sham dan Rajab al Fard yang bermaksud sunyi atau keseorangan. Ini kerana tiga bulan suci lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab yang terasing di tengah-tengah.

8. Syaaban
Syaaban berasal dari perkataan "sya'bun" yang bermaksud kelompok dan "syu'ba" yang bermaksud berpecah atau berselerak.

Masyarakat Arab pada ketika itu akan keluar secara berpecah atau berselerak mengikut kelompok untuk mencari air atau bekalan makanan setelah terkurung di dalam rumah ketika bulan Rejab.

9. Ramadhan
Ramadhan berasal dari perkataan "ramda" yang bermaksud batu panas. Ia juga membawa maksud terik atau terbakar bagi menceritakan keadaan cuaca pada ketika itu yang panas terik.

Menurut sejarah, kebiasaannya pada bulan ini matahari sangat terik dan cuaca teramat panas di Semenanjung Arab pada ketika itu.

Setelah kemunculaan Rasullullah SAW dan setelah Islam mulai bertapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

10. Syawal
Perkataan Syawal berasal dari dalam bahasa Arab, "syalat" yang bermaksud mengangkat dan dari kata kerja "Tasyawwala" bermaksud sedikit atau berkurangan.

Syawal dinamakan sedemikan kerana unta kekurangan susu pada musim ini kerana kebanyakkan unta betina sedang bunting.

Setelah kedatangan Islam, bulan ini diangkat sebagai bulan peningkatan kebajikan setelah melewati fasa latihan pengendalian diri selama sebulan di bulan Ramadhan.

Ia juga dirai sebagai tanda kemenangan kerana berjaya mengatasi kehendak hawa nafsu sepanjang tempoh sebulan di bulan Ramadhan melalui sambutan hari raya Aidilfitri.

11. Zulkaedah
Zulkaedah berasal dari perkataan "Qa'ada" atau "al-qa'du" yang bermaksud duduk. Ia merujuk kepada penduduk Arab pada zaman itu yang hanya duduk di rumah kerana tidak boleh berperang.

Zulkaedah adalah bulan suci ketiga selain Muharram dan Rejab yang diharamkan berperang. Kebanyakkan orang Arab pada ketika itu mula bersedia untuk menunaikan Haji.

12. Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam kalendar Islam. Ia disebut "Az Zu al-Hijjah" yang bermaksud "yang empunya haji".

Pada zaman sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab ketika itu sibuk mengerjakan Haji. Setelah kedatangan Islam, ibadah Haji masih tetap diteruskan pada bulan ini.

Ia dilakukan pada tarikh 8, 9 dan 10 Zulhijjah. Mereka yang tidak mengerjakan haji pula akan menyambut hari raya Aidiladha.

Sumber: iluvislam.com dan shafiqolbu.wordpress.com

------------------------------------------------

Dikesempatan ini YY nak ucapkan salam awal Muharram buat semua umat Islam yang membaca blog ini. Semoga tahun ini kita mampu berhijrah ke arah yang lebih baik (^_^)

34 comments:

  1. gud sharing kak. :)
    kadang kita terlalu bz dengan hal dunia.
    yang berkaitan agama plak kita terlepas pandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kita saling mengingati
      moga kita sama-sama beroleh keberkatan
      salam maal hijrah =)

      Delete
  2. Wah...info yang menarik utk di kongsi bersama. Ini yg terbaik. Serius,suka. Tq sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...moga beri manfaat buat kita semua ye

      Delete
  3. Saya dilahirkan pada malam 2 syawal...mujur tarikh tu senang nak ingat.

    Selamat tahun baru..semoga lebih ceria n bahagia tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pula 5 syaaban
      saya ingat sebab mak saya selalu dok kata
      tu yang terus terpahat dalam kepala otak =)
      selamat tahun baru, aminnn =)

      Delete
  4. Salam Perkenalan.
    Done follow you #106.
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam Maal Hijrah buat YY sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam maal hijrah buat KK sekeluarga juga =)

      Delete
  6. Salam Maal Hijrah YY....okje pun tak tahu bulan apa okje lahir kalau bulan hijrah....tapi rasanya bulan Safar kot...sebab mak selalu cakap org yg lahir bulan ni keras kepala....ohhh sungguh tak ku percayai langsung walaupun sikit ada juga kerassss ....haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...yeke OKje?
      orang dulu tak berapa nak suka bulan safar
      diorang kata tu bulan sial
      sekarang aje yang tak gitu kan =)

      Delete
  7. kumpulan raiahna kalau tak silap yang nyanyi lagu tu
    setakat nama bulan mungkin ramai hafal
    tapi sejarah disebalik nama bulan yang orang kurang tahu =)

    ReplyDelete
  8. salam maal hijrah kak yana..
    saya dah belek2 & kaji tarikh kelahiran saya dlm bulan Islam.
    saya lahir pada bulan Disember yakni pada ketika itu adalah bulan Jamadilawal dlm kalendar Hijrah.
    =)

    ReplyDelete
  9. Masa sekolah agama dulu, jenuh juga terjerit terpekik menghafal kalendar Islam. Berlagu-lagu bila menghafalnya. Saya pun terlupa tarikh lahir saya dalam kalendar Hijrah. Teruk betullah. Itu patutnya yang diingat selalu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan
      samalah kita pun, saya pun ingat juga zaman tu
      saya ni kalau tak sebab mak yang ingatkan, lupa juga =)

      Delete
  10. Nice sharing...selalunya ingat awal muharam, ramadhan dan syawal jer.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah entry yg bermanfaat

    ReplyDelete
  12. Teringat cite P.Ramlee pulak bila sebut Muharram & Safar ni:)

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...