Menegur Sebagai Seorang Blogger (^_^)
Image from ezzahislam.com |
Ada orang menggunakan pendekatan menegur blogger lain especially newbies melalui entry. YY rasa tak betul cara tu. YY rasa message yang cuba disampaikan tu tak delivered.
YY nak cerita pengalaman yang YY lalui sendiri ketika mula-mula terjebak dalam bidang ni. Dulu YY menulis menggunakan ayat ringkas atau bahasa SMS.
Tak tahu benda tu salah sebenarnya pun. Nak dijadikan cerita, dulu YY followed satu blog dan tak lama lepas tu dia tulis satu entry yang berapi.
Dia mengutuk atau mungkin menegur tentang penulisan mengunakan ayat ringkas atau bahasa SMS. YY pula time tu hanya jadi silent reader aje. Tak rajin tinggal komen.
Korang tahu tak yang entry tu sebenarnya ditujukan pada YY? Tak tahu? YY pun tak tahu mulanya. Time tu terfikir juga, "Dia ni kata YY ke?"
Tapi bila YY baca balik apa yang YY tulis, YY boleh faham segala ayat ringkas yang YY gunakan. So time tu YY memang tak rasa dia sedang menegur YY.
Bodoh sungguh rasanya YY time tu. Memanglah YY faham. Sebab YY yang tulis benda tu! Sekarang tengok balik entry mula-mula dulu, rasa malu sungguh! Hehe!
Dah beberapa lama lepas entry berapi dia tentang bahasa SMS, barulah YY terperasan dia sebenarnya menegur YY sebab masa tu YY terbaca mengenai bahasa SMS ni perosak bahasa.
Barulah lepas tu segalanya terang dan nyata. Awatlah YY boleh tak tahu dia sebenarnya sedang menyampaikan message pada YY.
Mujur juga time tu YY tak tinggalkan komen, idak lagi berganda malu. Cuma YY rasa ralat juga dengan si penulis. I wish the person had told me earlier.
YY tahu niat si penulis sebenarnya baik tapi bukankah lebih baik tinggalkan sedikit komen walau hanya sebaris ayat untuk menegur. YY boleh berubah.
Tak adalah YY berterusan melakukan kesalahan yang sebenarnya tanpa YY sedari.
Pada YY, mereka yang menulis dan empunya blog ni macam sesorang yang sedang berdiri di depan cermin. Dia hanya nampak cantik di bahagian depan.
Pembaca blog pula adalah orang yang berada di belakang orang yang berdiri di depan cermin tadi. So segala cacat dan buruk sesuatu blog tu, koranglah yang perasan. Apa salahnya menegur?
Macam word verfication, iklan lucah, gajet menyemak, tulisan tak jelas atau sebagainya. Semua tu si empunya blog tak tahu kalau tak ada yang menegur.
YY sendiri menggunakan pendekatan menegur bila singgah mana-mana blog dan terperasan something yang yang tak betul. YY tahu empunya blog tak menyedari.
YY jujur menegur. Empunya blog terima ke tak terima teguran tu, belakang cerita. YY tak mahu diorang melalui apa yang pernah YY lalui. Biar tegur sekarang!
Kalau kita boleh menulis entry sikit punya panjang pasal benda tu, awatlah tak luangkan sedikit masa tinggalkan komen bagitau masalah yang korang hadapi. Kan senang, betul tak?
Kalau nak tulis entry pun, biarlah secara general. Tak payah sebut apa-apa yang boleh buat orang terasa. Kadang ayat yang kita tulis akan difahami dengan cara lain oleh pembaca.
Mulai hari ni, mari kita sama-sama berubah dan mengambil pendekatan berbeza. Berilah teguran dengan niat mendidik rakan blogger yang lain melalui komen yang kita tinggalkan.
Sentiasa bersangka baik dengan orang yang kita tegur atau yang menegur. Bila elok cara teguran kita, Insya ALLAH teguran tu akan diterima.
Ingatlah juga satu perkara yang ilmu yang kita perolehi dalam dunia blogger ni, tak salahnya dikongsikan kepada blogger yang lain.
P/S - People make mistakes. Nobody's perfect (^_^)
kalau ada ada apa2 yg kurang di blog sis JM tu tegur je...sis boleh je teria teguran..blog tu more improve bilaada yg tegur..sbb diri sendiri mmg x perasan
ReplyDeletetulah yang saya cuba sampaikan
Deletesebab kita sendiri tak akan perasan
Sebenarnya dalam kehidupan banyak juga kejadian sebegitu. Jika tak berpuas hati dgn seseorang mengapa tidak tegur secara berdepan? Kadangkala kita suka menghakimi dan menghukum org lain tanpa beri peluang pihak tersebut membela diri. Takkah itu pnganiayaan nmnya?
ReplyDeleteBlog kathy juga prnah di kutuk secara pedas. Ml² sentap jg tapi kini kathy sedar itu untuk kebaikan juga.
Entri yg ssngat² baik.suka sgt²..
tulah kan
Deletesebab saya secara personalnya berpendapat tak betul
lagipun dalam islam nak menegur bukan tujuan untuk memalukan
kena sorok-sorok, biar orang tu paham dan tak rasa malu
tu aje maksud saya, harap paham =)
Ye..tegurlah secara berhemah kan sis? Kathy pun jika ada salah silap tegur ye sis? Hehe..just PM kat fb or SMS. hehe.
Deleteidaklah, akak tak buat dosa pun kat saya
Deleteakaklah orang yang banyak tegur saya selama ni
idak memang tak tahu
terima kasih bebanyak ye kak =)
saya kebanyakkan kalau isu tu boleh jadikan panduan untuk orang lain saya suka jugak buat entri.. bermakna untuk peringata semua biar tercetus dari seseorang. Saya biasa akan komen terus pada blogger tu sebelum buat entri tapi bukan nak point blogger tu je.. saya pun pernah terasa di tegur dalam entri org lain.. bukan satu dua.. malah rasa banyak masa mula2 berblog. kat situ la saya banyak belajar pasal blog.. dunia blog ni nak boleh nak cakap apa.. sapa2 boleh menulis pasal apa2 pun. sy pernah tulis yg sebenarnya tak maksudkan orang tu tapi maybe dia buat so dia terasa sampai hari ni dah tak nak bertegur sapa even dah minta maaf & jelaskan keadaan sebenar. Bila jadi benda2 camtu saya rasa kalau terlalu pedulikan sangat orang terasa kita dah takde kebebasan nak menulis.. kita tak point sipolan.. tapi dia terasa jadi nak tulis apa kalau tak nak bagi takde orang langsung akan terasa? macam entri ni tak mustahil ada yg akan terasa.. so, dalam menulis blog saya tengok ramai yang sarcasm. bermakna tegur tanpa point terus pada satu pihak. Jadi benda tu normal
ReplyDeletehehe...jujurnya saya suka dan respect kejujuran cik lekit
Deletesaya pernah terbaca apabila kita menulis atas dasar freedom of speech
tapi sebenarnya mengatakan orang yang boleh terguris
itu bukan freedom of speech, tapi hate speech
tapi betullah, kadang kita tak maksudkan bila menulis
cuma maksud saya the way orang interpreted message tu berbeza
yang ni faham putih, yang ni faham hitam, tu aje
apapun terima kasih kerana memberikan pendapat
saya hargainya =)
Nobody perfect..terima teguran dengan hati terbuka.ssya lebih selesa kalo pm kat fb atau email
ReplyDeletebetullah tu
Deletelagipun dalam islam
teguran memang perlu dilakukan dalam keadaan tertutup =)
ha'ah kan, tapi setakat yg saya berblog selalu blogger akan tegur kat kotak komen.
ReplyDeletetakde lagi kes saya baca tuju macam pada saya.
lagipun, macam tak matang nak main tuju-tuju ni.
mungkin sengaja kot, sebab takde idea nak tulis entri..
hehehe..
hehe...comel kamu ni bagi komen gee
Deletebukan sebab tak matang, cuma mungkin itu adalah cara yang betul
tapi sebenarnya setiap manusia itu berbeza
orang ni paham lain, orang ni paham lain
cuma pada akak tak molek kalau berterusan gitu
tak fix purpose, pada akak lah =)
Setuju..tegur biarlah berhemah... :-)
ReplyDeletehehe...kan
Deletekalau kata secara general, orang tak paham
Semoga kita semua dapat menerima teguran dengan hati terbuka. Saya setuju dengan YY, kalau nak tegur seseorang itu lebih baik terus inform di kotak komen dalam blog dia dari buat entri yang konon2nya tak tuju pun dekat dia tapi niat sebenarnya memang nak tuju sungguh dekat dia.
ReplyDeleteitulah yang cuba disampaikan
Deletesebab kadang mungkin dia bagi tahu benda tu memang salah
tapi bila dia luahkan, orang salah paham
lagipun setiap orang membaca dengan nada yang berbeza
kita tak boleh buat orang paham macam apa yang kita paham
kadang tu yang penyebab salah paham
itu proses untuk kita jadi lebih baik... ^_^
ReplyDeleteyup, mungkin betul
DeleteKalau nak tegur lebih baik private mesej je dgn cara yg sebaiknya. Tp klu nak terbitkan entri, adalah lebih baik ia dibuat dlm unsur nasihat secara general utk kebaikan semua sbb ramai juga yg guna ejaan2 mcm tu. Tak ada salahnya pun sbb tu hak masing2 walaupun ia dari segi teknikal merugikan & tak melatih utk menyokong bahasa kebangsaan budaya sendiri. Tp kalau terbitkan artikel berapi pun, itu bukan budaya kita walaupun penulisannya menggunakan ayat lengkap... wallahualam..
ReplyDeleteterima kasih kerana melahirkan pendapat
Deletebetul juga kan KK
macam saya kena dulu tu, dia memang sebut yang orang tu baru follower dia
dia tak akan follow sebab guna bahasa yang dia tak paham
bezanya saya tak paham dari awal, tu aje =)
Huhu ada je blogger yang tegur setepek kena batang hidung KM tapi KM tau dia tuju secara genaral dan kebetulan kena batang hidung KM cuma mungkin gaya bahasa dan cara penyampaian tu ada yg menyentapkan hati blogger lain. KM faham tak semua orang boleh terima tapi kalau asyik terasa, sampai bila la tak merasakan dan akan lakukan kesilapan yang sama. Ada sorang blogger tegur secara genaral di entry dan tak tuju pada sesiapa, ia tak jadi issue kot sebab ramai yang buat kesilapan yang ditegur tu. Tapi ada pula si polan yang sentap dan up entry mengatakan blogger tu perli dia. Kat sini kena jadi bijak sikit. Diam2 sudah. Daripada orang tak tau, terus jadi tau yang dia tersentap. Tak salah jadikan teguran sebagai panduan dan pelajaran kan?
ReplyDeletePart blogger yang menegur pula, nak menegur kena cara berhemah sebab tak semua orang boleh terima cara penyampaian kita. Takut di pengakhiran jadi gaduh pula. KM suka cara teguran yang soft tapi terkesan kat hati dan secara tak langsung terus berubah. Bukan dengan bahasa kasar, perli memerli yang boleh jadi orang lain akan simpan dendam. Bahaya tu tau haha.
p/s : point kat sini setuju dengan YY. Ada benda klu nak tegur boleh direct to komen tapi kalau rasa ianya general boleh up entry supaya semua alert perkara tu. ~sekadar pandangan~ peace yo! (^^,)
panjang KM komen arini =)
Deletebetullah tu, sebab sebenarnya manusia ni berbeza secara lahirnya
itu yang menjadikan setiap di antara kita unik
kalau tanya dekat saya, saya memang kategori mudah sentap
orang kata saya tak tahan sakit pun saya mula menangis
tak salah mengakui diri sentap cuma tak perlulah panjangkan isu
apa yang jadi pada saya pun dah lama
saya pun dah boleh bertegur sapa dengan blogger yang dimaksudkan
sebab saya jenis marah arini, besok sejuk
lagipun saya paham apa yang cuba disampaikan
cuma tak kena gaya aje, kalau dia kata saya menulis SMS tu salah
cer tegur, "dik, tak elok buat tulisan gini, tak paham"
kan senang gitu, tapi yelah, mungkin lebih senang menulis entry
bagi tahu yang dia tak suka cara gitu =)
hehe...tu namanya manusia kan
ReplyDeleteapapun kita belajar dari pengalaman =)
You tegurlah I, tegurlah... I tak marah pun (I kejar dengan sudip jek nanti... takkan takut kot!)
ReplyDeleteAlah, biasa dah kot benda macam ni. Saya ni belum pernah ditegur lagi secara terus-terang mahupun secara gelap. Betul kata YY, kita kadang tulis dah macam orang syok sendiri. Orang suka ke tidak, kita tak tahu kecuali ada yang menegur. Dan kalau nak menegur pun biarlah kena gaya. Tengok dulu si penulis tu camna. Kalau jenis memang nak berperang je kerjanya, ditegur membuta-tuli, memang bergaduhlah gamaknya. Acapkali juga membaca kisah sebegini bila si dia ditegur dan naik marah dek kerana sampai buat entri bagai. Entahlah YY. Tapi yang eloknya haruslah nak tegur si pesalah laku dulu. Tengoklah macamana reaksinya. Kalau jenis yang berang tak leh terima teguran, lupakan ajelah. Tak payah nak susah hati dengan stylenya. Kalau jenis yang terima teguran (cam kita-kita ni...chewah) okeylah. Kesan simpan dalam hati je pun takda nak dok bombard balik tak tentu hala mengamuk.
Kita ni new bloggers kena banyak belajar. Bukan mudah nak senangkan hati semua orang walaupun itu bukan perkara wajib ^__^
tulah kan, manalah tahu salah ke betul ke
Deletesebab tu medium menegur tu biarlah betul
kalau tak orang tak paham dan berterusan buat salah
sebab tu kalau salah, tegurlah dalam cara kita ingin ditegur
senang! habis cerita
kita newbies memang banyak perlu belajar
kalau tak kita sesat jalan =)
:)
ReplyDeletejujurnya, saya pun pernah rasa macam tu. mungkin senior blogger ambil pendekatan buatkan satu entry untuk menegur newbie cara berblog dengan betul, ditujukan kepada umum. jika kena dengan gaya tulisan dia, mungkin kita boleh terima teguran dia. tapi bila ada sesetengah senior blogger yang menggunakan ayat2 yang agak kasar, kita takleh nak terima teguran dia.
nak menegur ada caranya, bila digunakan ayat2 yang kurang menyenangkan, macam mana orang nak terima teguran tu kan? sebagai contoh orang nak berdakwah. kita dah respect dengan tingginya pengetahuan agama dia. tapi bila dia berkata2, penuh dengan ayat sinis, kata2 yang mungkin boleh menjatuhkan semangat seseorang yang dah elok nak berubah.
kaedah penyampaiannya tu yang tak betul. nak menegur tak salah, tapi ada cara2 nya.
btw, sy follow sini. :)
salam kenal.
komen hak ni paling win! =)
Deletekita dah dalam perahu yang sama dah ni. apa yang farhana rasa YY pun rasa
sebab bukan apa tau, kadang tu rasa macam tak wajar
pastu message tu macam tak delivered
mana nak tahu dia nak suruh kita berubah ke, dia maksudkan orang lain ke
macam tak jelas, so bila dia menegur menggunakan medium yang betul,
barulah orang boleh nampak, idaklah berterusan buat salah
apapun terima kasih kerana singgah sini =)
Ah sudah.....hihi...dulu bolehlah yer tengok jer org tulis entri berapi la ni meh.....ai pun nak tulis entri berapi jugak haha.....
ReplyDeleteGitulah ragam manusia YY.
Setuju oleh kerana okje ni pun kekadang lurus bendul okje pun lebih suka kalau org tegur direct, bukan secara menyindir.... nak berubah ke tidak tu hak kita...
Tak pe lets bygones be bygones eh???? Hihi
....
hehe...idaklah sampai gitu OKje
Deleteorang baling api, tak akan kita baling api juga
tu yang buat jadi panjang citenya
cuma kat sini saya nak sampaikan menegur melalui entry walaupun dikatakan
secara general, tak kena gayanya
orang tak paham dan mungkin mengakibatkan perbalahan
halamak, OKje cakap omputih ler! =)
Belum lagi sampai terbit entri nak menegur blogger... selalunya lebih suka komen direct jer dan saya pun bagus sgt nak menegur orang tapi kadang2 tu rasa mcm tak bertanggungjawab utk membiarkan... Jika orang lain tegur saya, saya pun anggap perkara yg serupa juga...
ReplyDeleteAntara tanggungjawab dan menjaga hati, mana satu nak diutamakan? Masing2 tau jawapannya...
Bersangka baik sudahlah...
Sama2lah kita saling tegur menegur untuk menjadi lebih baik....
tulah kan, lebih elok bersangka baik
Deletepada saya depend pada keadaan tapi antara dua tu
memang buat kita stuck, pilihan terletak pada kita =)
betul tu jika kita ditegur dgn baik,mudah la kita nak terima,jika ditulis entri dlm blog, mungkin nak berapi juga dibuatnya..akak juga beberapa kali pernah dihentam dlm entri seseorg dulu, tp buat taktau je..mungkin salah akak dulu, jadi buka buku baru, ye manusia itu tidak sempurna, selagi kita bernama manusia kita tidak sempurna,tp kita perlu berusaha utk mencari kesempurnaan.
ReplyDeletepada saya menulis dalam entry tu cam tak kena gaya
Deletelebih elok komen terus melalui ruang komen
bila macam tu empunya lebih paham
berbanding entry yang buat semua orang rasa tersindir
Betul tue yana.. tak perlu la up en3 sindir menyindir nie..kan lebih baik straight to the point jer...kalau takut kwn terasa try pm dan tegur elok2.. pasti kwn kita tue boleh terima kalau tegur cara baik kan.. =D
ReplyDeletetulah kan, bukan molek sangat buat entry ni
Deleteterus tegur aje lagi senang
kadang message tu tak sampai
tegurlah secara umum jika guna medan blog... guna ayat yg lmbt bukan menghentam...
ReplyDeleteye, setuju sangat!
Deletekadang the way orang interpreted tu mungkin berbeza
sis dah banyak kena tegur . ada yg direct , ada yg menyindir , ada yg berkias , ada juga yang menguji pengetahuan kita . rasa marah , terkilan tu mmg ada sbb bagi sis ada byk cara nak menegur . tapi biarlah bersopan . kita kan org Islam . syukurnya sbb x direct publish . so sisi blh delete klu komen tu menyakitkan hati ... cuma sis jer yg tahu blogger mana yg komen lagu tu ... adat berkawan , mmg begitu ... kena berlapang dada sebenarnya .
ReplyDeletekalau ditegur melalui ruangan komen lebih better
Deletemacam vee katalah kan, tak suka boleh delete
tapi kalau yang menggunakan entry tu yang tak berapa wajar
sebab ianya tak delivered walaupun sering ditegaskan secara general
bila macam tu orang tak tahu sape, dia mungkin pikir orang lain
camtulah yang saya cuba maksudkan
Betul tuh menegur tuh biar terang sekurang kurangnya kita tahu kesalahan kita kan
ReplyDeletetulah kan, tegur secara berkias
Deletemanalah orang nak paham
lagi create lots of problem adalah