Ibadah Korban Di Masjid Jamiul-Ridwan, Kapar (^_^)
Sejak berkahwin dengan Encik suami, memang setiap tahun YY tak pernah terlepas menyaksikan ibadah korban yang dilakukan di Masjid Jamiul-Ridwan, Kg Sungai Serdang, Kapar.Menambahkan keistimewaan berbanding tahun sebelum ni, Abang Encik suami turut menyertai ibadah korban dengan mengambil satu dari tujuh bahagian seekor lembu.
Di sini harga bagi satu bahagian lembu untuk dikorbankan adalah RM500. Agak murah berbanding tempat lain yang adakalanya mencecah hampir RM700 bagi satu bahagian.
Tahun ini ada sembilan ekor lembu terlibat dalam ibadah korban di masjid yang terletak tak berapa jauh dari rumah parent in law YY. Tapi kalau kira satu kampung, hampir 20 ekor lembu.
Macam biasa tiap kali hari raya, YY sekeluarga akan memakai pakaian yang agak lain sikit berbanding hari lain bagi mendapatkan sedikit pahala sunat.
Kami pakai baju yang sama seperti hari raya puasa baru ni. Cuma agak pelik dengan mata-mata yang memandang kami seolah-olah mereka pandang alien.
Tapi rupanya mereka pandang macam tu disebabkan warna pakaian yang kami pakai. Siap ada yang perli, "Patutlah lembu tak tenteram, korang pakai warna merah rupanya!"
Encik suami ajak balik tukar baju walau YY dok sibuk yakinkan dia yang lembu rabun warna. Mujur juga rumah parent in law YY dekat. Jalan kaki pun tak sempat nak berpeluh (^_^)
Masa kami sampai untuk kali kedua, orang yang ada di masjid sedang mencuba menjatuhkan seekor lembu. Azab juga nampak mereka berusaha menarik.
Untuk beberapa ketika mereka berusaha menjatuhkan lembu terbabit yang paling susah berbanding yang lain. Mungkin sebab dia yang terakhir.
Akhirnya, lembu terbabit berjaya dijatuhkan. Terdengar beberapa orang kanak-kanak yang turut berada di situ bersorak selepas lembu itu berjaya dijatuhkan.
Ketika tu langit sudah mula menunjukkan tanda-tanda seperti mahu hujan. Tak lama lepas tu YY dapat merasakan titik hujan jatuh mengenai pipi.
Tapi orang yang berada di perkarangan masjid sedikit pun tak berganjak termasuklah anak-anak YY dan sepupu mereka yang begitu seronok menyaksikan benda yang bukan selalu boleh dilihat ni.
YY alihkan sedikit pandangan mata bila lembu terbabit sudah dalam keadaan sedia untuk disembelih. Terdengar bunyi dengusan yang agak kuat tak lama selepas tu.
Bila YY toleh, lembu tu dah selamat disembelih.
Lembu-lembu tu dibiarkan untuk seketika sebelum daging mereka dilapah dan diagihkan untuk mereka yang layak di Kampung Sungai Serdang, Kapar, Klang ni.
Masa diorang melapah daging, YY tak tengok. Tak tahan pula dengan bahu hanyir darah. Kebetulan Encik suami pun ajak balik. Apa lagi, macam orang mengantuk disorong bantallah kan (^_^)
Sampai dekat rumah pula, tengok yang tinggal hanyalah anak dara cilik. Abang masing-masing semua masih lagi berada di masjid. Kesian diorang kena tinggal. Hehe!
Maka sempurna sudahlah ibadah korban yang dilakukan di Masjid Jamiul-Ridwan ni. Diharap mereka yang terlibat dalam menyertai ibadah korban ni akan peroleh kebaikan dari-NYA.
Tak lupa juga buat seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Raya Aidiladha (^_^)
Oh ya. Sebelum YY nak tutup cerita, YY nak tayang dulu satu gambar yang terdapat di salah satu lorong yang terdapat di kampung Encik suami ni.
Semangat sayangkan MALAYSIA tu sebenarnya wujud di segenap pelusuk Malaysia (^_^)
#FreePalestine #PrayForMH370 #Malaysiaku |
Saya ingatkan lembu dan merah itu sekadar mitos.
ReplyDeleteRupanya, betul ke lembu-lembu pantang tengok kaler merah??
memang mitos pun
Deletelembu rabun warnalah, dia tak kenal pun warna apa tu
tapi orang yang bercakap tu saja nyakat =)
salam aidil adha . nasib baik lembu ditambat . klu tidak , habis dah jadi sasaran tu ... heh heh . saya x sampai hati tgk binatang kena sembelih . membayangkan pun dah x sanggup .
ReplyDeletehehe...memang kena tambat
Deletekalau tak jenuh nak kejar! mau lari tak cukup tanah
saya juga sebenarnya tak sanggup
sebab tu alih muka bila dia disembelih
Saya pun bila raya haji pakai baju untuk raya puasa. Ke memang kebanyakan orang tak buat gitu ke? Sebut pasal acara korban ni, saya sedikit seriau. Saya tak pernah pergi tengok sebab takut. Saya rasa kalau saya ada kat situ, lembu tak meragam, saya pulak yang lebih-lebih mengada nak minta tumbuk dek suami!
ReplyDeletePagi raya kali ni Abang ada juga cakap kat Daddynya nak tengok lembu kena korban. Malangnya tak dapat sebab Daddy laju je balik ke rumah dan si Abang tak nampak pun lembu ada berikat kat masjid (kata anak saudara sayalah...)
kalau dekat malaysia bila kita buat gitu memang orang pelik
Deletemungkin diroang tak sedar ada pahala sunat kalau pakai cantik sikit =)
saya hanya ngeri part dia nak kena sembelih aje
lepas tu okay dah =)
rugilah adik dengan abang tak dapat tengok
sekali sekala cer bawa, mesti diroang excited =)
akak tak boleh tgk org sembelih lembu / kambing/..ayam pun tak tak boleh..rasa ngeri..rasa kesain...so dok jauh2 ja la..
ReplyDeletepsstt..akak tak pernah buat 2 entri sehari...ari ni cuba2 buat..godek2 first entri pasal denggi dah hilang..sbnrnya dok godek2 tak bg entri tu bersambung..haha gambar denggi tu pun takde dh dlm folder...
hehe...saya pun gitu juga
Deletemau tak lalu makan kalau nampak =)
ooo ye ke? patutlah dah tak ada =)
Alhamdulillah.. semoga semuanya beroleh keberkatan Allah swt.. aamiin. Salam Aidiladha buat YY sekeluarga.. :)
ReplyDeletesalam aidiladha KK
DeleteSemoga ibadah korban anda & suami diterima Allah SWT. Salam Aidil Adha buat YY sekeluarga.
ReplyDeleteMemang lembu sukakan warna merah sebab dalam aksi lembu di Sepanyol tu kan Matadornya guna kain merah utk tarik perhatian lembu..
bukan saya punya korban BM, abang ipar saya yang buat korban tu
Deletetak BM, itu hanya mitos. lembu rabun warna
apa sahaja color yang ditunjukkan oleh matador, dia akan serang
kalau kain itu digerakkan
boleh baca dekat Discovery
assalamualaikum yana...seronoknya tengok ibadah korban ni kan...:)
ReplyDeletewalaikumsalam wbt kak
Deletememang seronok sangat especially bebudak lah =)
pastu YY x sempat lah dpt daging korban tu
ReplyDeletedapat juga.
Deletemasjid tu edarkan dari rumah ke rumah =)
Salam Aidiladha sis :)
ReplyDeletesalam aidiladha =)
DeleteBeruntungnya dapat tengok orang lakukan ibadah korban ni.. saya sampai sekarang belum berkesempatan lagi nak tengok. Sebab tak pernah nak ikut emak ayah pi ke tempat ibadah korban tu. Rugi plak rasa.. =___=
ReplyDeleteYY pergi aje tapi sejak berkahwinlah
Deletesebelum tu pun memang tak pernah =)
Salam aidiladha YY...
ReplyDeleteBudak2 lelaki mmg suka sgt tgk org lapah lembu... Kesian gegirl menunggu kat rumah jer :)
salam aidiladha NB
Deleteha'a, diorang lebih teruja berbanding perempuan
saya bawa juga anak dara tengok tapi dia asyik kata takut
tu yang bawa balik =)
boleh lagi ke nak wish...eh kira boleh la.. Selamat Hari Raya Aidiladha yana.. amboi color baju patut la lembu takut..hehehe
ReplyDeletedalam bulan zulhijjah lagi, kira bolehlah =)
Deleteselamat hari raya aidiladha juga buat farah sekeluarga ye
hehe...terang kan color dia =)
Ooo... kat tempat in-law nie dia tak gali lubang kan... dia sembelih kat atas simen jer... merata la darah cam tu kan.... hehehe... merah sangat la mak ngahhh... :D
ReplyDeleteidak, sebab dia punya sistem gitu...hehe
Deletetapi darah akan menaglir dekat longkong yang ada dekat situ
hehe...memang merah sangat! =)
Wah meriah sambutan raya korban..budak budak seronoklah
ReplyDeletetulah pasalnya
Deletelagi dapat peluang nengok lembu kena sembelih
bertambah lah seronok =)