Part II: Ke Penang Lagi (^_^)
Hari ni kita sambung lagi cerita pasal kami sekeluarga ke Pulau Pinang lagi untuk kali kedua. Tapi kali ni pergi pun sebab nak menghantar sepupu kami yang berjodoh dengan orang Penang.Paling best juga, hari tu adalah YY dah boleh nak manja-manja dengan semua yang YY sayang! Tapi Mak YY bila YY dekat dia kata, "Eh ni aku gatal-gatal ni sebab ko ke?"
Sabar ajelah! Boleh tahan paranoid juga Mak YY ni tau! (^_^)
Anyway hari tu kami dikhabarkan adalah majlis persandingan walau sebenarnya YY tak nampak pelamin. Mungkin ianya hanya diadakan secara tutup. Tidaklah YY tahu.
Sementara menunggu pihak pengantin bersedia, macam biasalah kami pun berposing. Semua tempat jadi aje. Dah namanya pun hantu posing kan. Hehe!
Cer tengok gambar bawah ni. Perhatikan YY dan Abah. Kami sedang sedaya upaya cuba cover perut masing-masing yang macam orang mengandung walau tak mengandung,
Gambar ni membuktikan bahawa apa yang kami lakukan itu adalah sia-sia. Hehe! Afif pula YY pun tak tahu awat dia menandah tangan gitu. Bersyukur sebab YY boleh duduk sebelah dia gamaknya.
Bawah ni pula adalah gambar YY dan Annur, empunya telefon canggih yang dok snap gambar kami selama kami di sini. Kalau idak memang tak adalah cerita ni dalam blog.
Dia ni dalam senarai adik beradik dok hak yang ke lima. Atas pada Anis. Tapi kan, sekali pandang macam YY adik pada dia kan? Hehe! Perasan!
Bawah ni pula adalah lovely couple of that day. Mak dan Abah YY yang dipaksa berjemur di bawah panas terik. Senyum pun tak boleh dikuntumkan kecuali mata yang terkedip. Hehe! Jahat kami ni!
Bawah ni pula adalah dua permata hati yang paling dirindui sepanjang tempoh bertapa! Tak tahu macamana nak gambarkan perasan bila dah lama tak jumpa lepas tu jumpa.
YY tak boleh lupa respond pertama Afif dan Aisyah bila nampak YY berada di depan pintu. Tak boleh lupa moment tu bila masing-masing dok terjerit, "Mama!"
Oh ya MummyDearie! Bukan anak bujang awak aje yang tak suka pakai kasut tau. Anak bujang YY juga yang lebih selesa berselipar jepun walau kasut ada. Leceh kata dia (^_^)
Bawah ni kami dah bersedia nak iring pengantin! Annor dan Abah aje yang tak ada dalam gambar. Dari kiri sekali Anis, Angah, Mak, Encik suami, Aisyah, YY dan Syafie.
Depan sekali tu Afif yang juga terlebih excited.
Masa nak ambil gambar pengantin, baru YY tahu yang telefon canggih Annor boleh tukar macamana cara nak ambil. Maksudnya nak terang ke, blur ke, suka hatilah!
Selama ni dok kutuk kata telefon canggih dia snap gambar tak cantik. Hehe! Mana nak tahu! Kamera cap ayam YY tak ada function gitu. Ke YY yang tak tahu? (^_^)
Gambar dekat bawah ni macam snap guna kamera cap ayam YY tapi sebenarnya telefon canggih Annor. Cis, kenapa tak guna dari mula? Dia kata old-fashioned kalau terang gitu.
Tengok gambar atas ni tadi kan, teringat YY pula yang kena arak. Dah lah warna tema hampir sama macam YY sanding dulu. Terasa macam baru semalam aje rasa best bersanding tu! Hehe!
Meh YY nak tayang sikit gambar YY dan Encik suami masa bersanding hampir tujuh tahun yang lalu. Macam tak sangka dah nak menginjak ke usia tujuh tahun usia perkahwinan kami (^_^)
Muka suci murni aje masa tu. Sekarang aje dah kurang sikit kesucian tu. Hehe! Apapun YY sentiasa berdoa ikatan yang dibina atas nama cinta ni berkekalan hingga ke Jannah! Amin
Dah, meh kita sambung balik pasal perkahwinan sepupu YY, Udin dan pasangan dia.
Bawah ni pula adalah parent pengantin perempuan. Seriously YY tak ingat langsung nama pengantin perempuan. Panjang sangat untuk memori YY simpan (^_^)
Bunga telur ni pula dah berapa tangan pegang sebelum ianya sampai pada Encik suami. Masing-masing tak larat nak pegang. Berat kata mereka.
Eh tu aje ke gambar masa majlis Udin? Yelah, itu aje! Kami tak lama masa ni sebab kami cadang nak round mana yang sempat dekat Penang ni.
Ke mana kami pergi? YY cerita next entry ye. Till then kenalah tunggggguuuu! (^_^)
Ada sambungan lagi??? Buat jelah entri panjang lebar, baru sedap menongkat dagu membaca ^__^
ReplyDeleteYY, saya baru je nak kata 'cantiknya pengantin perempuan' tetiba ada statement itu gambar pengantin tuan empunya blog 7 tahun lepas! Aduh, ingat nak simpan je pujian tapi terlepas juga hah.... Masa kahwin muka YY berisi sikit ek tapi cun.... Lepas kahwin lagi kurus nape? Tak dapat makan sedap semua en suami yang rembat eh.... *__*
Itulah pasal, budak-budak ni. Ikut suka apa mereka nak pakai. Saya dah 4,5 kali beli kasut untuk Abang tapi tak satu pun dipakainya. Rimas. Sama juga dengan Adik. Pagi ni Adik ada photoshoot tetiba nak kasut, satu pun takda. Hentam saja pakailah sandal yang ada! Nasiblah ...
ye harus! manalah boleh sekali harung, bosan pula orang baca...hehe
Deletesape? YY ke yang nak dikatakan cantik tu?
waaaaaa! terjerit YY dalam hati ni walau opis tengah sunyi sebab lunch =)
betul memang gemuk sikit time tu tapi sebenarnya berat badan sama aje
mak kata, lemak kena sedut sampai jadi gitu...hehe
makan tu makan, tapi sibuk lebih bila kahwin ni kan, tu yang mungkin jadi gitu gamaknya
samalah kita MD wei, afif tu dibelikan mahal camne pun
dia tetap pilih selipar jepun
beza dengan aisyah yang tak mahu langsung pakai selipar
pergi kedai pun nak melaram dengan kasut
handpon canggih tu handpon apa?
ReplyDeletehehe..kelakar soalan ni
Deletetak tahulah sayang wei, tapi tahu canggih aje =)
Dah.. dah... YY jgn nak berangan teringat kenangan lama pulak dah hihi...
ReplyDeleteTengoklah 'handbag besar' pun dan dua siap dah pandai posing lagi
Tunggu ajelah anak dara tu besar... boleh buat lebih meriah dari ini..
hehe...can't help myself lah kak
Deleteteringat balik kenangan rasa syok betul
nak tunggu budak berdua tu pun entah panjang umur ke idak =)
apapun insya ALLAH, memang akan buat semampu mungkin
lainnya muka masa jadi pengantin kan?? apapun moment paling indah sekarang ni memang bila dapat kumpul dengan family. dulu duduk serumah rasa bosan je tgk muka adik beradik.. asyik nak keluar je manjang tapi bila berjauhan itulah yang kita rindu sebenarnya & yang kita tak perasan selama ni adalah kita sangat2 perlukan mereka.. nak tahu sejauh mana kasih sayang kita pada family cubalah duduk jauh..
ReplyDeletesemua orang gitu kan
Deletemananya idak, bersolek sikit punya tebal siap berlapis-lapis...hehe
tapi memang betul cik lekit
bila ada semua adik beradik memang terasa kemeriahan dengan pelbagai cerita
mujur saya adik beradik tak berapa jauh, tapi tetap mesra =)
simpati dengan cik lekit yang kena berjauhan dengan keluarga
meriah pengantin..ala YY nak jugak letak gambo dia sanding 7 tahun lepas kan..cantiknye YY..
ReplyDeletebab anak jerit panggil mama tu..alahai..hiba nye..dapat rasakan moment tu
hehe...mestilah, katanya kenangan =)
Deletecantik make up tu mar wei, idak biasa aje kan
awak lagi cantik! hehe
betul mar, kalau teringat memang rasa nak menangis
dahlah time tu tak boleh nak peluk =(
Cantik betul YY masa sanding tu. Memang naik serinya. Masa sanding ni pakai contact lens ke sis? Rasanya mata cik abang tak berkelip tengok sis.. Hehe..
ReplyDeleteitu semua special effect kak...hehe
Deletesaya tak pakai contact lens, saya memang rabun time ni tapi tak teruk
lepas bersalinkan Afif saya baru makin teruk rabun
katanya pengantin baru, mestilah dia punya mata kat kita aje...hehe
kathy pun masa sanding tak pakai contact lens..dalam hati reda jelah ada tetamu yang terasa hati bila kathy tak balas senyum dorang. bukan nak sombong,hakikatnya..tak nampak..hehehehe..
Deletesaya masih nampak lagi walau tak pakai cermin mata
Deletesekarang ni aje kalau suh tanggal
memang tak nampak hatta orang lambai pun =)
Baju sis dgn aisyah tu sedondon ye? Cantik pulak fesyennyer..
Deletebaju lama tu kak
Deletekalau tak silap baju raya masa first time aisyah beraya
masa tu pakaikan dia kain aje
sekarang dah boleh sarung satu suit! =)
wah meriah betul..selamat pengantin baru buat mereka..=D
ReplyDeletememang meriah farah
Deletemasing-masing first time buat majlis
mau tak meriah =)
Tak berminat nak komen pengantin baru tu .....lebih berminat nak komen pengantin lama yg suci tu hehe.....
ReplyDeleteHaaaa.....awak ke tu YY?? serious lain! Mcm muka Annur....betullah dulu lain sungguh!
Nape tak ikut tema pengantin? Pakain pink karer hihi
yelah, tak caya kan
Deletetulah teknik make up! idak mana nak rupa macam siti nurhaliza tu...hehe
saya tak tahu pula pengantin pakai tema tu
sarung mana yang saya bawa dalam beg aje...hehe
Kali ni sis perasan yy pakai baju kurung . nak tahu gak phone apa annur guna .mcm best jer . menawan jer gambar pengantin yy ...
ReplyDeletehehe...mak dah ugut vee wei
Deletetakut dengan ugutan tu, tu yang sarung baju kurung =)
alahai tak tahulah apa nama dia, tapi yang pastinya
lebih canggih lah dari samsung corby YY =)
YY banyak ikut muka mak laa... :) happy jer nampak semua nyer pergi kenduri kann... hehehe
ReplyDeleteyeke? first time dengar sebab biasanya orang
Deletekata YY banyak ikut rupa abah =)
mestilah happy idah, makan free tu! =)
hehe...mesti! =)
ReplyDeleteOk tu YY.. teruskan 'feel' pengantin baru dgn hubby.. tahniah juga buat pasangan pengantin ye.. :) :)
ReplyDeletehehe...memang semangat seperti tu perlu sentiasa diterapkan kan KK
Deletebarulah kebahagian itu terus hidup =)
gurau kasar nampak mak kak yana ni.. ~.~'
ReplyDeletebtw, lain benar wajah kak yana 7 tahun lepas.. heee..
kan, geram juga masa memula tu =)
Deletesekarang dah berusia dik wei
tu yang lain sangat! =)
Tengok orang bersanding mesti teringat masa bersanding dulu2... Rasa macam nak bersanding lagi lak, hehe...
ReplyDeletehehe...saya pun ada kata benda serupa
Deleterasa cam seronok pula bila bersanding
tapi orang lelaki cakap gini, MENAKUTKAN!
waaa cun la YY sanding hihi... anak2 semua ikut muka bos ek? hihi
ReplyDeletesemua orang kan cun time bersanding
Deletebedak tebal berapa inci tu...hehe
ramai juga yang kata gitu, so mungkin betul lah kot...hehe
Hahaha tang cover perut tuh klaka
ReplyDeletehehe...saya tengok sekarang pun rasa kelakar =)
Delete