Kuih Ketayap Versi Putih! (^_^)

7:08:00 am Yana Yani 47 Comments

Sejak anak-anak dah mula membesar ni, YY agak rajin juga buat experiment dekat dapur. Macam-macam juga resipi yang YY cuba semata-mata untuk anak-anak.

Encik suami pula seorang yang tak suka keluar dari skop kebiasaan dia. Maksudnya kalau dia biasa dah makan lempeng, jangan disuruh makan pan cake. Tak akan disentuh!

Disebabkan tu YY biasa masak apa yang YY rasakan Encik suami juga akan makan. Rugi kalau masak dia tak makan. Silap hari bulan kena masak benda lain pula.

So hari minggu baru ni YY decided nak masak kuih ketayap. Sehari sebelum buat kuih ketayap tu YY dah bagitau yang YY nak kuih tu. Kira macam minta izin, takut dia tak makan pula kang!

"Kuih ketayap tu kuih apa?" tanya dia.

"Lah, kan Ayang dah pernah buat sebelum ni. Kuih yang warna hijau, dalamnya ada inti kelapa tu. Sayangkan suka kuih tu" jelas YY pada dia.

Keesokkan harinya, YY agak excited nak buat breakfast walau hakikatnya YY dan anak-anak kurang sihat sebenarnya hari tu. Tapi disebabkan dah planned, YY teruskan aje.

YY keluarkan buku khazanah YY. Maklumlah kalau jarang buat, memang lupa resipi! Dalam tu memang terkandung segala resipi yang YY pernah salin.

Tinggal rajin dengan tak rajin aje nak buat (^_^)


Lepas dah siapkan inti, YY terdengar suara Aisyah yang dah bangun minta susu. Dia tak berapa sihat dan diserang gegata dikeseluruhan badan pada hari sebelumnya.

Bangun pagi tu, muka dia agak bengkak kesan dari gegata. Tapi hari sebelum tu lagi teruk! Gambar bawah ni, YY suruh dia buat muka comel. Kira comellah tu gamaknya (^_^)


Lepas dah mandikan Aisyah, YY teruskan kerja menyediakan breakfast untuk pagi tu. Time dok sediakan adunan untuk kulit kuih ketayap, YY baru perasan pewarna hijau tak ada!

Mesti tertinggal dekat rumah Mak masa buat kek aritu.


Mula tu bercadang nak letak sirap. Tapi membayangkan keburukkan rupa kuih ketayap berwarna merah, YY teruskan aje dengan warna putih.

Tapi sebenarnya idaklah putih sangat sebab adunan untuk kulit ni ada daun pandan yang YY dah blended dengan kelapa untuk dapatkan santan dan sari pandan.


Siap tu YY gulung aje dengan inti yang YY dah sediakan sejak dari awalnya. Tapi tengok rupa putih gitu, memang nampak dull ajelah kan. Tak nampak menyelerakan.


YY hidangkan juga walau hakikatnya agak risau dengan Encik suami yang agak particular dengan kecacatan kuih yang YY buat. Kalau orang lain buat, dia telan aje!


Aisyah dengan Afif pun makan berselera aje. Lagipun diorang memang suka dengan kuih ni. Tu yang buat YY sentiasa bersemangat nak masak sebab diorang suka!

Gambar Afif tak ada kat sini sebab macam tak sesuai aje nak letak gambar dia tak berbaju (^_^)


Tiba time Encik suami untuk rasa, YY rasa seram sejuk. Dia ni dah kira macam juri tetap dekat dalam rancangan masakan dan YY adalah participant. Dengar pendapat juri tu yang seram!

YY ni jenis manusia kalau orang lain kutuk YY masak, YY boleh terima lagi. Tapi kalau Encik suami yang kutuk, memang makan dalam! Bengkaknya sikit punya lama nak surut tau! Hehe!

"Sedap tak? Pewarna hijau tak ada, tu yang rupa dia buruk sikit tu" kata YY sambil menarik kerusi untuk duduk di sebelah dia.

"Okaylah ni" jawab dia ringkas. Tengok dia dok makan bertambah tu sudah cukup menggambarkan yang kuih tu sedap pada tekak dia, Fuh! Lega!

Nak dengar Encik suami puji, memang tak dapatlah. Tapi kalau dia bagi hint gitu, cukuplah pada YY. Mau setiap hari nak buat kuih ketayap. Hehe!

Lepas dah breakfast tu, YY minta izin nak baring. Berat rasa kepala sebab dok menghidap batuk dan selesema. Badan terasa seram sejuk, macam orang nak demam.

Lepas tu YY tak sedar apa. Hari tu memang sepanjang hari kat rumah aje sebab semua orang tak sihat kecuali Encik suami.

Nikmat sihat ditarik sebagai satu peringatan sekaligus penghapus dosa (^_^)

P/S - Salam takziah buat Acik @ Aku Penghibur sekeluarga di atas pemergian ayahanda tercinta. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

47 comments:

  1. Takpe kak, asalkan suami akak berselera makan. Tak sabar nak jadi isteri, boleh experiment mcm2. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya
      buat lagi bersemangat nak masak! hehe
      tengok selera suami SN lah, kalau cam suami akak, susah sikit =)

      Delete
  2. putih pun putih la..janji rasa tu ada..hehe..
    pandai aisyah buat muka comel eh..cute!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...rasa memang kuih ketayap
      rupa ajelah buruk! hehe

      suruh buat muka comel, dia buat muka gitu =)

      Delete
  3. Walupun putih (sebenarnya ada light grens sikit) sebab dah blend dgn air pandan itu yg ada aroma pandannya terasa. Sedaplah tu - tak payah puji tengok yg makan tak berhenti sah sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah, bukanlah putih sangat
      rasanya sedaplah kot pada tekak diorang
      habis kuih tu di bedal dengan diorang =)

      Delete
  4. Eh, cantik la...light green colour. Akak kurang suka kuih ketayap sebab intinya tu...hehehe. Tapi kalau dah hubby makan bertambah...tak yah verbal praise dah. Bukti nyata dan jelas kuih tu sedap...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak berapa suka
      tapi anak-anak dan suami suka, tu yang buat =)
      hehe...kan kak, makan sampai licin, confirm sedap =)

      Delete
  5. Rajin juga YY ni. Saya ni nama kuih pun gagal. Kalau tak letak gambar memang pengsan saya nak memikirkan kuih ketayap ni kuih apa. Saya panggil kuih apa eh...la lupa pulak. Nampak sungguh memang tak pernah buat walaupun senang (Okey, saya tau resepi sebab saya pun rajin gogol/google resepi)

    Saya pun gitu juga. Kalau buat menu baru mestilah nak tengok response dari HD. Kalau responsenya ala-ala makan hati, memang confirmed sepurnama saya tak buat lagi. Kat rumah tu susah sikit YY. Kami tiga beranak berhaluan berbeza dalam bab-bab makan ni. Cuma HD je yang boleh sapu bersih segala jenis makanan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya idaklah rajin secara jujurnya
      saya masak sebab dah jadi tanggungjawab saya menyediakan
      hidangan yang terbaik untuk keluarga, cehwah ayat skema =)

      tapi memang betul, kalau diberi pilihan, saya memang tak nak memasak
      tapi saya masak juga sebab tak ada pilihan...heje
      kat tumah ni alhamdulillah, semua sekata bab makanan
      yang tekak susah dijaga hanyalah en suami =)

      Delete
  6. stress tengok gambar tu.
    feveret sy ni kuih ketayap. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok gambar pun stress?
      meh datang sini, akak buatkan bebanyak =)

      Delete
  7. wah sedap...minta sikit boleh.ok la tu warna macam tu..tetap berselera makan..


    ps:alfatihah buat acik sekeluarga. kathy faham perasaan itu,kerana kathy pu pernah kehilangan :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, kenalah datang sini =)
      warna dia buruk sikit, tapi bau dan rasa, alhamdulillah =)

      p/s-moga dia kuat hadapi dugaan kan

      Delete
  8. ketayap memang kaler putih pun kan hehe. Sedap lah tu, cik suami pun makan bertambah. Semoga keluarga dilimpahi rahmat dan murah rezeki.

    Suka YY jaga hati suami, besar pahala tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketayap memang warna putih
      kuih ketayap yang warna hijau...hehe
      amin, terima kasih =)

      saya mencuba untuk mendapatkan "syurga"

      Delete
  9. rajinnya..akak dulu pernah buat dgn arwah mak,sendiri nak buat memang tak le jawabnya... sebab risau tak menjadi ketayapnya hehehe...

    anak suka makan lg semangat kita nak memasakkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang nak buat kak, idaklah rajin mana pun =)
      betullah kan, kalau dah anak-anak suka
      makan tu yang suka aje nak buat

      Delete
  10. Kire sedaplah kan walaupun suami x bgtau..dr perbuatan dia kita tau...

    P/s*actually mse kukus apam susu tuh sy memg dh tutup dgn kain pun xnk bg air menitis atas apam tuh tp xtau la knp still jd mcm tuh...pelik jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa camtu aje saya nak dapat hint dia suka ke idak
      tengok perbuatan dia je =)

      p/s: yeke? ingat tak letak kain. nape ye

      Delete
  11. Bukan aisyah dengan afif jer yang suka kuih nie... acik idah pun sukaa... :) mintak sikit... huhuhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...boleh
      meh sini datang ke klang, saya buatkan =)

      Delete
  12. Owh..first time saya tgk ni.
    Slalu mmg campur pandan jadi hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ni namanya
      orang yang kurang mahir buat dia jadi gitu...hehe

      Delete
  13. nampak sedak je adik tu makan..huhuhu

    ReplyDelete
  14. siapa tak suka air tangan isteri oi...
    beranilah cakap tak sedap.
    pasni buat sendirik jek.
    hehe.. gaduh2 manja gitu an..
    selalu buat tak kak yana? hihi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...akak idaklah sampai gitu gee
      dia kata tak sedap memang sentap
      tapi akak akan cuba banyak kali sampai dia kata sedap =)
      manja tu memang trademark akak...hehe

      Delete
  15. rupa x ptg , yg ptg rasanya ... semoga cepat sembuh . musim hujan ni mmg ramai yg demam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul juga kan vee
      alhamdulillah, sihat sikit dah ni
      memang musim sekarang

      Delete
  16. xpe Yana... rupa belakang kira, yang penting sedappp... selalu juga buat kuih ketayap ni sendiri sebab anak2 k nurul memang suka...
    Nampak sembab Aisyah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tapi rupa sebenarnya perlu juga kak
      pencetus untuk membuka selera...hehe

      ha'a...dia tak sihat

      Delete
  17. oh ye ke? tapi kuih ni rasanya
    kena letak pandan, kalau tak ada, lain sikit bau dia dak?
    untunglah dia puji, kira memang betul sedaplah kot
    saya ni belum mahir lagi di dapur =)

    ReplyDelete
  18. yg penting suami suka, tapi KA bab2 kuih2 dan masak2 ni dh lama serah pada my anak dara angah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak,dah ada yang besar ye? untunglah KA
      saya ni baru aje nak hidup...hehe

      Delete
  19. Lama x buat kuih ketayap nih..

    ReplyDelete
  20. Wahhh... sedap pulak tengok ptg2 ni.. makan dgn secawan teh o panas ni mmg best betul.. menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  21. agaknya saya kena buat juga ketayap ni sendiri, cuba buat sekali kot lepas tu boleh jadi suka makan kuih ini semula, dulu suka tapi lepas satu kes saya dah tak suka... kena rajin macam YY ni.. putih pun putihla kan? rasanya yang paling penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes apa? tetiba jadi gerun plak =)
      saya sebenar tak suka kuih ni, saya buat pun
      sebab anak-anak dan suami suka sangat =)
      rasa pun kurang pasti sedap ke idak, tapi kalau diorang suka
      itu ajelah yang buat bersemangat =)

      Delete
  22. Sangat jarang okje buat kuih ni kat rumah YY walaupun mudah jer sebenarnya kan tp entah kenapa okje kurang mood kalau buat kuih ni rasanya sebab diri sendiri kurang suka ...haha ....ngelatkan.... Tetiba pulak teringin nak buat inti tu nak simpan....emm....

    Alfatihah buat Acik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pula agak kerap sebab anak dan encik suami suka makan
      biasa saya masak atas permintaan aje =)

      moga acik tabah

      Delete
  23. putih pon putih la akak.janji homemade..keluarga suka.itu sudah menggembirakan hati kan :)
    kuih peberet saya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen ni pun baru perasan...hehe
      betullah kan, lagipun baru perasan pewarna tak ada
      sedap juga nampaknya diorang makan =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...