Rakan Blogger Yang Menghilang (^_^)
Sejak terjebak dalam dunia blogging, YY mempunyai ramai kenalan rakan blogger yang terdiri dari pelbagai peringkat usia mahupun kehidupan sosial.Hubungan yang hanya di bina di alam maya secara tak langsung membina keakraban. Kadang tu ternanti-nanti mereka meninggalkan komen atau cerita baru di blog mereka.
Ada beberapa blogger yang dahulunya rajin meninggalkan komen di blog YY, tapi sekarang dah tak ada lagi. Blog mereka juga sunyi sepi tanpa sebarang cerita terbaru.
Ke mana mereka menghilang? Sihatkah mereka? Semoga semuanya baik-baik belaka dan YY harap mereka akan kembali semua dalam dunia blogging.
-------------------------------------------
1. Fiza Ismail at f::i::z::a i::s::m::a::i::L - last updated 6 months ago
Fiza adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan YY dalam dunia blogging. Segala asas dunia blogging yang YY ketahui adalah dari tunjuk ajar beliau.
Beliau juga sebenarnya adalah ex-colleague YY sebelum dia ditukarkan ke department lain dan seterusnya beralih ke syarikat di bawah naugan director yang berbeza.
Mungkin YY boleh katakan hubungan yang terjalin kami berdua satu ketika dahulu adalah akrab. Frankly speaking, we used to be best buddy. At least pada pandangan mata YY.
Tapi sejak beliau beralih angin, YY dah tak pernah lagi mendengar cerita mengenai dia. Malahan blog dia juga sudah lama tidak ada cerita terbaru. Mungkinkah sibuk?
2. Rohaila Hassan at Me, Family and Kehidupan - last updated 6 months ago
Selain dari kisah peribadi, blogger yang memperkenalkan dirinya Kak Roha ni juga merupakan seorang yang genius dalam bidang masakan.
Setiap gambar makanan yang beliau letakkan dalam blog buat YY rasa lapar walau secara jujurnya YY tak pernah mencuba walau satupun resepi yang beliau kongsikan (^_^)
YY pastikan akan tergelak membaca setiap komen yang Kak Roha tinggalkan. Sentiasa ada sense of humor walau entry yang beliau komen tu berbunyi serious.
Last entry beliau adalah berkenaan Potato Salad dan Egg Benedict. Sejak itu, beliau tidak lagi kelihatan mahupun di blog beliau sendiri atau di blog YY. Sihat ke dia?
3. Mizz Aiza at Mizz Aiza - last updated 5 months ago
Mizz Aiza satu ketika dahulu amat dikenali dikalangan rakan blogger kerana sifat beliau yang begitu rajin blog walking. Tak hairanlah kalau dia boleh menjadi top komentor hampir di setiap blog.
Blog beliau juga amat menarik untuk diterjah dengan pelbagai info yang menarik yang diterjemahkan secara santai. Mungkin disebabkan itu blog beliau juga dikenali sehingga ke negara jiran.
Komen yang beliau tinggalkan kadangkala menggambarkan ketinggian ilmu yang beliau perolehi. Malahan cukup pandai berlapik kata buat YY rasa senang dengan beliau.
Last entry beliau adalah mengenai Kisah lawak Cari Kerja. Sejak itu YY dah tak pernah nampak kelibat Aiza. Malahan komen di entry tersebut juga tidak disiarkan. Ke mana Aiza menghilang?
4. Atien Zuraidah at AtienStory - last updated 4 months ago
Kak Atien tinggalkan di Klang juga, tapi YY tak pernah berjumpa beliau. Ada juga cari beliau di Bazar Ramadhan Klang baru-baru ni, tapi bukan berjodoh untuk berjumpa.
Beliau dan suami berniaga di pasar malam. Cerita di blog beliau lebih mengenai anak-anak dan pengalaman yang beliau tempuhi sebagai seorang peniaga pasar malam.
Jujurnya apabila seseroang blogger tu bercerita mengenai anak-anak mereka, YY terasa dekat sangat dengan mereka. Malahan setiap nama anak rakan blogger, YY ingat.
Macamana agaknya kehidupan Alif, Alya dan Alisha sekarang. Rindu nak tahu perkembangan mereka. Kalau tak silap Alif juga sepatutnya menduduki UPSR tahun ni.
Diharapkan Kak Atien sekeluarga sihat sejahtera.
5. Zura Lee at JaLaN-JaLaN & MaKaN-MaKaN - last updated 3 months ago
Zura ni selain dari suka bercerita tentang anak-anak dan kehidupan sebagai seorang Ibu yang bekerja, beliau juga banyak bercerita tentang tempat yang beliau lawati.
Kira kaki jalan dia ni tau. Selain tu beliau ni juga seorang yang cukup rajin update resipi masakan. Gambar makanan yang beliau masak sendiri tu cukup mengiurkan.
Tetapi sejak kehilangan ibu yang tercinta, beliau sudah tidak lagi kelihatan dalam dunia blogging. Mungkin beliau masih lagi bersedih dengan kehilangan ibu tercinta.
Diharapkan Zura tabah menghadapi hari mendatang. Jujurnya, YY rindu sangat dengan Zura Lee yang mempunya wajah keanak-anakkan ni.
-------------------------------------------
Walaupun nama di atas tidak lagi kelihatan dalam senarai top komentor, tapi muncul pula beberapa nama baru yang menyokong perjalanan YY dalam dunia blog.
Dikesempatan ni juga YY nak ucapkan ribuan terima kasih buat mereka yang meninggalkan komen sepanjang bulan September di blog YY yang tak seberapa ni.
Terima kasih yang tak terhingga kerana sokongan kalian pada YY. Tak lupa juga pada yang menjadi silent readers, kunjungan kalian amat dihargai
Di bawah ni pula adalah top 20 setakat bulan September 2014. Cukup setahun nanti iaitu pada July 2015, akan ada reward menanti buat mereka yang terus setia.
Semoga ikatan persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan. Siapa tahu satu hari nanti kita boleh duduk semeja sambil minum teh tarik? Siapa tahu kan (^_^)
Pernah juga rasa cam ni masa blog saya yg dulu.. Apa-apa pun kita doakan semoga sahabat blogger kita semuanya sihat dan baik-baik sahaja. Insha-Allah.. =)
ReplyDeleteyang juga mengharap mereka baik-baik sahaja =)
Deleteha ah kan, kak aiza dengan kak roha.... padanlah lama tak nampak
ReplyDeletetulah kan, mana diorang peri agaknya
DeleteBila ada komitnen yg lebih besar, xdpt nk menumpu blogging sgt
ReplyDeletemungkin itu adalah salah satu faktornya =)
Deletesapa perasan juga..blogger 2,3,4 je yang saya kerap kunjungi dulu..sekarang dah tak berupdate..sibuk kot..
ReplyDeletetahniah kepada yang dalam senarai..ada nampak nama saya terselit tu
mungkin sibuk dengan urusan peribadi sndiri
Deleteharap mereka kembali lagi =)
betul tu yana...lieya tercari2 jugak zura .... senyap dah dia...betul2 pencen dari dunia blog.....mungkin mereka ade sebab tersendiri kenapa menyepi dari blog....silap2 esok2 lieya pun mcm tu...sampai mase nanti blog terkubur huhuhuh....
ReplyDeleteape2 pun moga ikatan ukhuwah di alam maya ni kekal selamanye....amin
kan lieya, manalah dia pergi agaknya
Deletelepas mak dia menyahut seruan Ilahi tu, dia dah tak update blog
hopefully semuanya baik-baik belaka
ye, moga kekal ikatan persahabatan ni =)
ye..semua senyap kan? antara semua blogger tu biasa denga aiza dan roha jer...
ReplyDeletetulah kak
Deletesibuk gamaknya
Kathy tetap jg hntr kad raya utk aiza tahun ni walau pun aiza senyap je. Tahun lepas ada juga kad raya dari aiza kathy terima.
Deleteharap-harap dia dalam keadaan sihat sejahtera
Deletekadang2 kena jaga jugak keadaan mereka walaupun mereka bz... huhu...
ReplyDeletemalangnya tak dapat nak menghubungi mereka
DeleteSetuju sangat... idah pun selalu terfikir2... kemana mereka2 nie menghilang... terutama sis aiza... dulu dia la blogger yang paling aktif sekali... tapi tiba2 hilang begitu saja... sehingga kini menjadi misteri...
ReplyDeleteaiza memang rajin blogwalking dulu
Deletesampai saya wondering macamana dia boleh terjah semua blog
dan boleh jadi top komentor
mungkin sebab tu dia begitu popular, sayangnya dia menghilang
entah ke mana dia pergi =(
Dlam ramai2 blogger yg menyepi tu sis Jm biasa dgn Zura Lee. Beliau antara blogger yg rajin tinggalkan komen d setiap entri dan kerana dh lama beliau x muncul d alam maya terasa kesunyisn nya
ReplyDeleteEh eh nama sis Jm pun adalah dlm list tu :-)
betul tu, zura pun cukup rajin tinggalkan komen dekat sini dulu
Deletemungkin dia masih lagi bersedih kot
mestilah ada, JM kan rajin jengah sini =)
sis ada baca komen mizz aiza kat satu blog yg mengatakan dia berhenti kerja utk menjaga ibunya . mungkin kesibukan menjaga ibunya lah yg menghalang beliau utk berblog ...
ReplyDeleteyeke? baru tahu
Deletedulu dia memang pernah ada cerita yang mak dia tak sihat kan
semoga urusan dia dipermudahkan
harap mak dia sihat sejahtera
Blogger Aiza & Atien antara yg mesra dgn saya... mmg kehilangan mereka amat KK rasai. Apa pun, alhamdulillah sbb tersenarai juga.. t kasih YY.. Tahniah juga kpd rakan2 lain yg tersenarai.. :)
ReplyDeletep/s: masih rasa janggal pulak guna KK, YY, VV, ZZ ehehee.. :D
betul tu, mereka dulu cukup rajin ke blog saya ni
Deletehehe...saya pun terasa kekok, tapi perlu membiasakan diri =)
Tengok balik komen kat atas tu. Mula2 saya.. lepas tu KK. Baru perasan ehehee.. :D
Deletehehe...samalah saya pun
Deletesusah sikit nak amalkan..hehe
Betul YY.....si Roha tu mana pergi agaknya....lama sungguh dia tak muncul rindu dgn komen dia yg kelakar tu...
ReplyDeleteKemana agaknya mereka menghilang yer....sepi tanpa berita buat org ternanti nanti...
ohhhh yes....okje sudah masuk dlm carta hehe
kan OKje, manalah dia pergi agaknya
Deletehopefully dia sihatlah hendaknya. lagipun dia tetiba aje hilang
mesti OKje masuk carta punya =)
Ha ah la, dah lama kak roha x update blog... Dulu muncul kejap, lepas tu hilang semula... Bz sikit kot lately... Harapnya mereka sihat2 saja
ReplyDeletekenal juga kak roha ye
Deletetulah, manalah dia menghilang
hopefully semuanya baik-baik belaka
Roha tu saya kenallah. Rajin juga dia mengomen lepas berkenalan. Tak lama kenal tup-tup dah menghilang. Pelik juga ke mana perginya mereka semua ni. Mungkin sibuk dengan dunia sebenar dan takda masa nak berblogging lagi, maybe ...
ReplyDeleteSaya pun pernah rasa begini. Masa mula berblogging ada juga kawan-kawan yang rajin singgah mengomen tetiba aje hilang entah ke mana.
Tapi takpa, sayakan ada. Nanti saya penuhkan kotak komen kat sini dengan komen berangkai saya pulak ye ^__^.
Mehlah kita pekena teh tarik, OKje yang akan belanja. Buat kat rumah dia jek...Hihihi!
tu antara yang saya kenal tapi dah hilang, entah ke mana
Deletemungkin betullah sibuk dengan tugasan di alam nyata =)
hehe...tak kisahlah komen berangkai ke idak
tinggal jejak pun saya dah cukup bersyukur
kalau buat berangkai, lagi syok...wahaha
jom2, pekena teh tarik
OKje! mana OKje? moh pekena teh tarik
MD kata OKje belanja =)
baru cakap pasal nie dgn sis eda...kami pun tertanya2 jugak kemana blogger mizz aiza menghilang.. yg blogger zura lee tue farah ada perasan dia kdg2 rajin like en3 yg farah share kt fb page.. cuma blog jer dia tak update kan sejak mak dia meninggal.. yg lain2 farah tak berapa kenal pulak.. harap2 mereka semua baik2 saja kan yana..=D
ReplyDeletekan, entah ke mana dia menghilang
Deletecam zura saya tak nampak juga
harap-harap mereka semua okay sahaja kan =)
dalam ramai-ramai di atas.. mizz aiza seorang saja yg selalu saya terjah blog dia.
ReplyDeleteyups memang pelik kan, senyap begitu saja.
manalah kak aiza pergi tak timbul-timbul dah..
dia pun rajin aje BW dulu kan
Deletemanalah dia pergi agaknya
hopefully semuanya ok