Aisyah dan Samsung Corby (^_^)
Beberapa hari ni asyik dok cerita pasal dak Afif aje kan. Hari ni kita cerita pula pasal dak Aisyah. Lagipun ada orang asyik dok suruh cerita pasal Aisyah. Hehe!Afif pula masa korang baca cerita ni mungkin sedang atau selesai menduduki ujian penempatan kelas untuk Darjah Satu bagi sesi 2015. Hopefully semuanya okay (^_^)
Berbalik kepada cerita Aisyah, YY pernah cerita yang YY tak ada gajet canggih sebab dok paranoid fikirkan impact gajet pada anak-anak.
Satu-satunya benda paling canggih yang ada pun adalah Samsung Corby.
Menatang ni dah YY miliki ketika dalam pantangkan Aisyah. Hadiah anniversary dari Encik suami. Kiranya dah hampir tiga tahun juga guna menatang ni.
Bebudak macam Aisyah yang dilahirkan dalam dunia tanpa sempadan dan high tech ni memang cukup cerdik mengendalikan apa sahaja gajet walau mereka tidak menjalani latihan khusus.
YY masa memula dapat telefon jenis touch screen ni agak kekok. Ambil masa yang agak lama untuk membiasakan diri. Tapi Aisyah mahupun Afif, pegang aje dah tahu camne nak guna.
Masa baru belajar memegang pun Aisyah dah tahu camne nak guna telefon ni. Kadang tengah dok sibuk dekat dapur, YY dengar lagu Adam Lambert dah terpasang.
Lagu Whataya Want From Me tu memang selalu lah berkumandang sebab lagu tu berada dalam senarai paling atas Music dan si Aisyah main tekan aje.
Kadang tu Zikir Munajat dendangan Ustaz Dzulkarnain Hamzah yang berada dalam senarai Quick list. Tak pun dia tekan Video player yang merakamkan pelbagai aksi dia dan Abang.
Dia selalu dok kata, "Mama nak nok tan! - Mama nak tengok hujan!"
Memula YY tak faham apa dia kata, tapi lepas tu baru faham yang dia nak tengok rakaman video dia main air hujan dengan Abang dia. Tiap hari tengok benda sama. Tak jemu langsung.
Tapi dalam semua fungsi yang ada dalam Samsung Corby tu, dia paling suka CAMERA! Bila dia pegang aje telefon tu, dia akan kata, "Mama, tenyum!"
Selagi YY atau siapa sahaja yang dia suruh senyum tu tak pandang ke arah dia, selagi tu lah dia akan sebut, "Tenyum ya! - Senyumlah!"
Baru ada telefon yang jenis gini dia dah camtu, lagilah kalau ada yang lagi advance. Memang dia dok hadaplah jawabnya. YY pula yang susah hati nanti.
So biarlah yang ada ni hancur, barulah terfikir nak beralih.
---------------------------------------
Apapun tiap di antara kita mempunyai pandangan yang berbeza tentang gajet ni especially buat anak masing-masing. Ada yang kata perlu dan ada yang kata sebaliknya.
Tapi pada YY ianya bukan satu fenomena yang elok buat kanak-kanak yang sedang membesar. Pada usia seperti Aisyah, mereka ni memerlukan rangsangan untuk berfikir.
Malahan banyak kajian yang dilakukan membuktikan pemberian gajet pada kanak-kanak melebihi 10 minit sehari akan mengakibat masalah kemahiran sosial dan kurang keyakinan diri.
YY lebih suka anak-anak main hujan, main pasir, baring atas rumput atau apa sahaja yang boleh buat mereka menerokai benda baru. Biarlah orang nak kata YY pelik.
YY nak anak-anak rasa macamana keseronokkan semua benda tu. Satu hari nanti mereka akan ingat semua benda ni sepertimana YY ingat keseronokkan zaman kanak-kanak YY.
Sejujurnya YY bersyukur diberikan masalah kesihatan. YY sentiasa teringatkan mati yang boleh jadi pada bila-bila masa. Waktu yang dihabiskan bersama Afif dan Aisyah mungkin yang terakhir.
Sebab tu seboleh mungkin YY tak nak lepaskan sedikit pun peluang berseronok bersama anak-anak. So jangan pelik kalau ternampak YY berlari atau melompat bersama anak-anak (^_^)
YY tak akan tahu berapa lama YY diberikan waktu bersama mereka. Buat masa sekarang, YY hanya nak ENJOY spend masa dengan anak-anak! (^_^)
Insya ALLAH kita jumpa lagi dilain entry. Assalamualaikum.
Betul tue yana.. anak2 nie skrg dh semakin advance..sama jugak dengan Emir.. kalau tahu dalam hp farah ada video dia asyik la nk suruh kita bukak password hp sebab dia nak tengok.. lepas tue mula la semua benda dia dok godek.. paling suka you tube la.. tp mmg farah tak bagi Emir main selalu.. takut nanti asyik nk melekat dgn gajet jer.. so kena pndai balance la.. ada time main gajet..ada time explore benda lain sama..
ReplyDeletebudak sekarang lahir aje dah reti guna gajet...hehe
Deletesatu sebabnya mungkin environment
betullah kata farah tu, kita sebagai parent kena set limit
insya ALLAH mereka jadi anak yang baik
Hehe..sama pulak gelagat aisyah dengan alia. Lg teror guna touch screen suka dgr lagu,tengok video dan snap gambar dari kathy..hmm,klu terlalu ikut pkmbangan zaman dan trend gajet terkini susah juga..pendirian kita sama,suka anak² aktif dari terperap dlm rumah dpn tv,gajet dan pc semata.
ReplyDeletehehe...samalah dengan aisyah tu kak
Deletesaya bagi juga change kalau sekali sekala guna, tak masalah
cuma lebih suka dia dok aktif dari pasif hanya mengadap benda camtu aje
saya tinggal kat rumah yang takde halaman.. takde rumput, tanah & pasir memang anak saya banyak membesar dalam rumah dengan mainan, tv & gadget.. cuma sekarang memang sy kurang bagi atas nasihat doktor. saya selalu menyanyi menari dengan anak saya dalam rumah, tak kira la depan asben pun. kadang2 bapak dia pun join sekali.. nak keluar rumah hari2 tak boleh seminggu 1 @ 2 kali jer keluar.. tak berapa ada pilihan sangat
ReplyDeletekadang kita tak ada pilihan seperti contoh yang cik lekit berikan
Deletemaklumlah persekitaran itu sendiri membataskan
tapi saya rasa tak ada masalah kalau kita boleh set limit
lagipun cik lekit kerap bawa lala pergi beriadah kan...bagus apa =)
Hehee.. comelnya Aisyah. Anak2 skrng ni cepat tangkap apa2 ttg gadget ni. Jngn halang sebaiknya bimbing sbb bila dia bermain, waktu tulah minda dia berhubung. Termasuk bila pegang2 hp juga. Mesti dh bnyk kali dia tengok je gelagat org besar guna hp... apa lagi, dia tirulah hehee... cuma kita kena kawal & bimbing je kan.. :) :)
ReplyDeletekalau takat sekali sekala saya tak ada masalah
Deletetapi kebiasaannya saya sorok
saya kat rumah tak pegang hp pun, maklumlah, tak canggih hp saya...hehe
tapi mungkin sifat explorer tu yang buat dia jadi gitu
hahaha sama dengan anak sedara acik... kerjanya duk merekod apa yang dia... dan dia tengok tiap2 hari..budak2 seakrang advance
ReplyDeletehehe...anak dara akak ni pun camtulah gelagat dia
Deletesuka dok rekod gambar sendiri =)
Perkembangan kanak2..ada saje yg dia belajar setiap hari..minimumkan pendedahan gajet pada anak,itulah yg saya cuba..so far ok lg..kadang2 saya sama2 jadi kucing melayan aisyah saya
ReplyDeletehehe..kalau kita boleh setkan limit, tak ada masalah
Deletecuma cara saya, biaralah diorang berpeluh dari dok gadap
benda gitu aje =)
Zaman dah berubah, semua orang memiliki hp...mestilah budak2 nak kan benda tu. Terpulang kpd prinsip dan pandangan masing2...dan saya hormatinya. Anda tahu apa yg terbaik.
ReplyDeleteSaya pun masih kekok guna hp touchscreen ni...hehe
tulah, zaman sekarang kemudahan seperti hp ni adalah satu keperluan
Deletecuma bila dia dah semakin canggih, dia dah ada macam2
yang boleh melalaikan, apapun saya setuju dengan pandangan BM
saya ambil masa setahun untruk mahir =)
bezanya dulu type SMS boleh tutup mata, sekarang tak boleh
budak-budak ni tak segan nak mencuba.. tekan aje apa yang ada.. semua menjadi. imaginasi mereka kadang2 tak tercapai dek kita, tapi semua tu akan berubah bila mereka membesar. macam kita dulu2.. one day, bila mereka ada anak dan tengok anak2 mereka, mereka akan cakap perkara yg serupa yang pernah kita cakap pada mereka masa mereka kecil dulu..
ReplyDeletep/s : kak yana, jom Cepie! hehe!
hehe...mungkin betul juga kan gee
Deletelagipun peredaran zaman membuatkan mereka jadi gitu
apa sekali pun bimbingan orang tua tu penting =)
p/s - meh lah cepie =)
baru siang tadi my anak buah tak nak berganjak dari kiosk leenovo sbb nak kan sebiji . sabar jer kan . kerap sgt hadap gadget juga blh sbbkan rabun mata ... adakalanya org yg sihat tu mati tetiba berbanding org yg menghidap penyakit berthn2 ... semua org perlu bersedia ttgnya ...
ReplyDeletetu betul! pernah terbaca pasal tu
Deletebukan apa, benda yang mempunyai perlbagaii fungsi
memang mudah menarik perhatian
bayangkan kesemuanya hanya pada hujung jari, scary!
Alhamdulillah... Ank2 sy dah bosan dgn gadjet... Sy x pnh ajar pun... Lebih suka tgk filem2 kartun dan video pmbljrn kt tv dr gadjet... Mmg x kaco kalau sy tgk hp...
ReplyDeleteanak-anak saya ni pandai sendiri
Deletemungkin based dari pemerhatian =)
Sama jer kita YY tak kisah pasal gadget ni....ada hp pun selalu hang haha...
ReplyDeleteBudak alaf baru ni mmg pelik sungguhkan....pegang apa gadget pun sure terer nk menggodehnya....okje pun naik hairan sebenarnya....Tp tak boleh jugak kalau kita tak dedahkan mereka dgn gadget ni YY...takut mereka tertinggal banding ngan kawan depa
saya rasa tak ada yang tertinggalnya OKje
Deletesebab diorang dah lebih hebat benda gini
diorang tahu hanya dengan perhati cara kita gunakan, tak payah ajar
saya tak risau diorang tak tahu guna, diorang akan tahu kemudian
Nak gambar Adik Cute tak letak dalam Samsung Corby tu? Manalah tahu kalau Aisy nampak dia dah tak peduli benda lain. Dok tenung je sambil senyum sorang-sorang. Kalau nak saya hantar ni... Keh3x.
ReplyDeleteAmboi Aisy, pandai bercepie sekarang ni. Tapikan YY apa je yang anak-anak buat memang menghiburkan hati kita sangat-sangat. Hilang segala kerunsingan, susah hati dan seangkatan dengannya bila tengok keletah anak-anak ni. Enjoy je lah hidup macam esok tiada lagi :)
bukan tak mahu bagi, tapi samsung corby tu mama dia punya
Deletetakut jadi harta si dak asiyah pula...hehe
pandai sangat berselfie MD wei
dia tahu mana nak post pula tu, tapi lebih cam eksyen aje
bukan betul gambar dia mabil pun...hehe
betul sangatlah MD, sama pendapat kita
pada usia ni, apa aje yang diorang buat tu cukup menghiburkan =)
comey sangat aisyah ni... mcm adrien lak suka tengok diri sendiri dalam handphone
ReplyDeletehehe...budak zaman sekarang kan kak
Deletetahu aje camne nak ambil gambar sendiri =)
samalah kita diana, sep sikit! =)
ReplyDeleteBudak2 skrg memg cerdik...kita tak ajar pun tapi diorang tahu fgsi pd smartphone...belajar dr pemerhatian...
ReplyDeletetulah pasalnya
Deletemungkin betul juga kata mimi
dia nampak apa yang kita biasa buat, tu yang diorang tahu guna