Melepaskan Gian Memancing
Memancing merupakan hobi baru Afif. Malahan ianya merupakan satu keseronokkan bagi dia apabila dia diberi peluang untuk memancing. Afif mula terjebak dengan hobi ini apabila dia sering diajak oleh adik lelaki YY, Syafie untuk memancing. Sekarang tiap kali cuti hujung minggu Afif boleh melepaskan gian memancing.Mananya tidak? Di belakang rumah parents in law YY terdapat kolam yang dulunya digunakan untuk projek penternakan lintah. Malangnya projek itu gagal di pertengahan jalan. Kolam itu terbiar beberapa ketika sebelum kemudiannya diisi dengan benih ikan Talapia. Ikan yang dulu hanya ada beberapa ekor, kini dah pun beranak-pinak.
Peluang tu selalu digunakan Afif untuk memancing walau hanya berumpankan roti.
Afif dan Khalish sedang memasang umpan |
Macam cuti Deepavali baru ni, sebut balik kampung, terus "hidup" dia. Dia dah set dalam minda dia untuk memancing. Yang buat dia bertambah seronok bila sepupu dia turut ada sama. Maka terjadilah pakatan tiga bujang rongak! Hehe!
Diorang tengah dok setting tempat sebelum melabuhkan joran |
Baru beberapa ketika umpan diletakkan di dalam kolam, mereka berjaya menaikkan seekor ikan. YY tak sempat nak snap gambar diorang tengah excited dengan ikan yang berjaya ditangkap. Sorakan mereka bertiga kuat bergema sehingga menarik minat Atuk dan Nenek mendekati.
Jelas terpampang kegembiraan di wajah masing-masing.
Ikan pertama yang berjaya dipancing |
Mereka meneruskan lagi memancing. Sambil menunggu umpan yang dipasang mengena, sempat juga kaki tu direndam di dalam kolam tu. Kolam tu walau kelihatan tinggi, air di dalamnya hanya separas lutut mereka.
Walau hati ni terasa sakit dok tengok diorang berendam dalam kolam yang berkeladak tu, tapi tak kuasa nak membebel. Selalu kalau dah ada geng, apa kita cakap hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. So YY biarkan aje.
Tak lama selepas umpan diletak, mereka dapat menaikkan lagi seekor ikan.
Sambil tunggu umpan mengena, kita rendam kaki dulu! |
Mana Aisyah? Well, girls will always be girls. Masa abang-abang dia dok sibuk hanyut dalam dunia mereka, Aisyah juga sibuk di dalam dunia dia yang tersendiri. Dia langsung tak peduli sorakan abang-abang dia yang excited apabila berjaya menangkap ikan.
Tak apalah Aisyah. Kamu jadi geng Mama ajelah ye (^_^)
Aisyah dengan gaya, "Girls be like..." |
Yang pastinya, keseronokkan zaman kanak-kanak dahulu dan sekarang terlalu banyak sangat perbezaan. Zaman kita dulu aktiviti luar adalah satu kemestian berbanding sekarang. Sekarang nak bagi bebudak buat aktiviti luar, terlalu banyak perkara perlu dipertimbangkan terutama dari segi aspek keselamatan.
Terasa agak ralat bila anak-anak YY tak dapat merasai keseronokkan yang sama. Sebab tu asal ada peluang aje, YY tak pernah melarang. YY nak diorang rasa walau hanya sedikit. Pengalaman seperti inilah yang akan membentuk jati diri mereka. At least pada pandangan YY (^_^)
YY rasa sampai di sini aje bebelan YY untuk kali ini. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
syoknya lama x pg mancing
ReplyDeletesaya tiap minggu tengok orang memancing =)
Deletebetul tu yy...budak2 sekarng tak rasa apa kita rasa...beruntung anak yy masih dapat merasa mandi kolam kampung..
ReplyDeletetulah kan kak yan
Deletemujur ada kampung, kalau tak...mungkin juga tak merasa
seronok nya lihat budak2 tu memancing
ReplyDeletehehe...bebudak usia gitu memang seronok aje =)
Deleteseronok Afif dapat mancing ye sis... suka dia... boleh geng dgn anak sy suka ikut babah dia pegi mancing... hehe...
ReplyDeletebiasalah bila duk bandar, sesekali balik kg pasti anak2 teruja...tambah2 plak klu dah ada benda yg nak dibuat nti di kg...:)
suami saya ni kurang gemar
Deletetapi kadang-kadang tu dia ada juga nemankan anak dia
tulah kan...kat kampung diorang rasa bebas =)
hehe..biarlah kak YY, nak celup kaki ke, celup badan ke,kita zaman bebudak dulu nakal jugak..hahaha.
ReplyDeletetiga bujang rongak..adoila..haha
hehe...akak memang biarkan aje
Deletedemi satu pengalaman katanya...hehe
memang diorang bertiga rongak...hehe
Mau tak seronok dapat memancing dgn geng bujang rongak... hehehe, nakal lah YY ni bagi gelaran kat diaorang...
ReplyDeleteAnak2 saya pun kalau balik kampung, saya dah tak kuasa nak melarang...
Biar aje lah mereka bermain dgn sepupu sepapat mereka yang bukan selalu boleh jumpa..
Bila nak balik semula kat rumah, mula la buat drama sedih bila nak berpisah... ehehehe
hehe..diorang bertiga memang rongak
Deletetu yang bagi gelaran gitu...hehe
samalah saya pun...saya memang biar aje
kalau balik rumah memang tak boleh buat dah benda gitu =)
Salam YY!
ReplyDeleteMemang jauh berbeza zaman kanak-kanak kita dengan anak-anak kita sekarang. Dunia mereka mereka alam maya aje memanjang. Kalau tak dibawa keluar merasai pengalaman macam ni, memang tidaklah mereka tau pengalaman tersebut.
Saya ni tengah risau sebab kedua-dua anak bujang saya langsung tak gian nak naik basikal. Puas saya pujuk mereka buat derk aje dengan pelawaan saya ajak naik basikal satu family. Baru-baru ni ada juga saya terfikir nak ajak anak-anak main permainan masa kita kecil-kecil dulu tapi selalu aje berlegar dalam fikiran, tak sempat nak dilaksanakan!
salam MD
Deletememang lain sangat MD wei. sekarang dah hi-tech katanya
tu yang budak dok ngadap gajet aje
cuma saya ni jenis tak suka anak ngadap gajet
tu yang diorang main apa pun saya tak larang
asalkan ianya tidak mendatangkan mudarat
MD kan jenis protective...hehe
mungkin sebab tu bebudak jadi tak nak kot
teringat zmn kecik2 dulu..selalu jugak g mancing ngn kengkawan....ke sungai ke parit...ikannye xde...balik tgn kosong...tapi g memancing sampai petang...mau x kena bambu ngn mak...adehhh...hhehehehe
ReplyDeletesaya pula bab macing tak minat
Deletesuka moan sungai ke longkang tu aje
baru rasa "heaven"
balik kang masaklah kot kena bebel
tapi besok buat lagi...hehe
Inilah zaman sekarang, bukan kata bebudak...orang tua pun memancing dalam kolam jer. hehe
ReplyDeletep/s: Pertama kali dengar ada orang bela ikan gelama. Kolam tu air masin ke?
ada setengah orang tak berapa suka mancing di kolam
Deletekurang umpp katanya...hehe
p/s - hehe...gelak besar saya dengan soklan ni. memang salah saya. bukan gelama sebenarnya. talapia! hehe! dah betulkan dah =)
Kih! Kih! Kih!
DeleteKusangka gelama...rupanya talapia jer...
hehe...tersalah dahhhh! =)
Deletezaman kita main dalam sawah pun xheran.. rupa pun hilang bila balik rumah.. mak bertempik pung pang pun xheran, esok pergi lagi..
ReplyDeletearwah nenek dulu penah tanam padi huma aje
Deleteso tak ada sangat pengalaman kat sawah ni
tapi sungai longkang, panjat pokok, main lumpur...biasa sangat
marahlah camne pun, memang tak serik =)
assalamualaikum yy..sempena setahun blog yan..yy salah seorang penerima cendermata dari yan..boleh tak yan minta alamat yy..
ReplyDeleteiryanty83@gmail.com
yeke? tak sangkalah pula
Deleteterima kasih kak yan...saya dah bagi details tu
anak kian membesar
ReplyDeletealhamdulillah =)
Deletehuhu..mancing dalam kolam..
ReplyDeleteperbezaan ketara dulu dan skrg..
hehe...at least merasa juga
Deletedemi satu pengalaman katanya =)
Tiga bujang rongakk..hahahaha lawok2!
ReplyDeletehehe...diorang memang rongak MJ =)
DeleteSyokk kan sekali sekala balik kampung..macam2 aktiviti bole buat...
ReplyDeletekerap juga balik kampung suami ni
Deletesebab agak dekat
tu yang anak2 suka sebab diorang bebas kat sini =)
best juga memancing ni ya
ReplyDeletebebudak biasalah...best aje kalau benda baru tu =)
Deleteseronoknya dapat memancing, dapat ikan pulak tu...
ReplyDeletebetul tu yana, takut nak lepaskan anak bermain diluar sekarang ni, risau dengan keselamatan mereka, jadi biarlah mereka bermain didalam rumah je, walaupun rumah akan bersepah dan melekit dengan tumpahan aiskrim...
hehe...saya tukang tengok aje
Deletetak minat nak join sama =)
yekah kan, zaman sekarang memang terlalu banyak bahaya
saya pun lebih banyak terperuk dalam rumah
time dekat kampung ni lah diroang bebas
Bestnya si cilik2 tu memancing. Gaya si dara duduk santai paling win! :)
ReplyDeletehehe...dia memang malas nak memandai dengan abang2 dia =)
Deleteyang si bujang pula dengan dunia dorang sendiri
rajin afif memancing.. pada pandangan aiza, asalkan hobi yang bermanfaat tidak mengapa.. amboi aisyah, leka makan roti sambil belek buku.. hehe.. memang berbeza zaman kanak-kanak zaman sekarang dengan zaman kita dahulu..
ReplyDeletedia minat...layankan ajelah aiza =)
Deleteaisyah pula tak minat...tu yang dok santai gitu =)
hehe...tu yang kadang rasa rindu zaman kanak-kanak kan
sesuatu yg menarik tu YY. anak2 explore alam.
ReplyDeletebetter than explore mancing dlm games.
hehe...tu yang saya sebenarnya galakkan
Deletenak bagi dia rasa sendiri rasa "alam" tu =)
Afif sm gaya dgn danial,gila memancing. Aisyah sama dgn Alia,anak dara dgn dunia sndri.
ReplyDeletehehe...perbezaan antara budak lelaki dan perempuan kan kak =)
Deletememang boleh geng dengan mak CT ni.. suka benar mancing..
ReplyDeletekalo dapat bukan makan pun sbb ikan sungai.. kasi kat pemancing lain =D
samalah dengan anak akak ni pun
Deletedia tangkap sebab nak seronok aje
pastu dia lepaskan balik =)
dah lama x memancing..sbb x sabar nka cepat dpt ikang...ishhh gayat n sera, plak tgk si abg tu duduk atas tembok tu
ReplyDeletememancing memerlukan kesabaran
Deletetak dalam sangat time ni air dalam kolam tu
sekarang ni hujan tak berhenti, penuh balik air dalam tu
saya ngeri juga, tapi ada yang memantau
anak-anak lelaki memang suka kepada aktiviti yang mencabar
ReplyDeletetengok juga lifestyle dia kot saudara hanafi
Deleteada anak saudara saya tak minat main benda yang kotor-kotro camni