Hobi Yang Ditinggalkan (^_^)

7:24:00 am Yana Yani 65 Comments

YY pasti setiap di antara korang yang membaca coretan ni mempunyai hobi tersendiri. Apa sahaja hobi korang, YY pasti ianya mendatangkan satu kepuasaan dalam diri korang.

Pada usia yang sudah pun menjangkau awal three series ni, YY tidak lagi mempunyai specific hobi seperti mana ketika usia remaja dahulu.

Komitmen terhadap hobi itu tidak mampu lagi dicurahkan selain dari faktor kewangan walau tidak dinafikan minat terhadap hobi itu masih lagi wujud sehingga ke hari ini.

YY mempunyai beberapa hobi yang sudah agak lama YY tinggalkan tapi ianya masih tersimpan kemas sebagai kenangan atau mungkin juga boleh dijadikan harta peninggalan (^_^)

1. Setem

Kerana terlalu meminati setem, YY sanggup berlapar hanya kerana ingin menjadi orang pertama yang membeli setem baru di pejabat pos ketika itu.

Boleh dikatakan setiap hari YY akan belek setiap setem yang YY miliki. Disebabkan itu YY mampu detect apa sahaja setem yang hilang atau disentuh oleh adik-adik YY.

Setem dekat bawah ni adalah setem pertama yang YY miliki hasil dari duit simpanan sendiri.


Kalau korang nak tahu, setem baru mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding dengan setem yang sudah digunakan atau terpakai. Tapi ianya bergantung kepada betapa rare setem tersebut.

Secara jujurnya YY menyimpan setem bukan kerana nilainya, tapi lebih kepada kepuasan yang diperolehi darinya. Susah nak decribe perasaan seronok tu (^_^)


Selain setem Malaysia, YY juga mengumpul setem dari luar negara yang YY perolehi melalui sistem pertukaran dari pen pals YY di seluruh dunia.

Zaman tu dulu mana ada Facabook, Twitter atau mana-mana media sosial seperti sekarang. Kami guna surat aje untuk berinteraksi sesama sendiri. Tapi itulah yang syok!


Banyak juga setem dari pelbagai negara yang YY perolehi dulu. Dapat jugalah dekat tiga album penuh. Itu pun masih ada lagi yang belum bersusun.

Tapi pada pandangan YY secara peribadi, setem Malaysia lebih cantik berbanding setem dari negara lain. Tak tahulah kalau orang lain berpendapat sebaliknya.

YY pun bukan takat kumpul setem baru aje, setem terpakai pun YY kumpul!

Cuma setem terpakai ni agak leceh sikit sebab korang perlukan teknik untuk menanggalkan setem tu dari sampul surat tanpa merosakkannya.


2. Sampul Surat Hari Pertama

Kalau sesiapa yang mengumpul setem baru, secara tak langsung juga pasti akan membeli sampul surat hari pertama yang memang dijual serentak dengan setem baru tersebut.

Kebiasaannya ianya dijual satu set dengan setem baru tersebut. Tapi YY tak memilik banyak sampul surat hari pertama ni jika dibandingkan dengan setem.

Tapi banyak tak banyak pun, dapat jugalah kumpul satu album (^_^)


3. Poskad

Hobi yang ni YY tak mengeluarkan sebarang cost langsung. Kebanyakkan poskad yang ada di dalam simpanan adalah pemberian pen pals ataupun kawan-kawan.

Mulanya ada sikit aje. Tak perasaan pula sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Hehe! Ada banyak juga poskad dalam simpanan YY (^_^)


4. Kad

Ada sebahagian kad yang YY simpan ni adalah yang YY beli. Tapi kebanyakkan kawan-kawan yang bagi sebab diorang tahu YY suka menyimpan benda pelik ni. Hehe!

Dulu kad top up kan cantik-cantik. Memang gila jugalah mengumpul.

Tapi sebab utama adalah time tu YY terlalu gilakan Backstreet Boys. Mereka ni adalah boy band yang cukup popular dari USA sekitar penghujung tahun 90-an.

Time tu apa sahaja berkaitan diorang, memang YY akan cuba dapatkan walau terpaksa berlapar! Ada banyak jugalah barangan diorang yang YY kumpul termasuklah kad.


Empat jenis barang benda yang YY sebutkan di atas tadi adalah hobi yang telah lama YY tinggalkan tapi masih kemas tersimpan dan amat YY sayangi.

Tak tahulah siapa antara Afif dan Aisyah yang akan mengikuti jejak langkah YY. Setakat ni belum nampak lagi tanda-tanda mereka minat benda-benda di atas tu.

Cuma yang pasti, semua koleksi ni memang YY sayang sangat (^_^)

65 comments:

  1. wah... bestnya kumpul-kumpul ni... hobi sy dulu ialah... buat kelarai kertas... mmg suka.. tak pun buat tulisan khat.. lain2... baca novel.. tpi lepas khwin, suka berblog la pula..tapi minat mendesign dan seni tu still ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat kalau diingatkan kembali cikgu
      benda yang cukup menggembirakan bagi saya =)

      Delete
  2. banyak gak hobi nie
    sayang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kalau dikumpulkan, satu aje
      sebab dia banyak jenis, nampak banyak =)

      Delete
  3. hebat ni YY..Sy masa sekolah dulu hobi membaca, so kumpul buku jelah.sekali banjir terus semua musnah..huhu.lama tak tengok orang ada hobi kumpul setem ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah pun tak collect setem, in fact dah berhenti pun
      simpan aje buat kenangan =)

      Delete
  4. Tiga daripada tu sampai sekarang masih menjadi hobi kakak YY
    Kakak masih mengumpul setem tapi zaman sekarang yg canggih sukar nak dpt setem sebab sistem perhubungan lebih kepada email dan courier service..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah tak mampu nak teruskanlah kak
      hobi hak yang jenis ni perlukan komitmen
      tapi akak boleh dapatkan setem baru kak di pejabat pos
      diorang siap boleh buatkan account lagi untuk peminat tegar setem =)

      Delete
  5. rajin YY mengumpul..setem tu menunjukkan betapa ramainya kenalan YY..oversea pon hado..
    saya ingat lagi, saya pun suka kumpul kad topup sebab cantik2 kan dulu..dan lagi satu kad telefon awam tu..wajib beli untuk telefon mak di kampung.tapi semua tu saya dah buang.semak pula rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu punya cite mar wei
      sekarang dah tak buat dah cite lama tu...hehe
      tulah kan, kad top up yang dari TM tu memang cantik-cantik
      saya sayang nak buang =)

      Delete
  6. Eh, YY... minat kita samalah! Saya pun suka kumpul setem, poskad dan juga kad top up telefon awam. Tapi, semua dah habis tak tahu ke mana. Sayang sungguh! Album setem saya pun banyak juga tapi saya tak tahu kat mana. Masa tu saya di sekolah rendah. Masuk sekolah menengah dah tak duduk di rumah, terus lupa denga segala album. Album gambar je yang usung ke hulu ke hilir ke mana pergi. Banyak juga 'harta pusaka' saya yang dah hilang. Kad top up telefon awam tu saya kumpul sebab 'perhubungan jarak jauh'. Sejak zaman sekolah lagi memang suka betullah long distance relationship nih. Hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ke kita? sep sikit =)
      tapi saya jaga beria ni MD, cam jaga diri sendiri
      sayang sangat dengan koleksi saya ni,
      hilang ni memang meraung tak ingat dunia punya

      wah, tak sangka dah lama rupanya ada perhubungan jarak jauh tu =)

      Delete
  7. Mengumpul setem ni perlukan fokus yang tinggi sebenarnya kan....

    ReplyDelete
  8. wah banyaknya setem yg yana kumpul...

    ReplyDelete
  9. dulu saya suka kumpul setem...sekarang mana la ada masa nak berhobi sangat..haha...
    neway, done follow yea...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya pun
      ni pun hobi dulu, simpan aje sebagai kenangan

      Delete
  10. hobi saya kekal kot sebab dari dulu saya suka menulis.. cuma tema penulisan tu jer berubah tapi tetap menulis.. dulu tulis diari, karang puisi, cerpen.. sekarang tulis blog isu2 semasa. tu je bezanya hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kalau part ni mungkin samalah kita
      bezanya saya tak begitu fokuskan menulis, hanya lakukan bila ada mood
      sekarang aje menulis dilakukan sebagai satu benda tetap =)

      Delete
  11. Macam2 hobi YY dan koleksi yang masih ada tersimpan rapu...bagus2...
    Sekarang ni jarang sangat dah tengok orang simpan benda2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang punya pasal bunda
      kalau tak, tak adanya saya simpan serapi ni

      Delete
  12. Dulu saya pun berminat mengumpul setem.. skrng minat saya tu diteruskan oleh anak ketiga saya yg minat juga.. alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak mampu nak teruskan
      tapi kalau ada anak-anak yang berminat
      pasti saya akan berikan galakan =)

      Delete
  13. Saya masih lagi gemar mengumpul stem dan mengumpula magnet fridge dan jugak keychain sebagai petanda di mana2 yg saya dah pernah pegi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. FM tu saya minta juga tapi anak-anak saya suka
      buat harta diorang, lepas tu berkecai!
      so paling senang adalah benda yang senang disorokkan seperti setem ni =)

      Delete
  14. saya bercadang nak buat camtu
    tapi saya takut saya sorang aje yang suka
    orang lain menyampah baca =)

    ReplyDelete
  15. Banyaknya koleksi setem, sampul surat, poskad, dan kad YY.... Rajin YY menyimpan.. Saya dulu2 pun ada pen pal dari serata dunia.. Tapi jenis tak minat menyimpan... Lagipun kami byk pindah2 rumah (arwah ayah polis)... Jadi tiap kali pindah, mmg sayang nak buang semua benda2 tu... Tapi terpaksa juga buang dan ada lah sikit2 yg sy simpan...

    Tapi skrang hobi saya mengambil gambar... Masa belajar, mmg berpuluh album yg ada... Minggu lepas pun, baru jer print beberapa gambar dan susun dalam album... Dua tiga jam duk spent masa belek album tu.... Betul lah kan, perasaan puas semacam dapat buat hobi yg kita suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dulu punya cite kak
      sekarang tak ada masa nak teruskan lagi walau minat tu masih ada
      mana ada masa nak ke pejabat pos lagi..hehe
      simpan yang sedia ada ajelah =)

      suka ambil gambar ye? saya pun sebenarnya suka juga
      planning nak beli dslr pula, tapi duit yang probs...hehe

      Delete
  16. itu hobi saya yang lama....masih diteruskan tapi tak aktif..

    ReplyDelete
  17. wow.. awesome..
    teringat zaman dulu kala.. zaman sekarang xde dah kan budak2 suka kumpul setem.. kumpul kad camtu.. kad topup camtu pon dah xde sekarang ni kan

    kena jaga elok2 ni.. akan datang mesti sgt bernilai

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti ada ke idak bebudak kumpul benda gini
      mungkin tak adalah kot
      tapi setem ni masih lagi ada sebab Pos Malaysia aktif keluarkan setem baru
      pasti simpan sebaik mungkin! =)

      Delete
  18. Unik tul hobi YY ni...sis JM satu pun x minat uhuhuh..skg ni sis minat kumpul FM je :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa aje kot
      ada lagi yang lebih unik
      cuma hobi ni perlukan komitmen aje =)

      Delete
  19. Teringat kat arwah abah idah... dia suka kumpul setem dan duit syiling peringatan... :) tapi sorang pun anak dia takder yang mengikut... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah saya suka kumpul syiling =)
      saya dalam keluarga pun, saya sorang aje minat kumpul benda gini

      Delete
  20. Yana.. Mak farah pun minat kumpul setem jugak.. tpi sayangnya tak lekat kat anak2 langsung..byk jugak koleksi yana.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? sayangnya
      hulur kan saya ajelah kalau lagu tu...hehe
      sikit aje ni farah, ada yang lebih banyak

      Delete
  21. Kenapa stop? Hobi kumpul stem tu boleh jer diteruskan... Saya xde spesifik hobi. Kalau kumpul apa pun selalunya sekejap jer lepas tu ntah kemane...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh nak bagi komitmen BM
      dia perlukan komitmen, paling penting kewangan
      sebab tu saya berhenti mengumpul kecuali kalau saya nampak pada sampul surat
      saya jenis kalau dah suka atau sayang tu, memang simpanlah berabad lamanya =)

      Delete
  22. Best apa hobi ni? Elok juga di terus kan. Boleh buat mini galeri untuk anak cucu tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak
      cuma saya tak mampu nak bagi komitmen untuk meneruskan
      hehe...besar sangat sebut mini galeri tu
      padahal koleksi sikit aje kak =)

      Delete
  23. Wah.. ini memanh jenis hobi untuk orang yang bersistematik dan merancang.. pernah juga masa sekolah rendah, saya cuba nak kumpul setem sebab tengok kakak keempat ada banyak buku setem. Tapi separuh jalan je dah malas.. lepas tu seronok tengok koleksi kakak je.. memang peminat setem ni sangat menjaga koleksi yang ada kan.. akkak saya pun jenis tahu kalau kita sentuh buku koleksia dia.. masakla kena marah kalau tanpa izin dia kami sentuh..
    .hobi kita tak samalah YY.. keeempat2 ni memang saya tak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga cikgu AN
      lebih kepada minat aje yang buat kita jaga bersungguh-sungguh
      saya jadi bangga bila dapat mengumpul dengan usaha sendiri
      tu yang sentiasa dok belek dan boleh detect apa yang hilang =)

      Delete
  24. Wahhh...banyak tu. Saya masa jaman skolah dulu suka kumpul setem ngan poskad. Tapi ntah mana perginya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit aje ni fiza
      ni pun sebab sayang punya pasal =)

      Delete
  25. Awak ni sama mcm mak mertuaku YY hihi....dia bab bab mengumpul ni mmg suka. Nampaknya cucu dari Pak Jilap tak de pulak yg menurun....Menantu lagi jauh, langsung tak minat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nak kata camne lagi OKje, minat!
      menantu tu dah jauh, tu pasal dia tak minat OKje wei =)
      sayanglah hobi tu terbiar gitu aje

      Delete
  26. KY pun dulu suka kumpul setem..bila pindah randah hilang ntah kemana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masa nak pindah dulu
      koleksi ni lah saya pastikan selamat dulu....hehe

      Delete
  27. kan kenangan dulu lain dr sekarang
    saya dlu suka juga collect setem.tp xda la simpan.dlm album..
    YY punya koleksi sistematik

    hobi saya dlu kumpul gambar dato siti, kotak krim muka yg saya pakai,

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin terlalu minat kot
      tu pun ada lagi yang tak tersusun
      sebab tu saya kata hobi ni perlukan komitmen dan sumber kewangan
      gambar artis pun saya simpan juga, tapi lebih pada artis lelaki luar =)

      Delete
  28. sungguh banyak tu . sayang tak teruskan hobi tu . saya dulu suka suka simpan resepi dan salin resepi . pas tu suka kumpul artikel akhbar yg berkaitan dgn agama dan kecantikan juga petua . masih disimpan cuma ada sebahagiannya yg masih belum dikemas kini . dah ada blog ni , tak sempat je lah jawapnya ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mampulah vee especially bila fikirkan komitmen yang perlu dicurahkan
      belum lagi cerita kewangan yang perlu dilaburkan
      tak apalah, biarlah remain gini aje =)

      Delete
  29. Saya tak pernah faham hobi mereka yang mengumpul setem ini. Saya masih memikirkan adakah ia sejenis hobi? Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat tak minat boleh ler kata gitu...hehe
      tapi seriously ni lah hobi paling priceless yang akak penah ada =)
      ko ada? hehe

      Delete
  30. Thumbs up la kat sis.
    Siap ada specific hobbies.
    Saya...entah...rasenye cam xde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu punya cite ni doktor
      sekarang dah tak ada masa =)

      Delete
  31. Suka dengan ayat Kak YY yg ni

    "Secara jujurnya YY menyimpan setem bukan kerana nilainya, tapi lebih kepada kepuasan yang diperolehi darinya. Susah nak decribe perasaan seronok tu (^_^)"

    Kan? Hanya yg memahami bakal mengerti :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? tu lah pasalnya
      kalau tak paham dia kata kita bako duit! hehe
      serious sape yang paham aje tau pasal apa kan jah kan =)

      Delete
  32. Yer, betul tu kak :)) Cantik2 setemnya. Mcm2 jenis ada yek. Pertama kali dgr pasal sampul surat pertama. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu belum tunjuk semua tu
      kalau tunjuk semua, pengsan korang dok hadap...hehe
      sape minat kumpul setem mesti tau pasal sampul surat hari pertama
      biasa dia keluar sekali dengan setem tu
      sekarang akak tak pasti masih wujud lagi ke tak
      lama dah tinggalkan benda ni semua

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...