Lahirnya Kau! (^_^)
Anakku Afif,
Kehadiran Afif dalam kehidupan Mama dan Papa memang begitu dinanti. Jesteru apabila ujian kehamilan yang Mama lakukan sendiri menunjukkan positif, sudah cukup untuk membuat Mama terasa begitu bahagia.
Untuk mengesahkan kehadiran Afif, Papa bawa Mama ke klinik. Mama masih ingat lagi tanggal 27 April 2008 doktor telah mengesahkan Mama mengandung 2 minggu.
Mama juga melakukan scan buat kali pertama. Saat melihat Afif yang ketika itu seperti seketul daging sudah cukup membuat Mama terasa begitu sayang.
"Kalau ikut kiraan ni, puan akan bersalin pada 12 Disember 2008" kata doktor yang masih lagi terngiang-ngiang di telinga Mama.
Satu-satunya gambar Mama ketika mengandungkan Afif dan gambar scan Afif yang masih ada dalam simpanan Mama |
Anakku Afif,
Mama senang ketika mengandungkan Afif, tak ada banyak masalah. Cuma Mama cukup sensitif ketika mengandungkan Afif. Terutama bila melibatkan Papa!
Sikit aje Papa buat silap, Mama dah meraung atau merajuk! Mungkin sebab tu sampai sekarang Afif pun kuat merajuk!
Saat Afif menendang perut Mama merupakan saat yang cukup sukar Mama lupakan. Jujurnya Mama rindu saat tu! Terasa kebahagian yang sukar untuk diungkapkan.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan Mama semakin tak sabar untuk melihat budak yang Mama bawa ke mana aje Mama pergi ni!
Anakku Afif,
Pada 19 November 2008 ketika Afif masuk minggu ke 38, Mama agak risau kerana Afif tidak bergerak aktif seperti biasa. Malam tu, Papa dan Wan bawa Mama ke hospital.
Ujian jantung dan scan menunjukkan Afif dalam keadaan sihat.
"Kita tahan puan dekat wad dulu malam ni untuk pemantuan ye" kata doktor yang merawat Mama ketika itu. Mama hanya mengangguk tanda setuju.
Malam tu Mama sekali lagi di scan dan kali ini oleh doktor pakar. "Air ketuban puan kuranglah, bahaya untuk baby" kata doktor tersebut sambil menunjukkan kedudukan Afif.
"Apa maksud doktor?" tanya Mama dengan nada risau.
"Baby boleh lemas kalau kita tunggu sampai tarikh jangka bersalin" jawab doktor pakar tersebut. "Kita akan buat induce!" tambah doktor tersebut.
"Macam mana induce tu?" tanya Mama lagi.
"Kita akan masukkan ubat dalam faraj puan" jawab doktor tersebut sambil menguntumkan senyuman.
Anakku Afif,
Pada pukul 6:30 pagi, 21 November 2008, sejenis ubat di masukkan ke dalam faraj Mama. Bermulalah kesakitan untuk bersalin yang Afif tak akan mungkin faham.
Wan sentiasa setia disisi menemankan Mama dan sentiasa mengusap belakang Mama sebab Mama terasa cukup sakit pinggang ketika itu.
Pada pukul 12 malam, datang seorang nurse menyuntik bahagian punggung Mama. Dia hanya menjawab untuk memudahkan proses kelahiran bila Mama tanya untuk apa dia suntik Mama.
Selepas aje suntikan tu, Mama mula rasa semacam. Mama yakin itulah saatnya. Mama di masukkan ke dewan bersalin pada pukul 1 pagi.
"Puan teran puan nanti anak puan lemas. Puan sayang anak puan tak?" tanya doktor tersebut sambil menarik tangan Mama ke bahagian bawah dan Mama dapat rasa rambut Afif.
"Saya tak pandai!" jawab Mama lemah.
"Puan ikut kita. Jangan teran guna muka. Teran macam puan nak berak" kata doktor itu lagi.
Anakku Afif,
Tepat pada pukul 1:34 pagi tanggal 22 November 2008, Afif selamat keluar ke muka bumi Allah ni. Saat tu Mama tak dengar bunyi Afif menangis.
Mama dapat lihat dengan jelas mereka memasukkan sesuatu ke dalam mulut Afif. Hanya selepas itu suara Afif buat pertama kali Mama dengar.
Bahagia sungguh Mama rasa dan spontan Mama berkata, "Anak Mama" bila mereka menyerahkan Afif kepada Mama.
Anakku Afif,
Peristiwa 4 tahun dulu masih lagi jelas dalam ingatan Mama. Kehadiran Afif dalam hidup Mama dan Papa cukup membahagiakan kami berdua.
Ia juga menjadi kekuatan ikatan kasih kami.
Selamat Hari Jadi yang ke-4 Afif Haziq Fiqrullah!
Mama doakan semoga Afif dipanjang usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dijauhi segala penyakit dan bala bencana.
Mama juga doakan Afif supaya menjadi anak yang soleh dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.
Ketahuilah bahawa kami semua terutama Mama dan Papa terlalu menyayangi Afif dan Aisy! Afif dan Aisy adalah anugerah Allah paling berharga dalam hidup kami! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿