Semua Orang Ada Kekurangan (^_^)

7:45:00 am Yana Yani 34 Comments

Semua Orang Ada Kekurangan | Di hari Jumaat yang penuh barakah ni, YY nak ajak korang luangkan sedikit masa untuk merenung seketika bahawa tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Dalam masyarakat hari ini yang cukup menekankan kesempurnaan, kita kadang kala tak boleh mengelak dari mencemburui kesempurnaan kehidupan seseorang dan meratapi ketidaksempurnaan diri sendiri.

Semua Orang Ada Kekurangan
Image from castle-journal.com

Tapi sebenarnya along the journey tu, kita discovered yang tiada sesiapa pun yang mempunyai kehidupan sempurna. Malahan semua orang ada kekurangan sesuatu. Contohnya, ada kemungkinan bahawa

1. Ada pasangan suami isteri yang kelihatan sangat bahagia dan mempunyai pendapatan bulanan mencecah puluhan ribu ringgit tapi mereka ada masalah untuk memiliki anak.

2. Ada yang mempunya bakat dan rupa, tapi mereka mengalami kesulitan dalam membina sesuatu hubungan yang bahagia

3. Ada orang yang kelihatan seperti mempunyai kehidupan yang sempurna, tapi sebenarnya fikiran mereka kosong dan sunyi

Setiap manusia di atas muka bumi ALLAH ni memang tidak sempurna sebab yang sempurna hanyalah ALLAH. Tiada sesiapa yang boleh menafikannya. YY sendiri satu ketika dulu membenci ketidaksempurnaan YY. Masalah kesihatan YY tak putus-putus yang kadang memberi impact pada prestasi kerja YY.

Lebih parah ada yang tidak senang dengan keadaan itu dan menganggap bahawa ianya sengaja dilakukan. Pening memikir, bagaimana untuk memahamkan mereka tentang situasi ini. Tapi YY sedar, itulah manusia yang mudah menghakimi tanpa mengetahui situasi sebenar. YY juga pernah melakukan perkara serupa pada orang lain sehinggalah terkena pada diri sendiri.

Apa yang berlaku pada YY mengingatkan YY supaya sentiasa merendah diri dan menghayati sebaik mungkin perasan orang lain. YY belajar banyak benda dalam tempoh ni. Jika tidak kerana penyakit ni, YY tak menyedari bahawa ada orang yang lebih menderita dari YY. Kesusahan atau penderitaan ini mengajar YY untuk terus kuat demi orang yang tersayang.

Sekarang YY dah boleh menerima semua kekurangan YY dengan open arms. YY sememangnya penghidap hyperthyroid yang secara tak langsung memberi impact pada fungsi sistem badan. Lagipun YY memang tak boleh elak atau lari dari keadaan ni. Macam orang campak bola pada kita, respond kita adalah menangkap bola tu bukan? Itulah yang YY lakukan (^_^)

Pada YY sekiranya kekurangan diri tu boleh berikan sedikit kebahagian pada orang lain, ia adalah keindahan dalam kekurangan. Sungguh! Rasa seronok (^_^) Ada orang pernah katakan pada YY, "If you have everything, what's left for the others?"

YY juga belajar untuk tidak membandingkan diri YY dengan orang lain. Sebaliknya YY bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada YY dalam masa yang tidak kita tahu sampai bila. So nasihat YY kepada korang semua, berhenti membandingkan diri sendiri dengan kehidupan orang lain. Contohnya, ada kemungkinan bahawa

1. Rumah kita hanyalah rumah sewa dan kecil sahaja tapi kita punyai sebuah keluarga yang cukup besar dan penuh dengan gelak dan tawa.

2. Kereta yang kita milik mungkin hanya kereta lama yang sudah mencecah puluhan tahun, tapi suami dan anak-anak kita sentiasa ada di sisi di saat susah mahupun senang

3. Kita nak naik kapal terbang pun hanya mimpi tapi kita mempunyai anak-anak yang brilliant sehinggakan kita tak perlu mengeluarkan duit sendiri sebab anak-anak ditaja

Semua Orang Ada Kekurangan
Image from iluvislam.com

Moralnya, bersyukurlah dengan setiap inci kurnian atau nikmat yang ALLAH berikan pada kita. Lagipun kalau kita mengira setiap yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita, kita akan dapati bahawa sebenarnya kita perolehi lebih banyak kebaikan daripada keburukan.

Sekiranya keburukan itu tidak disukai oleh kita, terimalah seadanya dan hargainya sebab kita tidak tahu berapa banyak masa yang kita ada untuk terus merungut tentang keburukan tu. Cubalah juga untuk letakkan diri kita pada orang lain. Kalau tak banyak pun, sedikit. Lepas tu kita akan secara automatik kata, "Bersyukurnya aku dengan apa yang aku ada sekarang"

Contoh paling mudah bila orang yang sudah sampai usia untuk berkahwin tapi belum berkahwin. Kita kata dia memilih tapi sebenarnya ALLAH ada perancangan lain untuk dia. Cepat atau lewat seseorang itu berkahwin adalah disebabkan jodoh dia yang telah ditetapkan ketika kita berada di dalam kandungan ibu kita. Jangan persoalkan semua tu.

Bila kita dah mula menghargai setiap apa yang kita ada, percayalah your life will be much happier! Masa tu, senyuman akan sentiasa terukir walaupun hati sedang cedera parah. Ingatlah bahawa setiap yang baik itu datangnya dari ALLAH YANG MAHA BERKUASA, manakala setiap yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri.

P/S - Penulis bukan seorang pakar tapi semua yang ditulis berdasarkan pengalaman dan apa yang dilihat selama 31 tahun menghirup udara di atas muka bumi ALLAH ni.

34 comments:

  1. Benar apa yg YY katakan. Dalam keluarga kakak sendiri tiga daripada kakak dan abang kakak punya pendapatan puluhan ribu tapi yg satu dpt anak selepas 15 tahun menikah, sorang lagi selepas 5 tahun menikah dan sorang lagi tak ada terus tapi dah ambik anak angkat. Semua mereka ada satu anak aje. Kesian kan... Anggaplah kekurangan itu adalah ujian dan redhalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, semua ada kekurangan walau kita nampak mereka sempurna
      lagipun semua tu ketentuan ALLAH
      adalah sebab kenapa dia bagi kita lebih yang ni
      dan kurang yang tu =)

      Delete
  2. rasa nak ulang2 entri YY ni..penuh makna..sedap dibaca..penenang jiwa..
    bersyukur dengan apa jua nikmat yang kita perolehi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni aje yang mampu diterjemahkan melalui pengalaman sendiri
      harap ianya memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca
      lagipun sifat bersyukur itu perlu sebagai seorang islam =)

      Delete
  3. Macam bunda lah..anak2 dah besar panjang...sorang pun belum bertemu jodoh lagi...ramai yang asek bertanya...bukan saja diri empunya badan tu yang rimas bunda sebagai ibu ni lagilah rimas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya simpati mendengarnya sebab saya juga mempunyai adik
      yang mempunyai nasib serupa
      mulut orang kita tak boleh tutup, tapi kita boleh kawal hati kita
      sentiasa semat yang ALLAH ada perancangan yang lebih baik
      untuk bunda mahupun anak-anak bunda =)

      Delete
  4. Kata² yang lahir dari hati memang begitu indah garapannya. Kathy juga pentingkan kesempurnaan,tapi kathy tiada manusia yang istimewa melainkan para Rasul dan Nabi. Situasi kathy sama dgn yg sis sebut,menyewa rumah dan kereta lama,tapi alhamdulillah bersyukur sangat² kerana miliki suami dan ank². Cuba tengok Dato CT Nurhaliza,pakej lengkap dgn kaya,berbakat dan cantik. Tapi dia tiada anugerah yang amat bermakna iaitu anak. Entri sis ini buat kathy sedar yang kathy banyak mengeluh tentang ank² yang semakin membesar pdhal itulah ank² itulah kebahagiaan yg xdapat di jual beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kalau kita buat perbandingkan tentang kekurangan
      kita memang bertambah sakit, contoh kita kata rumah kita rumah sewa atau kereta lama
      tapi kalau bandingkan kelebihan, kita akan nampak
      sama macam contoh yang akak bagilah
      senang tak payah bandingkan, terima seadanya dan bersyukurlah
      semat dalam hati dan yakinlah yang ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita semua =)

      Delete
  5. Memang benar bagai dikata YY. Hidup kita ni tak boleh dibandingkan dengan hiudp orang lain. Sentiasa kita merasakan hidup orang lain lebih baik daripada kita dan mula mengeluh. Walhal, kalau ditilik betul-betul, ada banyak kebanggaan hidup kita yang kita tak nampak sebenarnya. Bagi saya, kalau lebih banyak kita buang masa membanding dan mengeluh tentang hidup, akan lebih banyak momen indah dalam hidup kita sendiri yang kita lepaskan. Bersyukur apa yang ada. Mungkin kita tak sekaya dia atau seceria dia tapi hidup kita kaya dan lebih ceria dalam hal yang lain tanpa kita sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan,
      tapi kita kena akui juga yang kita ni manusia biasa yang kadang tak boleh
      elak membandingkan diri dengan orang lain
      cuma dekat sini saya nak ajak orang berhenti buat perbanding
      bersyukurlah dengan setiap inci kelebihan atau kekurangan diri
      ALLAH itu ADIL =)

      Delete
  6. Betul tu YY. Setuju sgt dgn entri ni.. klu kita asyik nk banding2kn semua dlm hidup ni akhirnya serba serbi akan jadi tak kena. Hidup pun jadi x ada nikmat.. nauzubillah. Bersyukurlah.. setiap org pasti ada kelebihan & kelemahan kan.. Salam Jumaat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangatlah tu
      itulah message yang cuba disampaikan
      tak ada rasa kelapangan kalau kita berterusan buat perbandingan
      atau tidak bersyukur dengan apa yang ada kan =)

      Delete
  7. Itulah masalah utama kita sekarang..suka membandingkan diri dengan orang lain.padahal lain orang lain caranya kita punya cara pun lain..dah tentu la akan ada bezanya..yang pelik nya kita tak nak ikut cara orang.nak buat cara kita,,tapi nak hidup macam orang lain..susah la gitu..sampai2 bila2 pun kita tak kan senang hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangatlah tu
      memang sifat manusia begitu
      kita nampak dia senang, tapi kita tak tahu bebanan bagaimana
      yang harus dia pikul. sebab tu kita harus tiba baik dan buruk
      yang dikurniakan oleh ALLAH
      lagipun DIA MAHA MENGETAHUI =)

      Delete
  8. amboi , mudanya YY . sis adakalanya rasa irihati dgn rakan sebaya yg punya anak sudah bujang n dara tapi sis still alone . Pada sisi lain , sis bersyukur sbb sis hanya perlu urus diri sendiri . Tak perlu pening dgn segala mcm masalah rumahtangga . Pd luaran org lihat sis org yg gembira tapi dlm bilik , sis lonely . Dlm perjalanan hidup kita , kita akan berjumpa dgn byk perkara yg tdk dijangka . Hanya satu yg perlu kita ingat dan sematkan . ' redha dan ujian ' . Insha Allah , segalanya akan berlalu dgn mudah ... p/s ; DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim. ... http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/219-zulhijjah-a-idiladha-beberapa-isu-a-hukum.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang muda? umur yang saya letak dekat bawah tu?
      idaklah mudah sangat, dah 3 dekad. bila-bila masa boleh kena panggil balik =)
      saya faham apa yang cuba disampaikan, saya ada adik yang begitu juga
      bukan saya faham tapi tak begitu merasa apa yang dia rasa
      saya doakan yang terbaik buat kalian berdua
      betul, kita perlu redha dengan ujian ALLAH. DIA pasti ada rancangan TERBAIK =)

      p/s - ooo, terima kasih vee, appreciated it =)

      Delete
  9. Saya setuju 100% dengan apa yg kak Yana sampaikan.
    Memang sukar mulanya nak mengajar diri utk menerima apa saja dugaan yg diberi & menjadi insan yg tawakal dlm hidup.
    Tapi bila saya berhenti sejenak & mula menghargai apa yg ada di sekeliling saya, automatik hati ini menjadi lapang dan akhirnya saya dah boleh menerima bahawa apa yg disediakan utk saya, itulah hal yg sebaiknya.. ^^

    #teamyanayani #hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang akak nak cuba sampaikan dik
      bila kita terima apa yang ALLAH berikan seadanya
      memang akan tenang diri ni, in fact bertambah bersyukur =)

      ##teamgeelionjuga! #perasanakujadinya =)

      Delete
  10. Syukur dgn apa yg ada... Lihat kekurangan bukan kelebihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada saya lihat keduanya lebih baik
      sebab ada sebab semuanya diberikan =)

      Delete
  11. Selalunya kita nampak pada kekurangan dan mengeluh tapi terlupa kepada kelebihan yang ada untuk bersyukur...
    Setiap satu darinya adalah ujian kecuali buat mereka yg beriman dan bertakwa yg mampu menukarnya kepada hikmah dan nikmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu BM
      manusia begitulah kan, biasa kekurangan diri tu yang dicanangkan
      sedangkan kebaikan yang diberikan begitu banyak tanpa disedari =)
      apapun saya setuju pendapat BM

      Delete
  12. bagi orang yang beriman akan terima dgn redha kerana penentuan dan perancangan Allah itu y terbaik buat kita..jd bersyukur dengan apa yg ada baru kita rasa bahagia dan sempurna :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. kadang kalau keimanan tu tak kuat
      tak jadi juga semua ni kan =)
      apapun yakinlah semua ni ada sebab
      dan ALLAH tak membebani hamba-NYA melebihi kemampuan diri dia

      Delete
  13. Bagi KM boleh nak bandingkan hidup dengan orang lain tapi bandingkan benda yang boleh memotivasikan kita bukan yang boleh mendownkan kita. Setiap percaturan hidup Allah dah tentukan sebenarnya. Macam yang YY cakap, memang kita ada rumah kecik tapi kita ada keluarga yang bahagia. Biarlah orang nak pandang kita miskin, tapi dia bukan tau pun yang duit kita dah berkepuk dalam bank hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau perbandingan boleh memotivasikan diri, tak apa
      tapi kalau kita buat perbandingan lepas tu sendiri sakit hati tu yang parah
      tak molek lah gitu kan, senangkan kehidupan kita sebenarnya dah sempurna
      tinggal kita aje nak perasan ke idak =)

      Delete
  14. Pergh.....penulisan standard wartawan utusan tuuuu...
    hihi.....Betul YY....setiap yg kita terima dengan redho insyaallah kita akan tenang menerimanya tp sebagai manusia biasa utk redho bukanlah mudah .....Allah itu maha adil....setiap manusia tidak diberinya kesempurnaan supaya kita belajar sesuatu darinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu memang bercita-cita nak jadi wartawan! hehe
      siap lecturer dah suruh fill up borang lagi, saya aje tak rajin...hehe
      saya setuju OKje, bercakap lebih mudah dari melaksanakan
      tapi kalau kita duduk seketika, perhatikan keadaan sekeliling, kita akan nampak
      ALLAH sememangnya perancang yang terbaik

      Delete
  15. Perkongsian yg sangat bagus yana.. pttnya kena bersyukur dengan apa yg kita ada.. kalau hidup asyik nk lebih pada org jer mmg tak kemana la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan farah
      lebih baik bersyukur dengan apa yang ada
      dari duduk mengeluh sebab kita kurang tu atau kurang ni

      Delete
  16. Setiap dr kita de kekurangan n kelebihan..kite kne la terima kekurangan n kelebihan pasangan masing masing..n guna kelemahan yg ada jd sbg satu kelebihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu kan mimi
      ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...