Sejuk Seperti Di Cameron Highlands! (^_^)

6:40:00 am Yana Yani 42 Comments

Rumah di mana kami sekeluarga duduki sejak beberapa bulan yang lalu ni berhampiran dengan kebun kepunyaan orang yang tidak diketahui siapa pemiliknya.

Sebelum ni ianya penuh dengan segala macam pokok seolah hutan yang membuat suasana agak nyaman terutama pada waktu malam dan awal pagi.

Tapi malam kalau menjengah  ke luar memang agak spooky! Suasana tu buat YY teringat aktiviti "Burung Hantu" yang pernah YY lalui ketika di zaman sekolah menengah dahulu (^_^)

Cuma baru-baru ini kawasan itu telah "diterangkan" untuk projek penanaman serai dan juga tebu. Sebab tu hari tu boleh nampak secara "live" monyet atau kera yang bertebaran mencari makanan.

Tapi tu lah pertama kali dan terakhir YY dan Encik suami melihat kelibat haiwan tersebut di kawasan belakang rumah kami ni. Hopefully dah tak adalah lagi.

Anyway kebelakangan ni cuaca agak lembab menambahkan lagi suasana di bahagian belakang rumah seolah seperti di Cameron Highlands! Cuaca sejuk tu terasa sampai ke tulang!

YY kalau lepas solat Subuh cukup suka menikmati suasana di bahagian belakang rumah ni. Selalu pagi-pagi dah buka pintu merenung keindahan ciptaan ALLAH ni. Rasa seronok!


Kabus waktu pagi ni buat YY teringat suasana di kampung kelahiran YY di Kuala Lipis, Pahang. Perasaan damai tu hampir sama dan kesejukkan tu buat teringat Cameron Highlands!

Seronok bila dapat tengok titisan embun. Try juga snap gambar embun. Tapi kamera cap ayam YY gagal capture angle yang YY nak. Asyik blur aje.

Lantaklah! Tayang juga kat sini! Hehe!


Dah rasa puas menikmati suasana tu, YY kelam kabut pula dok siapkan hidangan untuk breakfast. Hari tu buat cekodok aje, cicah dengan lebihan kari ikan malamnya. Terbaik!

Bila sejuk makan benda camtu, memang laju ajelah makan kan. Biasa YY buat cekodok ikan bilis aje, aritu YY tukar. YY letak pula udang geragau.

First time tukar menu, tapi sedap juga.


Minum pula dengan air kegemaran kami sekeluarga, bertambahlah terasa nikmatnya! Dekat rumah ni memang air teh laku sangat! Tiap pagi memang inilah air yang YY hidangkan.

Ada orang kata tak elok bagi budak kecil minum teh. Tapi Mak YY kata anak orang dulu-dulu, bukan takat air teh, kopi pun diorang minum. Jadi aje ORANG!

Mak kata yang sebenarnya cara didikan tu yang penting. Hehe! Betul juga kan (^_^)


Cuaca sejuk ditambah dengan kekenyangan, buat mata rasa macam nak tidur balik. Tapi tu hanya angan-angan bila Aisyah bangun sambil dok kata, "Cucu yis - Susu please"


Tak lama lepas tu, Afif pula bangun. Dia terus menuju ke pintu belakangan yang terbuka. "Mama, sejuk ni macam dekat rumah Tok Yang kan? Sama aje rasa dia" kata dia.

"Tapi Mama rasa macam sejuk dekat Cameron Highlands je" kata YY pula.

"Cameron Highlands yang dekat tempat tinggi, yang jauh tu ye? Ha'a lah kan. Bila kita boleh pergi lagi?" tanya Afif pula.

"Oops, tu kena tanya Papa!" jawab YY sambil mengerling ke arah Encik suami.

Encik suami hanya membalas dengan senyuman. Senyuman tu macam menggambarkan harapan ke Cameron Highlands adalah tinggi! Hehe! Bila aje yang kurang pasti.

Anyway, Afif hari ni dah mula menghadapi peperiksaan untuk penggal akhir bagi enam tahun. Diharapkan Afif mampu menduduki peperiksaan sebaik mungkin. Doa Mama sentiasa untuk kamu.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

42 comments:

  1. Selamat pagi kak Yana,
    Cucu yis?
    Alahai cumilnyerr!!
    Kalau depan saya rase dah kena cubit pipinya tu..
    Nasib baik anak orang.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi gee! =)
      hehe...ada hati nak cubit pipi tu!
      ni tak boleh kasi jumpa ni...hehe

      Delete
  2. sama macam kat kampung saya..bangun pagi tu rasa liat je.air punya sejuk jangan cakap la..heheh..kalau dok tengah2 bandar ni susah sangat nak rasa sejuk gigil2 di waktu pagi..tak payah pakai air panas.boleh mandi rileks je..kalau kat kampung sambil mandi rasa nak menjerit je..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah saya lately bebudak susah nak suruh mandi pagi
      sebab sejuk ginilah
      nak suruh mandi macam nak kena pukul pula...hehe
      tapi seronok juga sebenarnya...hehe

      Delete
  3. subhanallah ciptaan Illahi..YY tu belakang umah YY tu kawasan hutan ke sebelum ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a sebelum ni memang nampak macam hutan
      pokok besar-besar, sekarang lapang sikit =)

      Delete
  4. Sekarang ni memang musim hujan kot. Semalam sampai dinihari hujan. Sejuk betul rasanya. Betullah sebiji macam kat CH dalam bab-bab kesejukan ni. Oh, YY orang Lipis rupanya.... orang kampung Dato' CTlah yek....

    Saya ni kalau hujung minggu, lepas Subuh takdanya nak menikmati keindahan alam, YY. Dah tentu terbongkang balik atas katil. Agak-agak time breakfast dah nak lepas, baru sibuk nak buat breakfast cum lunch terus.

    Aduh, Aisyah ni terkejut tau dibuatnya...tahu-tahu nak cucu. Anak siapalah yang nak kena kahwinkan ni sebelum Aisyah boleh dapat 'cucu' ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. siti nurhaliza tak duduk kampung
      dia duduk kat pekan kuala lipis tu
      kalau atuk saya memang kat dalam kampung betul, dekat sangat dengan orang asli =)

      saya kalau dah bangun, susah pula nak tidur balik
      kalau rasa nak tidur pun, ada je yang mengacau
      rumah ni breakfast tu wajib! lunch lambat pun tak apa
      kadang pukul 3 ke 4 petang baru lunch =)

      hehe...pelat anak dara saya ni MD
      susu dia kata cucu, tu sib baik mama dia paham
      kalau tak paham mahu dia jerit sampai kita paham! hehe

      Delete
  5. Bestnya rumah kediaman YY masih berpeluang suasana macam ini. Tidur dah tak payah on aircondlah kalau macam ni. Agak-agak boleh tumpang bercucuk-tanam tak hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang tak pakai air cond bila tidur malam
      pakai kipas aje, tu pun dah sejuk =)
      jiran saya rajin aje bercucuk tanam guna tanah orang tu
      masa dia clear kan aritu pun, dia tak usik apa yang dah ditanam
      kira baik jugalah budi pekerti, kalau orang lain mau kena cabut =)

      Delete
  6. bestnya yy . sis mmg suka view kg cam tu . klu dpt rumah kat tpt camtu mmg bahagia rasanya ... dulu kat kg bila bangun pagi ada kabus . sekarang jarang ada kecuali musim hujan ... serai tu dekat jer dgn pagar ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka view gini, rasa damai =)
      memula dulu aje rasa takut sikit...hehe
      walau tak hujan, belakang ni tetap sejuk, port melepak kami anak-beranak =)
      walaupun dekat aje serai tu, orang punya vee wei!

      Delete
  7. Bestnya, pagi-pagi hirup udara nyaman gitu..teringat kat kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya
      saya pun tiap kali ke belakang, buat ingat kampung =)

      Delete
  8. Bagus suasana mcm tu bukan utk fizikal shj, tapi kesihatan mata & rohani juga. Apa pun lapar pulak tengok cekodok bilis tu hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu bukan cekodok ikan bilis KK
      cekodok udang geragau! hehe
      first time buat, boleh tahan juga rasa dia =)

      Delete
    2. Cekodok bilis pulak hahaa.. :D

      Delete
  9. Woww... best nyer rumah YY... idah suka kehijauan macam tu... tapi dok kat bandar nie... bukak pintu belakang... Nampak pintu dapur orang laaa... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni sebenarnya boleh dikategorikan taman
      perumahan di kawasan kampung =)
      belakang nampak kebun orang, tapi seronok sebenarnya =)

      Delete
  10. Waah bestnya.
    Rumah kitorang manede suasana macam ni.
    Nampak tembok batu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya alhamdulillah,
      walau kiri kanan tembok batu
      belakang nampak juga hijau =)

      Delete
  11. Tanam tebu & serai?
    Bestlah senang nak beli tebu..
    Ehh..beli tebu buatpe pulak,kan?
    Lainlah kalau air tebu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya tak suka minum air tebu
      tapi saya kurang pasti sama ada empunya kebun
      ada menjual, tak pernah nampak empunya kebun tu

      Delete
    2. Owh...jadi tuannya bukanlah orang situ, ye?

      Delete
    3. tu pun kurang pasti..hehe
      sebab rumah yang saya duduki ni taman perumahan
      kurang pasti kebun tu orang kampung asal tu punya
      atau orang luar, yang pasti tak penah nampak =)

      Delete
  12. Eh, kat klang cuaca sejuk macam ni? Bestnya.. tak payah nk onkan aircond je..jimat kos ni..

    Haha.. suka dengan statement yg didikan tu penting. Macam Mak saya kata yang kami dulu tak de makan vitamin bagai pun...ok je.. anak cucu dia skrg dibagi macam2 vitamin kononnya nk sihat n bijak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak juga, kawasan rumah saya aje yang sejuk
      mungkin sebab dekat dengan kawasan kebun =)

      hehe...orang dulu yang pernah mengalami zaman susah
      memang begitulah jawabnya
      mak saya kata, orang sekarang cepat mati sebab makanan yang banyak MSG =)

      Delete
  13. Bila kwsn rumah byk pokok pokok hijau memg rasa sejuk kan...xsuka keadaan skrg yg pembangunan sana sini menyebabkan cuaca agak panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah untungnya saya di sini
      bila ada banyak pokok, secara tak langsung jadi sejuk =)

      Delete
  14. seronoknya rumah dengan suasana kg macam tu,rasa nyaman dan tenang je kan..

    aah kan..akak pun pekena cekodok gak,nanti nak up la gambar cekodok akak jugak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, alhamdulillah
      hehe...tayang jangan tak tayang
      sudah pastinya saya punya cekodok tak boleh
      menandingi kehebatan cekodok akak =)

      Delete
  15. Genting highland lagi sejuk... Hehe... Mmg best kalau rumah de pokok2 dmai je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? tak pernah sampai genting highlands =)
      bab pokok tu memang betullah best =)

      Delete
  16. Amboi anak dara ni pandai ckp 'please' lagi ye? Hehe..comel je aisyah ni.. Hmm..sedapnya cekodok udang geragau. Mmg terbaik tu...suka suka suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak cakap please, dia cakap "yis"
      hehe...pelat anak dara sorang ni
      saya baru tu pertama kali buat, berubah angin =)

      Delete
  17. Cameron Highland le gamaknya kita cuti bulan depan ni hihi....Cik Suami pun dah senyum simpul .....ada perancangan nak tambah adik le kat Cameron Highland tu haha......
    Ohhh tu faveret okje tu jemput jenput.......tak kiralah geragau ke ikan bilis ke...
    OKje pun tak de pantang air tuk anak anak belasah jer....hihi nak senang aje

    Comel si Aisy ni......

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada planned, tapi dah cancel sebab musim hujan aje ni katanya
      hehe...memang nak bagi adik pada aisyah
      tapi saya yang kena cuti sebab baru buat treatment aritu kan =)

      samalah saya, tapi saya lebih suka hak yang ranggup
      kalau empuk semata, tak rasa best...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...