Part III: Ke Penang Lagi! (^_^)

7:50:00 am Yana Yani 36 Comments

Kita sambung lagi Part III kami ke Pulau Pinang dan ini adalah episod terakhir! Sebenarnya kami hanya di sini selama semalam aje. Tak lama macam sebelum ni.

Lagipun time tu dah mula cuti sekolah, so kami ada banyak undangan perkahwinan yang perlu dipenuhi. Biasalah kalau cuti sekolah ni, memang banyak undangan perkahwinan.

So lepas minta izin dari Wak Sarno iaitu Abah kepada sepupu YY, Udin kami beransur pulang. Wak Sarno ni abang Abah YY yang paling close. Lagipun jarak usia mereka berdua tak jauh berbeza.

Destinasi selepas majlis perkahwinan Udin dan pasangan ialah ke Padang Kota! Dekat sini memang dah pasang niat nak makan pasembor yang sering disyorkan sekiranya ke Penang,

Masa sampai tu, angin kuat buat kami rasa macam best pula. Maklumlah jarang dapat peluang ke pantai. Pemandangan pun cantik dan manusia tak usah cakaplah, ramai!

Tapi disebabkan bukan YY yang pegang kamera, maka tak dapat banyak sangat gambar. Kami singgah sekejab ke tempat bernama Fort Cornwallis.


Dekat sini ada banyak meriam lama yang digunakan untuk mempertahankan Pulau Mutiara satu ketika dahulu. Tapi tempat ni under construction di sesetengah tempat.

So tak dapat jelajah semua. Nak cerita pun YY tak berapa tahu nak cerita. Hehe! Tayang gambar anak dara yang dah kepenatan dok tengok meriam (^_^)


YY rasa tempat ni kalau tak kerana under construction, best juga tau sebab ada banyak peninggalan sejarah. Oh ya, ada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Kalau tak silap dua ringgit aje.

Lepas beberapa ketika kami keluar tempat bersejarah tu. Terpusing-pusing dok mencari kedai pasembor. Kawan Syafie kata kedai tu berada di bahagian yang lain.

So kami terpaksa menyusuri sebuah padang yang luas. Masa tu kebetulan ada pertunjukkan orang makan api. Tapi YY tak tengok sangat sebab melayan Aisyah yang nak belon.

Tapi kalau tengok gambar dekat bawah ni, nampak seronok. Tengoklah si Afif dan Pak Teh dia, sampai tak berkelip mata dok kagum tengok orang telan api.


Dah habis pertunjukkan, kami meneruskan lagi misi mencari pasembor. Tayang sikit gambar yang Annor snap masa kami dalam perjalanan ke gerai pasembor.


Setelah hampir beberapa ketika berjalan, kami pun sampai di tempat yang di tuju. Baru aje melabuhkan punggung, kami terus diserbu oleh penjual gerai yang cukup ramai.

Macam-macam menu makanan diorang dok sebut sampai tak dapat nak tangkap. Dalam masa yang sama terasa rimas pula dengan keadaan tu.  

Tapi kami hanya aimed pasembor. Yelah teringin juga sebab orang selalu dok syorkan makan pasembor kalau ke sini. Masa first time ke sini tak berpeluang untuk mencuba.

So kali ni memang dah pakat-pakat nak cuba makan. 

Sebelum tu kami diberi amaran oleh kawan Syafie yang makan pasembor nanti kitorang akan makan sambil menangis tanpa ketahui maksud yang cuba disampaikan.

Angah yang beli pula main ambil aje tanpa dok tanya harga dulu. Tapi tak boleh salahkan juga sebab cara nak beli pasembor ni sama macam rojak Singapore dan Yong Taufu.

Cer teka berapa harga untuk tiga pinggan macam dekat bawah ni? Tak usah pandang laici kang tu atau sotong bakar tu. Fokus pada pasembor aje!


Okay harga untuk tiga pinggan bersaiz sama macam dekat atas tadi adalah hampir mencecah RM100! Memang menangis betul time makan! Hehe

Orang kat bawah ni, Angah sampai mengeletar kata dia bila nak hulur duit bila orang tu minta. Memang sungguh terkejut! Tak terfikir harga dia mahal gitu!


Tapi kalau tanya rasa, boleh tahanlah! Memang macam rojak Singapore sebab dia guna kuah kacang. Disebabkan mahal gitu, kami kasi licin pinggan! Tak boleh tinggal hatta kuah pun!

Kalau pinggan boleh telan, kami memang dah telan dah! Nampak tak dah nak beransur habis dah tu. Disebabkan mahal, memang wajib kasi licin! Hehe!


Lepas dah kekenyangan makan pasembor yang memang bikin kami bersembur, kami pergi mengadap laut kejab. Lagipun dah nak gerak balik dah lepas tu.

Hasrat nak makan nasi kandar Line Clear pun terpaksa dilupakan sebab dah lewat petang. Takut lambat pula sampai ke Klang. Lain kalilah pekena nasi kandar.


Lepas tu Encik suami suruh kami tunggu dekat dengan taman permainan sebab dia nak pergi ambil kereta. Lagipun jarak dia letak kereta dengan tempat kami berada memang jauh.

Masa nak pergi tadi pun semput, lagilah nak balik! Perut time tu pula dah penuh dengan pasembor. Memang tak larat sangat nak berjalan. Encik suami dengan Syafie aje yang pergi ambil kereta
  

Sementara menunggu Encik suami dan Syafie, Annor melayan Afif dan Aisyah main di taman permainan. Dia aje yang rajin melayan. Yang lain dah kepenatan (^_^)


So itulah ajelah cerita perjalanan kami di Penang kali ni. Memang sekejab aje. Tak sempat nak ke tempat lain dan kami masih sesat lagi this time. Hehe!

Kali ni sesat cari jalan pulang pula. Tapi ada satu peristiwa tu yang YY rasakan cukup kelakar. Encik suami bertanya pada seorang wanita berbangsa Cina arah menuju highway.

So auntie tu menunjukkan arah dalam loghat yang agak sukar difahami. Untuk kepastian Encik suami bertanya, "Maksud you, I kena lalu simpang empat depan ni kan?"

"Aiya, you mahu pegi itu Simpang Ampat apa pasal! You mahu pegi KL bukan? Ikut ini jalan ma buat apa pegi Simpat Ampat!" kata dia yang ada sedikit bunyi marah bila Encik suami tak faham.

YY tengok diorang dah macam itik dan ayam. Yang sorang maksudkan juction tapi yang sorang lagi ingatkan nama tempat Simpang Ampat. YY pun pening. Hehe!

Tapi mujur juga ada yang lain membantu. Kami dapat jumpa juga jalan kembali ke Klang dan selamat tiba ke destinasi. Syukur alhamdulillah! (^_^)

Dengan itu tamatlah sudah cerita percutian singkat kami ke Penang kali ni. Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk kali ni. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

36 comments:

  1. mahalnyer pasembor tu..ish2..terkejut jugak..tak sangka harganya mahal camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, tak sangka juga
      tak tahulah kot memang gitu harga dia =)

      Delete
  2. Wah! enjoy sakan ye...seronok nyer g jalan sekeluarga ramai2...
    Lepas ni nak kemana pulak...cuti sekolah panjang tak lama lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah bunda!
      tak tahu lagi, mungkin ke melaka
      mungkin juga ke cameron untuk ke sekian kalinya
      tengoklah nanti, belum finalized lagi

      Delete
  3. Alahai terkedu tengok muka Aisy... nape tak letak gambar Aisy banyak-banyak buat tatapan? Gambar makpakpaktehmakngah semua tak letak pun takpa.... Eh, tersilap komen pulak. Minta maaf ekkk....

    Pasembur tiga pinggan nak dekat RM100? Itu bukan je buat saya menangis, mahu kat situ juga I throw tantrum cam budak kecik tau tak.... Memanglah gigil makan pasembur je kena keluar duit RM100. Kalau beli make up lagi afdal rasanya takdalah ralat mana.

    So, ni dah habis ceritalah ya? Walla, sehari je kat Penang tapi ada Part1,11,111 gitu. Memanglah kita ni serupa bila mengarang esei nih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada itu ajelah, kalau idak dah letak lagi banyak!
      tayang dekat besan to be..hehe

      kan, saya pun terkejut sebenarnya
      tak tahu nak kena bayar mahal gitu! gerun

      hehe...habis dah, kang cite sekali tulis
      orang muntah hijau baca
      tu yang buat sampai 3 part, barulah orang pun suspen aje
      nak tahu pengakhiran, nampak tak permainan di situ....hehe

      Delete
  4. Hmmm...kathy smpat juga ke fort cornwallis..ada juga snap² tapi xblh upload sbb xmnutup aurat masa tu. Hehe.ampat jg lah mkn ns kandar,sdap juga tapi pasembor tak prnah rasa lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi kandar sebelum ni pernah rasa
      pasembor pula baru itulah first time merasa
      terkejut dengan charge yang dikenakan =)

      Delete
    2. Mahal giler.. Xsangka begitu harganya..adeh..pertama dan terakhir la jawabnya mkn pasembor kat situ kn sis?

      Delete
    3. hehe...tepat sekali!
      lain kali memang tak beli dah! =)

      Delete
  5. kalau mai simpang Ampat roger kami na...hehe..orang pulau pinang pun tak berani nak makan pasemboq kot tu...memang boleh tercekik harganya..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. diana dok simpang ampat ye
      tak penah sampai lagi tu =)
      yeke? patutlah kawan adik saya kata makan sambil menangis
      memang mahal rupanyer ye

      Delete
  6. Boleh tahan mahal harga dia.. Memang nak tersembuq gak bila dengar.. Hehe..Simpang Ampat.. jauh benar dari penang nak terus ke sana... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal sangatlah faarihin! hehe
      mujur juga bukan YY yang bayar, idak menangis kat situ juga!
      hehe...tulah kalau dah itik dengan ayam bercakap

      Delete
  7. Best nyer jalan jalan sambil makan-makan..
    Mmg menggigil tangan nak bayar RM100 utk sepinggan passembor tu...
    Saya selalu tak jadi nak makan passembur kat Padang Kota tu..
    Sebab tiap kali tanya harga, mesti tak jadi... mmg cekik darah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sepinggan RM100 tu, untuk 3 pinggan
      tapi bagi kami dah kira mahal sebab potion tak besa mana
      hari tu silapnya main ambil aje, tak tanya harga
      padanlah muka! hehe

      Delete
  8. Allah... awat mahai bebenor kak yana..
    value market sangat ke tempat tuh?
    hohoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana nak tahu gee wei
      tapi dengar cite orang penang pun tak mahu beli
      sebab memang mahal katanya

      Delete
  9. ya Allah! Kenapa mahal sangat??? Kalau tempat dia dalam aircon boleh lagi la terima harga hampir RM100 tu. takkan sepinggan RM30? waaa tak boleh terima harga tu. baik KM makan shushi ke, ayam penyet ke, pizza ke... huhu.. memang menangis la tengok harga tu... ToT

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaklah aircon KM wei, tepi pantai aje ni pun
      berpeluh juga makan, tak adalah selesa mana
      en suami kata dia nak cover sekali dengan time orang tak beli...hehe
      takat nak rasa makan buat pertama kali, tak ada masalah
      tapi kalau lain kali, elok makan KFC je...hehe

      Delete
  10. Tengok gambo Aisy ngan meriam tu teringat masa mak datang sini dulu tau. Makan mee sotong punya pasal sampai ceri beri jadinya. Padahal kalau diikutkan dlm family pak jilap perut okjelah yg paling kebal ....
    Pergh!! Mmg menggigil dengonya kalau 3 pinggan pasemboq dekat RM100.....taubat tk mo makan lagi dah....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga nampak gerai tu, tapi sebab dah aimed pasembor
      tak rasa mee tu...hehe
      memang tobat ler OKje, itu first dah terakhirlah
      kalau datang tak akan makan lagi dah =)

      Delete
  11. Yang kt situ mmg kena ketuk la..awat tak tnya farah.. ada satu tmpt nie murah jer.. dan yg penting sedap gila.. selalu farah beli penuh satu pinggan tak sampai $10 pun yang.. huhuhu..xpe la.. kalau mai penang lagi bg tau.. boleh bwk pi makan pasembor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriously memang tak teringat langsung nak tanya farah time tu
      asyik ingat nak makan pasembor aje
      ambik ko! harga dia buat bersembur! hehe
      insya ALLAH kalau ada rezeki lagi ke sana, saya akan inform farah =)

      Delete
  12. Ingatkan nak bawa melihat Penang tapi banyak gambar orang2 yg ke Penang jer... hehe! Rojak pasembor Penang tu... adakah sesedap Gado2 di Tanjung Malim (medan selera depan balai polis)? Ha!... Kalau singgah Tanjung Malim jgn lupa try dan bandingkan rasanya.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bukan guna kamera sayalah BM
      lagipun sekejab aje kat sini pun
      dah habis teroka sebab nak kejarkan masa
      tak penah lepas tanjong malim lagi, insya ALLAH kalau ke sana
      saya aim pula gado-gado =)

      Delete
  13. mahainya pasemboq..memang patut makan sampai licin pinggan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu sebab mahal punya pasal kak
      memang pakat bagi licin =)

      Delete
  14. Saya pun lama dah tak ke penang.. klu bab makanan, penang mmg bnyk yg sedap2.. syok.. :)

    ReplyDelete
  15. Rm100??apakah..tp kalau sedap xde mslh dengan harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time rasa, dah juga terakhir =)
      rasa bolehlah tahan

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...