Cara Menempah Photobook

7:02:00 am Yana Yani 58 Comments

Cara Menempah Photobook | Sebelum ni YY dah tunjukkan Cara Menggunakan Software Photobook. Hari ni YY nak tunjukkan cara macamana tempahan dilakukan selepas photo book yang kita dah design siap sepenuhnya. Sebelum klik Order di bahagian kanan seperti gambar di bawah, korang kena pastikan setiap muka surat telah terisi. Masa ni lah paling sesuai nak buat final touch.

Once dah klik Order, tak boleh nak patah balik dah tau. Bila rasa dah yakin, baru klik Order tu.

Cara Menempah Photobook

Lepas tu akan keluar Disclaimer seperti di bawah. Kena tick yang korang dah baca dan faham semua yang tercatat dalam Disclaimer tu baru korang akan di bawa ke peringkat seterusnya. Time ni juga korang kena pastikan yang korang dah pun connected dengan Internet. Masa design photo book boleh lagi offline. Tapi nak menempah dah kena online.

Cara Menempah Photobook

Lepas tu korang akan di bawa ke laman web rasmi Photobook Malaysia. Masa ni sila access gunakan login ID yang korang dah created sebelum ni. Nanti akan keluar invoice untuk korang buat bayaran. Tapi kalau korang dah ada voucher code, masukkan code tu masa nak buat check out nanti.

Cara Menempah Photobook

Once bayaran dah dibuat atau diorang dah sahkan voucher code yang korang masukkan tu, maka akan keluar confirmation di bawah menandakan tempahan korang sudah diterima.

Cara Menempah Photobook

Tapi ni belum settle lagi tau. Korang kena upload photo book yang korang dah siap design dengan cantiknya tu dulu. Klik aje Upload Order lepas tu tekan butang Continue.

Cara Menempah Photobook

Proses upload ni bergantung kepada kepantasan Internet korang. Based pada pengalaman YY, ia akan ambil masa antara 15 ke 20 minit. Tu kalau line Internet cam siput lah. Tapi kalau line Internet cantik, dalam 10 minit dah siap upload dah (^_^)


Bila dah keluar notis seperti di atas, maka sahlah yang tempahan korang sudah pun diproses. Tunggu ajelah photo book korang sampai. Biasanya ia akan ambil masa dalam tujuh hari bekerja. YY kalau dah hantar tu, memang excited. Hari-hari rasanya dok check order bila nak siap. Rasa macam tak sabar aje nak tengok macamana hasilnya.

YY bukan first time order dengan Photobook ni. Sebelum ni YY dah ada tiga photo book. Tapi sebelum ni punya YY order hak yang jenis soft cover. Menyesal pun ye juga. Anak-anak YY suka sangat dok mengadap photo book tu. Siap kena sorok tau sebab takut lunyai.

Cara Menempah Photobook

Especially si budak Aisyah. Kalau boleh hari-hari dia nak belek gambar dia. Photo book tu juga punca bergaduh kadang tu. Afif kata dia comel masa kecil, Aisyah pun tak nak mengalah. Kadang dah macam perdebatan yang tak ada sudahnya. Siapa comel tak comel pun boleh jadi isu. Camne lah tak gugur rambut Mama dibuatnya (^_^)

Cara Menempah Photobook

Berdasarkan pengalaman tu lah, kali ni punya photo book YY order yang jenis hard cover pula. Kulit depan dia keras sikit berbanding sebelum ni.

Cara Menempah Photobook

Tapi yang kali ni punya diorang tak heran sangat sebab YY campur semua gambar aktiviti keluarga. YY tak buat photo book khusus macam sebelum ni. Tayang sikitlah isi dalam photo book yang baru ni. Kalau nak tengok semua, meh datang rumah YY ye. Seperti biasa, Aisyah jadi model. Afif tak ada masa ni.

Cara Menempah Photobook

So sekarang YY dah ada lima photo book yang kesemuanya YY tempah menggunakan Photobook Malaysia. YY belum pernah cuba brand lain. Lagipun YY ni jenis loyal. Kalau dah satu brand tu, memang satu brand tu ajelah sampai bila-bila (^_^)

Cara Menempah Photobook

Nak buat photo book ni part paling susah adalah memilih gambar. YY sendiri ambil masa yang agak lama hanya untuk memilih gambar. Tapi lepas tu dah mudah dah. Sama ada korang nak ikut aje template sedia ada, atau nak design ikut citarasa sendiri. Yang pasti dengan adanya photo book ni, adalah tangible memory.

Kalau letak aje dalam laptop, peluang untuk dia hilang selamanya tu ada. Kena ambil langkah pencegahan. Lagipun buat photo book lebih murah berbanding dengan print satu-satu gambar. Kalau ada peluang, cubalah buat satu untuk family korang. Confirm korang puas hati (^_^)

Rasanya itu ajelah bebelan YY. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

58 comments:

  1. mamamyja pon dah terjebak. Hahahaha tapi mamamyja suka tempah kat pixajoy. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. once dah terjebak, mesti akan terus terjebak =)
      tak penah guna pixajoy...best dak?

      Delete
  2. nice info...nti boleh try buat sendiri

    ReplyDelete
  3. pernah jugak order 1 photobook tapi Ya Allah malas Yarabbi nak mengedit. ni pun ada niat nak order tapi tu la tunggu mood mengedit datang dulu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni pun kalau tak kerana voucher nak expired, tak juga buat
      memang kalau datang penyakit M tu, tak ke manalah jawabnya..hehe
      dia kena time rajin memuncak baru syok buat kan =)

      Delete
  4. Alahhhh.... kalau mereka tak bergaduh pun rambut gugur juga, YY. Salah syampu bukan salah 'budok-budok'!

    Bestlah bila dah tengok hasilnya. Muka budak-budak berdua ni memanglah comel lote, cute-mute tapi senyuman di bibir ni terus terbantut bila tengok gambar makpaknya kat cover tu, YY. Potong stim betul. Terus tak jadi nak puji anak-anak YY lebih-lebih lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo sebab syampu ke? ku fikirkan sebab bebudak bergaduh
      eh tapi camne MD tahu ni, ada pasang cctv kat rumah saya ke...
      ni baru kisah seram ni

      ni dah mulalah keluar hasad dia ni
      boleh pula tengok gambar couple terlajak sweet dia terbantut senyum
      tak patut sungguh MD ni...tak kira! senyum balik!

      Delete
    2. Entahlah saya sekarang ni memang hasad sungguh kalau tengok pasangan merpati dua sejoli tapi dah tak berapa joli sangat sekarang ni sebab faktor usia tak meningkat! Dulu setakat jiran sebelah aje rasa cemburunya tu sekarang dah menular. Penyakit cemburu ni macam viruslah sama juga macam penyakit suka selfie laki bini atau sorang-sorang. Hahaha!

      Delete
    3. hehe...memang confirmlah dia jealous ni tau
      sebab dia tak dapat buat camtu
      ni kiranya semua yang gambo laki bini dia jealous lah ni
      tetiba terasa nak gelak guling-guling...hehe

      Delete
  5. Best jugak ni sis. Tapi kathy susah sikit la. Banyak gambar masa anak2 kecil dulu da xda sbb masa tu xkenal pc or laptop lg. Kamera pun jenis negatif film tu je. Skrg ok sbb kamera gn kad memori. Tapi maybe nak buat juga nnt utk kami anak branak pnya pic ms skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun gunakan ni based pada gambar sekarang kak
      lagipun abah saya simpan kebanyakkan gambar lama kami adik beradik
      saya rasa wajar...sebagai kenangan =)

      Delete
  6. huihhh...kena betul2 gigih nk edit gmbr tu semua kan...yg ptg puas hati dgn hasilnye...rasa mcm nk buat jugak la...bersemangat tgk hasil YY buat hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah sangat sebenarnya
      bab pilih gambar yang rasa azab sikit...hehe
      buatlah deanna. kenangan =)

      Delete
  7. ginila fotografer wedding cari makan hahaha

    ReplyDelete
  8. Bila dah pandai buat cantik jadinya YY
    Kakak bukan terpikat apa kat entri ini YY, terpikat tengok anak dara comel gelak bukan main.
    Buat kakak senyum sendiri pulak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata pandai tu idak juga kak
      saya main hentam aje ni =)
      saya pun secara jujurnya suka gambar dia senyum tu =)

      Delete
  9. bestnya buat photobook!
    tq sharingg :)

    ReplyDelete
  10. cantik!
    senang nak jaga pun yer. utk jgka masa panjang, xde la gambar lekat2 kt plastik (klo album biasa)
    thanks for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab jaga tu betullah
      dia lebih tahan lama sikit

      Delete
  11. Cantik.. apsal yang tu muka sis YY nampak sebelah mata ja..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang design gitu
      kalau buka semua, nampak muka saya yang comel tu =)

      Delete
  12. Si Aisy punya sengih.. geramnya..

    ReplyDelete
  13. Nanti kalau ada kelapangan macam buat jugak lah.. nak kumpul gambar2 dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatlah sebagai kenangan
      kumpul dulu gambar ye sebab banyak juga
      boleh sumbat untuk 40 pages

      Delete
  14. wahh sonoknyer leh buat photobook tuu,
    bila mak nak bukukan blog mak nih., hihi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu ler bila nak buat
      lagilah zaman gawat ni...postpone dulu ler =)

      Delete
  15. Bestnyaaaa....... ...bilalah nak test ni entah......
    Bukan takat depa jer suka YY okje kalau ada benda ni harus belek 24 jam haha .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat jiwa tak boleh kacau OKje
      hehe...saya pun kalau dah dapat belek
      lupa juga keadaan keliling =)

      Delete
  16. Wahhhh...bestnyaaaaa. Cantik lahhhhh. Teringin nak buat. Buatkan untuk kita YY...hehehe...Banyak gambar dok terperap jer dalam camera & HP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatkan? sendiri buat pun terasa mencabar keimanan
      tapi kalau upah tinggi, akan dipertimbangkan...wahaha

      Delete
  17. wah banyaknya photobook yana, saya akak baru ada satu... tu pun buat kat kedai... lepas tu dia designkan... nak try jugalah nanti.... nak print gambar pi jepun aritu... takut ilang.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sejak nak tahu pasal photo book ni, memang terus terjebak
      suka dengan hasil yang kita buat tu
      pastu kualiti dia pun boleh tahan =)
      buatlah kak..tapi kena buat time rajin tau. memang azab buat =)

      Delete
  18. Walaupun gambar sekarang ni boleh simpan dalam hp, komputer, cd, sd atau usb namun nikmatnya tak sama kalau tengok dalam bentuk hard copy...kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu BM
      lagi satu kalau pakai semua yang disebutkan di atas
      kalau kena virus atau terdelete, memang menangis tak berlagu! =)

      Delete
  19. klu dah berfamili , blh la buat fotobook ni . klu masih single ni , sapa lah yg nak tgk kan ... elok gak buat sethn sekali yy ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya untuk gfamily aje vee
      untuk diri sendiri pun boleh juga
      kalau suka bergambar, pastinya ada banyak gambar yang menarik
      boleh buat macam satu penceritaan...sonok =)

      Delete
  20. Teruja pula tengoknya... Bila ntah nak buat...

    ReplyDelete
  21. Aida dah ada 2 photobook.
    Da rau da seksa nyer nak buat YY.
    And skang da sambar 2 voucher photobook.
    Akan gigih buat lg in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan seksa dan azabnya nak ngumpul gambo
      mana yang berkenan dengan tak
      pastu kena fikir tema...ishhh
      tapi rasa berbaloi bila dah siap =)

      Delete
  22. seronok baca penerangan terperinci yana nih, boleh digunakan nanti inshAllah... terima kasih sudi berkongsi ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh digunakan sebagai rujukan di kemudian hari =)

      Delete
  23. cantik dan kreatifnya.. 10 tahun akan datang mesti akan tersenyum balik bila tengok, penuh dengan nostalgia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah tujuan asal buat benda ni pun
      na tinggalkan tangible memory =)

      Delete
  24. photobook leh ganti photo album kan..pastu tahan lama gambar x cepat rosak...huhhuhu....dalam lama nk buat tapi belum buat2 lagi...nanti leh refer entri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually konsep dia sama
      bezanya hak ni kita design sendiri
      boleh...tak ada masalah

      Delete
  25. Kak YY !! yes CT mmg tngh cari rujukan ni nak buat photobook..
    CT rasa nak buat utk travelock CT before this.. tak pernah buat.. ehehe..
    tapi tngk harga tu nk kena dendiam dlu la hehe..

    tapi CT bookmark dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? baguslah tu yunk
      kena pilih time promosi...murah aje kalau promosi
      silap haribulan, free aje
      bayar cost shipping aje

      Delete
  26. hahahaa aku pon dah terjebak sama nih...
    selongkar semula gambar jenjalan dulu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...samalah kita
      buat masa sekarang. berhenti dulu
      kumpul koleksi katanya. haha

      Delete
  27. Bayar postage tu untuk tiap2 satu voucher ke? Macam mne kalau nk order 5 photobook tapi postage skali?

    ReplyDelete
  28. Dh try buat tp sangkut kt pembayaran.. Nk byr guna maybank2u tp dia mtk username & password.. Takot plak nk msuk kn password..ke mmg mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang camtulah cara buat bayaran online
      kalau beli barang secara online
      pastu kita pilih option internet banking
      dia akan link pada bank kita
      tak usah risau

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...