Hari Terakhir di Bulan Syawal

7:28:00 am Yana Yani 42 Comments

Hari Sabtu lepas di mana hari terakhir di bulan Syawal bagi tahun 1436H merupakan hari yang padat dengan pelbagai aktiviti bagi YY. Memang terkejar aje dibuatnya.

Permulaan hari dimulakan dengan rewang di kawasan perumahan YY bersempena Perjumpaan Hari Raya bagi taman perumahan yang YY duduki ini untuk kali yang kedua.

Kami empat-beranak turun padang bagi menjayakan program ni walau majlis yang dijadualkan diadakan pada sebelah malam tidak dapat kami hadiri.

Dalam kehidupan bermasyarakat, amat perlu untuk kita mengenali jiran. YY secara realitinya bukanlah seorang yang peramah. So menghadiri aktiviti ini memang agak sukar pada mulanya.

Mujur YY ada kawan baik zaman sekolah dulu yang juga duduk di kawasan yang sama. Tak adalah rasa kekok sangat sebab dia boleh tahan peramahnya. Tumpang populariti dia (^_^)

Hari Terakhir di Bulan Syawal
Hari Terakhir di Bulan Syawal

Penat rewang terasa berbaloi apabila dijamu dengan makan tengahari yang marvelous. Suka sup tulang yang buat YY hilang rasa malu bila bertambah. Hehe!

Tak tahu siapa punya air tangan yang buat sup tu. Yang pasti sedap! Selepas dah kekenyangan, kami bergegas pula ke rumah sepupu YY yang juga mengadakan majlis rumah terbuka.

Kami anak-beranak pergi bersama Mak, Abah, Angah, Dayah, Anis dan Khaira. Terasa seronok bila pergi ramai-ramai macam tu. Terasa macam berada di hari pertama Syawal (^_^)

Hari Terakhir di Bulan Syawal

Agak lama juga kami di situ ditambah bila bertemu dengan saudara-mara yang lain. Segala macam topik keluar termasuk cerita mengenai char kuey teow yang akan YY ceritakan kemudian.

Seronok bercerita buat YY hampir terlupa yang YY perlu baking untuk Majlis Perjumpaan Raya dan doa selamat buat kedua ibubapa MyChintaHati. Kelam kabut balik.

Kalau tak kerana dah berjanji, memang YY tak akan buat kek tu sebab masa yang agak suntuk. Tapi memikirkan yang janji telah pun dibuat, maka YY gagahkan juga diri untuk baking.

Selepas Maghrib kami pulang ke kampung MyChintaHati. Masa sampai, saudara lain sudah pun memenuhi rumah pusaka peninggalan arwah Atuk MyChintaHati.

Hari Terakhir di Bulan Syawal

Majlis ini asalnya hanyalah perjumpaan raya seperti tahun sebelumnya. Kami pun tak bercadang ke perjumpaan kali ini sebab nak menghadiri majlis di taman yang belum pernah kami hadiri.

Perjumpaan itu ditambah dengan majlis doa selamat apabila mereka mendapat tahu yang parent MyChintaHati akan ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima.

Atas dasar menghormati dan menghargai perancang majlis yang menganjurkan majlis doa selamat tersebut, maka kami memutuskan untuk hadir dan mengetepikan majlis di taman perumahan.

Hari Terakhir di Bulan Syawal
Hari Terakhir di Bulan Syawal
Hari Terakhir di Bulan Syawal

Selesai bacaan doa selamat, kami pun serbu meja makan! Ada macam-macam menu potluck yang buat YY rambang mata. Niat berdiet memang lupa terus hari tu (^_^)

Hari Terakhir di Bulan Syawal

Tayang sikit gambar kek YY yang menjadi sebutan pada malam tu. Ramai dok tanya macamana cara YY buat kek tu. Nak cakap suruh tengok dekat blog, tak terkeluar. Hehe!

By the way, kek YY yang ada warna belang biru dan hijau tu tau (^_^)


Gambar bawah ni pula adalah gambar Abah Mentua YY dengan adik-beradik dia. Abah anak nombor dua daripada dua belas orang adik-beradik. Seorang tak dapat hadir.

Tiga orang lagi sudah pun menemui Pencipta.

Rupa diorang macam tak berapa nak sama kan? YY mula kahwin dulu susah betul nak cam adik-beradik Abah ni. Oh ya, Abah yang pakai baju coklat gelap tu.

Hari Terakhir di Bulan Syawal

Gambar bawah ni harus ditempek di sini sebab YY terasa YY cun dalam gambar tu. Hehe! Silalah muntah hijau secara berjemaah ye.

Hari Terakhir di Bulan Syawal

Oh ya, majlis perjumpaan ini diadakan di bawah rumah. Yes! Betul apa yang korang baca tu. Memang dekat bawah rumah sebab style rumah dulu timggi-tinggi belaka.

Jimat kos pasang khemah (^_^)

YY pun walau sudah memasuki lapan tahun usia perkahwinan, baru pertama kali menjejakkan kaki ke bahagian atas rumah yang tersimpan pelbagai barangan antik yang ada value.

Itupun secara kebetulan sebab ngeri dok tengok Aisyah panjat tangga yang tinggi tu. Hehe! Lepas tu MyChintaHati pun sibuk bercerita kenangan dia bersama rumah tu.

Terasa seronok pun ye juga bila tengok mata dia yang bercahaya bila bercerita. Ia seolah menggambarkan betapa seronoknya kenangan dia di dalam rumah pusaka tu.

YY rasa cukuplah bebelan YY untuk hari ini. Besok YY akan bercerita pengalaman YY menghantar parent in law YY ke Tabung Haji di Kelana Jaya.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

P/S -  Aktiviti blog walking agak slow sikit ye. Insya Allah kalau berkelapangan YY akan terjah "rumah" korang. Apapun terima kasih sebab sudi singgah sini (^_^)

42 comments:

  1. Kalau dah ramai dan meriah macam itu memang rasa bagaikan syawal pertama YY
    Apa yg kakak suka rumah tinggi itu YY
    Boleh parking kereta bawah rumah.
    Boleh juga buat pangkin utk rehat-rehat/makan petang.
    Susah dah nak jumpa dah sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...memang terasa macam syawal pertama =)

      sekarang rumah tu, pakcik suami saya duduk
      bawah tu tempat diorang anak beranak berehat
      luas tau! seronok aje sebab bukan senang dapat jumpa rumah camtu

      Delete
  2. salams YY,

    seronoknyaaaa.....meriahhh:):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak!
      memang meriah walau dah hujung =)

      Delete
  3. huihhh...sy suka konsep wat makan2 bawah rumah mcm tuh.....kt kpg sy pun selalu mcm tu jugak...rumah org lama2 mmg tinggi...so leh buat masak2 n makan kt bwh tuhh...rasa meriah sgt kan... hihihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, kebetulan rumah pusaka ni memang tinggi
      kalau buat majlis, memang saudara mara kumpul kat situ
      orang dulu buat rumah tinggi tujuan dia nak elak banjir kan
      kira bertuah jugalah merasa jumpa rumah tu
      lagipun masih lagi elok sebab dijaga rapi

      Delete
  4. bawah rumah ? dah lama tak nampak rumah sebegitu zaman sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! memang bawah rumah
      memang tak ada lah orang buat rumah gitu sekarang ni
      mujur pakcik suami jaga dengan elok

      Delete
  5. itulah kan..hari-hari terakhir syawal, penuh pula dengan undangan

    ReplyDelete
  6. rumah arwah besan my bonda pun tinggi mcm tu juga . sebahagia buat letak kereta , sebahagian lagi buat rumah tingkat bawah ... bab tangga tu memang tinggi dah le tu , curam lak tu . mmg ngeri kalau nak turun ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang rumah ni, lantai dia tanah tau vee
      ruang tu memang mungkin dikhususkan untuk aktiviti gini

      bab tangga tu memang! tinggi betul! gayat dibuatnya
      aisyah boleh gelak-gelak. lagi dimarah, lagi tinggi dia naik
      geram tau!

      Delete
  7. meriahnya akhir syawal.. Sis, I dah dapat gift U bagi.. thanks yaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...akhir syawal tu memang memorable betul
      yeke? alhamdulillah selamat sampai
      risau tak sampai =)
      terima kasih kembali ye

      Delete
  8. mmg meriahlah klo sepakat mcm ni dgn jiran2..
    bila duduk di kaw kejiranan mesti saling bertegur sapa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah lya...perlu kita ni bermasyarakat
      dalam islam memang dituntut

      Delete
  9. Meriah sambutan raya bila ada keluarga yang besar tu.. ops lupa bagi tahu saya pun dah terima hadiah YY.. terima kasih ya atas ingatan.. moga murah rezeki YY seterusnya .

    wah, pandai YY buat kek tu. Tahniah dapat pujian ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly cikgu AN! =)
      dapat ye? saya risau tak sampai tau sebab ada yang kata tak dapat
      saya guna setem 60sen aje plak tu, barang berat...hehe
      aaminn, terima kasih kembali ye

      nak kata pandai sangat tu daklah cikgu. tapi bolehlah dimakan..hehe

      Delete
  10. Meriahnya yana... tukang baca ni pun seronok tgk gambar2. Happening betul nmpknya...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bolehlah kak
      dah akhir raya baru happening raya kami =)

      Delete
  11. alfatihah
    ramaikan adik beradik zaman dulu. seronok.meriah rumah.
    sekali berkumpul mmg meriah.
    sama la kt rumah mak saya. kalau buat kenduri mmg pakai rumah bawah mcm tu.sbb tinggi.
    lepak bawah tu pon best sejuk berangin je. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...memang org dulu keluarga besar
      so bila raya, berkumpul macam ni memang terasa seronok
      betul2...memang sejuk. tak payah pakai kipas dah =)

      Delete
  12. meriahnya...seronok tu makan2 bawah rumah, rumah lama2 memang tinggi kan, teringat rumah lama akak pun tinggi lbh kurang tu juga, tengah hari seronok je lepak bawah rumah, bawa tikar kadang siap tidur lagi sebab sejuk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah kak sebab bukan selalu kan dapat peluang gini
      tapi memang sejuk pun rumah gini kan
      dulu rumah atuk kat pahang gini juga
      lepas tu dia renovate, dah rendah dah. cicit dia tak peluang tengok =)

      Delete
  13. Kiranya sampai ke titisan terakhirlah ni beropen house yek hihi....Tak pe, mak kasi chance haha......
    Untung wooo dapat menantu bukan aje cantik tapi pandai buat kek yg menjadi sebutan sanak saudara. Apa nama kek tu YY

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...lebih kurang gitulah OKje. kasi pulun habis
      ni memang ikhlas memuji ke? saya rasa terapung dibuatnya
      mau senyum meleret sepanjang hari ni
      cantik ye OKje? wahahaha....happy! happy!

      entahlah OKje, main tibai buat aje =)

      Delete
    2. Mak hai... ni mesti sesekali kena puji, itu yang terapung tak boleh turun-turun tu ~_^ Saya tak sempat pun baca komen OKje masa tulis komen di bawah tau. Sanggup ni datang balik nak baca reply dan baca komen jiran sebelah tu.

      Pssstt... jiran saya tu kalau dia puji, dia minta dipuji balik! Pujilah dia awet muda. Takkan pulak YY yang awet mudakan...awakkan memang muda, 13 tahun jer umurkan!

      Delete
    3. yeke? tersalah paham la ni kiranya..wahaha
      saya memang biasa "kipas" OKje..tu pasalnya dia kipas saya balik tu gamaknya
      muda tu satu hal lain MD, cantik tu hal lain plak...hehe
      kombinasi keduanya yang buat saya riak dan takbur sepanjang hari ni...hehe

      Delete
    4. Mana button 'unlike' kat komen ni yerk? Nak tekan dari tadi tak jumpa-jumpa. Hehehe....

      Delete
    5. button unlike belum dicipta...harap maklum...hehe

      Delete
  14. Wah, jimat kos makan bawah rumah aje! Tak perlu sewa khemah. Kiranya rumah pusaka ni takda siapa duduk lagi ke apa ni, YY? Pelik gak bila YY kata sekali aje pernah naik ke dalam rumah. Bercakap pasal rumah pusaka, teringat pulak rumah emak di kampung. Dah empat tahun lebih takda penghuni. Sejak mak saya tak berapa sihat, memang rumah emak tu ditinggal terus. Tak berani nak masuk...

    Amboi, mentang-mentanglah kena puji! Mehlah bagi sikit, barulah boleh kita tolong sambung puji memuji!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang duduk, pakcik mychintahati dengan family dia
      saya biasa ke rumah tu, tapi bahagian bawah aje
      tak penah sekali pun naik atas sebab takut menganggu privasi orang
      naik hari tu pun sebab kebetulan aisyah memanjat tangga tinggi tu, gerun
      tu ikut dia naik sekali...tu lah first time naik. tak penah sekali pun naik

      rumah kalau terbiar lama, memang ada something kan?
      eee...seram. naik plak bulu roma
      eleh...dengki lettewww OKje kata kita cantik =)

      Delete
    2. Eh, dengki apa pulak! Kita cakap pasal nak rasa kek sedap, bukan nak puji nampak cantik! Haip...tolonglah sikit yerk jangan perasan overdose katanya~_^ Silalah turun dari apungan tu ^_^

      Delete
    3. wahahaa...saya rasa happy sangat kena puji cantik
      sampai orang cite benda lain cakap benda lain
      tapi takpe...seorang cakap cantik dah cukup buat kita tiga hati tiga malam terapung
      best betul feeling ni...tunggu aje kat bawah tu
      lepas merdeka kang baru saya turun...hehe

      Delete
  15. Kak tahun depan jgn lupa bg add nak kirim kad raya.. ehem... berapa bulan lagi entah nak tunggu..hahaha..gurau ja..

    kalau duk kanpung mmg beraya tu syok sikit kak..dduk bandar kureng sikit la. Huhu

    suka tgk rumah kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama lagi nak cite pasal tahun depan ni yunk wei
      insya allah panjang umur akak bagi
      tapi ko pun kena ingatkan tau =)

      kampung pun tengok juga camne
      bukan semua kampung best...hehe

      Delete
  16. Hehehehe.. Mmg cantik pun. Tang gigi tu mcm model iklan colgate dah. Sup tulang kathy pun suka sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...gigi tu memang tak boleh buat apa lah
      rasa nak apply jadi model dioranglah kak...hehe
      sedap kan? saya pun hantu sup tulang =)

      Delete
  17. Replies
    1. kebetulan hari akhir tulah adalah macam-macam aktiviti =)

      Delete
  18. suka bulan syawal..sbb? sebulan mkn free hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...sampai sebulan makan free JM! hebat tu

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...