Part II: Ke Penang Lagi (^_^)

7:35:00 am Yana Yani 36 Comments

Hari ni kita sambung lagi cerita pasal kami sekeluarga ke Pulau Pinang lagi untuk kali kedua. Tapi kali ni pergi pun sebab nak menghantar sepupu kami yang berjodoh dengan orang Penang.

Paling best juga, hari tu adalah YY dah boleh nak manja-manja dengan semua yang YY sayang! Tapi Mak YY bila YY dekat dia kata, "Eh ni aku gatal-gatal ni sebab ko ke?"

Sabar ajelah! Boleh tahan paranoid juga Mak YY ni tau! (^_^)

Anyway hari tu kami dikhabarkan adalah majlis persandingan walau sebenarnya YY tak nampak pelamin. Mungkin ianya hanya diadakan secara tutup. Tidaklah YY tahu.

Sementara menunggu pihak pengantin bersedia, macam biasalah kami pun berposing. Semua tempat jadi aje. Dah namanya pun hantu posing kan. Hehe!

Cer tengok gambar bawah ni. Perhatikan YY dan Abah. Kami sedang sedaya upaya cuba cover perut masing-masing yang macam orang mengandung walau tak mengandung,

Gambar ni membuktikan bahawa apa yang kami lakukan itu adalah sia-sia. Hehe! Afif pula YY pun tak tahu awat dia menandah tangan gitu. Bersyukur sebab YY boleh duduk sebelah dia gamaknya.


Bawah ni pula adalah gambar YY dan Annur, empunya telefon canggih yang dok snap gambar kami selama kami di sini. Kalau idak memang tak adalah cerita ni dalam blog.

Dia ni dalam senarai adik beradik dok hak yang ke lima. Atas pada Anis. Tapi kan, sekali pandang macam YY adik pada dia kan? Hehe! Perasan!


Bawah ni pula adalah lovely couple of that day. Mak dan Abah YY yang dipaksa berjemur di bawah panas terik. Senyum pun tak boleh dikuntumkan kecuali mata yang terkedip. Hehe! Jahat kami ni!


Bawah ni pula adalah dua permata hati yang paling dirindui sepanjang tempoh bertapa! Tak tahu macamana nak gambarkan perasan bila dah lama tak jumpa lepas tu jumpa.

YY tak boleh lupa respond pertama Afif dan Aisyah bila nampak YY berada di depan pintu. Tak boleh lupa moment tu bila masing-masing dok terjerit, "Mama!"

Oh ya MummyDearie! Bukan anak bujang awak aje yang tak suka pakai kasut tau. Anak bujang YY juga yang lebih selesa berselipar jepun walau kasut ada. Leceh kata dia (^_^)


Bawah ni kami dah bersedia nak iring pengantin! Annor dan Abah aje yang tak ada dalam gambar. Dari kiri sekali Anis, Angah, Mak, Encik suami, Aisyah, YY dan Syafie.

Depan sekali tu Afif yang juga terlebih excited.


Masa nak ambil gambar pengantin, baru YY tahu yang telefon canggih Annor boleh tukar macamana cara nak ambil. Maksudnya nak terang ke, blur ke, suka hatilah!

Selama ni dok kutuk kata telefon canggih dia snap gambar tak cantik. Hehe! Mana nak tahu! Kamera cap ayam YY tak ada function gitu. Ke YY yang tak tahu? (^_^)

Gambar dekat bawah ni macam snap guna kamera cap ayam YY tapi sebenarnya telefon canggih Annor. Cis, kenapa tak guna dari mula? Dia kata old-fashioned kalau terang gitu.


Tengok gambar atas ni tadi kan, teringat YY pula yang kena arak. Dah lah warna tema hampir sama macam YY sanding dulu. Terasa macam baru semalam aje rasa best bersanding tu! Hehe!

Meh YY nak tayang sikit gambar YY dan Encik suami masa bersanding hampir tujuh tahun yang lalu. Macam tak sangka dah nak menginjak ke usia tujuh tahun usia perkahwinan kami  (^_^)


Muka suci murni aje masa tu. Sekarang aje dah kurang sikit kesucian tu. Hehe! Apapun YY sentiasa berdoa ikatan yang dibina atas nama cinta ni berkekalan hingga ke Jannah! Amin


Dah, meh kita sambung balik pasal perkahwinan sepupu YY, Udin dan pasangan dia.

Bawah ni pula adalah parent pengantin perempuan. Seriously YY tak ingat langsung nama pengantin perempuan. Panjang sangat untuk memori YY simpan (^_^)


Bunga telur ni pula dah berapa tangan pegang sebelum ianya sampai pada Encik suami. Masing-masing tak larat nak pegang. Berat kata mereka.


Eh tu aje ke gambar masa majlis Udin? Yelah, itu aje! Kami tak lama masa ni sebab kami cadang nak round mana yang sempat dekat Penang ni.

Ke mana kami pergi? YY cerita next entry ye. Till then kenalah tunggggguuuu! (^_^)

36 comments:

  1. Ada sambungan lagi??? Buat jelah entri panjang lebar, baru sedap menongkat dagu membaca ^__^

    YY, saya baru je nak kata 'cantiknya pengantin perempuan' tetiba ada statement itu gambar pengantin tuan empunya blog 7 tahun lepas! Aduh, ingat nak simpan je pujian tapi terlepas juga hah.... Masa kahwin muka YY berisi sikit ek tapi cun.... Lepas kahwin lagi kurus nape? Tak dapat makan sedap semua en suami yang rembat eh.... *__*

    Itulah pasal, budak-budak ni. Ikut suka apa mereka nak pakai. Saya dah 4,5 kali beli kasut untuk Abang tapi tak satu pun dipakainya. Rimas. Sama juga dengan Adik. Pagi ni Adik ada photoshoot tetiba nak kasut, satu pun takda. Hentam saja pakailah sandal yang ada! Nasiblah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye harus! manalah boleh sekali harung, bosan pula orang baca...hehe

      sape? YY ke yang nak dikatakan cantik tu?
      waaaaaa! terjerit YY dalam hati ni walau opis tengah sunyi sebab lunch =)
      betul memang gemuk sikit time tu tapi sebenarnya berat badan sama aje
      mak kata, lemak kena sedut sampai jadi gitu...hehe
      makan tu makan, tapi sibuk lebih bila kahwin ni kan, tu yang mungkin jadi gitu gamaknya

      samalah kita MD wei, afif tu dibelikan mahal camne pun
      dia tetap pilih selipar jepun
      beza dengan aisyah yang tak mahu langsung pakai selipar
      pergi kedai pun nak melaram dengan kasut

      Delete
  2. Replies
    1. hehe..kelakar soalan ni
      tak tahulah sayang wei, tapi tahu canggih aje =)

      Delete
  3. Dah.. dah... YY jgn nak berangan teringat kenangan lama pulak dah hihi...
    Tengoklah 'handbag besar' pun dan dua siap dah pandai posing lagi
    Tunggu ajelah anak dara tu besar... boleh buat lebih meriah dari ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...can't help myself lah kak
      teringat balik kenangan rasa syok betul
      nak tunggu budak berdua tu pun entah panjang umur ke idak =)
      apapun insya ALLAH, memang akan buat semampu mungkin

      Delete
  4. lainnya muka masa jadi pengantin kan?? apapun moment paling indah sekarang ni memang bila dapat kumpul dengan family. dulu duduk serumah rasa bosan je tgk muka adik beradik.. asyik nak keluar je manjang tapi bila berjauhan itulah yang kita rindu sebenarnya & yang kita tak perasan selama ni adalah kita sangat2 perlukan mereka.. nak tahu sejauh mana kasih sayang kita pada family cubalah duduk jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang gitu kan
      mananya idak, bersolek sikit punya tebal siap berlapis-lapis...hehe
      tapi memang betul cik lekit
      bila ada semua adik beradik memang terasa kemeriahan dengan pelbagai cerita
      mujur saya adik beradik tak berapa jauh, tapi tetap mesra =)
      simpati dengan cik lekit yang kena berjauhan dengan keluarga

      Delete
  5. meriah pengantin..ala YY nak jugak letak gambo dia sanding 7 tahun lepas kan..cantiknye YY..
    bab anak jerit panggil mama tu..alahai..hiba nye..dapat rasakan moment tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mestilah, katanya kenangan =)
      cantik make up tu mar wei, idak biasa aje kan
      awak lagi cantik! hehe

      betul mar, kalau teringat memang rasa nak menangis
      dahlah time tu tak boleh nak peluk =(

      Delete
  6. Cantik betul YY masa sanding tu. Memang naik serinya. Masa sanding ni pakai contact lens ke sis? Rasanya mata cik abang tak berkelip tengok sis.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu semua special effect kak...hehe
      saya tak pakai contact lens, saya memang rabun time ni tapi tak teruk
      lepas bersalinkan Afif saya baru makin teruk rabun
      katanya pengantin baru, mestilah dia punya mata kat kita aje...hehe

      Delete
    2. kathy pun masa sanding tak pakai contact lens..dalam hati reda jelah ada tetamu yang terasa hati bila kathy tak balas senyum dorang. bukan nak sombong,hakikatnya..tak nampak..hehehehe..

      Delete
    3. saya masih nampak lagi walau tak pakai cermin mata
      sekarang ni aje kalau suh tanggal
      memang tak nampak hatta orang lambai pun =)

      Delete
    4. Baju sis dgn aisyah tu sedondon ye? Cantik pulak fesyennyer..

      Delete
    5. baju lama tu kak
      kalau tak silap baju raya masa first time aisyah beraya
      masa tu pakaikan dia kain aje
      sekarang dah boleh sarung satu suit! =)

      Delete
  7. wah meriah betul..selamat pengantin baru buat mereka..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah farah
      masing-masing first time buat majlis
      mau tak meriah =)

      Delete
  8. Tak berminat nak komen pengantin baru tu .....lebih berminat nak komen pengantin lama yg suci tu hehe.....
    Haaaa.....awak ke tu YY?? serious lain! Mcm muka Annur....betullah dulu lain sungguh!
    Nape tak ikut tema pengantin? Pakain pink karer hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, tak caya kan
      tulah teknik make up! idak mana nak rupa macam siti nurhaliza tu...hehe
      saya tak tahu pula pengantin pakai tema tu
      sarung mana yang saya bawa dalam beg aje...hehe

      Delete
  9. Kali ni sis perasan yy pakai baju kurung . nak tahu gak phone apa annur guna .mcm best jer . menawan jer gambar pengantin yy ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mak dah ugut vee wei
      takut dengan ugutan tu, tu yang sarung baju kurung =)
      alahai tak tahulah apa nama dia, tapi yang pastinya
      lebih canggih lah dari samsung corby YY =)

      Delete
  10. Nak jugak tayang gambo pengantin lama tu..ekekek...

    ReplyDelete
  11. YY banyak ikut muka mak laa... :) happy jer nampak semua nyer pergi kenduri kann... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? first time dengar sebab biasanya orang
      kata YY banyak ikut rupa abah =)
      mestilah happy idah, makan free tu! =)

      Delete
  12. Ok tu YY.. teruskan 'feel' pengantin baru dgn hubby.. tahniah juga buat pasangan pengantin ye.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang semangat seperti tu perlu sentiasa diterapkan kan KK
      barulah kebahagian itu terus hidup =)

      Delete
  13. gurau kasar nampak mak kak yana ni.. ~.~'
    btw, lain benar wajah kak yana 7 tahun lepas.. heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, geram juga masa memula tu =)
      sekarang dah berusia dik wei
      tu yang lain sangat! =)

      Delete
  14. Tengok orang bersanding mesti teringat masa bersanding dulu2... Rasa macam nak bersanding lagi lak, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya pun ada kata benda serupa
      rasa cam seronok pula bila bersanding
      tapi orang lelaki cakap gini, MENAKUTKAN!

      Delete
  15. waaa cun la YY sanding hihi... anak2 semua ikut muka bos ek? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang kan cun time bersanding
      bedak tebal berapa inci tu...hehe
      ramai juga yang kata gitu, so mungkin betul lah kot...hehe

      Delete
  16. Hahaha tang cover perut tuh klaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya tengok sekarang pun rasa kelakar =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...