Kabinet Dapur dari Bumi Paradise Furniture (^_^)

6:58:00 am Yana Yani 40 Comments

Kabinet Dapur dari Bumi Paradise Furniture | Masa YY uploaded gambar kabinet dapur YY di blog ni tak lama dulu, ramai yang bertanya tentang kabinet dapur tu. So hari ni YY nak ceritakan serba sikit tentang siapa pembuat kabinet tu.

Sebelum membuat kabinet dapur tu, kami suami isteri dah buat beberapa survey untuk buat pembandingan harga. Kami juga menggunakan Mudah.com untuk mencari. Di situ kami menjumpai syarikat milik penuh bumiputera yang dikenali sebagai Bumi Paradise Furniture. Berdasarkan pembandingan harga, kami dapati mereka menawarkan harga lebih murah.

Kebiasaan yang kami jumpa untuk kabinet dapur menggunakan material melamine, harga untuk satu kaki adalah antara RM90 ke RM100. Tapi mereka menawarkan RM75! Murah! Tapi kami agak tawar hati apabila mengetahui bahawa syarikat mereka berada di Sijangkang. Agak jauh dari rumah kami yang terletak di Rantau Panjang, Klang.

Tapi belum cuba, belum tahu. Hasil dari perbincangan di telefon, mereka sanggup datang ke Rantau Panjang untuk melihat dan sekaligus mengukur sebelum sebut harga boleh diberikan. Bila mereka datang dengan segala macam peralatan untuk mengukur, kami agak cuak juga sebab bimbang sekiranya mereka assume kami akan menggunakan perkhidmatan mereka.

Maklumlah kami hanya nak buat perbandingan harga.

"Dik, ko ukur beria ni Abang nak survey dulu je tau" kata Encik suami.

"Saya tahu Bang. Tapi saya kena ukur juga sebelum boleh bagi harga" kata dia sambil meneruskan kerja mengukur.

Tak lama selepas ukuran diambil dan berbincang tentang rekabentuk, mereka came out with a design! Jujurnya mereka agak efficient berbanding peniaga bumiputera lain.


Kabinet Dapur dari Bumi Paradise Furniture
Kabinet Dapur dari Bumi Paradise Furniture

Bila dah tolak dan tambah dengan kemungkinan dan hasil yang diperolehi dari design tu, kami decided meneruskan untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Harga yang ditawarkan juga masih dalam lingkungan bajet kami. Hanya untuk kabinet dapur, harga yang dikenakan kepada kami lebih kurang RM3200. Tak ingat exact harga (^_^)

Yang pasti harga itu tidak termasuk table top sebab ianya memang sudah tersedia ada di rumah kami. Harga mungkin berbeza mengikut material dan juga tambahan table top. Dalam tempoh sehari pemasangan, hasilnya adalah apa yang boleh dilihat seperti di bawah. Kami sangatlah berpuas hati dengan hasil yang diterjemahkan di rumah kami!

In fact dapur comel kami telah dijadikan "model" mereka di Mudah.com.

Kabinet Dapur dari Bumi Paradise Furniture

Bumi Paradise Furniture menerima tempahan untuk kabinet dapur mengikut citarasa pelanggan dengan menggunakan material melamine dan lain-lain mengikut kiraan kaki selari. Untuk maklumat harga dan juga specification, sila hubungi mereka di details yang disertakan di bawah. Kalau nak tengok contoh design, boleh klik di sini.

Telefon: En Syamim +6010 366 3842
Email: bumi.paradise.furniture2@gmail.com

YY tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat perbezaan harga, material, specication atau lain-lain masalah berbangkit. Entry ini diterbitkan hanya berdasarkan pengalaman sendiri. Untuk makluman, syarikat Bumi Paradise Furniture ni juga pernah memasuki dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3


Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk entry hari minggu ni. Ini pun sebenarnya auto-published. Hehe! Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

40 comments:

  1. saya x de pengalaman tapi berdasarkan saiz kabinet tu , harganya mmg murah dan berbaloi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak ada pengalaman
      tapi dok survey harga, diorang ni memang murah =)

      Delete
  2. wah..jadi model seyh..terbaik..serius memang kathy suka kabinet macam ni..selalu angan² nak pasang,tapi biarlah dulu,sebab sekarang ni masih menyewa. moga murah rezeki dapat beli rumah yang di sewa ni satu hari nanti. inshaAllah..nak pasang juga. suka sangat warna ni,merah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya kak
      tak tahu pun jadi model, kebetulan
      nak cerita pasal benda ni, terpandang dapur kitorang...hehe
      insya ALLAH, adalah rezeki tu nanti
      saya dulu pun tujuh tahun menyewa, baru ni lah merasa dapur idaman =)

      Delete
  3. harga dengan hasilnya memang berbaloi bagi saya

    ReplyDelete
  4. wah.. saya kagum membaca cara mereka bekerja.
    ye lah, selama ni kalau saya menggunakan services bumputera ada saja yg tak kena,
    but this time you got the right one kak yana.. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah gee, akak pun kagum
      diorang ni kembar tau, bujang lagi...hehe

      Delete
  5. Wah, terus jadi model dapur syarikat mereka ya! Eh, betul ke ayat saya ni? Susah kadang-kala nak bekerja dengan syarikat bumiputera ni tapi alhamdulillah, syarikat ni berbeza ya. Baguslah.... Kabinet merah mak ngah YY ni memang cantik dan simple. Tak menyemak mata bila memandangnya. Kalau saya dapat kabinet kaler ni, memang rajin terus ke dapur. Memang kena tarik keluar dengan bulldozer barulah nak keluar dari dapur ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kitoang yang jadi model, dapur kitorang yang jadi model
      muntah orang kalau kitorang yang jadi model...hehe

      kalau dibandingkan dengan dapur orang lain,
      simple aje dapur kami ni
      orang lain punya lagi advance =)

      Delete
  6. Serius cantik...eloknya kita berurus niaga dengan orang-orang kita kann...tolong sesama agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya
      lagipun memang puas hati dengan servis yang mereka tawarkan =)

      Delete
  7. Cantik sangat dapur YY ni..semangat masak ari2 ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak akan sebab dapur semangat masak pun lain?
      rasa sama aje, cuma yang ni lebih selesa =)

      Delete
  8. Wahh menarik.. segar mata bila di dapur. Memasak pun pasti dgn ceria. Best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...jujurnya saya tak rasa perbezaan
      dapur dulu dan sekarang
      mungkin warna dan reka bentuk berbeza
      tapi masak tetap kena masak =)

      Delete
  9. Memang murah laaa... dan hasil kerja nya pun Nampak kemas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, saya sangat berpuas hati =)

      Delete
  10. Lawa tu kabinet..rajin la memasak ya bila dapur dh kemas n lawa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...idak juga
      rajin maska sekarang sebab mengikut kempen
      ikat perut bersama pak menteri =)

      Delete
  11. Cantik dan berbaloi la Yana...kalau ada rezeki beli rumah lg nak guna la khidmat diorg nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak jauh dari tempat mimi
      tapi tak tahulah kalau mereka sanggup
      boleh cuba =)

      Delete
  12. cantik..akak suka..ishhh3 bila la nak ada rumah sendiri nih,seronok juga nak mendeco2

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH adalah rezeki anak-anak tu nanti

      Delete
  13. Cantiknya... Blh thn hrganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun dah rasa hak yang paling murah cikgu
      tak tahulah kot ada yang lagi murah =)

      Delete
  14. Samalah pattern cabinet dapur kita.
    Tapi saya warna light blue:)

    ReplyDelete
  15. Salam singgah petang YY...tadi Diana ada komen entry YY buln may....rupanya rumah dah pun di duduki....hehe....bestnya da ada rumah sendiri...senang nak deko mendeko....hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya
      dah masuk bulan keempat duduk sini =)
      alhamdulillah, rezeki anak-anak =)

      Delete
  16. Kabinet kat rumah ni pun mcm dah mintak ganti jer YY...pintu dah tunggu masa jer tu...Tp mmg cantiklah Yy nampak kemas....Tahan tak YY guna material tu tuk berdekatam ngan Sinki

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni alhamdulillah OKje
      saya tak pasti kalau orang lain ada masalah =)

      Delete
  17. nanti boleh contact nih..ada rezeki nak duduk rumah sendiri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ai..baru ni perasan komen akak...hehe
      sorry ye. contactlah kak
      dia pun senang aje nak berurusan

      Delete
  18. Assalam..sis rasa2 klu nk suruh mereka buat kabinet umh sy..bole x dpt rege lbh kurg tu gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      maaflah, saya kurang pasti. dah lama saya buat ni
      mungkin harga dah berlainan. elok hubungi sendiri ye

      Delete
  19. As salam.Best baca pengalaman ambil syarikat bumiputera dan siap dengan baik. Pengalaman saya agak kurang baik. Setakat ini kerja belum siap sepenuhnya.

    http://jendeladapursaya.blogspot.my/2015/10/kabinet-dapur-bumiputera-dari-jendela.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      yeke? alahai kesiannya
      benda ni semua kadang nasiblah

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...